Dunia Penuh Gosip - Bakat Baru Dunia Penuh Gosip: Bakat Baru - All Post
Memaparkan catatan dengan label Bakat Baru. Papar semua catatan
Dulu sebut nama Fendi Bakri ramai orang tidak ketahui susuk jejaka dari Kedah ini. Bekas peserta Hero Remaja 2012 ini mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan selapas habis program realiti tersebut. Walaupun pada masa itu tiadak mendapat watak utama tapi bakatnya mula diasah oleh pengarah Osman Ali.


Jejaka ini tidak pernah lekang dengan senyuman dalam lakonan mahupun dalam dunia nyata. Kalau tengok sendiri watak beliau sebagai Mr Grey dalam drama tersebut memang mencuit hati walaupun serius tetap nampak manis. Ramai peminat memuji lakonan beliau dalam drama yang disiarkan di Astro Ria dan Astro Ria HD. Drama ini mula melonjak nama beliau didalam dunia lakonan juga pencalonan beliau dalam Anugerah MeleTOP Era membuktikan bakatnya mula mencuri perhatian penonton.

Bercerita tentang rakan seangkatannya seperti Fattah Amin, Syafiq Kyle dan Saharul Ridzwan yang telah terlebih dahulu mengecap populariti mendadak berbanding diri sendiri yang masih mencari tapak kukuh, kata Fendi, dia tidak kisah dengan situasi tersebut sebaliknya terus berfikiran positif.


Selain itu, dia juga bakal bergelar pengacara sebuah program travelog yang memaparkan lokasi menarik di Thailand. Peminat yang mahu mengetahui lebih lanjut perkembangan terbaru pelakon ini, boleh layari laman sosialnya di Facebook, Twitter dan Instagram dengan carian @FendyBakry.







Anda punyai impian untuk menjadi seorang bintang? Jadikan ia satu kenyataan dengan menyertai pertandingan ‘Be Yourself’ Orchid untuk merebut peluang berlakon bersama duta produk Orchid, Sazzy Falak di dalam sebuah filem pendek terbitan syarikat filem terkemuka Metrowealth International Group (MiG). Tiga pemenang utama juga akan berpeluang membawa pulang hadiah-hadiah tunai berjumlah RM6,000!


Rangkaian produk penjagaan wanita yang kini meningkat naik iaitu Orchid, melancarkan pertandingan #BeYourself yang julung kalinya diadakan, seiring dengan kempen #Malu? TakMalu! bagi tujuan memperkasakan wanita, termasuk membantu golongan wanita merealisasikan impian mereka untuk menjadi bintang ternama satu kenyataan.

Untuk mezahirkan niat ini, agensi hiburan dan pengurusan bakat tersohor di Malaysia, MiG, yang diketuai oleh David Teo telah bergabung dengan Orchid bagi membuka peluang untuk para peserta #BeYourself yang berbakat luar biasa.


Selain daripada hadiah wang tunai yang lumayan, peluang eksklusif berlakon bersama artis pencetus trend; petah berkata-kata; pelakon dan pengacara televisyen iaitu Sazzy Falak dalam sebuah filem pendek yang menyentuh isu kebersihan wanita menjadikan peluang ini suatu perkara yang tidak harus dilepaskan.

Sazzy yang merupakan duta pertama Orchid mewakili dinamik, kebijaksanaan, keupyaan dan perwatakan pelbagai wanita moden Malaysia. Melalui Pertandingan ‘Be Yourself’ ini, Orchid berharap akan berjaya mewujudkan kesedaran mengenai kebersihan intim wanita dalam kalangan golongan muda Malaysia memandangkan isu halus ini sering dielak daripada dijadikan perbincangan disebabkan pengaruh budaya, didikan, kurang keyakinan diri dan kesedaran yang rendah.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai dan mengetahui lebih lanjut mengenai Pertandingan ‘Be Yourself’ Orchid serta kempen #Malu!TakMalu?, sila lawati laman Facebook Orchid di pautan https://www.facebook.com/NewOrchidBrand/.


Pertandingan in akan berakhir pada bulan Oktober. Produk Orchid pada ketika ini boleh didapati dalam tiga varian iaitu Romantis, Intim dan Anggun. Produk dalam botol berbentuk feminin 210ml ini boleh didapati di pasaran di seluruh negara pada harga RM4.75 setiap satu.