Dunia Penuh Gosip - Artis Baru Dunia Penuh Gosip: Artis Baru - All Post
Memaparkan catatan dengan label Artis Baru. Papar semua catatan
Mendapat jolokan Oppa Malay pada program I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) 2020, penyanyi Meer Nash berjaya membuktikan pembabitannya dalam industri muzik tanah air berbaloi. Apatah lagi selepas dia turut berjinak-jinak dalam bidang penciptaan lagu berjudul ‘Saranghae’ berkonsep K-pop yang dilancarkan tahun lalu.



Melihatkan sambutan yang baik terhadap lagu dan buah tangan pertamanya itu, Meer Nash, 27, atau nama sebenarnya Muhamad Shahmeer Mohd Nashrul kembali dengan single berjudul KAJIMA hasil ciptaannya bersama Brendan Lim Seng Meng, Seow Seng Tack, Wee Zhen Yong dan ASYRAF NASIR. Lagu yang menampilkan MFMF selaku penerbit dan ia diterbitkan oleh Universal Music Malaysia.

KAJIMA Dituju Buat Bekas Kekasih


Meer Nash berkata, lagu KAJIMA itu ditujukan kepada bekas kekasihnya yang membuatkan dirinya susah nak ‘move on’ selama dua tahun. Ini lagu ‘paling gelap’ yang beliau tulis dan rakamkan setakat ini. Diadaptasi sedikit elemen daripada filem seram KKN, rap dan puisi kanak kanak. Turut diketengahkan juga dengan tarian Korea tarian bagai melepaskan kemarahan dalam lagu ini.



Lagu ini ditujukan kepada bekas kekasih yang membuatkan Meer susah nak teruskan hidup selama dua tahun. Bahagian awal lagu ini, beliau berasa marah dan hilang akal terhadap apa yang beliau dah lalui sepanjang hubungan main tarik tali yang toksik, tapi hingga akhir lagu ini beliau berjaya keluar daripada lorong gelap dan mencari diri sendiri. 

Idea menghasilkan lagu KAJIMA muncul ketika Meer sedang tidur petang. Pada ketika itu, mungkin beliau masih lagi mencari jalan untuk keluar dari masalah ini sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Idea ini dibawa kepada MFMF dan mereka menyiapkan lagu ini dalam masa beberapa jam saja. Selepas itu, proses rakaman lagu pula mengambil masa selama empat jam dan diakui ini juga lagu yang paling susah untuk dirakam kerana ia genre yang baru untuk dirinya.

Cabaran Disebalik Muzik Video KAJIMA


Bagi penghasilan video muzik, untuk kali pertama juga Meer Nash berkerjasama dengan WP Production dan beliau kagum dengan alat yang mereka miliki seperti kren dalam industri muzik Korea. Semua orang sangat efisyen dan pengurusan masa yang baik sekaligus membuatkan proses rakaman sangat lancar.



Dalam MV ini Meer memainkan beberapa watak  yang memerlukan beliau menukar lima pasang persalinan baju dan mengambil masa selama 18 jam. Selain itu, beliau mengalami kecederan semasa pengambaran tetapi tetap diteruskan. Dalam produksi mempunyai set yang berbeza dan ‘mood’ yang berbeza bahagian yang paling beliau suka dalam MV ini adalah menjadi bomoh kerana beliau dapat memainkan watak sebagai seorang mangsa yang dikawal oleh bomoh iaitu bekas kekasihnya.

Dalam masa sama, Meer Nash mengakui berdepan cabaran ketika menghasilkan lagu KAJIMA dan ketika penggambaran MV dilakukan. Beliau berada dalam situasi ketika saya tidak dapat dan tidak tahu bagaimana untuk menghabiskan lagu ini. Itulah sebabnya Meer menghubungi MFMF kerana beliau sentiasa menjadi peminat muzik mereka.



Cabaran sewaktu buat MV pula, masa ‘fitting’ baju kami tak cuba bersama penari, tapi bila penggambaran bermula ada banyak berlakunya ‘wardrobe malfunction’ dan jurugaya kena jahit ketika itu juga seperti aksesori yang tercabut dan baju yang ketat sehingga memberi had kepada beliau untuk melakukan setengah pergerakan. Namun semua cabaran dihadapi dengan baik dan MV ini berjaya disiapkan dan boleh ditonton di Youtube. Juga single KAJIMA boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music.


Lirik Penuh Lagu KAJIMA

[Verse 1]
Tak pernah kau mengaku
Senang kau mempersalahkan ku
You think that I can’t live without you?
“Hey apa khabar?” ku bertanya 
Takkan lagi ku diperdaya 

Janji manis mu tak lagi ku percaya
I brought you up
But you let me down
So that’s the end, I don't want you around

[Pre-Chorus]
Kenapa telefon masih berdering?
Membuat kepala ku terpusing-pusing
Kenapa kau masih ada di sini?
Bukankah kau bilang kau akan pergi
Stop everything
Take your bags and leave

[Chorus x2]
You’re screaming ka ka ka ka kajima kajima
Oh na na na na omona omona na na
Oh Ka ka ka ka ka kajima kajima
Oh na
Kau hanya beriku duka

[Verse 2]
Rasa sayang eh
Rasa sayang saranghae
Kau buat ku duka buat ku luka everyday
Kau kembali, apa lagi, kau mencari?
Kau dah perah segalanya, ku dah bagi.
Salah siapa punca kau merana?
Tak mauhuku rasa diseksa oh

[Pre-Chorus]
Kenapa telefon masih berdering?
Membuat kepala ku terpusing-pusing
Kenapa kau masih ada di sini?
Bukankah kau bilang kau akan pergi
Stop everything
Take your bags and leave

[Chorus x2]
Ka ka ka ka kajima kajima
Oh na na na na omona omona na 
Oh Ka ka ka ka ka kajima kajima
Oh na
Kau hanya beriku duka

[Outro x2]
Rasa sayang eh
Rasa sayang saranghae
Kau buat ku duka buat ku luka everyday







Tahun ini kita dapat lihat lahirnya banyak lagu raya yang terkini dan juga daripada generasi Z menakluki corong sosial media di Malaysia. Kalau dulu kita rindu akan lagu malar segar yang membuai dan juga penuh dengan emosi menyentuh jiwa. Namun bagi generasi Z sekarang ini lagu lebih kepada rentak yang rancak dan juga rap. Di sini disenaraikan lagu-lagu generasi sekarang yang mula menambat hati peminat lagi raya. 




1) Iman Troye - Pejam Celik Hari Raya

Lagu Raya dari bintang baru ini adalah antara lagu raya paling awal di lancarkan iaitu pada awal Ramadan lagi. Kini lagu ini telah menjadi trending dan juga siulan dibibir anak muda kerana muzik kena dengan jiwa generasi Z sekarang ini. Muzik video rasmi lagu ini juga telah mendapat tontonan sebanyak 3.2 juta. Juga lagu ini menjadi lagu untuk promosi Shopee Raya tahun ini. 



2) Dolla - Raya Raya Raya

Ini juga lagu baru sahaja dilancarkan pada pertengahan bulan Ramadan baru-baru ini. Kumpulan Dolla yang terdiri daripada empat anak gadis muda dan sexy ini menyerupai kumpulan K-pop dengan membawa lagu bertema pop dance. Kelincahan mereka menari juga menjadikan kumpulan mendapat tumpuan peminat kerana kita dahagakan artis kumpulan wanita yang semakin pupus di Malaysia.



3) Yonnyboii, Luca Sickta, Kmy Kmo, Abubakarxli, Siqma, ASYRAF NASIR - Rap Der Raya

Ini satu lagi lagu raya yang kalau anda dengar tak rasa seperti nak beraya pun walaupun muzik video belatar belakangkan kesibukkan artis baru ini membuat persiapan raya. Lagu ini tiada sentuhan tradisional dan juga banyak unsur rap membuatkan ia lain daripada lagu raya yang lain. 



4) Ernie Zakri, Syamel, Ara Johari, Usop, Masya Masyitah & Ruffedge - Aidilfitri Lembaran Baru

Ini adalah seperti mana konsep yang pernah popular satu masa dahulu dimana syarikat rakaman menggabungkan semua artis bawah naungan mereka untuk menyampaikan lagu raya. Jimat dan cut cost sikit kot. Tapi lagu ini masih menarik dan juga ada unsur rasa nak beraya dan happening dengan gelagat penyanyi dalam muzik video. Muzik video rasmi lagu ini telah ada di Youtube dan semua digital platform.



5) Fairuz Fee Tauhid - Kay Kay Raya Gee

Maaf Fairuz Fee lagu raya bertajuk Kay Kay Raya Gee ini tak kena dengan jiwa orang muda atau juga yang evergreen sekarang ini. Rasa lagu sebelum ini iaitu Insafi Ramadhan Raikan Lebaran lebih sedap dan juga tarian lebih molek. Tapi usaha yang bagus daripada artis underground yang membuat lagu sendiri dan juga muzik video sendiri. Boleh tonton lagu ini telah ada di Youtube Fairuz Fee Tauhid.


Apa pun lagu Raya yang hendap diproduce kepada pendengar dan juga rakyat Malaysia biarlah ada unsur nasihat dan juga menyentuh jiwa serta keinsafan. Walaupun kita gembira hari raya tapi tetap kena berserderhana. Kita masih lagi dengan SOP tau raya ni hati-hati semua kaki ayam jer senang tak boleh jejak wakakaka..