Baru masuk minggu kedua program realiti Budak-budak Baru Nak Up (BBNU) ini telah banyak drama dan kontrol versi. Pada minggu kedua ini meyaksikan bahawa Fara Hazel menjadi peserta pertama tersingkir pada malam tersebut. Menyampaikan lagu Cinta Tersimpul Rapi persembahan Fara nampak kurang bertenaga dan mendapat komen yang kurang senang daripada ketiga-tiga juri.
Akhirnya Fara mendapat markah paling rendah 53% daripa ketiga-tiga juri dan sekali gus beliau tersingkir juga kerana undian daripada penonton yang kurang memberangsangkan. Apa pun Fara Hazel anda tetap boleh menyanyi diluar sana dan teruskan kerjaya anda dengan persembahan yang lebih mantap serta lagu yang lebih hebat.
Juga pada minggu kedua ini juga menyaksikan persebaham hebat dan penuh bertenaga daripada Baby Shima tidak sia-sia kerana beliau keluar daripada zon selesa. Namun trajedi berlaku pada malam itu apabila beliau pengsan di atas pentas Big Stage selepas selesai sahaja menyanyikan lagu Ku Tak Akan Bersuara.
Sejuruh lepas itu para medik datang untuk memberi bantuan awal dan akhirnya Baby Shima terus dibawakan ke Hospital Shah Alam untuk mendapatkan rawatan lanjut. Namun dari update terbaru beliau dalam keadaan stabil tapi perlukan rehat buat sementara waktu. Menurut kata pengurus beliau yang Baby Shima kepenatan kerana banyak persembahan dan baru sahaja pulang daripada membuat persembahan di Indonesia.
Biasa lah adik nak berjaya kena kerja keras baru boleh maju dan dikenali ramai. Tapi semangat Baby Shima untuk teruskan menyanyi di pentas Big Stage sangat dikagumi. Moga minggu depan akan terus muncul dengan persembahan yang lebih bagus. Pada minggu ketiga peserta diberikan tugasan dengan artis jemputan dan akan bernyanyi secara duet dengan tema Sama-sama Up. Nak saksikan persembahan hebat mereka setiap hari Ahad jam 9 malam di Astro Ria dan Ria HD.
Follow Us