Dunia Penuh Gosip - Dansa Dan Sing Dunia Penuh Gosip: Dansa Dan Sing - All Post
Memaparkan catatan dengan label Dansa Dan Sing. Papar semua catatan
PENYANYI yang juga anggota kumpulan DeFam, Sophia Liana dan Budak Ngam dinobatkan juara sulung program Dansa Dan Sing sekali gus membawa pulang hadiah RM100,000 serta trofi. Sophia bersama Budak Ngam mendapat markah tertinggi dengan jumlah 67.06 dan menewaskan lima lagi peserta lain yang bertanding di pentas akhir program itu, semalam.


Sophia tampil bertenaga menerusi tiga tugasan persembahan membabitkan Kami Rappers nyanyian asal 4U2C, Amboi (Altimet), dan lagu Turn Down For What (DJ Snake & Lil Jon) dalam segmen ‘battle’ bersama Chubb-E.

Tempat kedua menjadi milik Chubb-E dan Zeppo Youngsterz Crew yang memberi saingan menerusi lagu Mak Minah oleh Triple Noize, dan I Got A Feeling (Black Eyed Peas). Mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi.

Sementara itu, Shiha Zikir dan Team Squad berpuas-hati di tempat ketiga dengan menerima hadiah wang tunai RM25,000 beserta trofi. Tempat keempat pula dimenangi oleh Wani Kayrie dan DeLitz disusuli Waris dan Alamak di tempat kelima. Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 dan RM10,000.

Raja Syahiran dan 2Twenty2 Squad pula berada di kedudukan terakhir iaitu tempat keenam dengan mengumpul markah keseluruhan sebanyak 56.81 peratus. Mereka membawa pulang wang tunai berjumlah RM5,000 bersama trofi.

Malam kemuncak akhir yang dihoskan Hady Mirza dan Sherry Al Hadad menampilkan Datuk Rizalman Ibrahim dan Linda Jasmin sebagai juri tetap. Manakala Datuk AC Mizal dan Han-Byul diundang sebagai juri jemputan. Penjurian dalam program ini adalah berdasarkan format 70% daripada juri profesional dan 30% lagi daripada undian peminat secara atas talian.









ASTRO sekali lagi berani membawakan sebuah program baru secara langsung iaitu Dansa Dan Sing. Program yang mengutamakan konsep tarian secara berkumpulan bersama bersembahan nyanyian ini adalah yang pertama di Malaysia. Menampilkan 10 penyanyi dan juga kumpulan tarian pilihan mereka telah berlansung hari minggu yang lalu untuk pertama kalinya.


Sepuluh orang barisan artis yang terlibat iaitu Arja Lee, Atilia Haron & Yasmin Hani, Chubb-E, Nik Qistina, Raja Syahiran, Shiha Zikir, Sophia Liana, Wani Kayrie, WARIS dan Harris Baba. Turut menampil pengacara yang tak asing lagi dengan program di Astro iaitu Sherry Al Hadad bergandingan dengan juara program realiti Gegar Vaganza musim ke 6 iaitu Hady Mirza. Namun program ini dilihat serba tidak kena daripada pelbagai aspek yang masih boleh diperbaiki.

1) Gadingan pengacara antara Sherry Al Hadad dan juga Hady Mirza memang tidak serasi langsung dan kelihatan begitu ganjin sangat. Tambahan pula meletakkan Hady yang baru sahaja juara program realiti melihat kelematan utama dalam program ini.


2) Barisan peserta juga kelihatan begitu tidak bersedia untuk membuat persembahan terutamanya Harris Baba dan Atilia Haron & Yasmin Hani yang sangat lemah. Hanya sekadar nak naik semula nama mereka yang telah lenyap dalam industri.

3) Konsep pemarkahan yang mengutamakan tarian mengakibatkan kebanyakan penyanyi langsung tidak menyerlahkan dan menghiraukan persembahan nyanyian yang adakala langsung tidak menyanyi disesetengah bahagian.

4) Stage dan juga cara permakahan tidak ubah seperti program realiti Big Stage yang hanya ditukar sedikit sahaja untuk tidak kelihatan sama.

5) Pengambilan juri tetap juga adalah langsung tidak kerana mengambil seorang yang hanya pandai dalam bidang fesyen untuk menjuri pertandingan tarian. Kalau tidak sebelum ini semua juri tetap dalam program realiti lain adalah mereka yang memang profesional dalam bidang yang dipertandingkan.

Banyak lagi yang boleh diperbaiki dalam program ini dan jangan ia bagaikan menjadi sebuah program yang hanya ada pada musim pertama sahaja dan selepas itu terus senyap tanpa ada penaja dan penonton. Jangan kerana mahu mengejar ranking pihak Astro abaikan aspek kecil ini sehingga membuat program ini hambar dan tiada makna. Apa nasib pemenang program ini nanti adakah sama seperti nasib program seperti Rockanova, Projek Komedi Lawak, Gegar Lawak dan banyak lagi.