Dunia Penuh Gosip - Anugerah Emas Berkilau Dunia Penuh Gosip: Anugerah Emas Berkilau - All Post
Memaparkan catatan dengan label Anugerah Emas Berkilau. Papar semua catatan
Kilauan Emas 2024 melabuhkan tirainya dengan kemenangan penuh inspirasi apabila Kak Gie, seorang pejuang kanser payudara tahap tiga dinobatkan sebagai juara pertandingan berkenaan, malam tadi. Peserta berusia 47 tahun dari Mersing, Johor itu berjaya mengalahkan finalis lain menerusi persembahan mantap yang memukau penonton dan barisan juri profesional.



Dalam saingan akhir pusingan pertama, Gie atau nama sebenarnya, Roziah Abd. Hamid mempersembahkan lagu bertajuk Kau Pergi Tanpa Pesan nyanyian asal Sharifah Aini dengan penuh lenggok dan keyakinan, sekali gus menundukkan lima pesaing lain.

Tempat kedua dimenangi oleh Sidi dan berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM10,000, trofi, pakej umrah dan pakej percutian. Tempat ketiga dimenangi oleh Ina dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai  RM5,000, trofi, pakej umrah dan pakej percutian.
 
Tiga peserta lain iaitu Sue, Wan dan Ron masing-masing hanya mampu berpuas hati di tempat keempat, kelima dan keenam dan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, trofi dan pakej percutian. Selain bergelar juara, Gie juga turut memenangi Anugerah Emas Berkilau of the Week.