Dunia Penuh Gosip - Artis Kahwin Dunia Penuh Gosip: Artis Kahwin - All Post
Memaparkan catatan dengan label Artis Kahwin. Papar semua catatan
Ini betul-betul bukan gimik tau. Akhirnya penyanyi yang selalu muncul dengan gimik untuk pelancaran single terbaharu, akhirnya menamat zaman bujang. Penyanyi lagu "Peluang Kedua", Nabila Razali 31, akhirnya selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Nik Iruwan, 38, dengan sekali lafaz pada jam 10.11 pagi pada Sabtu lalu.



Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali telah selamat dinikahkan oleh Jurunikah, Ustaz Fawwaz di majlis pernikahan yang berlangsung di The Chateau Spa & Wellness Resort, Pahang.

Dalam majlis yang bertemakan English Garden ini, Nabila menerima mas kahwin bernilai RM22.50. Sementara itu, wang hantaran dirahsiakan.



Majlis yang dikelolakan oleh Terusik Event ini telah berlangsung secara sederhana itu dihadiri kira-kira 250 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, rakan terdekat dan juga selebriti.

Turut hadir tetamu VIP dan rakan-rakan niaga pengantin. Antara selebriti yang hadir adalah seperti Hawa Rizwana, Amira Othman, Wany Hasrita, Ara Johari, Sissy Iman, Hael Husaini dan ramai lagi.



Pasangan itu bakal diraikan dalam satu majlis resepsi bertemakan Garden party formal yang berlangsung pada sebelah petang di tempat yang sama. Semoga terus bahagia dan kekal hingga Jannah rumah tangga yang dibina serta mendapat anak yang comel.






Sekali lafaz pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu selamat diijabkabul dengan Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah pada majlis pernikahan yang berlangsung Putra Glass House, Putra Heights, di sini hari ini.



Tepat pukul 8.48 malam, pemilik nama sebenar Shahmira Muhamad, 38, itu sah bergelar suami kepada Watie, sekali gus menamatkan zaman dudanya selepas hampir dua tahun solo.

Pengantin dinikahkan sendiri abang pengantin perempuan, Qadhaffi Hanifiah disaksikan Penolong Pendaftar Pernikahan Masjid Bukit Lanchung, Ustaz Zubairi Ghazali.



Air mata Watie menitis sebaik lafaz sah disebut. Pada majlis tersebut, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin berjumlah RM8,2,88 bersama tujuh dulang hantaran berbalas lima, manakala wang hantaran dirahsiakan.

Usai diijabkabul, Shuib terlebih dulu menunaikan solat sunat sebelum menyempurnakan acara batal air sembahyang. Majlis pernikahan itu mendapat tajaan hampir RM1.7 juta membabitkan penganjuran tiga majlis iaitu majlis khatam al-Quran, malam berinai dan akad nikah.



Perkenalan Shuib dan Watie yang berputik melalui media sosial, Instagram (IG), akhirnya membawa ke jenjang pelamin. Semoga terus kekal hingga akhir hayat dan juga bakal ada anak yang makin ramai dan comel-comel.






Macam tonton dalam salah satu babak drama pulak. Tapi kali ini kahwin betul-betul bukan lagi gimik atau lakonan mereka. Pelakon Janna Nick sah menjadi isteri kepada aktor Dini Schatzmann dalam majlis pernikahan yang diadakan di sebuah masjid di Langkawi, kira-kira pukul 8.35 pagi, Sabtu.



Majlis ringkas dan serba indah yang berlangsung di Masjid Aisyah, Dini turut menyerahkan mas kahwin RM2,703 kepada Janna dan seutas rantai emas. Jumlah mas kahwin tersebut adalah simbolik tarikh perkenalan mereka pada 27 Mac 2019.

Sebelum itu pasangan ini memadamkan gambar mereka berdua dalam akaun sosial media menjadi tanda tanya kepada semua peminat. Juga bergambar bersama pasangan ini pada Hari Raya yang lalu menguatkan lagi tentang gosip ini.



Majlis yang mendapat sentuhan rekaan The Calla itu dihadiri oleh ahli keluarga, rakan selebriti dan sahabat karib pasangan dua sejoli tersebut. Antara rakan artis yang hadir ke majlis tersebut adalah Izzue Islam, Nora Danish, Ain Edruce, Puteri Sarah Liyana, Nadia Brian, Mawar Rashid, Dayah Bakar dan ramai lagi.

Pasangan tersebut seterusnya diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang berlangsung di sebuah resort terkemuka di Langkawi. Malam tadi berlangsung majlis doa selamat dan bacaan yassin yang turut dihadiri penceramah, Ustaz Wadi Annuar dan rakan-rakan artis serta ahli keluarga kedua-dua belah mempelai.



Pada sekitar Februari lalu, Dini memaklumkan bakal mengumumkan satu berita besar berkaitan hal peribadi yang turut berkait rapat dengan Janna dalam masa terdekat. Malah sebelum ini juga terdapat khabar angin mendakwa pasangan itu bakal bernikah di Langkawi pada 10 Jun dan memilih resort mewah di Pantai Cenang, Langkawi sebagai lokasi hari bahagia mereka.

Apa pun tahniah Janna dan Dini moga terus bahagia hingga ke anak cucu dan dapat anak yang comel dan ramai.








Tidak menyangka selepas 17 tahun hidup solo selepas kegagalan perkahwinan pertama dulu kini Mummy Mas Idayu rasakan bagai kahwin buat pertama kali. Dengan sekali lafaz, penyanyi lagu "Selangit" dan "Cinta 100%" ini, sah bergelar isteri kepada Penerbit Eksekutif TV3, Muhamad Sufian Isa, 51, pada majlis pernikahan yang berlangsung di sebuah premis acara di Quill City Mall.



Majlis pernikahan yang berlangsung penuh bermakna itu dihadiri hampir 100 tetamu, termasuk keluarga dan rakan terdekat. Pada majlis tersebut, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM1,001, selain lima dulang hantaran berbalas tujuh. Perkahwinan Mas Idayu dan pasangan ditaja dengan jumlah bernilai RM7 juta daripada pelbagai pihak merangkumi lokasi, katering, busana dan aksesori.



Mas Idayu menyifatkan Sufian sebagai seorang yang kelakar dan dia tertarik dengan sifat kelakar yang ada pada diri lelaki tersebut dan membuka hati untuk menerima lamarannya. Pasangan ini mula saling mengenali sejak bekerjasama dalam program Mentor 3 pada 2008, namun mula menjalin hubungan serius pada tahun ini.

Mas Idayu pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aman Graseka pada 1997, tetapi bercerai pada 2006. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Dayini Asyiqa yang kini berusia 25 tahun.



Apa pun seluruh peminat dan juga pecinta muzik tanahair mendoakan agar Mummy terus bahagia menjalani hidup suami isteri dan terus kekal hingga akhir hayat. Peminat Mummy Mas Idayu di Malaysia dan juga di Indonesia juga turut sama mendoakan mummy akan lebih gembira dan menjalani hidup berpasangan dengan lebih bahagia.








Penyanyi popular dengan lagu Menahan Rindu dan Canggung, Wany Hasrita selamat bernikah dengan lelaki pilihannya Mohd Al-Adib Fahmi Harun, dengan dua kali lafaz, di Glam Hall, Damansara Perdana, di sini, kira-kira jam 9.11 malam, hari ini.



Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan Hasbullah Hassan, 56, dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan Qariah Masjid Al Mukarramah, Daerah Petaling, Mat Syaharuddin Al Rasyid Mat Isa.



Wany, 30, yang popular menerusi lagu Menahan Rindu dalam kenyataannya memberitahu, dia rasa bersyukur kerana majlis pernikahan yang dianjurkan berjalan lancar dan dipermudahkan Allah SWT.



Berkongsi mengenai Adib, 30, yang berjaya menambat hatinya yang juga bekerja dalam bidang penerbangan di Kuching, Sarawak itu, Wany berkata hubungan mereka mula rapat sejak 2019.

Semoga terus bahagia sehingga ke anak cucu dan mendapat zuriat yang sihat comel dan juga cantik seperti pasangan pengantin ini juga. 







Pelakon, pengacara dan penyanyi Zulin Aziz, 33, sah bergelar isteri kepada pasangannya, Farhan Norzaini, 35, tepat jam 9.20 pagi ini dengan sekali lafaz dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Negara, Kuala Lumpur. 



Zulin meluahkan rasa syukur dan gembiranya selepas melalui pelbagai ujian dan dugaan sebelum melangkah ke fasa berumah tangga. 

Sementara itu, Farhan juga meluahkan rasa syukurnya dan kini bersiap sedia untuk mengharungi fasa baharu dalam kehidupan. 

Zulin dan Farhan diijabkabulkan oleh Imam Masjid Negara, Ehsan Mohd Hosni dan diwalikan oleh abang Zulin, Shah Rezza Abdul Aziz. 

Farhan memberikan mas kahwin sebanyak RM80, lima dulang hantaran termasuk sebentuk cincin serta wang hantaran bernilai RM30,000, manakala pihak Zulin membalas dengan tujuh dulang. 

Terdahulu Zulin memaklumkan dia sudah mengenali suaminya sejak dua tahun lalu yang juga rakan perniagaannya. Sebelum ini Zulin pernah terpalit dengan kontroversi bakal berkahwin pada tahun 2018 tetapi ia gagal kerana putus ditengah jalan dan sempat merakamkan muzik video lagu bertajuk 'Dan Ketika Itu'.










Penyanyi kelahiran program realiti Mentor Usop 24 tahun, sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Nur Fatihah Md Hashim, 25, dalam majlis pernikahan di Pejabat Agama Daerah Butterworth, Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam, Pulau Pinang, jam 10 pagi, hari ini.


Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah Butterworth, Pulau Pinang, Ustaz Harun Idris bersaksikan bapa Nur Fatihah, Md Hashim Nordin dan bapa Usop iaitu Muhammad Noor Ismail.

Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor berkata, dia berharap peminat serta orang ramai yang mengenalinya dapat mendoakan kebahagiaannya dengan Nur Fatihah sehingga akhir hayat.

Dalam majlis itu, Usop menyerahkan mas kahwin sebanyak RM3,000 dan seutas gelang emas buat Fatihah.

Usop turut menyerahkan tujuh dulang hantaran kepada pihak perempuan dan dibalas sembilan dulang. Majlis persandingan bagi pihak perempuan akan berlangsung malam ini di Pulau Pinang manakala majlis resepsi pihak lelaki akan diadakan pada 13 Februari ini di Kulim, Kedah. Usop dan Fatihah bertunang pada 4 November tahun lalu selepas dua tahun berkenalan.









Dalam diam bercinta walaupun sudah dihidu oleh banyak pihak namun mereka menafikan percintaan mereka dan hanya berserah pada takdir jika ada jodoh. Tup tup selepas dua tahun menjalin hubungan cinta, pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad, 29, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Raja Syahiran,28, dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis yang diadakan di ibu kota.



Juara pencarian Putri Muslimah Asia tahun 2018, pengacara Wanita Hari Ini dan juga pelakon drama Love Elsa ini melahirkan rasa syukur acara akad nikahnya berjalan dengan lancar biarpun pelbagai dugaan yang perlu ditempuh. Bibit perkenalan mereka bermula pada awal tahun 2019 di sebuah program tv dan Uyaina menerima rombangan merisik keluarga Syahiran pada Julai tahun lalu.



Pada majlis pernikahan mereka itu, Syahiran Raja Azhanrianshah telah menyerahkan mas kahwin berbentuk sebentuk cincin dan gelang tangan emas buat Uyaina. Tiada pertukaran dulang hantaran antara kedua belah pihak dan memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran atas persetujuan kedua belah keluarga.



Majlis akad nikah mereka dihadiri keluarga dan rakan terdekat sahaja seramai 100 orang dan mereka masih belum merancang untuk melangsungkan majlis resepsi. Dalam pada itu, pasangan ini memilih Eropah sebagai destinasi bulan madu mereka namun terpaksa menangguhkan hasrat tersebut disebabkan penularan wabak varian baru Covid-19.







Selepas sebulan menyimpan rahsia, akhirnya, pasangan pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose mengumumkan mereka sudah bergelar suami isteri.



Menurut laporan berita, Kamal dan Uqasha diijabkabul pada Jumaat (5 Nov) di sebuah lokasi yang dirahsiakan di Janda Baik, Pahang.

Dalam majlis akad nikah itu, Kamal atau nama sebenarnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, 35, menyerahkan mas kahwin RM22.50 kepada isterinya, Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 29.

Kamal turut menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada Uqasha. Pasangan berkenaan membuat pengumuman itu dalam sidang media khas anjuran Astro pada Selasa (7 Dis).

Stesen televisyen tersebut turut mendapat hak penyiaran eksklusif majlis pernikahan dan persandingan pasangan pelakon itu. Sebanyak tiga episod bermula dengan majlis persiapan, pernikahan dan persandingan akan ditayangkan pada 11, 18 dan 25 Disember ini di saluran Ria.








Penyanyi, Haqiem Rusli, 24, sah bergelar suami kepada pasangannya, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri, 19, dengan dua kali lafaz dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya, tepat jam 3.40 petang tadi.



Pasangan itu dinikahkan oleh jurunikah yang juga Ketua Pegawai Agama Daerah Sepang, Ustaz Zamzuri Ruslan dengan mas kahwin RM300 serta wang hantaran bernilai RM100,000 disaksikan oleh keluarga dan kenalan rapat kedua-dua mempelai.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Haqiem menggambarkan Sofea sebagai wanita yang sempurna buatnya dan memiliki budi pekerti yang lemah lembut. Sementara itu, Sofea pula menggambarkan Haqiem sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab dan itu yang menawan hati beliau. 

Majlis pernikahan dan resepsi Haqiem dan Sofea juga diserikan dengan barangan kemas dari Habib Jewels termasuklah aksesori berlian bernilai RM5 juta. Nilai keseluruhan majlis perkahwinan kedua-dua mempelai dianggarkan mencecah angka lebih RM7 juta.

Haqiem dan Sofea mula menjalin hubungan cinta sejak dua tahun lalu selepas berkenalan dan mula rapat ketika bersama-sama menguruskan perniagaan restoran milik mereka.



Siapa sangka akhirnya setelah sekian lama bermain teka-teki bila majlis pelakon dan pengacara popular ini akan berlangsung telah pun terjawab. Malam tadi 3 September 2020 bertempat di Sime Darby Convention Centre detik sejarah dalam hidup pelakon tersebut apabila diijab kabul dalam majlis ringkat tapi mewah. 



Mira mengenakan busana baju kurung Pahang dan majlis bertemakan Mihrab Cinta penuh keputihan dan suci melambangkan sucinya cinta mereka. Pasangan Mira Filzah dan suami Wan Emir Astar selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dan sah menjadi suami isteri disaksikan lebih kurang 250 tetamu. Pertukaran dulang antara kedua-dua belah pihak ialah 11 dulang bagi pihak perempuan dan 9 dulang bagi pihak lelaki.




Majlis pernikahan ini dibawa khas secara langsung di TV3 sebentar tadi dan majlis persandingan akan diadakan 3 kali untuk semua peminat nanti secara langsung juga. Pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu memilih Wan Emir Astar, seorang arkitek yang juga anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid. Sama-sama kita doakan semoga kedua mempelai ini terus bahagia dan kekal hingga akhir hayat dan mendapat zuriat comel-comel belaka.






Tahniah buat pelakon dan pengacara yang banyak kontroversi tahun 2018, Elfira Loy dan pasangannya, Khairol Faris Anuar selamat diijabkabulkan di pagi hari pertama tahun baharu 2019. Pasangan merpati dua sejoli itu bergelar suami isteri selepas mengikat tali pertunangan selama empat bulan sahaja.


Tiada sebarang info lanjut mengenai majlis pernikahan itu yang dikongsi dengan peminat-peminatnya dilaman Instagram milik beliau. Majlis akad nikah berlangsung pagi tahun baru dan pasangan itu juga bakal melangsungkan lima majlis resepsi sepanjang bulan Januari.

Selain nikah, majlis resepsi pasangan itu akan dilangsungkan pada setiap hujung minggu bermula minggu ini. Elfira kelihatan menawan mengenakan persalinan rekaan pereka ternama, Rizman Ruzaini pada majlis akad nikah tersebut. 


Elfira juga memilih busana perkahwinan daripada beberapa pereka terkenal tempatan yang pernah berkerjasama dengannya sebelum ini. Selain Rizman Ruzaini, beberapa pereka fesyen lain yang dimaksudkan pernah menghasilkan gaun perkahwinan selebriti tempatan terkenal sebelum ini seperti Anzalna Nasir, Sharnaaz Ahmad dan Stacy.

Apa pun jodoh pertemuan itu semua ketentuan tuhan dan kita hanya mengikut takdir dan segalanya telah ditentukan oleh-Nya. Tahniah buat Elfira Loy dan suami tidak pula dinyatakan dimana mereka akan berbulan madu selepas majlis resepsi tersebut. 







Selamat pengantin baru kepada pasangan yang telah lama menjalin hubungan dan kisah percintaan mereka yang telah diketahui umum Izara Aishah dan juga Adib Khalid. Mereka jenis tak kisah pada orang pun nak kata apa bercinta lama dan pergi mana-mana bersama akhirnya ke jinjang pelamin juga mereka. 


Jumaat lepas telah selamat majlis akad nikah pengantin kaya tahun ini. Majlis yang diadakan di Damansara itu dihadiri lebih 500 tetamu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan artis dan sahabat handai.

Walaupun kahwin dengan pakaian yang mewah dan cantik masih ada orang tetap tidak puas hati. Netizen ni ada sahaja idea nak memperlekehkan hasil karya orang. Baru-baru ini kecoh pula veil yang diperkenakan Izara bagaikan 'Roti Tisu'. Busana Izara dan Adib adalah hasil sentuhan Datuk Rizalman.

Tak kisahlah dek non orang nak cakap apa paling penting kau lain daripada lain dan juga kau kahwin orang kaya mereka ada. Moga mereka bahagia dan terus kekal hingga Jannah sebab ramai orang nak tengok pasangan ini menamatkan zaman bujang mereka setelah bercinta begitu lama.


Semua orang kenal siapa tu Adib anak kepada usahawan Datuk Sri Khalid Jiwa dan juga anak tiri penyanyi no 1 negara Datuk Sri Siti Nurhaliza. Tak lama lagi Tok Ti bakal timang anak sendiri pula bestnya tak sabar nak tunggu kelahiran baby baru.