Dunia Penuh Gosip - Biduanita Negara Dunia Penuh Gosip: Biduanita Negara - All Post
Memaparkan catatan dengan label Biduanita Negara. Papar semua catatan
Setelah 15 tahun program ini menyepi, kini tahun 2025 menyaksikan sebutir bintang lahir dari program Calpis Soda One In A Million. Peserta dari Sabah, Marygrace muncul juara CSOIAM pada pentas akhir yang berlangsung di TV3, malam tadi dan membawa pulang hadiah utama bernilai RM1 juta.



Marygrace membawa pulang wang tunai RM500,000, sebuah kereta Peugeot 408 GT serta kontrak rakaman bersama Alternate Records, lagu baharu yang akan digubah serta diterbitkan oleh bintang muzik Indonesia, Ade Govinda dan jambangan bunga.

Persembahan memukau Marygrace menerusi lagu terbaru Titik Mula membawa tuah buatnya sehingga bergelar juara. Tempat kedua dimenangi oleh Kai Deva yang menerima hadiah wang tunai RM50,000. Tempat ketiga menjadi milik Jimi yang menerima hadiah wang tunai RM30,000, manakala tempat keempat milik Zazzleen dengan menerima hadiah wang tunai RM20,000.



Persembahan peserta setiap minggu dinilai berdasarkan 60 peratus markah daripada juri tetap Datuk Yusry Abdul Halim, Ziana Zain dan Cakra Khan, manakala 40 peratus lagi bergantung pada undian penonton. Episod akhir ini turut menyaksikan kehadiran pelakon terkenal Indonesia, Nicholas Saputra dan naib Juara musim pertama OIAM, Faizal Tahir sebagai juri jemputan.

Konsert akhir CSOIAM turut menyaksikan kemunculan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Cakra Khan dan Ratu Rock Ella yang membuat persembahan pembukaan yang memukau. Tahniah kepada pemenang dan semua peserta akhir.










Setiap akhir hujung tahun pasti ramai akan menantikan pengumumam ini. Senarai artis paling banyak di stream dalam aplikasi Spotify. Juga mengumpulkan lagu yang popular berdasarkan bilangan pendengar dan bilangan kali ia dimainkan.




Mempersembahkan artis Malaysia yang paling banyak distrim tahun ini, Spotify mencipta senarai main bertajuk 'Artis Malaysia Teratas 2024'. Menghiasi kulit muka depan koleksi ini tidak lain tidak bukan ialah penyanyi tempatan Biduanita Negara Dato' Sri Siti Nurhaliza.

Bukan itu sahaja, Dato' Sri Siti adalah artis Malaysia yang paling banyak distrim tahun ini, diikuti oleh Masdo di tempat kedua, Projector Band di tempat ketiga, Insomniacks ​​di tempat keempat, dan Ernie Zakri di tempat kelima. Pada masa itu, lebih daripada 13,000 pengguna telah menyimpan senarai main.

Sebelum ini Dato' Sri Siti juga pernah mencapai kedudukan no.1 untuk beberapa tahun iaitu pada 2017, 2018, 2020, 2021 dan 2022. Wow masih mengekalkan di level tersendiri yang tiada boleh ditandingi oleh artis lain di Malaysia.

Selain lagu Siti bertajuk ‘Sejarah’, senarai main Spotify turut memuatkan 3 jam 22 minit lagu oleh artis dan band tempatan termasuk Masdo, Wings, Faizal Tahir, IamNeeta, Najwa Latif, Malique, Ziana Zain, dan banyak lagi.

Tahniah kepada Biduanita Negara Dato' Sri Siti Nurhaliza.