Dunia Penuh Gosip - Bangsawan Dunia Penuh Gosip: Bangsawan - All Post
Memaparkan catatan dengan label Bangsawan. Papar semua catatan
Peminat teater bangsawan boleh menyaksikan persembahan secara langsung teater muzikal Bangsawan Dendam Laksamana yang telah mula ditayangkan di MATIC Kuala Lumpur bermula 2 November sehingga 11 November 2018. Sebuah teater dari produksi Pat Ibrahim Project Entertaiment (PIPE), diarahkan, koreograf dan cerita oleh Pat Ibrahim dan skrip oleh Siti Jasmina Ibrahim.


Selepas mendapat sambutan pada persembahan sulung tahun lalu kini teater ini terus mendapat perhatian daripada badan koporat untuk menjayakannya dan mermatabatkan teater bangsawan. Badan koporate yang terlibat seperti Yayasan Sime Darby, Iltizam bersam EKUINAS, Universiti DRB-Hicom, Hotel Tune dan Hotel Primula serta badan persendirian. 

Sikit sinopsis tentang teater ini pada yang mahu pergi menonton :

Sebuah ceritera yang di adaptasi dari kisah benar sejarah Sultan Mahmud Mangkat Dijulang dari negeri Johor Lama yang berdasarkan buku Masyhor Malaya oleh Shahrom Husain pada tahun 1978. Seperti mana yang kita ketahui kerana sifat iri hati dan juga mahu memiliki kuasa maka segala fitnah ditaburkan oleh Seri Bija Wangsa kepada Datuk Laksamana Megat Seri Rama. 


Akibat rasa terhina kerana fitnah yang dilemparkan maka dik seulas nangka menjadi penyebab kepada kemurkaan Sultan yang membawa kepada pebinasaan. Kesetiaan yang diletak sepenuh jiwa menjadi hilang rasa pertimbangan dan kewarasan akal. Menggunakan elemen muzikal dan penyampaiaan yang lebih puitis menjadi teater ini begitu menusuk dalam sanubari saat tiba ke kemuncaknya sewaktu Dang Hanum dibunuh dan Sultan Mahmud ditikam diatas julang.


Teater ini dijayakan oleh barisan pelakon yang hebat dan mantap memegang watak mereka seperti Hairi Safwan sebagai peneraju utama Laksamana Megat Seri Rama, Aidilla Shaffi sebagai watak isteri Laksamana iaitu Dang Anum, Datuk Jalaludin Hassan sebagai Datuk Bendehara, Anwar Rusdini sebagai Sultan Mahmuh Syah II, Megat Shahrizal sebagai Seri Bija Wangsa, Que Rose sebagai Tun Aman dan ramai lagi. 


Persembahan ini juga diserikan lagi oleh watak Penglipurlara yang dibawa oleh Shahrul Mizad juga dikenali sebagai pencerita yang sangat menghiburkan dan memberi kesan kepada emosi penonton dalam suka dan duka. Juga diselitkan waktu selingan dengan persembahan nyanyian daripada penyanyi terkenal seperti Asmidar, juara Dangdut Star Fitri dan juga persembahan tarian.


Bagi yang nak menonton teater ini masih lagi dipersembahankan setiap hari sehingga 11 Nov ini di Dewan Tunku Abdul Rahman, MATIC Jalan Ampang Kuala Lumpur. Tiket-tiket boleh didapati secara online di pipent.peatix.com dengan harga RM30, RM50, RM80 dan RM100.  Memang sangat disarankan untuk tonton teater ini walaupun ia teater bangsawan tapi masih menggunakan teknologi terkini dengan kesan cahaya dan juga bunyi yang menarik serta mampu memberi penata terbaik dari keseluruhan persembahan.


Kalau anda jauh untuk datang ker KL jangan risau kerana persembahan teater ini akan menjelajah ke beberapa buah negeri seluruh Malaysia untuk memastikan ia terus mekar dalam jiwa sanubari rakyat Malaysia. Sama-sama kita martabatkan budaya dan kesenian negara kita yang sangat unik ini.






Kerjasama antara Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyemarakan lagi Siri Semarak Bangsawan 2015. Sejak di mulakan dari tahun 2007 semarak bangsawan ini telah mengetengahkan 36 kumpulan dan 64 skrip bangsawan yang telah popular. Kini ia kembali semula bagi tahun 2015 dengan lebih meriah dan segar dari pelapis muda.



Tahun 2015 ini bermula dengan teater bangsawan yang di arahkan oleh Putera Raja dan di lakonkan oleh barisan pelakon yang cukup hebat dan popular. Raja Ku Puteh adalah naskah yang di pentaskan pada 10-12 April 2015 lepas sebagai pembukaan Siri Semarak Bangsawan. Naskah bangsawan di suntikan dengan ciri moden dan humor menjadi ia satu pementasan terbaik antara yang terbaik. 




Barisan pelakon2 teater Raja Ku Puteh adalah seperti Lokman Harmin (Raja Ku Puteh), Puteri Laila (Puteri Kurnia), Wan Wala (Raja Ku Puteh 2), Bocil Saywho (Raja Tunggal Al Salam) dan Vicha Saywho (Permaisuri Intan), Shazli Ekzos (Pawang Rendra), Wan Raja (Pendeta Kilat), Ali (Guruh), Weera (Dato Samar) dan Bakar Din (Raja Senyum). Semua pelakon yang berkaliber menghidupkan setiap watak menjadikan sepenjang persembahan ini penuh dengan lawak jenaka dan jalan cerita yang menarik.



Sinopsis tentang teater Bangsawan Raja Ku Puteh serba sikit. Kisah bermula dengan kelahiran seorang waris takhta Negara Cempura Emas yang di beri nama Raja Engku Puteh. Sepanjang pemerintahan Raja Ku Puteh sangat di senangi oleh rakyatnya tetapi beliau perlu untuk berkahwin bagi menerusi pemerintahan beliau. Namun beliau ini telah menerima sumpahan yang menjadikan beliau seorang yang hitam dan mempunyai penyakit sawan perempuan. Maka bermula dengan itu beliau bertekat untuk menghapuskan sumpahan tersebut dengan mencari orang yang menyumpah beliau. Sepanjang perjalanan mencari orang yang menyumpahnya beliau temui dengan ramai lagi orang yang pelik2 dan juga musuh. Sepanjang susah payah dan cerita perjalanan beliau akhirnya beliau berjaya menghapuskan sumpahan yang telah di berikan kepadanya. Tapi satu sahaja sumpahan yang tidak dapat di hapuskan iaitu warna kulit yang hitam kerana ia memang keterunan Raja Ku Puteh.




Selain penggunaan kesan bunyi dan cahaya serta prop pentas yang bersesuaian dengan suasana pada masa itu menjadikan persembahan ini lebih nyata dan real. Memberi kesan mendalam kepada penoton dan dapat menghayati situasi yang cuba di tonjolkan. Sepanjang persembahan teater ini memang tidak kering gusi semua penonton yang datang di Auditorium DBKL. Selain daripada naskah yang hebat harga tiket juga memain peranan untuk memanggil lebih ramai penonton. Tiket hanya pada RM10 untuk tempat duduk biasa dan RM50 untuk tiket Premier sangat2 berpatutan.


Banyak lagi persembahan yang menarik di janjikan sepanjang Siri Semarak Bangsawan 2015 ini akan berlangsung sehingga bulan Disember 2015. Masih ada 6 lagi persembahan teater untuk anda tonton selepas ini jadi jangan lepaskan peluang ini. Bagi anda yang minat untuk mendapatkan tiket dan info tentang teater2 yang ada sepanjang Siri Semarak Bangsawan ini boleh layari laman web JKKN dan Facebook mereka. Selamat menonton semua ok.

JABATAN KEBUDAYAN DAN KESENIAN NEGARA
Tel : 03-2614 8200 / 8262 / 8378 / 8210 / 8293 / 8206 / 8317