Dunia Penuh Gosip - Bertunang Dunia Penuh Gosip: Bertunang - All Post
Memaparkan catatan dengan label Bertunang. Papar semua catatan
Adat dalam perhubungan kadang-kadang kita sangka panas sampai ke petang rupanya hujan ditengah hari. Tapi apa pun semua adalah ketentuan tuhan dan tiada apa yang perlu dipersalahkan. Kita sebagai manusia kena ikut semua yang telah ditetapkan olehNya jika tidak akan melawan Qada dan Qadar Allah.

Itulah yang terjadi kepada pasangan Sufian Suhaimi dan Elfira Loy yang telah bertunang pada  6 Oktober tahun lepas. Tapi pada bulan ini pasangan itu telah mengesahkan memutuskan pertungan setelah perbincangan diadakan secara baik. Juga keluarga Elfira telah memulangkan semula cincin pertunangan mereka pada keluarga Sufian.


Maka dengan itu berakhir sudah kisah romantik mereka dan masing-masing tekad meneruskan kehidupan seperti biasa. Sufian bakal mengeluarkan single terbaru tak lama lagi. Manakala Elfira sedang berada di Amerika Syarikat bercuti.

Apa pun mereka ada alasan dan sebab tersendiri membuat keputusan ini dan ia dilakukan dengan cara yang sangat baik. Jadi kita sebagai orang luar tidak perlu banyak bertanya kenapa perpisah ini yang terjadi. Bukan ini yang mereka pinta tapi ia adalah ketentuan dari yang Maha Esa. Sekiranya anda hendak mempersoalkan semua ini boleh bertanya kepada Maha Pencipta.

So biar mereka dengan kehidupan mereka dan mereka masih berkawan seperti sedia kala dan akan meneruskan kehidupan. Mana tahu di masa akan datang bertemu dengan jodoh yang sesuai. Jodoh pertemuan, ajal maut semua ditentukan oleh tuhan kita hanya perlu bersedia atau tidak untuk menghadapinya. Moga mereka terus tabah dan cool sahaja ia sebahagian daripada pengalaman hidup.








Penyanyi Yunalis Mat Zara’ai atau lebih dikenali sebagai Yuna, 32, selamat bernikah dengan jejaka pilihan hatinya, Adam Yuosof Mohamed Sinclair, 34, tepat 7 petang tadi di Puncak Rimba, Bentong, Pahang.



Yuna yang manis dalam persalinan rekaan Hatta Dolmat menerima sembilan dulang hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas 11 dulang. Manakala mas kahwin dan wang hantaran dirahsiakan. Majlis yang diadakan secara tertutup dihadiri 300 tetamu membabitkan keluarga dan rakan terdekat dari Malaysia dan Amerika Syarikat.


Keesokkan harinya pula telah diadakan majlis bersama media di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya bagi berkongsi lanjut mengenai pernikahan mereka.



Majlis resepsi pula diadakan pada Ahad ini di hotel ternama di Kuala Lumpur. Terdahulu Yuna dan Adam bertunang pada 5 Ogos lalu.






Itu lah kalau dah nama artiskan macam-macam mereka boleh buat untuk terusk kekal dihati dan minda peminat walaupun terpaksa belakon dan membuat drama. Sehinggakan status dan kahwin atau tunang pun nak didramakan bosanlah. Cukup lah ia drama kat TV sahaja tak perlu nak ke alam realiti. Apa salah terus terang jer.


Tapi Alhamdulillah akhirnya mereka pun telah buat pengakuan tentang status Fattah Amin dan juga Fazura. Baru-baru ni mereka telah selamat menunaikan Umrah bersama-sama dengan keluarga dan ia menguatkan lagi spekulasi tentang hubungan mereka.

Bila pulang sahaja terus mereka buat majlis sidang media untuk menjelaskan kepada media dan peminat tentang status mereka. Ohhhh rupanya baru bertunang sebelum ni media surat khabar dan online kecoh kompang yang mereka kahwin ni hanya untuk dapat trafik sahaja. Tapi hakikat semua itu hanya dusta sahaja.

Fattah Amin dan Fazura telah melangsung majlis pertunangan mereka pada 13 November sebelum mereka berangkat menunaikan Umrah. Majlis yang berlangsung sederhana di rumah keluarga Fazura bertemakan warna purple u oll sweet sangat.

Memang mereka sama padan dan sama cute sangat moga perhubungan mereka ni kekal sampai ke jingjang pelamin dan seterusnya sampai anak cucu. Tahniah buat kedua-dua mereka ni memang korang hebat dari drama sampai ke realiti. Peminat sokong harus diteruskan hubunga mulia ini.








Sangat mengejutkan seluruh rakyat Malaysia apabila artis Malaysia yang popular di China ini mengambil keputusan untuk bertunang. Tahniah kepada Shahila Amzah yang selamat bertunang semalam bersama jejaka pilihan hati iaitu Haris.


Tak banyak yang tahu tentang tunang Shila ini kerana meraka tidak pernah nampak bersama dan tidak pernah update di laman sosial masing-masing. Tiba-tiba jer semalam tanggal 3 Nov majlis pertunangan berlangsung di kediaman keluarga Shila di Hulu Langat.


Ohh menurut apa yang Shila update di laman Instagram beliau Haris Idraki bin Elias adalah lelaki yang beliau telah kenali sejak 7 tahun dahulu. Permulaan sebagai kawan dan akhinya berjaya menambat hati beliau sehingga ke majlis pertungan ini. 


Semua peminat mendoakan kebahagiaan Shila moga sampai ker jinjang pelamin. Cuma belum ada tarikh yang dinyatakan bila mereka bakal melangsungkan perkahwinan. Semua peminat ternanti-nanti akan hari bahagia ini. Adakah Shila akan membuat majlis di Malaysia dan juga majlis untuk peminat di China. Sama-sama kita nantikan ok.





Akhirnya spekulasi mengenai pertunangan Yuna dengan Adam Sinclair yang juga adik kepada pelakon Ashraf Sinclair terjawab apabila penyanyi itu mengesahkan mengenai perkara itu pada Sabtu lalu.


Yuna atau Yunalis Datuk Mat Zara'ai, 31, menerusi kenyataan akhbar memberitahu pertunangannya dengan Adam berlangsung di kediaman ibu-bapanya di Shah Alam dan hanya dihadiri oleh keluarga dan sahabat terdekat sahaja.

Keluarga Adam atau Adam Yousof Mohamed Sinclair, 33, terdahulu merisik Yuna pada 27 Mac lalu. Ibu Adam, Khadijah Abdul Rahman menyarungkan cincin ke jari Yuna.

Bercakap mengenai perkenalan mereka, Yuna berkata dia mula mengenali Adam yang juga seorang pengarah di set rakaman untuk iklan televisyen pada awal tahun 2013.

Pada awalnya kata Yuna, hubungan mereka sekadar teman biasa namun semakin rapat dan mula merancang dengan lebih serius untuk berkahwin.

Sementara itu, Yuna turut menyifatkan ikatan pertunangan itu adalah sebagai langkah pertama mereka untuk hidup bersama dan bersyukur dipertemukan dengan seorang lelaki yang penyayang dan baik hati seperti Adam.





Tahniah buat artis yg tidak kurang dengan kontroversi bersama peminatnya di laman media social sapa lagi kalau bukan Sharifah Sakinah yang telah selamat bertunang dengan Aliff Adha pada 25 Oktober 2014. Mereka telah bercinta lebih kurang setahun yg lalu dan merancang akan melangsungkan majlis perkahwinan pada Mac 2015. Aliff Adha adalah seorang pilot dan seorang yang begitu selamba dan sesuai bagi beliau menurut katanya.


Majlis petunangan ini berlangsung di kediaman keluarga Sharifah Sakinah Taman Melawati. Majlis yang belangsung penuh sederhana ini bukan sahaja di hadiri oleh keluarga rapat beliau malah turut di meriahkan oleh rakan artis yg rapat dengan beliau iaitu Marsha,  Nad Zainal, Jihan Muse dan ramai lagi.


Sharifah Sakinah pernah terpalit dengan kontroversi video separuh bogel beliau dalam laman Keek yg telah menjadi caci serta kebencian ramai org. Selain itu juga beliau suka membuat video2 yg menunjukan diri beliau sebenarnya dan di kongsi di laman Keek tersebut. Adik kepada Sharifah Sahira ini juga telah memenangi Artis Wanita Komedi Paling Popular dalam majlis Anugerah Lawak Warna 2014 menerusi undian SMS.







Mungkin tiba musim percutian ni musim untuk artis2 tempatan kita melangsungkan majlis pertunang. Baru2 ni lak kita di beritahu dengan pertungan 3 jejak hebat Malaya ni. Meraka yg bertunang dengan tarikh dekat2 jer pastu trand bertunang senyap2. Tapi bagus gak kan dia org ni tak suka gosip2 dan juga perkara2 yg tidak di ingini berlaku. Tahniah kepada 3 jejaka terhangat ni lepas ni mereka yg minat pada jejaka ni gigit jari lah ok hehehe...


Pierre Andre melangsungkan pertunangan dengan gadis pilihan pada 9 Februari 2013 di kediaman gadis tersebut di Johor. Majlis pertunangn yg di langsungkan secara sederhana telah di muat naik kedalam facebook MIG. Moga tiada lagi gosip dan gangguan pelakon dan pengarah muda ini dalam menghasilkan karya untuk industri filem tanah air. 

 

Juara Pelakon TV Lelaki Paling Popular ABPBH 2011 ni telah pun selamat melangsungkan majlis pertunangan pada hari ni di kediaman wanita pilihan beliau di Kuantan Pahang. Fizz Fairuz sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan pelakon Almy Nadia nampaknya tidak ke sampaian. Mungkin ini adalah pilihan yg tepat dan bagus untuk mengurangkan gosip2 liar terhadap artis tempatan ni.


Black juga telah melangsungkan pertunangan dengan insan pilihan hati. Tapi malangnya ia di rahsiakan hanya khabar berita daripada media dan wartawan sahaja di dengari dari mulut ke mulut. Akhirnya Black mengaku telah bertunang secara terbuka namun masih merahsiakan siapa pilihan hati beliau itu. Apa pun peminat mendoakan kejayaan dan kebahagian untuk pasangan muda ini dan kerjaya Black.