Melbourne adalah satu lokasi yang sangat diidamkan oleh ramai orang termasuk saya. Dalam perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam tahun 2017. Plan tahun tu juga untuk pergi berbulan madu ke Melbourne. Kata orang berdua berbulan madu ini menambah kebahagiaan seperti mana yang diceritakan di dalam artikel travel bersama partner ini.
Tapi kena Melbourne? 6 perkara ini yang membawa jiwa dan hati saya terus ke sana tanpa sebarang halangan.
1) Kekayaan Budaya Dan Seni
Walaupun dibawa arus kemodenan yang cepat di Melbourne ini tapi budaya dan seni mereka tetap utuh dalam jiwa rakyat mereka. Segala kekayaan ini dapat kita lihat bila sampai ker National Gallery of Victoria. Dimana muzium ini adalah lively muzium yang interaktif dan memberi banyak info tentang seni lukisan, kraft dan sebagainya.
Juga paling popular menjadi kunjungan ramai orang adalah Victoria Market yang mana di sini banyak menjual hasil kraf dan juga produk-produk tempatan. Teletah dan juga budaya mereka dapat kita lihat bila berada di sini sangat meriah dan menyeronokan. Jadi datang sini jangan lupa bawa pulang cenderahati dari Melbourne.
2) Panorama Pantai Yang Indah
Melbourne juga tidak jauh daripada kawasan persisir pantai yang memukau dengan air laut yang cantik dan indah. Di kelilingi Selat Bass sana juga dapat memberikan kita kepuasan bermandi manda ditepi pantai. Antara yang popular disebut ramai pelancong adalah Brighton Beach yang memiliki barisan pondok kecil berwarna-warni yang menjadi lokasi untuk bergambar kenangan.
Juga ramai orang datang ker St Kilda Beach dimana di sinilah diabadikan memori sunset indah untuk pasangan romantik seperti saya nanti. Dapat lihat matahari terbenam di tepi pantai juga kehadiran penguin kecil yang mencuit hati bila berada di sana.
3) Bangunan Bersejarah Yang Bergitu Gah
Walaupun sudah dimamah usia di Melbourne ini juga masih berdiri teguh beberapa monument sejarah yang tidak boleh dilupakan. Kehadiran anda ke sini mesti singgah di Flinders Street Station bangunan station keratapi yang berusia 114 tahun. Lokasi simbolik pertemuan pasangan bercinta dan meneruskan kehidupan bahagia bersama.
Satu lagi lokasi bersejarah di sini adalah Shrine of Remembrance iaitu sebuah bangunan yang dibina untuk memperingati pejuang pada perang dunia pertama. Ia menjadi memorial perang terbesar di Australia dan sangat penuh dengan sejarah yang tersendiri.
4) Teletah Sang Kanggaru Dan Koala Mencuti Hati
Tak sah kalau ker Melbourne ini tidak bertemu dengan Kanggaru yang menjadi haiwan kebanggaan negara mereka. Nak jumpa haiwan ini boleh datang ke Maru Koala & Animal Park atau Gumbuya Park yang menyediakan invoroment seperti habitat asal mereka. Jinak dan boleh diberi makan pasti ia pengalaman yang sangat berbeza.
Juga dapat bermanja-manja dengan Koala haiwan yang agak perlahan tapi sangat-sangat comel. Pelbagai aktiviti yang dapat dilakukan bersama dengan haiwan-haiwan ini seperti memberi makan dan melompat bersama. Berseronok dengan haiwan-haiwan yang jinak ini akan menambah kasih sayang kita pada pasangan.
5) Kemodenan Kota Raya Melbourne
Dalam segala keindahan alam juga kebudayaan mereka dan masyarakat yang ramah Melbourne tidak lari dari pembangunan kemodenan. Di sini juga kita boleh kenali segala teknologi yang ada dan juga bangunan yang menarik seperti Eureka Skydeck Tower ni. Kita dapat saksikan keseluruhan bandar Melbourne dari atas menara setinggi 297.3 meter ini.
Bagi rakyat di sini Federation Square adalah lokasi perkumpulan aktiviti pelbagai budaya ada juga terdapat penghibur jalanan. Paling terpegun melihat Yarra Footbridge reka bentuk moden dan canggih jambatan di tengah bandar yang merentasi Sungai Yarra.
6) Pakej Percutian Yang Menarik Daripada Traveloka
Paling penting kenapa Melbourne menjadi lokasi pilihan adalah pakej yang ditawarkan di Traveloka.com.my.
Dalam satu laman web sahaja semuanya ada dari hotel hingga ker tiket
penerbangan. Paling menarik dalam laman web ini mereka juga menyediakan
pakej istimewa mengikut musim seperti musim cuti, cuti perayaan dan sebagainya.
Memang
kalau nak bercuti mana-mana Traveloka adalah punca untuk mendapatkan
tawaran menarik. Pasti lepas ini tidak akan ada pilihan yang lain.
Membuatkan perjalanan anda lebih seronok dan juga lebih bermakna berdua
mahupun kalau datang bersama keluarga.
Banyak lagi yang menarik tentang Benua Australia ini anda boleh baca tempat menarik yang telah di ceritakan sebelum ini. Jauh perjalanan luas pemandangan pastinya keindahan negara orang tidak sama dengan negara sendiri. Mengenali negara orang akan membuatkan kita kenal jati diri sendiri. Harap Traveloka dapat merialisasikan impian saya berbulan madu di Melbourne dengan insan tersayang melalui #MyTravelokaEscapade. Terima kasih kepada Traveloka.
Follow Us