Dunia Penuh Gosip - Artis Indonesia Dunia Penuh Gosip: Artis Indonesia - All Post
Memaparkan catatan dengan label Artis Indonesia. Papar semua catatan
Kepada anda yang memang suka menyanyi dan juga suka cover lagu artis baru ini apa kata cuba untuk mencabar diri menyanyikan lagu terbaru daripada kumpulan Demeises Band yang bertajuk '1000 Tahun' ini. Lagu baru ini telah ada video muzik rasmi di laman Youtube boleh tonton terus di sana. Lagu ini ciptaan sepenuhnya komposer popular iaitu Benk.


Saya telah mencabar diri untuk mencuba menyampaikan lagi ini. Walaupun nampak macam mudah sahaja tapi lagu ini penuh dengan emosi dan memerlukan kita menghayati dan juga kawalan vokal supaya tak sumbang dan pitch lari hehehe. Tapi saya juga sebagai penyanyi amatur baru pertama kali cuba sila kecam ok wakakakaka.




Anda boleh dapatkan lirik penuh lagu 1000 Tahun ini di blog Mahamahu. Cover lagu ni sampai habis sepanjang lebih kurang 4 minit lebih lagu ni. Paling penting part tinggi tu mampu ke nak tarik hehehehe. Anda juga boleh aktifkan nada pemanggil lagu terbaru dari Demeises Band seperti di bawah ini :-

1000 Tahun (Demeises)»»
Maxis CallerRingtones -- Dial *131*615980# tekan Call/Hantar
DiGi CallerTunes -- Dial *233*1350714# tekan Hantar/Call
Celcom CallMeTones -- Dial *323*313555# tekan Call/Hantar
U Mobile ColourTones -- Taip CRM 8498649 dan hantar ke 28383

Chorus»»
Maxis CallerRingtones -- Dial *131*615981# tekan Call/Hantar
DiGi CallerTunes -- Dial *233*1350715# tekan Hantar/Call
Celcom CallMeTones -- Dial *323*313556# tekan Call/Hantar
U Mobile ColourTones -- Taip CRM 8498650 dan hantar ke 28383

Verse»»
Maxis CallerRingtones -- Dial *131*615982# tekan Call/Hantar
DiGi CallerTunes -- Dial *233*1350716# tekan Hantar/Call
Celcom CallMeTones -- Dial *323*313557# tekan Call/Hantar
U Mobile ColourTones -- Taip CRM 8498651 dan hantar ke 28383

Terbitan : Insictech Musicland Sdn Bhd
Album : Demeises - 1000 Tahun    

Maklumat lanjut info lagu dan detail boleh layari :- 

Online Music Store: http://www.i-musicland.com/

Dapatkan lagu terbaru ini di semua platform digital yang ada :-

Seorang lagi artis Indonesia yang cukup popular sebagai seorang penyanyi dangdut dan juga pelakon Julis Perez mengehembus nafas terakhir hari ini 10 Jun 2016 dalam bulan Ramadhan yang mulia. Julia Perez atau lebih mesra dipanggil Jupe meninggal akibat penyakit kanser Serviks tahap 4 yang dialaminya dan menjalani rawatan sejak 5 bulan lalu.


Sapa tak kenal Jupe satu masa dulu pernah menggempakkan Malaysia dengan status twitter yang kurang menyenangkan. Pada pertengahan April 2017 beliau dikhabarkan kritikal. Hal itu yang membuat barisan artis melawatnya di RSCM termasuk bekas suaminya Gaston Castano.

Penyakit yang dialami beliau sejak September 2014 dan beliau berulang alik berubat dari Indonesia ke sebuah hospital di Singapura. Beliau sanggup menjual rumah dan keretanya untuk pembiayaan rawatannya itu sehingga beliau pernah berstatus muflis.


Kepastian kabar pemergiaan Jupe diperoleh dari akun instagram adiknya Nia Anggia yang berbunyi Innalilahiwainailahirojiun telah berpulang kakak kami tercinta Julia Perez". Semoga rohnya dirahmati dan ditempat dalam golongan orang-orang yang beriman sempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini.







 
Pelakon sinetron popular HIDAYAH yang beradal dari Indonesia Yana Zein telah menghembuskan nafas terakhir beliau pada tanggal 1 Jun 2017 dalam bulan Ramadhan yang mulia. Yana Zein pergi akibat penyakit kanser payudara setelah menjalani rawatan 4 bulan di Guangzhou, China.


Menurut kata Aurelia Callista anak pertama beliau, beberapa jam selepas menjejakkan kaki di tanah air, si ibu dilarikan ke hospital kerana mengalami penurunan keadaan kesihatan. 

Yana Zein sempat mengalami koma dan tak sedarkan diri beberapa jam selepas menjalani rawatan. Menurut Aurelia Calista, doktor yang merawat Yana Zein mengambil tindakan khusus saat mengetahui keadaan kesihatan pelakon itu terus menurun.



Namun satu drama telah berlaku disaat akhir pengembumian pelakon tersebut apabila status agama beliau dipertikai oleh kedua ibu bapanya. Si ibu mengatakan bahawa Yana harus dikebumikan cara kristian manakala sang ayah meminta beliau dikebumikan mengikut cara Islam kerana yakin anaknya tetap Islam dari kecil.

Meski pun berselisih pendapat sang ayah dan ibu saat ingin mengebumikannya, namun ayah beliau Nurzaman tetap bersyukur akhirnya anak beliau dikebumikan mengikut cara islam. Sang ibu pasrah dan berharap yang terbaik untuk anaknya walaupun apa cara pengembumian sekalipun. Moga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T. dibulan yang mulia ini.