Dunia Penuh Gosip - Bangkit Bersama Dunia Penuh Gosip: Bangkit Bersama - All Post
Memaparkan catatan dengan label Bangkit Bersama. Papar semua catatan
Sudah lebih setahun masyarakat dunia berdepan dengan penularan wabak Covid-19. Wabak ini bukan sahaja merubah pola dan kehidupan sosial masyarakat, malahan ia turut memberi perubahan besar kepada landskap ekonomi negara.



Kebanyakan syarikat gergasi masih mampu berdiri meneruskan operasi dek keutuhan sumber kewangan. Namun, berbeza pula dengan peniaga dan usahawan kecil dan sederhana.Majoriti daripada usahawan kecil dan sederhana berdepan dengan penurunan prestasi perniagaan dek kelembapan pasaran semasa walaupun telah mencuba pelbagai kaedah serta strategi pemasaran berkesan.

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris berkata, “cakna dengan keperluan serta perit jerih para usahawan tempatan, TV AlHijrah meneruskan tradisi memberi bantuan membangunkan semula ekonomi peniaga industri kecil dan sederhana mendepani masa sukar disebabkan Covid-19.



“Kami akan lancarkan Bincang Niaga siri satu untuk tahun 2021 pada Rabu, 28 April akan datang. Bincang Niaga siri satu ini akan dijalankan dengan tema Bangkit Bersama. Tema Bangkit Bersama sudah cukup menjelaskan objektif dan hasrat utama kami dalam memberi peluang kepada usahawan baru mahupun yang pernah beriklan dengan kami untuk memperkemaskan strategi pemasaran serta melonjakkan perniagaan mereka menerusi iklan televisyen dengan harga yang cukup berbaloi. Keutamaan diberikan kepada para usahawan yang berhasrat untuk mempromosi perniagaan mereka secara gerila bermula Mei hingga Julai tahun ini memandangkan sambutan Aidilfitri dan Aidiladha akan belaku sekitar tiga bulan ini.



Menurut Namanzee, lapan pakej pengiklanan mampu milik akan ditawarkan buat usahawan yang berminat bermula dari serendah tiga ribu empat ratus ringgit sahaja. Kesemua pakej ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri di mana para usahawan boleh memilih slot rancangan berbeza mengikut kemampuan dan kehendak mereka.

Antara slot-slot pilihan adalah slot di rancangan bual bicara pagi Assalamualaikum, Berita Alhijrah, rancangan Bazaar Jom! dan banyak lagi pilihan menarik lain.



“Jika pada tahun lalu, hampir lebih daripada lima ribu usahawan IKS telah dibantu, maka pada tahun ini kami mensasarkan lebih banyak usahawan dapat dibantu menerusi kempen Bincang Niaga ini. Apa yang penting, kami komited dan ikhlas bangkit bersama para usahawan untuk memperkasakan perniagaan mereka. Kami turut memberikan khidmat nasihat pembangunan jenama secara percuma.



Namanzee menyeru dan menggesa semua peniaga IKS untuk sama-sama mendaftar pada 28 April ini agar layak menyertai sesi Bincang Niaga Bangkit Bersama. Usahawan yang berminat bolehlah merebut peluang ini dengan membuat pendaftaran di pautan https://www.tvalhijrah.com/bincangniaga/ atau layari laman sesawang TV AlHijrah di www.tvalhijrah.com untuk maklumat lanjut.