Dunia Penuh Gosip - Cetaphil Dunia Penuh Gosip: Cetaphil - All Post
Memaparkan catatan dengan label Cetaphil. Papar semua catatan
Cetaphil, jenama penjagaan kulit dermatologikal No. 1 di Malaysia*, berasa bangga memperkenalkan produk terbaharunya - Cetaphil® Daily Facial Cleanser BAHARU—sebagai tambahan ke dalam portfolio rangakaian pembersihya. Pembersih dengan inovasi gel-berbuih ini direka khas untuk kulit berminyak serta kombinasi yang sensitif dan terbukti secara klinikal boleh menanggalkan sehingga 94% mikropartikel pencemaran, mencuci dan membersih di samping mengekalkan keseimbangan lembapan semula jadi kulit.



Di Malaysia, ramai penduduknya berhadapan dengan isu kulit berminyak serta kombinasi yang sensitif akibat tahap kelembapan cuaca negara ini yang tinggi dan pencemaran udara khususnya di kawasan bandar. Malah, kulit orang Asia selalunya lebih berminyak atas faktor luaran dan dalaman termasuklah kepadatan kelenjar minyak mereka lebih tinggi di mana ia menghasilkan sebum. Penghasilan sebum adalah penting untuk memastikan kulit kekal anjal namun persekitaran yang mempunyai tahap kelembapan yang tinggi akan merangsang kelenjar mengeluarkan minyak secara berlebihan, mengakibatkan pori-pori semakin membesar dan meningkatkan potensi tumbuhnya jerawat. Masalah inilah yang menyebabkan perlunya ada solusi penjagaan kulit seperti Cetaphil® Daily Facial Cleanser BAHARU.

Dengan memanfaatkan keberkesanan gabungan bahan-bahan yang dicipta oleh pakar Cetaphil® seperti Niacinamide, Panthenol dan Glycerin yang menghidrat, Cetaphil® Daily Facial Cleanser BAHARU diformulasikan khas untuk mengecilkan liang pori dalam masa 28 hari sahaja. Formula bersifat bukan komedogenik ini menghalang pembentukan jerawat yang biasa berlaku terutama untuk kulit berminyak dan sensitif tanpa menjejaskan kelembapan kulit.

Cik Cindy Tiu, Country Manager Galderma Malaysia berkata, “Kami telah memperkenalkan pembersih berbuih sebagai tambahan kepada rangkaian penjagaan kulit pilihan ramai, Cetaphil Gentle Skin Cleanser. Kaji selidik menunjukkan pengguna sukakan pembersih berbuih termasuklah mereka yang berkulit sensitif. Pakar-pakar dermatologi dan para penyelidik kami dengan gigih dan teliti telah mencipta Cetaphil® Daily Facial Cleanser bagi memenuhi permintaan pengguna kami. Produk ini bukan sekadar membersih, malah ia membuatkan mereka yang memiliki kulit berminyak dan sensitif berasa yakin untuk terus konsisten menjaga kesihatan kulit mereka. Matlamat kami adalah untuk mengekalkan hubungan baik antara pengguna dengan rangkaian penjagaan kulit mereka, di samping memastikan kulit mereka terus sihat, berseri dan dijaga dengan baik setiap hari.”

Faktor paling utama dalam inovasi terbaharu Cetaphil ini ialah ceramide – sejenis lipid yang terhasil secara semula jadi dalam lapisan pelindung kulit. Ramai percaya bahawa lebih tinggi kandungan ceramide, bermaksud pelindung kulit lebih sihat, namun begitu keseimbangan komposit ceramide adalah lebih penting untuk kesihatan kulit. Formulasi Cetaphil mensasarkan kesemua kelas ceramide yang penting, membantu pemulihan lapisan pelindung kulit dan memelihara daya ketahanan kulit, di samping melindunginya daripada terjejas akibat faktor luaran, dan pada masa sama mengekalkan kelembapan dan nutrien dalam kulit.

Rangkaian pembersih jenama terkemuka ini meningkatkan kesemua 15 kelas ceramide yang penting termasuklah Cetaphil® Gentle Skin Cleanser, Cetaphil® Hydrating Foaming Cream Cleanser dan Cetaphil® Soothing Foam Wash. Kini Cetaphil® mengorak langkah ke era baharu dengan Daily Facial Cleanser BAHARU. Formulasi terbaharu ini lebih menonjol bukan sahaja kerana ia meningkatkan semua kelas ceramide yang penting untuk kulit, malah ia menjanjikan pengalaman membersih yang menyegarkan untuk kulit berminyak dan kombinasi. Tidak seperti pembersih berbuih konvensional yang ada di pasaran, solusi yang berinovatif ini menawarkan pembersihan lembut serta menghidratkan untuk memelihara kulit sensitif. Ia bebas paraben, bebas sabun, tiada pewangi dan dapat melindungi daripada 5 tanda kulit sensitif.

Cetaphil® juga sedang meraikan Cleanser Awareness Month (Bulan Kesedaran untuk Pembersih) buat tahun kedua berturut-turut, bermula dari Jun sehingga Julai 2024. Inisiatif ini merupakan satu cara mengajak pengguna untuk menerokai portfolio jenama terkemuka yang sedang meluaskan sayapnya dan mempelajari semula langkah penjagaan kulit yang betul dengan mencari pembersih yang sesuai dengan jenis kulit dan gaya hidup pengguna. Mengekalkan motonya iaitu “We Do Skin, You Do You”, Cetaphil® berazam untuk memberi nafas baharu terhadap pengalaman membersih untuk warga Malaysia melalui pelbagai siri aktiviti menarik. Ia termasuklah konten sosial yang berinteraktif, bengkel membersih, kembara ke kampus universiti dan pusat beli-belah, penampilan istimewa di kedai-kedai serta strim secara langsung untuk membicarakan pelbagai topik tentang bermula dengan asas penjagaan kulit sehinggalah pengalaman membersih peribadi mereka. 

Sejajar dengan Cleanser Awareness Month, Cetaphil® turut merasa teruja untuk memperkenalkan buat julung kalinya dan yang terbesar di Malaysia, ‘Cleanserland’. Bermula dari 30 Jun 2024, warga Malaysia boleh berkunjung ke IOI City Mall, Putrajaya, LG East Court Concourse untuk menyaksikan keseluruhan rangkaian pembersih Cetaphil®, mendapatkan analisa kulit, menebus sampel percuma dan menerima promosi eksklusif Watsons sehingga 40% bila membuat pembelian. Cleanserland akan turut menyediakan ruang yang Instagrammable serta menawarkan pengalaman menyeronokkan untuk dikongsikan secara langsung.

Untuk ketahui lebih lanjut tentang Cetaphil® Daily Facial Cleanser BAHARU dan Cleanser Awareness Month, sila layari www.cetaphil.com.my atau temui kami di TikTok, Instagram dan Facebook.






Cetaphil, jenama penjagaan kulit dermatologi No.1 di Malaysia, dengan bangganya mengumumkan kerjasama penting dalam menyambut bulan Ramadan yang mulia. Jenama ini berasa teruja untuk memperkenalkan wajah terbaharu Cetaphil tahun 2024, iaitu pelakon dan usahawan Malaysia serba boleh, Mira Filzah, dilantik sebagai Duta Jenama yang dihormati.



Bukan sekadar pelakon terkenal, Mira Filzah melambangkan semangat seorang ibu moden di bandar yang bekerja, sekali gus mewakili wanita yang pelbagai dan dinamik pada hari ini. Peranan beliau sebagai seorang profesional dengan pelbagai bakat dan ibu yang berdedikasi menggambarkan inti pati wanita kontemporari yang tetap mengutamakan kesihatan kulit di sebalik gaya hidup mereka yang sibuk. Cetaphil® dengan bangganya mengiktiraf Mira sebagai mercu tanda inspirasi, mempamerkan bagaimana seseorang dapat mengimbangi jadual yang mencabar sambil tetap mementingkan kesihatan kulit. Perwakilan beliau terhadap inti pati jenama Cetaphil mencerminkan sikap yang mudah didekati, sederhana dan pendekatan yang bijak terhadap penjagaan kulit. Keserasian Mira dengan etos jenama "We Do Skin, You Do You" menyerlahkan ciri yang mentakrifkan Cetaphil.

Keserasian Mira dengan Cetaphil melampaui permukaan, selaras dengan misi jenama untuk menggalakkan penjagaan kulit secara holistik sebagai komponen penting gaya hidup sihat. Sebagai Duta Jenama, beliau tidak hanya akan mewakili jenama tetapi juga berperanan sebagai figura yang memberikan inspirasi, mendorong wanita daripada pelbagai peringkat umur untuk menerima rutin penjagaan kulit yang mencerminkan komitmen Cetaphil dalam menangani masalah kulit dan mencapai kulit yang sihat.

Mira Filzah, Duta Jenama Cetaphil Malaysia, meluahkan keterujaannya dengan berkata, "Bergabung dengan Cetaphil bukan sekadar kerjasama, sebaliknya ia melambangkan tindakan kasih kepada diri sendiri. Sebagai seorang ibu yang bekerja, saya memahami betapa mencabarnya menjalani kehidupan yang sibuk, tetapi penjagaan kulit ialah rutin harian penting untuk mengekalkan kesihatan kulit. Saya berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada Cetaphil, sekali gus memberikan inspirasi kepada insan lain untuk melakukan perkara yang sama."

Jenama Cetaphil menjangkakan satu siri inisiatif yang menarik, acara eksklusif, kempen media sosial dan promosi, semuanya menjurus ke arah meningkatkan pengalaman penjagaan kulit untuk rakyat Malaysia.

Cindy Tiu, Pengurus Negara Galderma Malaysia berkata, "Kami sangat gembira untuk menyambut Mira Filzah ke dalam keluarga Cetaphil sebagai Duta Jenama kami untuk tahun ini. Dengan sejarah Cetaphil yang kaya berteraskan kepakaran dermatologi, kami melihat Mira sebagai kewujudan yang ideal bagi tujuan jenama kami."


Kerjasama ini dijadualkan bermula dengan kedatangan musim Ramadan, ditandai dengan kempen "30 Hari Kulit Sihat Raya Berseri" oleh Cetaphil. Inisiatif ini bertujuan mendekati sebanyak mungkin rakyat Malaysia untuk memperjuangkan kesihatan kulit sepanjang tempoh 30 hari Ramadan. Selain bekerjasama dengan Mira Filzah, kempen ini meluaskan jangkauannya dari sfera digital ke aktiviti di tapak, termasuk sebuah van kombi direka khas yang akan mengembara ke pelbagai lokasi.

"Matlamat kami adalah untuk menyusun naratif yang bermakna sepanjang kempen ini, menjadikannya sebagai perjalanan yang bermatlamat bagi semua orang semasa Ramadan. Melalui aktiviti dan kerjasama strategik dengan individu berpengaruh seperti Mira Filzah, kami menetapkan sasaran untuk menyentuh kehidupan rakyat Malaysia dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan kulit. Walaupun fokus utama Ramadan adalah pada perkembangan rohani, disiplin diri, dan pembinaan empati, kami mengakui bahawa konsep penjagaan diri adalah sama penting pada bulan yang mulia ini," tambahnya.

Inti pati kempen ini terletak pada dorongan kepada rakyat Malaysia untuk mengamalkan rutin tiga langkah yang mudah tetapi berkesan dengan menggunakan rangkaian Cetaphil CORE - Bersihkan dengan Cetaphil Gentle Skin Cleanser atau Cetaphil Hydrating Foaming Cream Cleanser, Lembapkan dengan Cetaphil Moisturising Cream atau Cetaphil Moisturising Lotion, dan Lindungi dengan Cetaphil Sun SPF 50+ Light Gel. Rutin penjagaan kulit ini bertujuan memperkasakan individu untuk mencapai kulit yang berseri-seri menjelang Hari Raya Aidilfitri, menekankan betapa pentingnya amalan penjagaan kulit yang konsisten namun mudah pada bulan yang mulia ini.

Menambahkan kemeriahan perayaan, Cetaphil memperkenalkan kempen Beli & Menang di seluruh negara, menawarkan peluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM48,000 kepada pembeli. Hadiah termasuk pengubahsuaian IKEA, penginapan 2H1N di hotel pilihan mereka, dan baucar minyak petrol.

Selain itu, mulai 1 Mac – 30 April 2024, pembeli berpeluang memenangi tudung eksklusif Mira Filzah apabila membelanjakan minimum RM100 untuk produk Cetaphil Bright Healthy Radiance dalam satu resit.

Untuk meraikan perayaan Aidilfitri, Cetaphil juga bekerjasama dengan jenama tempatan Malaysia dalam kempen POWA Kampung Pink mereka, yang memberikan tumpuan pada rangkaian Cetaphil Bright Healthy Radiance mereka untuk mencapai kulit yang cerah, sihat dan berseri sepantas 14 hari. Menampilkan jenama tempatan seperti Mira Filzah Shawls, Petit Moi, So.lek dan banyak lagi, pembeli boleh menebus kod promosi eksklusif di laman web Cetaphil atau berpeluang memenangi sampel produk Cetaphil Bright Healthy Radiance, seterusnya menyediakan mereka untuk perayaan yang akan datang daripada penjagaan kulit,  kecantikan dan keperluan fesyen.

Untuk butiran lanjut mengenai 30 Hari Kulit Sihat Raya Berseri dan Kampung Pink Powa, sila layari www.cetaphil.com.my atau cari kami di Instagram dan Facebook.









Cetaphil, jenama penjagaan kulit dermatologi No. 1 di Malaysia memperkenalkan produk inovasi penghidratan era baharu dengan pelancaran tambahan produknya yang terkini dalam rangkaian Optimal Hydration: Cetaphil® Optimal Hydration Skin Replenishing Water Gel BAHARU, iaitu gel air ringan yang menghidratkan kulit kering dengan serta-merta dan mendalam secara berterusan selama 72 jam.



Rangkaian Cetaphil® Optimal Hydration dikuasakan oleh HydroSensitiv Complex Cetaphil yang unik dengan menggabungkan Aquaxyl, Gliserol dan Blue Daisy yang memberi kelegaan dan meningkatkan kandungan air kulit. Kini, dengan tambahan Cetaphil Optimal Hydration Skin Replenishing Water Gel, yang membawakan teknologi pelepasan secara perlahan yang padat dengan Asid Hialuronik dan Asid Poliglutamik, rangkaian ini menawarkan penghidratan yang berpanjangan untuk hasil kulit lebih gebu dan lembut.

Gel air yang bersifat sangat ringan dan menyejukkan ini menangani tanda-tanda utama dehidrasi kulit dan memberikan kesan nyaman dan kelegaan penghidratan serta-merta kepada kulit sensitif yang mengalami dehidrasi. Cetaphil Optimal Hydration Skin Replenishing Water Gel juga terbukti secara klinikal dapat memperkukuh penahan lembapan kulit sehingga 24 jam dan mengurangkan lima tanda sensitiviti (keradangan, sensitiviti, kekusaman, ketegangan dan kekasaran) selepas tujuh hari penggunaan.
 
Tambahan pula, gel air ini bertindak menyejukkan, menyegarkan dan menggebukan kulit yang mengalami dehidrasi dan keradangan serta pada masa yang sama bebas sepenuhnya daripada minyak, pewangi dan pewarna. Sifatnya yang berbentuk gel memudahkan penyerapan, memberikan sensasi sejuk dan kemujaraban yang mantap. Gel ini juga terbukti secara klinikal dapat meningkatkan kualiti kulit hanya selepas menggunakannya dua kali sehari selama sebulan, sekali gus menampilkan kulit yang lebih licin dan halus. 



Pengurus Cawangan Galderma Malaysia, Cindy Tiu, berkata “Menerusi kajian kami pada awal tahun ini, kami mendapati wujudnya hubungan intrisik antara dehidrasi dengan sensitiviti kulit. Kajian ini menunjukkan bahawa keadaan dehidrasi akan melemahkan penahan lembapan kulit, sekaligus meningkatkan kerentanannya terhadap sensitiviti dan keradangan. Sebagai jenama yang dikenali untuk produk kulit sensitif, strategi inovasi Optimal Hydration kami adalah untuk menghentikan kitaran sensitiviti kulit yang berkaitan dengan dehidrasi.” 

Komitmen kami tertumpu pada usaha untuk memenuhi keperluan unik individu yang mempunyai kulit sensitif. Kami berhasrat untuk memenuhi dan melangkaui jangkaan pengguna kami dengan menawarkan penyelesaian penjagaan kulit yang berkesan dan bukan hanya sekadar penghidratan yang biasa kepada mereka. Matlamat kami adalah untuk memperkasakan individu dengan kulit sensitif untuk memperoleh kulit yang sihat, terhidrat dengan baik dan berdaya tahan. Cetaphil® Optimal Hydration Skin Replenishing Water Gel yang serba baharu ini melangkaui tindakan menghidratkan dan direka khusus untuk mempertingkatkan daya tahan kulit di samping menyamankan dan meningkatkan kualiti kulit sensitif secara menyeluruh,” tambahnya.

Rangkaian Cetaphil Optimal Hydration bertindak memerangkap lembapan dan kini dengan Cetaphil Optimal Hydration Skin Replenishing Water Gel BAHARU, produk ini memberikan penghidratan yang berpanjangan selama 72 jam. Diformulasikan untuk kulit kering, serta yang mengalami keadaan kulit dehidrasi dan sensitif, rangkaian produk ini mengembalikan penghidratan kulit, menyamankan kulit, dan mengekalkan penahan kulit. Rangkaian Cetaphil Optimal Hydration terdiri daripada Optimal Hydration 48-Hour Activation Serum, Optimal Hydration Healthy Glow Daily Cream, dan Optimal Hydration Refreshing Eye Serum.

Rangkaian Cetaphil Optimal Hydration termasuk Cetaphil Optimal Hydration Skin Replenishing Water Gel BAHARU kini boleh didapati di semua farmasi terkemuka di seluruh negara, termasuk Watsons, Guardian dan e-kedai rasmi Cetaphil®. Pengunjung juga boleh menebus contoh percuma Cetaphil® Optimal Hydration Skin Replenishing Water Gel dan menikmati hadiah percuma eksklusif dengan pembelian Cetaphil Hydration Skin Bar, mulai sekarang sehingga November, di cawangan Watsons dan Guardian terpilih di pusat beli belah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.cetaphil.com.my/.







Cetaphil, jenama penjagaan kulit dermatologi No.1 di Malaysia berbesar hati mengumumkan pelancaran Hydrating Foaming Cream Cleanser, iaitu pembersih muka dan badan “krim kepada buih” baharu. Dirumuskan dengan aloe vera, pembersih yang memelihara dan melembapkan kulit ini adalah sesuai untuk semua jenis kulit dan terbukti secara klinikal memberikan perlindungan kepada lapisan pelindung kulit sehingga 8 jam. Pembersih ini juga terbukti secara klinikal dapat menyingkirkan sehingga 97% partikel pencemaran. 



Menggunakan teknologi yang terkini bagi produk “krim kepada buih”, Cetaphil® Hydrating Foaming Cream Cleanser mengaplikasikan Sistem Surfaktan Asid Amino yang berkesan untuk menyingkirkan kotoran, minyak berlebihan, malah solekan, di samping memastikan kulit kekal sihat dan tidak kering atau tegang. 

Teknologi ini juga menggabungkan sifat Aloe Vera yang menenangkan kulit dengan campuran bahan yang disokong secara dermatologi, iaitu Gliserin, Niasimida, dan Panthenol. Pembersih ini yang diaktifkan dengan air untuk bertukar kepada buih, membantu untuk mengekalkan kelembapan dalam kulit, lantas menjadikannya terhidrat dan berasa nyaman. Pembersih ini berkesan, namun lembut.

Selain itu, pembersih ini telah terbukti secara klinikal dapat menyingkirkan kekotoran yang menyebabkan liang pori tersumbat di samping memelihara lapisan pelindung semula jadi dan tahap pH kulit. Tambahan lagi, penggunaannya mengurangkan 5 tanda kulit sensitif dan terbukti secara klinikal dapat mengurangkan ketegangan dan kerengsaan kulit selepas 7 hari digunakan, menunjukkan pengurangan tanda sensitiviti kulit sebanyak 79% selepas 1 bulan.



Pengurus Cawangan Galderma Malaysia, Cindy Tiu, menekankan komitmen Galderma yang tidak berbelah bahagi untuk mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju kategori dermatologi sejati terkemuka yang mendorong inovasi dalam bidang ini. 

Galderma dan Cetaphil®  komited dalam mendefinisikan semula penjagaan kulit, satu produk inovatif pada satu-satu masa. Kami memahami keperluan pengguna yang semakin berkembang, justeru inilah sebabnya kami memperkenalkan Cetaphil® Hydrating Foaming Cream Cleanser – pembersih berbuih yang memenuhi keperluan khusus ini.”

Meskipun pembersih tradisional menawarkan ciri berbuih yang diingini oleh pengguna, produk itu lazimnya menggunakan sistem surfaktan berasaskan sulfat yang boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan masalah kulit yang lain. Rumusan termaju kami membezakan kami dengan pembersih yang lain. Produk dihasilkan dengan teliti untuk membersihkan kulit secara berkesan di samping mengekalkan kelembapan kulit, tanpa sabun, pewangi dan paraben, sekali gus memastikan cirinya sebagai penyelesaian penjagaan kulit yang lembut namun menyeluruh,” tambahnya. 



Cetaphil® Hydrating Foaming Cream Cleanser kini boleh didapati di semua farmasi terkemuka dengan harga hanya RM58 untuk pek bersaiz 236ml. Ketahui lebih lanjut tentang Cetaphil® Hydrating Foaming Cream Cleanser dan anda berpeluang untuk menebus sampel percuma di sini: 
 
Daripada pembersih kepada pelindung matahari dan seterusnya serum, Cetaphil® menawarkan pelbagai rangkaian produk yang memenuhi keperluan kulit yang berbeza, yang merangkumi rangkaian Cetaphil® Classic, Cetaphil® Sun, Cetaphil® Baby, Cetaphil® PRO-AD Derma, Cetaphil® Bright Healthy Radiance, dan Cetaphil® Optimal Hydration. Walau apa pun jua jenis kulit atau keperluan khusus anda, anda boleh membeli produk ini di farmasi terkemuka dan secara dalam talian di seluruh negara.