Dunia Penuh Gosip - Astro Oasis Dunia Penuh Gosip: Astro Oasis - All Post
Memaparkan catatan dengan label Astro Oasis. Papar semua catatan
Program realiti televisyen pencarian mutawiff, Manhajj Mutawwif kembali lagi untuk musim kedua dengan menampilkan elemen segar dan pembaharuan. Penerbitnya, Abd Halim Ikhsan berkata, musim terbaharu ini lebih menarik kerana akan melibatkan pertandingan di kalangan empat buah negara iaitu iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Beliau menjelaskan, para peserta akan mengharungi cabaran dan tugasan sebelum dinobatkan sebagai Mutawwif Terunggul Manhajj Mutawwif Nusantara.


“Untuk musim kedua, program ini akan menyediakan tenaga pengajar yang berpengalaman serta panel juri yang berkaliber dan berwibawa. Antara elemen baharu lain diperkenalkan adalah ‘Sketch Artis’ dari barisan pelawak popular tanah air dalam usaha menarik minat penonton bagi memberi ilmu pengetahuan kepada mereka."


“Seperti musim lalu, para peserta akan bersaing dalam lapan konsert termasuk final dengan tugasan yang akan mengupaskan persoalan berkaitan umrah dan permasalahannya,” katanya. Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Aplikasi Manhajj dan Program Televisyen Manhajj Mutawwif Musim Kedua di IDCC Shah Alam, Menara Korporat pada 28 Oktober 2018.

Ustaz Abd Halim Ikhsan Ketua Pegawai Executive Manhajj Brothers Sdn Bhd

Abd Halim menambah, program yang berunsur dakwah itu terus komited untuk mengangkat profesion sebagai mutawwif agar lebih dikenali serta dihargai masyarakat. “Mutawwif merupakan satu pekerjaan yang mulia disisi Islam di mana mereka bertindak sebagai pemimpin umat Islam ketika mengerjakan ibadah haji dan umrah. Selain program tv Manhajj Brothers juga telah menghasilkan aplikasi untuk memudahkan bakal jemaah umrah sebelum dan semasa mengerjakan umrah yang dipanggil aplikasi Manhajj. Boleh muat turun di Google Play Store secara percuma.


“Tapi sayangnya peranan dan pengetahuan masyarakat terhadap pekerjaan ini masih kurang. Harapan saya melalui rancangan ini mutawwif akan lebih dikenali,” katanya. Program selama satu jam setengah itu akan mula ditayangkan bermula 25 Januari 2019 jam 9.00 malam di saluran Astro Oasis dan Astro Maya HD.


Manhajj musim pertama yang bersiaran bermula Mac hingga Mei lalu menobatkan Ahmad Syafik Samat sebagai juara yang berjaya membawa pulang wang tunai RM100,000 dan juga trofi. Naib juara menjadi milik Muhammad Syafiq Abdul Rashid (RM50,000 dan trofi), tempat ketiga dimenangi Wan Mohd. Taufik Wan Marzuki (RM30,000) dan tempat keempat adalah Muhammad Mustakim Abd. Rahim (RM10,000 dan trofi). 






Setelah lapan minggu peserta bagi rancangan realiti ‘Manhajj Mutawwif’ iaitu Wan Mohd. Taufik Wan Marzuki, Zeinal Abidin Abdul Hakam, Ahmad Syafik Samat, Muhammad Mustakim Abd. Rahim, Muhammad Syafiq Abdul Rashid, Muhammad Hazim Radzi, Faris Aiman Suliman, dan Raja Muhammad Hafiz Raja Mohd. Saleh bersaing untuk begelar juara. 


Jumaat lepas telah sampai minggu akhir menampilkan Shuib Sepahtu dan Amin Idris sebagai pengacara dan juga hanya 4 peserta sahaja yang layak ke peringkat akhir. Malam Akhir telah berlangsung di Astro Oasis dan Maya HD.

Akhirnya tuah milik peserta Mutawwif Ahmad dinobatkan sebagai juara yang berjaya membawa pulang wang tunai RM100,000 dan juga trifo. Manakala tempat kedua milik Mutawwif Shafiq, tempat ketiga milik Mutawwif Taufik dan tempat keempat jatuh kepada Mutawwif Akim.


Program ini memartabatkan Mutawwif seabgai atu pekerjaan yang mulia di sisi Islam di mana mereka bertindak sebagai pemimpin umat Islam ketika mengerjakan ibadah haji dan umrah. Moga ia dapat melahirkan lebih ramai lagi Mutawwif yang berwibawa dan penuh pengalaman untuk membantu orang ramai mengerjakan ibadah mulia ini.