Dunia Penuh Gosip - Anugerah Juara Lagu Dunia Penuh Gosip: Anugerah Juara Lagu - All Post
Memaparkan catatan dengan label Anugerah Juara Lagu. Papar semua catatan
Setelah berbulan-bulan penantian dan penuh debaran Majlis Anugerah Juara Lagu 38 telah berlangsung dengan gahnya di Axiata Arena dan juga secara live di TV3 dan strim online diaplikasi Tonton. Malam tadi segalanya telah jelas menobatkan lagu Hasrat ciptaan sepenuhnya oleh Amir Jahari sebagai penerima Anugerah Juara Lagu 2023.



Menurut Amir lagu ini dicipta dalam keadaan beliau yang mempinyai masalah dan hampir putus asa. Lagu daripada OST file Imaginur dibawa dengan bersahaja seorang diri di atas pentas AJL. Dengan kemenangan itu Amir membawa pulang hadiah trofi dan juga wang tunai RM100,000.

Manakala tempat kedua pula lagu nyanyi Aishah Retno iaitu Sutera Ciptaan bersama MFMF dan lirik dari Aishah sendiri juga dinobatkan sebagai pemenang Persembahan Terbaik pada malam itu. Aishah membawa pulang trofi dan juga wang tunai RM30,000 untuk tempat kedua dan RM12,000 untuk kategori persembahan terbaik.



Manakala Aina Abdul dengan lagunya Jangan Mati Rasa Ini telah membawa kepada kemenagan di tempat ketiga serta juga Vokal Terbaik. Selain itu juga Aina memenangi hadiah Artis Pilihan Alha Alpa dari undian penonton. 



Malam akhir Anugerah Juara Lagi ke 38 telah diacarakan oleh Sherry Alhadad dan juga Alif Sata. Juga membuat persembahan di akhir acara adalah 3 legend negara iaitu Dayang Nurfaizah, Ella dan Dato Zinal Abidin. Tahniah kepada semua pemenang AJL38 kita nantikan di anugerah akan datang tahun depan pula.






Ramai penonton dan peminat muzik tanah air telah meramalkan lagu Terus Hidup nyanyian Aina Abdul bakal dinobatkan sebagai juara AJL 37 pada malam minggu lalu. Segalanya menjadi kenyataan setelah empat kali menjejak kaki ke AJL akhirnya lagu ciptaan sepenuhnya penyanyi ini sendiri Aina Abdul diangkat sebagai juara menewaskan 11 buah lagu lagi yang bersaing pada peringkat akhir yang berlangsung di Arena Axiata Bukit Jalil.



Persembahan yang tampak lebih relax dan kawalan vokal yang lebih padu turut juga menjadikan pelanton lagu ini di anugerahkan sebagai Vokal Terbaik pada malam akhir AJL 37 tersebut. Maka dengan dua kemenangan itu Aina membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan trofi AJL 37 sebagai juara serta wang tunai RM12,000 dan trofi AJL 37 melalui kategori Vokal Terbaik.

Penonton juga turut bersorak dan memberikan tepukan yang gemuruh kepada persembahan Aina pada malam AJL lain daripada yang lain. Aina juga tampil dengan busana yang unik dan menarik ciptaan Melinda Looi. Juri juga tidak menafikan kehebatan lagu ini dan persembahan Aina yang sebulat suara memilih lagu ini. Aina pada ucapan setelah begelar juara menyatakan tidak rugi untuk bermimpi kerana mimpi itu percuma. Beliau juga tidak menyangka akan mencipta lagu sendiri untuk dinyanyikan oleh beliau sendiri dan menjadi juara.



Manakala tempat kedua pula dimenangi oleh lagu Semalam Di Temasek nyanyian gandingan Sona One dan Joe Flizzow. Mereka membawa hadiah wang tunai RM50,000 dan juga trofi AJL 37. Manakala lagu Anugerah Terindah persembahan Alif Satar & The Locos ditempat ketiga membawa pulang wang tunai RM20,000 dan trofi AJL 37. Persembahan Terbaik pula dimenangi oleh persembahan menarik dari Shiha Zikir menerusi lagu Irama. Juga penyanyi Khai Bahar dipilih sebagai pemenang Penyanyi Pilihan Alha Alfa yang dibuat undian melalui laman TikTok Alha Alfa.

Walau apa pun persembahan semua peserta akhir AJL kali ini sangat luar biasa memberikan persaingan satu sama lain. Malam akhir AJL 37 diacarakan oleh Shery Alhadad dan juga Jihan Muse. Manakala 10 orang juri profesional yang telah dilantik untuk mengadili semua 12 buah lagu dan pencipta lagu yang layak ke akhir. Tahniah korang semua sudah juara.







Tiada siapa menyangka malah menduga bahawa lagu ‘Pelukan Angkasa’ dendangan gabungan SOG X Shila Amzah diumumkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-36 yang disiarkan secara langsung TV3 dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.



Kemenangan lagu ciptaan Fazleena Hishamuddin dan Komposer, Raja Nazrin Shah melayakkan mereka membawa pulang trofi bersalut emas dan wang tunai RM100,000.

Manakala Naib Juara AJL36 menjadi milik lagu Cinta yang dinyanyikan oleh Marsha Milan yang pertama kali menyertai AJL. Kemenangan ini sekali gus melayakkan beliau dan pencipta lagu Hang Nadim dan penulis lirik Bunga Cantik membawa pulang trofi bersalut emas dan wang tunai RM50,000.

Menduduki tempat ketiga ialah Haqiem Rosli dengan lagu Mimpi ciptaan beliau bersama Datuk A. Aida. Kemenangan itu melayakkan mereka memenangi trofi bersalut emas dan wang tunai RM30,000.



Seperti diramal selepas Erni Zakri tidak dapat menyertai AJL kali ini yang digantikan oleh suaminya membuka peluang kepada pemilik suara yang penuh emosi Aina Abdul mendendangkan lagu Sepi membawa pulang trofi Vokal Terbaik dan wang tunai RM12,000.

Sementara itu bagi kategori Persembahan Terbaik pula yang membawa pulang wang tunai RM18,000 serta trofi menjadi milik Marsha Milan melalui lagi Cinta.

Bagi kategori Penyanyi Pilihan Popular yang diundi melalui laman web oleh penonton pula dimenangi, pasangan duet Ainal Abdul dan Khai Bhar. Mereka juga berjaya membawa pulang wang tunai RM5000 dan trofi. 








Siapa sangka lagu yang asyik sebut perkataan Gila berulang kali mampu dinobatkan lagu terbaik di Malaysia. Mungkin lepas ni akan ada pula lagu nyanyuk, bongok, bahalul dan macam-macam lagi lah bahasa yang kasar. Kalau aku cakap macam ni memang cepatlah netizen akan kecam aku hehehe. Tapi hakikatnya macam tu kalau tengok trend 2 ke 3 tahun kebelakangan ni lagu dengan tajuk Jampi, Haram, Sumpah dan kini Gila di nobatkan sebagai juara.



Tapi apa pun tahniah diucapkan kepada kompose muda dan juga yang berani membawa lagu dengan tatabahasa dan juga muzik seperti ini sehingga berjaya dinobatkan juara. Itu dinamakan revolusi dalam industri muzik kita makin terbuka dan di terima yang penting karya seni meluas. Malam tadi lagu Gila ciptaan Noki, Loca B, dan Ezra Kong nyanyian Kaka Azraff, Noki, dan Loca B muncul sebagai juara Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35).

Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi. Naib juara pula milik lagu Semalam ciptaan sepenuhnya dan nyanyian, Aina Abdul. Dia membawa pulang hadiah wang tunai RM35,000 berserta trofi.



Tempat ketiga menjadi milik lagu Belenggu Rindu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong nyanyian Datuk Jama Abdillah dan Wany Hasrita. Kemenangan itu menyaksikan mereka berkongsi hadiah wang tunai RM20,000 berserta trofi.

Manakala akhirnya Erni Zakri berjaya juga membawa pulang Juara Vokal Terbaik sekali lagi tahun ini melalui lontaran mantap dan hebat melalui Gundah. Serta persembahan putri Jawa daripada Zizi Kirana menobatkan beliau untuk menerima Juara Persembahan Terbaik pilihan penonton. 



Apa pun pada yang layak ker AJL guna peluang yang ada sebaiknya dan jangan disia-siakan kerana peluang kedua tak akan datang selalu. Jangan cari alasan nerves dan pertama kali beraksi untuk anda terus bukan sahaja gugup malah hancur lagu tu dibuatnya. Apa pun sekali lagi AJL 35 dengan norma baharu terbaik dan menjadi lipatan sejarah industri muzik tanah air.









Majlis anugerah yang setiap tahun dinantikan oleh semua peminat dan juga pecinta muzik tempatan telah berlangsung dengan meriah dan penuh kontroversi. Tak sah lah kalau program live kat tv tiada drama dan kontroversi tak meriah betul kan. Mungkin sehingga sebulan semua ini akan diperkatakan oleh netizen dan juga media diluar sana.


Bermula dengan kemunculan istimewa penyanyi kesayangan negara setelah membuat keputusan untuk tidak menyertai AJL sejak tahun 2007 siapa lagi kalau bukan Dato Seri Siti Nurhaliza. Pada malam akhir AJL34 TokTi muncul pada penghujung lagu Anta Pemana walaupun bukan sepenuhnya. Kenapa kemunculan ini dilakukan pada malam tersebut.


Penyanyi no 1 negara itu telah memuat naik video kenapa beliau mengambil keputusan untuk muncul semula walaupun sekajap adalah untuk memberi sokongan kepada penyayi yang membawakan lagu tersebut iaitu Bob. Juga mendapat restu daripada suami dan juga semua orang untuk memberi sokongan kepada peminat lagu Anta Pemana.


Apa pun kemunculan TokTi yang sekejap itu juga menjadi lebih kontroversi lagi ini setelah mikrofon yang digunakan oleh TokTi pada acara langsung tersebut tidak berbunyi. Banyak pihak netizen dan juga peminat lagu penyanyi ini menghentam pihak produksi yang tidak peka terhadap isu seperti ini dan ramai meluahkan rasa kecewa dan sedih mereka.


Selain itu juga, persembahan daripada Aina Abdul mendapat kecaman hebat pada malam tersebut. Ini kerana persembahan akhir lagu Sumpah itu membawa konsep seorang yang tertekan dan membunuh diri dengan menikam dadanya melalui gimik darah yang keluar pada persembahan tersebut. Menurut Persatuan Peduli Mental Malaysia (MIASA) konsep persembahan itu memberi satu gambaran tidak sihat kepada rakyat Malaysia. Akhirnya video persembahan Aina Abdul terpaksa dikaburkan bahagian darah tersebut dan masih boleh tonton di Channel Youtube TV3.


Juga mendapat kecaman hebat persembahan pada malam akhir AJL34 adalah persembahan daripada Drama Band yang membawa lagu Drama. Vokalis kumpulan tersebut membawa watak hantu dan juga menampilkan beberapa figura yang penuh kontroversi di Malaysia sejak kebelakangan ini seperti bekas Juara Dewi Remaja tahun lepas. Watak Da'i Farhan dan PU Abu, Penyanyi Haqiem Rusli dan juga watak bekas Perdana Menteri Malaysia bersama isteri yang kes masih dalam siasatan.


Ada sesetengah netizen mengatakan persembahan itu keterlaluan dan juga cuba mengaibkan banyak pihak. Terbaru kumpulan tersebut telah membuat permohonan maaf atas persembahan tersebut yang tidak menyangka ia akan menimbulkan kecaman hebat daripada penonton.


Juga timbul kontroversi keputusan juri yang memberi kemenangan bagi Kategori Vokal Terbaik kepada Hafiz Suip daripada persembahan Ernie Zakri yang nampak lebih mantap dan hebat bertaraf antarabangsa. Kalau diperhatikan betul persembahan Hafiz ada banyak kekurangan kalau nak dibandingkan dengan nyanyian Ernie pada malam tersebut. Namun keputusan telah dibuat oleh juri profesional mereka lebih mengetahui.


Pada malam akhir AJL34 menyaksikan lagu Sumpah nyanyian Naim Daniel dinobatkan sebagai juara. Lagu ciptaan Naim dan juga Omar K itu menyaksikan beliau berjaya membawa pulang hadiah utama wang tunai RM50,000, trofi AJL dan juga baucer CJ WowShop bernilai RM10,000. Manakala tempat kedua pula milik lagu Bangun nyanyian Aman Ra, tempat ketiga pula lagu Anta Pemana nyanyian Bob. Persembahan terbaik dan juga Vokal Terbaik dimenangi oleh Hafiz Suip. Manakala Haqiem Rusli berjaya membawa pulang juara Anugerah Pilihan Peminat SETEL







Beberapa hari sahaja lagi untuk majlis anugerah yang berprestij di nantikan oleh semua peminat muzik tanah air. Anugerah Juara Lagu 34 bakal berlangsung pada 9 Feb 2020 secara langsung di Arena Axiata Bukit Jalil dan TV3. Siapakah bakal bergelar juara dan membawa pulang hadiah utama. 12 lagu bakal berentap pada malam penuh sejarah itu nanti. 


Anda juga boleh mengundi lagu dan penyanyi pilihan anda melalui kategori Anugerah Pilihan Peminat SETEL. Ni masanya untuk anda selaku penyokong tegar kepada artis kesayangan anda untuk mengundi mereka. Undian boleh dilakukan di sini >>> https://www.setel.my/ref/ec8fh. Anda yang bertuah layak untuk menangi hadiah bernilai RM1000

Syarat-syarat penyertaan seperti di bawah :
- Untuk kelayakan peraduan ini, Penganjur akan menghantar mesej peti masuk aplikasi Setel untuk pemberitahuan mengenai peraduan undian.
- Pengguna akan melihat butang undian AJL34 dilaman skrin aplikasi Setel. Pastikan pengguna memuat turun aplikasi Setel yang terkini.
- Penguna baru Setel akan mendapat tiga kali undian apabila mereka muat turun aplikasi Setel dan daftar.
- Penguna boleh undi dengan lebih banyak sekiranya penguna merujukkan kod rujukan mereka kepada pengguna baru apabila mereka muat turun dan daftar aplikasi Setel dengan memasukan rujukan kod.
- Pemenang artis untuk Anugerah Pilihan Peminat Setel akan diumumkan pada hari Anugerah Juara Lagu yang ke 34.
- Seratus (100) pengguna Setel akan dipilih secara rawak melalui sistem automatik dan dihubungi melalui saluran komunikasi Penganjur dan berpeluang memenangi baki petrol e-wallet Setel yang bernilai RM1,000. Jumlah ini akan dikreditkan dalam akaun aplikasi Setel selepas (3) tiga hari bekerja.
- Peserta yang tidak memenuhi syarat-syarat ini tidak akan layak menyertai Peraduan ini. Keputusan penganjur mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan Peraduan ini (termasuk pemilihan pemenang) adalah muktamad. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai pemilihan pemenang-pemenang tidak akan dilayan.








Debaran dan juga penantian 30 buah lagu yang bersaing pada peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 34 telah terjawab. 12 buah lagu telah layak dan terpilih untuk keperingkat Anugerah Juara Lagu yang akhirnya satu lagu bakal dinobatkan sebagai juara. Seperti mana ramalan ramai peminat lagu Anta Permana dan juga Ragaman berjaya layak keperingkat juara lagu. Kedua-dua lagu ini tidak disampaikan oleh penyanyi asal tapi penyanyi peganti namun kekuatan pada lirik dan muziknya.


Lagu lain yang layak ke peringkat Anugerah Juara Lagu 34 adalah lagu Drama dari kumpulan Drama Band, Rampas nyanyian Akim & The Majistret, Dinda dari kumpulan Masdo. Manakala lagu solo pula menyaksikan artis baru serta artis otai bersaing seperti Sumpah - Naim Daneal, Sumpah - Aina Abdul, Bangun- Aman RA, Kisah Cinta Kita - Hafiz Suip, Ku Bersuara - Ernie Zakri, Lembah Kesepian - Haqiem Rusli dan Peneman - Hazama.

Namun tetap ada juga beberapa lagu yang ternyata ada juga kehebatannya tetapi tidak tersenarai dalam AJL kali ini seperti lagu Terlalu Memuja, Satukan Rasa, Pujaan Hati dan juga Teguh Setia. Manakala tiada satu pun lagu ciptaan Amylea layak ker AJL. Apa pun Aina Abdul membuat kejutan sebagai penyanyi yang tidak dijangka-jangka dapat tempat ke peringkat AJL. Tapi betul kata orang rezeki tidak kemana kerana juri profesional telah melaksanakan tugas mereka.


Apa pun tahniah kepada semua lagu dan juga komposer moga buat yang terbaik di peringkat akhir nanti. Korang rasa lagu mana bakal menjadi juara AJL ke 34 kali ini. Sama-sama kita nantikan malam kemuncaknya yang bakal berlangsung Januari 2020 nanti. Good luck semua anda memang terbaik.






Tahniah kepada pemenang Anugerah Juara Lagu ke 33 milik lagu Haram ciptaan sepenuhnya oleh Hael Husaini bersama Ezra Kong dan dinyanyikan oleh Hael bersama Dayang Nurfaizah. Hael mengulangai kejayaan yang beliau kecapi pada AJL32 tahun lepas. Acara ini telah berlangsung secara gemilang dari Axiata Arena, Bukit Jalil malam tadi.


Tempat kedua pula adalah milik lagu Bunga nyanyian Ara Johari manakala lagu Sampai Bila nyanyian Misha Omar berada di tempat ketiga. Misha turut berjaya meraih trofi Vokal Terbaik. Dengan itu Misha membawa pulang wang tunai RM12,000 dan trofi.  

Namun persembahan yang menusuk kalbu ramai penonton pada malam AJL33 itu adalah milik Sufian Suhaimi. Persembahan dengan vokal yang hebat tiada lagi rasa gentar atau takut di atas pentas seperti mana persembahan pada kemunculan pertama di AJL31. Paling berkesan adalah penggunaan prop dengan membawa konsep 'Pelamin angan ku musnah' berjaya menambat hati penonton dan sekaligus merangkul Anugerah Persembahan Terbaik. Sufian membawa pulang wang tunai RM12,000, trofi serta sebuah telefon pintar Samsung A9. 


Siap Dato Sri Siti Nurhaliza puji persembahan Sufian Suhaimi kat laman twitter rasmi beliau.


AJL 33 dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad bersiaran pada jam 9 malam di TV3 manakala acara karpet merah yang berlangsung sebelum AJL 33 diacarakan oleh Shuk Sahar dan Kaka Azraff. Tahniah kepada semua pememang korang memang hebat. Jumpa lagi tahun depan.







Malam tadi telah berlangsung majlis Anugerah Juara Lagu 32 yang penuh berprestij anjuran TV3. Menyaksikan 12 buah lagu dan komposer bersaing dalam merebut gelaran juara. Program yang telah berlangsung secara langsung di dewan Axiata Arena Bukit Jalil. Membawa tema Fesyen dan Muzik mengetengahkan pereka fesyen hebat negara Rizman Ruzaini.


Semua peserta membuat persembahan penuh bertenaga dengan pembukaan majlis di meriahkan oleh persembahan dari Stacy. 12 buah lagu yang bertangding adalah Lebih Sempurna (Syamel), Sejati (Azmi), Aku Yang Sebenar (Hazama), Menahan Rindu (Wany Hasrita), Akhirnya Cinta (Salma), Jampi (Hael), Separuh Mati Ku Bercinta (Dayang Nurfaizah), Bayang (Khai Bahar), Amboi (Altimet), Aku Cinta (Syamel & Ernie) Warkah Untukku (Ara) dan Tergantung Sepi (Haqiem Rosli).

Rezeki telah memihak kepada lagu ciptaan Ezra Kong dan Hael iaitu Jampi yang telah dinobatkan sebagai Juara Lagu Anugerah Juara Lagu 32. Mereka berjaya membawa pulang wang tunai RM50,000.00 dan baucer dari CJ WoW Shop bernilai RM10,000.00 beserta trofi.


Manakala tempat kedua milik lagu Sejati nyanyian Azmi Chaliph Busker manakala tempat ke tiga di menangi oleh lagu Tergantung Sepi nyanyian Haqiem Rosli. Persembahan Syamel dan Ernie melalui lagu Aku Cinta berjaya membawa mereka kepada kemenangan Vokal Terbaik. Manakala persembahan terbaik di menangi oleh Altimet melalui lagi Amboi.

Tahniah kepada semua pemenang dan juga barisan lagu yang bertanding anda semua hebat. Malam tersebut memang begitu meriah dan persembahan yang bertenaga daripada semua peserta. Juga tidak kurang hebat penyokong artis kesayangan mereka. Serta paling best adalah gandingan pengacara yang sangat melampau iaitu Alif Satar dan Sherry Alhadad membuat kita ketawa sepanjang rancangan memang best lah korang.





Tahniah kepada Dayang Nurfaizah kerana buat pertama kali begelar juara dalam majlis anugerah berprestij Anugerah Juara Lagu 31 semalam. Dayang menerusi lagu Lelaki Teragung ciptaan Natasyah dan lirik oleh Iman Imran menewaskan 11 lagi lagu yang turut bertanding.


Majlis anugerah yang ditayangkan secara langsung di TV3 dan juga Tonton live streaming juga di GSC Melaka mendapat perhatian ramai. Ini kerana kebanyakan peserta gandingan muka baru dan juga lama yang telah otai dalam AJL. Namun persaingan hebat diberikan oleh semua peserta pada malam tersebut.


Dayang juga turut menang melalui kategori Vokal Terbaik untuk kali ketiga berturut-turut yang membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000. Manakala kumpulan Khalifah menang kategori Persembahan Terbaik melalui undian penonton. Senarai penuh pemenang pada malam akhir Anugerah Juara Lagu ke 31. 

Juara (RM50 ribu) - Dayang Nurfaizah (Lelaki Terakhir)
Naib Juara (RM35 ribu) - Hafiz/Misha Omar (Terimaku Seadanya)
Tempat ke3 (RM20 ribu) - Projector Band (Sudah Ku Tahu)
Vokal Terbaik (RM12 ribu) - Dayang Nurfaizah (Lelaki Terakhir)
Persembahan Terbaik (RM12 ribu) - Khalifah (Hang Pi Mana)


Tahniah kepada semua pemenang dan juga tidak kurang hebatnya persembahan semua peserta lain yang memberikan saingan. Namun apakan daya bukan rezeki menyebelahi peserta lain. Paling best persembahan Akim & Majistret, Hazama dan juga Hafiz bersama Misha memang memukau.





Satu lagi majlis anugerah yang penuh prestij telah berlangsung malam tadi dengan menobatkan juara baru. 3 Dekad Mencipta Fenomena itulah tagline untuk Anugerah Juara Lagu yang telah mencecah usia 30 tahun. Berlansung di Stadium Melawati Shah Alam secara langsung di TV3, secara online di Tonton dan juga keudara di HotFM


12 lagu daripada 12 penyanyi dan pencipta lagu mempertaruhkan kehebatan masing2 pada malam anugerah ini. Diantara lagu yang bertanding pada malam itu adalah Bunkface - Malam Ini Kita Punya, Noh Salleh‬ - Angin Kencang, Faizal Tahir‬ - Assalamualaikum, Kaka‬ & Aliff - Bukan Hal Aku, ‎Hazama‬ - Sampai Mati, Caliph Buskers‬ - Hanya NamaMu, ElizabethTan‬ - Knock Knock, ‎Drama Band‬ - Biarkanlah, Stacy‬ - Not For Sale, ‎Black‬ - Mana Mungkin, Akim & The Majistret‬ - Potret, Dayang Nurfaizah‬ - Tak Pernah Menyerah.

Tahniah buat juara yang telah diumumkan pada penghujung rancangan iaitu milik lagu Potret komposer Hang Nadim dan penulis lirik Kamar Empayar. Manakala tempat kedua milik lagu Assalammualaikum ciptaan Faizal Tahir, Audi Mok, Mike Chan, Omar K dan Ezra Kong. Di tempat ketiga pula adalah milik lagu Hanya NamaMu ciptaan sepenuhnya Edry Abdul Halim


Manakala bagi ketegori lain yang dipertandingkan pada malam itu juga iaitu Persembahan Terbaik yang dimenangi oleh Akim & The Majistret manakala Vokal Terbaik masih kekal milik Dayang Nurfaizah 2 tahun berturut-turut. Juga turut di umumkan malam itu adalah pemenang anugerah khas iaitu Anugerah Lagu Diva yang dipilih oleh peminat terhadap lagu2 yang pernah menjadi juara AJL sebelum ini.

Anugerah khas ini diumumkan sendiri oleh pengasas Vida Beuty Sdn Bhd iaitu Dato Seri Vida dimenangi oleh lagu Cindai nyanyian Dato Siti Nurhaliza. Lagu ini telah dinobatkan juara AJL pada tahun 1998. Malam tu Dato Siti Nurhaliza juga dijemput membuat persembahan pembukaan bersama dengan juara AJL sebelum ini iaitu Yassin dan Jamal Abdillah melalui lagu medle lagu Cindai, Gazhal Untuk Rabiah dan juga Mimpi Laila.


Tapi bagaikan ada tidak kena pada malam anugerah kali ini, dari segi pentas, dari segi pengacaraan dan juga susun atur program. Seperti kelam kabut dan juga banyak yang tidak kena dengan susun atur acara menjadikan ia terlalu padat dan serabut bagi penonton di TV. Juga pengacara yang bagaikan lawak tidak kena serta nak cepat untuk umumkan nyanyian peserta macam tak sempat2.

Namun satu yang perasan dari dulu sampai sekarang untuk Anugerah Juara Lagu ini walaupun telah cecah 30 tahun penganjuran namun hadiah wang tunia yang ditawarkan tidak segah majlis anugerahnya. Ini kerana juara hanya menang wang tunai RM50,000, sedangkan program lain yang juaranya boleh menang sehingga RM200,000 seperti Mentor. Kenapa taraf juara lagu serendah itu dah lah hadiah sikit menang kena kongsi antara penyanyi, pencipta lagu dan penulis lirik. Banyangkann......










Menantikan detik yg begitu bersejarah dan bermakna dalam industri muzik tempatan AJL 29 kini mencatat sejarah tersendiri. Telah berlangsung secara langsung yang di pancarkan oleh Pamoga Qu Puteh di Stadium Putra Bukit Jalil dan TV3. AJL 29 berjalan dengan lancar dan telah sekali lagi menobatkan juara buat kali ke 29. 


Tahniah buat lagu Hip Hop menjadi sejarah pertama kali di nobatkan sebagai Juara Lagu sepanjang penganjuran 29 tahun AJL. Lagu ciptaan Sona One dan lirik Joe Flizzow Apa Khabar di nobatkan sebagai juara keseluruhan AJL 29. Lagu yg mencaritakan kisah benar hubungan antara Joe Flizzow dan juga rakan karibnya Maliq. Penuh dengan bersahaja dan ringkas persembahan pada malam itu menjadi lagu tersebut sebagai juara.

Naib Juara Anugerah Juara Lagu 29 pula di menangi oleh pencipta lagu, penulis lirik dan penyanyi yang sama sapa lagi kalau bukan Shila Amzah. Melalui lagu Masih Aku Cinta membuat persembahan penuh dengan cermin pada malam tersebut. Vokal dan persembahan Shila juga tidak kurang hebat pada malam tersebut. 


Namun bertuah bagi Dayang Nurfaizah apabila beliau memenangi dua anugerah pada malam tersebut iaitu Vokal Terbaik dan juga Pemenang Tempat Ketiga. Persembahan melalui lagu Di Pintu Syurga membawa artis yg mempunyai vokal nyaring dan gemersik ini merangkul Vokal Terbaik. Tapi kelihatan agak keko bila Dayang menaiki tangga dengan baju putih yg agak keras semasa mengambil anugerah.

Apa pun persembahan kumpulan Mojo berganding dengan kumpulan Caliph Buskers berjaya menambat hati penonton dengan memenangi persembahan terbaik melalui undian penonton. Penuh tenaga dan juga penuh dengan gaya bersahaja persembahan Roman Cinta memukau dan mendapat tepukan gemuruh daripad penonton. Tahniah kepada Edry yg berjaya mencungkil bakat mereka yg kurang upaya ini. 

Tahniah kepada semua pemenang dan juga tahniah kepada penganjur AJL 29. Tahun ini akan ada pula AJL 30 untuk menobatkan lagu juara seterusnya. Nak baca perkara yang pelik terjadi sepanjang belangsung AJL 29 boleh baca di sini.





Bakal berlansung hujung minggu ini anugerah yg di nantikan setiap tahun oleh peminat dan juga penggiat hiburan muzik tanah air. Aungerah Juara Lagu yg kini cecah usia 27 tahun ini bakal melakar sejarah tersendiri pada tahun ini. Dengan menampilkan 12 finalist tahun ini gabungan artis lama dan juga baru serta komposer baru dan lama juga memeriahkan muzik tempatan lagi. Cabaran tahun ini adalah memastikan mereka memberi kelaian dan juga perubahan dalam AJL yg telah mula matang dalam industri..


Senarai semua peserta dan juga komposer yg terlibat untuk lagu tahun ini.


1. Idola ( Azlan n the Typewriter )
PENULIS LIRIK: Dark
KOMPOSER: Audi Mok

2. Pelangi senja ( Stacy )
PENULIS LIRIK: Taja (Meet Uncle Hussien)
KOMPOSER: Taja (Meet Uncle Hussien) 

3. Terukir di bintang ( Yuna )
PENULIS LIRIK: Yuna Zarai
KOMPOSER: Yuna Zarai

4. Anak kampung ( Jimmy palikat & One Nation Emcee)
PENULIS LIRIK: Jimmy Palikat
KOMPOSER: Jimmy Palikat

5. Ombak Rindu ( Hafiz & Adira )
PENULIS LIRIK: Sharad sharan
KOMPOSER: Nurzaidi Abd Rahman 

6 .Tanpamu ( Amir Jauhari )
PENULIS LIRIK: Amir Jauhari
KOMPOSER: Amir Jauhari

7. Lagu ( Bed Room Sentuary )
PENULIS LIRIK: Ahmad Farid Abdul Jalal
KOMPOSER: Ajai 

8. Teman Pengganti ( Black & RJ )
PENULIS LIRIK: Malique
KOMPOSER: Malique 

9. Ku Akui ( Hafiz )
PENULIS LIRIK: Ajai
KOMPOSER: Ajai

10 .Simetri ( Hazama & Amy Seach )
PENULIS LIRIK: Zel Firdhaus Haduan
KOMPOSER: Audi Mok 

11. Andai ku Bercinta Lagi ( Mojo )
PENULIS LIRIK: Edry Abd Halim
KOMPOSER: Edry Abd Halim 

12. Patah Seribu ( Shila Amzah )
PENULIS LIRIK: Shila Amzah
KOMPOSER: Shila Amzah


Siapa bakal juara untuk Anugerah Juara Lagu 27 yg akan berlansung pada 6 Januari 2013 di Stadiuk Putra Bukit Jalil jam 9 mlm. Secara langsung di TV3 dan juga boleh lihat streaming kat http://www.anugerahjuaralagu.com atau dgr sahaja di radia rasmi AJL 27 mana lagi kalau bukan HotFM...