Dunia Penuh Gosip - Bertudung Dunia Penuh Gosip: Bertudung - All Post
Memaparkan catatan dengan label Bertudung. Papar semua catatan
Tahniah satu lagi pencapaian yang sangat membanggakan buat pelakon dan host televisyen popular negara iaitu Neelofa apabila hari ini beliau secara rasminya dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif AirAsia. Dalam satu kenyataan hari ini, AirAsia berkata pelantikan tersebut telah diluluskan sebulat suara oleh ahli lembaga pengarah.


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Tony Fernandes, berkata Neelofa adalah tambahan hebat kepada lembaga yang dapat memberikan pengalamannya sebagai seorang usahawan, pencipta dan pemain industri.

Beliau berkata Neelofa akan dapat memberikan pandangan baru dalam perniagaan AirAsia kerana ia berubah menjadi sebuah syarikat penerbangan digital. Menurut Neelofa pula pelantikan itu bukan sahaja merupakan pencapaian bagi dirinya, tetapi untuk semua wanita di Malaysia.

Apakah perubahan yang bakal dibawakan oleh wakil Duta TN50 ini terhadap penerbangan tambang murah itu. Adakah selepas ini semua pramugari muslim akan digalakan untuk memakai hijab bagi membuktikan tiada diskriminasi dalam syarikat penerbangan untuk pekerja muslimnya. Juga tidak mustahil bahawa semua produk tudung Neelofa akan mula dijual dalam semua penerbangan AirAsia.

Apa pun ia satu keberanian yang bagus buat perubahan yang melihat bahawa wanita ini bukan sahaja cantik tapi perlu bijak dalam membuka mata semua orang. Go Neelofa walaupun ramai yang hentam kerana memperendahkan orang lain tapi ada sikap positif yang masih orang nampak dalam diri beliau.







Sekarang makin ramai artis kita telah mula berhijrah dan telah menunjukkan perubahan ketara dari segi penampilan. Mungkin sebab peribadi atau juga mungkin kerana rasa tanggungjawab untuk melaksanakannya atau ia adalah kerana tiba masa itu hanya mereka yang tahu. Apa pun tahniah buat semua artis yang telah berani berubah kerana perubahan kearah kebaikan adalah datu Jihad.


Awal tahun ini sahaja dah 5 orang artis popular negara berhijab penuh. Mula dengan Hanis Zalikha. Kemudian Rozita Che Wan yang berhijab setelah pulang dari Umrah Alhamdulillah. Makin nampak cantik dan manis Che Ta bila berhijab nampak makin muda. 


Kemudian Elfira Loy pelakon yang masih muda telah mengorak langkah kepada perubahan ini. Tidak takut kepada rezeki di beri Allah El telah berhijab pada sambutan hari jadinya yang ker 24 baru2 ini. Tahniah El anda tetap nampak menarik dan anggun dan masih boleh berksi lasak walaupun telah berhijab.


Lepas tu Zulin Aziz pengacara yang meningkat naik ini juga telah berubah. Zulin juga telah mengesahkan dirinya sudah berhijab sepenuhnya menerusi portal Media Hiburan. Jelas pengacara tersebut, ia bukanlan paksaan daripada sesiapa tetapi lahir daripada kerelaan hatinya sendiri yang mahu memenuhi tuntutan agama.


Kini terbaru pelakon Faezah Elai juga melangkah transformasi kepada perubahan untuk terus berhijab. Faezah Elai juga telah meminta untuk dirinya dibantu selepas ini. Penghijrahan bukanlah satu yang mudah lebih-lebih lagi apabila anda bergelar selebriti. Semoga Faezah Elai diberikan kekuatan untuk terus beristiqamah. Moga semua artis yang telah berhijrah akan di murahkan rezeki doa dari peminat2 semua.








Kalau benar berita yg Mahagosip dengar ini Alhamdulillah dah lama semua peminat menanti khabar berita buat artis2 wanita di Malaysia. Kalau benar Mizz Nina Bertudung ia adalah berita paling bahagia buat Noh dan juga sekeluarga. Peminat juga mendoakan kejayaan kepada Mizz Nina setelah berhijrah ini. 


Bertepatan dengan sambutan Maal Hijrah yg bakal kita sambut ini adalah satu berita hijrah paling bagus untuk permulaan artis2 tempatan. Kerana hijab itu bukan halangan untuk berjaya dan juga mencapai peringkat antarabangsa. Semua telah terbukti seperti Yuna dan Shila Amzah sendiri telah membawa nama negara dan image hijab ke peringkat antrabangsa. Ke sebuah negara yg jauh daripada image hijab sendiri.

Jadi mungkin selepas ini bukan satu trand untuk artis wanita berhijab tapi ia adalah tanggungjawab sebagai umat Islam melakukan perkara yang baik. Mizz Nina jgn risau untuk tidak ada job menyanyi ker lepas ini atau tidak dpt buat video clip yg sexy2 lagi. Mungkin akan ada pada ruang lain yg lebih di berkati. Mahagosip harap lepas ni lebih ramai artis wanita tampil dengan image hijab.







Bila sebut jahil org tak berapa nak kisah sebab memang dah ramai sgt manusia yg jahil bab2 agama ni. Tapi bila sebut bodoh agama mesti ada yg panas hati dan tak senang duduk kerana mendapat gelaran itu. Tapi itu lah yg cuba di sampaikan kepada artis2 tempatan kita ni. Bila org pakai tudung separuh, ramai marah dan minta biar lah bertudung litup sopan. Pastu nanti artis ni akan menjawab belum sampai seru dan tunggu lah biar ia dtg ikhlas dari hati untuk bertudung. Tu ayat biasalah untuk artis2 kita.

Tapi lagi teruk kalau artis ni dan bertudung litup dan penuh sopan kata dah berhijrah untuk kebaikan. Tapi bila bersanding buka tudung. Katanya nak ikut trend and nak ikut suka hati. Ingat perkara agama ini perkara main2 yg suka2 nak ikut atau tak nak. Ia akan membuat kita boleh jatuh akidah kepada murtad kerana mempersenda agama Islam. Kalau tak nak bertudung baik tak payah bertudung and tak payah nak tunjuk gambar2 alim bertudung. 

Pastu nak bergaya ketika kahwin sanggup buka tudung dan tayang segalanya. Baik buka jer baju bogel teruskan lagi bagus. Tu lah kata org bodoh agama. Tak hairanlah kalau dia sanggup mengetapikan keluarga kerana nak puas nafsu sendiri. Sedangkan agama pun sanggup di permainkan inikan pula kuarga sendiri. Tak hairan manusia sekrang ni mcm2 boleh jadi. Kalau dia kahwin lari pun memang patut sebab perangai dah mcm tu.

Apa pun artis kita kalau nak bertudung kena bertudung selamanya jng bila nak cari populariti jer sibuk nak bertudung konon nak berubah dan berhijrah. Tapi bila bab lain sanggup buka balik tudung itu. Sedih lah tgk org mempermainkan agama ni demi populariti dan juga publisiti murahan. Tak hairanlah org kata artis Malaysia ni pelakon terbaik kerana bukan sahaja belakon depan kamera tapi juga berlakon dalam bab2 agama ni. Tepuk dada tanya iman kalau tak kuat pergi belajar bukan buat2 mcm alim tapi bodoh......




Pasti ramai yg rasa lega sekrang apabila melihat penampilan artis no 1 negara ini dengan bertudung penuh litup. Itu adalah berkat doa semua rakan2 dan juga peminat kepada beliau sendiri. Tapi sekarang Dato Siti Nurhaliza nampak lebih ayu dan lebih menyerlah kejelitaan setelah bertudung. Insyallah ia akan terus kekal hingga Hujung Nyawa wahh mcm tajuk drama lak hehehehe.. Kat sini ada beberapa koleksi gambar beliau yg lebih manja di panggil Tok Ti selamat menatap...





Tahniah kepada artis no 1 negara ini apabila beliau terus di ingati peminat beliau yg ramai dan berjuta seluruh Malaysia, Indonesia dan Singapura. Berita gembira ini di tunggu ramai peminat dan juga penyokong nyanyian beliau daripada zaman remaja sehingga sekrang ini. Perubahan demi perubahan di lakukan namun plantun lagu 'Aku Cinta Padamu' ini tidak pernah mengalah dan terus memberikan yg terbaik pada semua.

Akhirnya menjelang ulang tahun kelahiran beliau yg ke 34 baru2 ini Dato Siti telah pun bertudung litup penuh. Ini semua berkat doa daripad peminat yg mahu artis putih gebu ini terus berhijrah ke arah yg lebih baik. Daripada gambar yg telah di kongiskan oleh kakak ipar beliau merangkap pengurus beliau sendiri siti telah mengenakan tudung penuh dengan ayu dan comel sekali. Tatapi gambar yg sempat di ambil daripada Facebook kakak ipar Dato Siti yg telah si muat turun pada sambutan harijadi beliau baru2 ini.


Moga ia terus berkekalan dan terus menjadi ketetapan kepada artis yang di cintai peminat beliau. Walaupun Dato Siti kurang kelihatan di media dan kaca TV namun kelibat dan kelincahan beliau di pentas di nanti peminat untuk membuat come back setelah berhijrah ini. Tgh tunggu project baru Dato Siti untuk album Inggeris penuh kedua Insyallah bakal lebih hebat dan meletop lepas ini. Tahniah buat Dato moga bahagia di samping suami tersayang dan juga bakal menimang cahaya mata setelah berhijrah ini.
Setelah mengejutkan negara dengan kejayaan di tanah besar China kini penyanyi cute and comel ini akan terus membanggakan kita dengan bakal membuat persembahan di AS. Ini adalah bersemperna dengan World Music Awards 2012 yg akan di adakan di Marlins Park, Miami, Amerika Syarikat. Wow akhirnya artis bertudung negara bakal mengegarkan tanah Amerika itu dengan gaya persembahan Asia.


Apa lak reaksi mereka bila Shila buat persembahan nanti. Adakah ini sekadar propaganda mereka untuk menyatakan bahawa mereka bukan Anti Islam kepada dunia. Atau untuk menarik minat org Islam menyokong mereka selepas apa yg mereka lakukan di Gaza. Namun apa pun niat Shila Amzah untuk menghibur dan menaikkan martabat Malaysia khususnya dan juga org Islam seluruh dunia amnya.

Kami bagi rakyat Malaysia bangga dan sungguh kagum dengan artis negara ini. Menurut Shila, dia perlu mendapatkan dua visa daripada kedutaan Amerika Syarikat iaitu visa pelancongan dan visa persembahan. Pada acara itu nanti beliau akan memyampaikan dua buah lagu dan kemungkinan besar lagu yang pernah beliau nyanyikan ketika bertanding di Shanghai. Dalam pada itu, Shila tidak meletakkan harapan tinggi bagaimanapun berjanji akan memberikan yang terbaik dan dapat mempamerkan bakat dan mengharumkan nama Malaysia.





Setelah kejayaan penyanyi comel molek dengan hijab ini di peringkat Asia baru2 ini telah menaikkan populariti beliau sebagai artis Asia yg hebat. Kesinambungan kejayaan itu di teruskan lagi oleh plantun lagu Patah Seribu ini apabila beliau sekali lagi tersenarai dalam Top 40 artis wanita seluruh dunia untuk satu anugerah paling berprestij di dunia. World Music Awards 2012 Shila Amzah tercalon untuk kategori Artis Wanita Terbaik Dunia bersama barisan artis2 hebat luar negara antaranya Raihanna, Katy Perry, Lady Gaga, Shakira, Taylor Swift dan ramai lagi.


Wowww satu lagi kehebatan artis tempatan di mata dunia apabila Shila Amzah terus tercalon untuk ketegori yg mencari artis dengan album dan lagu hits seluruh dunia. Tapi agak kecewa kerana gambar Shila Amzah dalam senarai itu masih pada gambar lama. Adakah pihak penganjur terlepas pandang atau pun pengurusan di Malaysia yg telah memberi gambar ini kepada mereka. Adakah masih ada diskriminasi terhadap wanita berhijab oleh artis2 atau pun peminat luar negara terutama di Amerika. 


Sepatutnya Shila Amzah bangga dengan image baru beliau itu dan satu2nya wanita Islam bertudung yg layak untuk satu anugerah besar ini. Adakah nanti kalau di letakkan pic Shila bertudung akan mengakibatkan org tiadak mengundi atau sebaliknya terlalu byk undi untuk Shila. Apa pun perkara ini semua pihak penganjur kena ambil tahu dan pihak penganjur pun perlu tahu akan sensetiviti rakyat di negara2 Islam ini. Tapi nanti mcm mana Shila nak hadiri majlis itu dengan berhijab adakah mereka bagi masuk atau Shila tidak hadir terus majlis anugerah tersebut, itu terpulang pada Shila sendiri.

All the best untuk Shila Amzah satu lagi Ikon negara yg telah membawa negara kita ke persada pentas dunia. Majlis anugerah yg akan berlangsung pada 20 Desember 2012 hari Khamis bertempat di Miami FL pasti meriah denagn persembahan dan juga barisan artis seluruh dunia. Selepas ini tugasan anda untuk terus mengundi artis Malaysia ini. Undi jng tak undi ok layari http://www.worldmusicawards.com dan klik pada vote dan pilih nama Shila Amzah kita naik kan artis tempatan kita ok. Apa lagi ajak ramai2 untuk  mengundi Shila Amzah ok.. Go Shila Go Shila...






Melihat kepada wajah ayu dan juga senyuman manis ini mesti ramai tahu siapa gerangan gadis ini. Inilah Fazurina yg telah pun berhijrah juga ke dunia lebih elok. Dengan mengambil tekat untuk bertudung Fazurina redha dan pasrah kepada rezeki yang di berikan Allah. Keputusan bertudung tidak di dorongi oleh apa2 sebab tetapi mungkin dah sampai seru maka beliau tidak rasa kekok untuk bertudung.

Baru sahaja menyambut hari lahir yg ke 30 Fazurina atau lebih di kenali dalam sitkom 'Dunia Anita' di TV3 berkata ia tidak takut untuk berlakon dan tidak takut jika tiada tawaran belakon setelah bertudung. Beliau percaya kepada rezeki yg di berikan Allah kepada setiap umatnya. Menurut gadis ini lagi kini beliau terus makin aktif belakon dengan bakal muncul dalam beberapa filem serta drama tahun ini. 

Percaya kepada Allah Insyallah selamat dunia akhir. Jng takut kerana semua yg di tetapkanNya adalah terbaik buat umat2Nya. Kena kita nak nafikan semua itu kalau kita betul2 bertakwa kepadaNya. Hanya nafsu dan juga rasa tidak bersalah sahaja membuat kita kadang2 alpha pada semua itu. Namun tahniah buat semua artis wanita yg telah berhijrah dan terus kekal dengan image sebegini kerana ia lebih manis dan cantik.