Dunia Penuh Gosip - Blogger Dunia Penuh Gosip: Blogger - All Post
Memaparkan catatan dengan label Blogger. Papar semua catatan
Bulan cuti sekolah semua orang sibuk buat perancangan akhir untuk majlis paling berharga mereka. Maklumlah acara sekali seumur hidup jadi nak buat yang terbaik dan paling bermakna dalam hidup. Begitu juga beberapa rakan blogger yang tidak kurangnya akan menamatkan zaman bujang mereka Disember ini. Ada 3 orang rakan blogger setakat ini yang dapat jemputan semua dekat-dekat jer.

Fatin Bella dan Firdaus Feeq


Dua orang blogger yang sama padan dan cama comel ni memang bagai pinang dibelah dua. Tak sabar nak tengok mereka bakal bersanding dengan persalinan raja sehari yang pasti cantik. Majlis belah Fatin akan berlangsung pada 4 Disember ini bertampat di TIC III, Pusat Teknologi UPM-MTDC, Serdang, Selangor.


Sapa-sapa rakan-rakan yang dekat boleh lah hadir dan meraikan rakan blogger kita ini. Manakala belah pengantin lelaki pula akan diadakan di Johor. Kami nak ucapkan selamat pengantin baru dan juga semoga bahagia hingga ke Jannah.

Amira dan Shafiq


Sapa tak kenal beauty blogger ini Mira Cikcit yang begitu manja dan seorang yang blurr juga kadang-kadang. Mira bakal menamatkan zaman bujang dengan jejaka pilihan hatinya iaitu Shafiq pada tarikh 3 Disember ini yang bertempat di rumah keluarganya No 61 Jalan Rentaka, Taman Panglima, Telok Panglima Garang Banting Selangor.


Manakala belah lelaki pula pada 17 Disember seminggu selapas perkahwinan belah perempuan. Bagi menyambut pengantin ini diadakan di Astana Zemi Senawang. Kalau kawan-kawan yang dekat tu boleh datang memeriahkan majlis. Dari kami mengucapkan selamat pengantin baru dan semoga bahagia dan mendapat anak cepat.

Ayue Idris dan Qisti


Seorang lagi blogger perempuan yang akan menamatkan zaman bujangnya pada bulan ini iaitu Ayue Idris. Blogger ini seorang yang pandai memasak selalu masuk pertandingan memasak dan siap kuar TV lagi hari tu memasak bersama Chef Ismail. 


Majlis akan berlangsung pada 17 Disember bertempat di No.23, Jalan BJ 19, Taman Bertam Jaya, Cheng, 75250 Melaka. Manakala belah menyambut menantu pula akan diadakan pada 25 Disember di Sepang Selangor. Kami juga nak mengucapkan selamat pengantin baru dan semoga bahagia hingga ke Jannah.





Mesti ramai menanti2kan program Sepetang Bersama Blogger yang telah masuk tahun ke 5 tahun ini. Ini kerana bagi kebanyakkan blogger yang pernah menyertai program ini sebelum ini sangat berpuas hati dengan penganjuran program yang mengumpulkan seramai mungkin blogger seluruh Malaysia. 


Tahun ini pula program ini kembali kepada format yang asal dimana perkongsian ilmu dan juga program beramah mesra dengan blogger diadakan dalam satu dewan besar. Program tahun ini dianggarkan melibatkan lebih ramai daripada sebelum ini dan mungkin akan dapat mengumpulkan 500 orang blogger dan penggiat media sosial di Malaysia.

Pada korang yang rasa mahu sertai program terbesar blogger Malaysia ini boleh buat pendaftaran awal di laman sesawang SBB.my. Ini kerana pendaftaran awal akan dapat diskaun bayaran dan hanya perlu bayar RM30 sahaja untuk seorang. 

Jangan bimbang kerana bayaran yang dikenakan bebaloi dengan apa yang korang akan dalam sepenjang program sehari ini. Bukan setaka ilmu yang berguna tetapi hadiah2 yang menarik dan mewah menanti mereka yang bertuah. Juga buah tangan daripada penaja2 besar yang dikatakan paling banyak tahun ini.

Di antara penaja2 besar yang terlibat bagi merialisasikan program ini adalah amnahome.com, Aleeya's Kitchen, ZEETA dan Ephyra. Juga tidak ketinggalan penaja2 lain seperti CVS Production, Les'Copaque, Abang Hensem, AHB, Yeo's, eQurban, Kotak Lensa, Jus Abang Bob, Sohaini Cookies dan juga Denaihati Network






Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2015, EFG buat julung kalinya akan menambah 'havoc' suasana raya anda dengan GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100.

Istimewanya, GIVEAWAY EFG MEGA RAYA ini turut menyediakan hadiah lumayan buat pemenang SEO yang berjaya menempatkan halaman web peserta di kedudukan teratas dalam senarai engine carian Google Malaysia (Google.com.my) menggunakan kata carian "Giveaway EFG Mega Raya".

Melalui giveaway ini, para peserta berpeluang untuk saling kenal-mengenali, seterusnya mengeratkan silaturrahim sesama blogger dalam meraikan hari raya pada tahun ini.

giveaway efg mega raya 2015

{ Click banner di atas untuk sertai }

Hadiah :

SEO

RM300 x 1 pemenang
RM200 x 1 pemenang

RM100 x 1 pemenang

RM100 Cash x 25 pemenang

Mula : 10 Jun 2015 | Tamat :9 Julai 2015


Syarat-syarat wajib :

1. Tulis entry yang bertajuk GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

2. Follow blog sponsor

4. Follow Instagram

5. Add facebook
6. Follow G+
7. Like facebook page
Helenz Signature Official
K.Rogers Butter Cookies by Zida dan Arif
Exchangefeedgroup
irrayyan.com Official FB
Arzmoha
Nik Ainaa
Amy Si Gadis Weird
Rahim Aim Channel

AIN Dramatic Uniq Blog

ShamieraOsment.com
CikGu NoraZimah
YanieYusuf
syirasophie.blogspot.com
Chenta Hati Saya
Diari Jejaka Hangat
Kumahuitu.blogspot.com
Official Pages "Qaseh Ku"
Shahira's blog
Akif Imtiyaz Official Blog
Isolabellaz
Eny Abdullah Cooking & Photography
PowergolD.BiZ
Papaglamz
MMD One Stop Centre
P.C.L
Blog BingkisanHati
Cikk mimin mera
Shaklee House Pantai TIMUR
Zulls Grill N Spices
Nota Purba
Nukilan Reena
Mia Zain
Kanvaskehidupanku
Mommy Yoorin
Sayidahnapisahdotcom
safuraonlinediary
Anajingga
Bicara Mummy
Aku Penghibur [dot] com
SIpanjangkata Likers



GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

di sponsor oleh

Madeena Skincare by Helenz Signature Sponsor Giveaway EFG Exchange Feed Group Mega Raya 2015
Madeena Skincare by Helenz Signature
dan




EFG MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN ALMUBARAK

Setiap tahun mesti ramai blogger ternanti-nanti majlis beramah mesra dan juga pertemuan bersama dengan blogger2 otai yang lain. Kalau tidak di luar memang susah nak jumpa blogger otai ini tapi di dalam program inilah semuanya di temukan dalam satu majlis. Itulah kekuatan program Sepetang Bersama Blogger anjuran Denaihati Network. Tahun 2015 adalah penganjura ke 4 program ini yang setiap tahun tidak pernah lengkang dengan kehadiran blogger2 seluruh Malaysia.


Ada blogger sanggup datang dari pelusuk Malaysia untuk semata-mata bersama dengan blogger2 lain bagi berkongsi pengalaman dan ilmu. Tidak kurang juga sambutan daripada blogger2 negara jiran seperti Indonesia dan Brunei juga turut serta dalam SBB sebelum ini. Ini menunjukan kekuatan program ini harus di teruskan lagi di masa akan datang agar generasi blogger baru lebih berpengetahuan untuk menulis blog dan mencari trafik.


Tahun ini penganjuran SBB 2015 lebih penuh dengan pengisian dimana program yang akan berlangsung pada 13 Jun 2015 ini akan di isi selain daripada program diskusi tetapi juga aktiviti luar iaitu "Treasure Hunt". Program yang akan di adakan di Komplek Sukan Lasak Putrajaya, Taman Cabaran Persint 5 Putrajaya pastinya akan menawarkan hadiah2 lebih hebat tahun ini. Di katakan hadiah cabutan bertuah untuk kali ini lebih meriah daripada penaja2 seperti Yeo's, The Sumbs, e-Qurban, Karangkraf dan Denaihati sendiri.


Turut di adakan adalah penganjuran pertandingan sebelum SBB 2015 belangsung lagi iaitu "Contest Sitkom Yeo's". Yeo's selaku penaja utama program ini tahun ini menawarkan hadiah lebih hebat kepada blogger2 yang sentiada kreatif menghasilkan karyanya. Untuk maklumat lanjut tentang pentandingan ini anda boleh layari laman sesawang mereka di sini. Bagi mana2 blogger yang masih belum berdaftar untuk SBB 2015, ia masih di bukan dan bayaran RM30 sahaja di kenakan kepada setiap seorang. Jadi jangan lepas peluang keemasan untuk bersama blogger dan menimba ilmu lebih lagi dalam dunia blog. Jumpa Mahagosip di sana juga nanti ok. Selamat berblog.










Anugerah Blogger 2014 EH! adalah satu lagi platform mencari personaliti blogger fesyen di Malaysia. Mencari idea dan pendapat yang segar daripada mereka yg memang gemar kepada dunai fesyen. Dengan langkah mudah permulaan untuk enjadi ikon blogger fesyen di Malaysia. Kini Anugerah Blogger 2014 EH! boleh di sertai oleh semua pengiat fesyen di Malaysia.


Melalui terma dan syarat pertandingan ini terbuka kepada semua penulis blog perempuan berumur 16 tahun & ke atas yang tinggal di Malaysia, yang telah secara aktif menulis blog sekurang-kurangnya sejak enam bulan lalu. Keputusan hakim adalah muktamad dan EH! berhak untuk menolak atau membatalkan penyertaan yang tidak lengkap. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan. 

Daftar diri anda di sini http://eh.bloggeraward.my sebelum tarikh tamat pada 30 April 2014. Hanya dua langkah mudah untuk anda layak menyertai pertandingan ini. Serla bakat fesyen dan anda akan menjadi idola kepada semua pembaca. Hadiah yg di sediakan cukup lumayan kepada mereka yg bertuah.

Hadiah Utama:

    Muncul di dua halaman Majalah EH! Isu September 2014
    Wang tunai bernilai RM 2,000
    Baucar GUESS bernilai RM 2,000
    Lencana anugerah untuk dipaparkan di blog pemenang

Hadiah Top 3:

    Wang tunai bernilai RM500
    Baucar GUESS bernilai RM1,000
    Lencana anugerah untuk dipaparkan di blog pemenang

4 x Hadiah Saguhati:

    Baucar GUESS bernilai RM500

5 x pengundi bertuah:

    Baucar GUESS bernilai RM500







Pasti ramai dah tahu tentang kisah seorang perempuan berstatus perampas lelaki org yang cukup hangat di perkatakan sejak dua menjak ini. Bukan sahaja pihak yg di rampas malah seluruh rakyat Malaysia membenci dan juga memboikot wanita ini. Sehinggakan ada yg sanggup untuk membaling telur dalam satu teater lakonan beliau yg bakal belangsung tak lama lagi. Bagi Mahagosip perkara itu perlu untuk memberi pengajaran kepada seorang wanita yg bongkak dan angkuh merampas lalaki org tapi tak rasa bersalah dan malu langsung.

Baru2 ini pula seorang blogger yg cukup popular sendiri telah membuat satu kronologi kepada kisah penipuan perempuan ini. Kalau baca sendiri konologi itu memang terang dan nyata si Hanez Suraya dan juga BF beliau Romie berpakat untuk mengelirukan penonton bahawa segala adalah fitnah yg di lakukan oleh isteri beliau. Tapi hakikat bila semua org bongkar satu demi satu kronologi kisah mereka baru mereka tahu penonton bukan bodoh untuk terima bulat2 apa yg kau cakp kan.

Sumber dari blog Red Mummy

Akhirnya apa yg kau rancang dan ckapkan makan diri sendiri dan terpalik pada muka kau sendiri. Lepas tu boleh pula buat muka sombong dengan belagaknya untuk minta pihak si isteri BF kau minta maaf kerana telah memalukan kau. Sapa kau untuk di maafkan dan lepas itu pula buat statment bahawa kau tak kisah pula kalau isteri BF kau tak minta maaf. Apa cerita ni? Jgn main dengan api kalau kau tak pandai nak kawal api itu sendiri.

Seharunya keluarga kepada Hanez Suraya rasa malu dengan apa yg di lakukan. Mahagosip tak kisah kalau kau nak rampas laki org tapi biar secara profesional dan juga secara gentelgirl. Jgn nak tuduh org lain dan dengan bongkak kata kau tak salah dalam isu rampasan ini. Rakyat Malaysia boleh terima kalau kau menyatakan yg benar dan kau nak bercinta dengan laki org. Tapi jgn bongkak bodoh untuk menyatakan bahawa kau tak bersalah dan juga kau berada di pihak benar. 

Moga lepas ini lebih ramai artis Malaysia berhati2 dalam dan lebih profesional dalam mencari pasangan dan kalau nak jadi perampaspun biar cara yg baik. Kerana cinta itu tidak kotor tapi kotor nya org yg merosakkan cinta dan hubungan itu. Moga kau dpt hidayah dan juga dpt keberkatan dalam kehidupan, kalau kau tak takut pada karma tapi takut lah pada balasan Allah kerana ia nyata dan benar untuk mereka yg salah.