Dunia Penuh Gosip - Dato AC Mizal Dunia Penuh Gosip: Dato AC Mizal - All Post
Memaparkan catatan dengan label Dato AC Mizal. Papar semua catatan
SUKE SHOP, platform e-dagang berkonsepkan pembelian dari rumah di bawah naungan rangkaian hiburan tempatan SUKE TV, telah melancarkan SUKE GO – sebuah perkhidmatan penghantaran premium - dengan kerjasama platform logistik dan e-dagang, GOKINGKONG.



Sidang media dan majlis menandatangani perjanjian hari ini telah diserikan oleh Dato' AC Mizal, Pengasas dan Pengerusi SUKE TV; Datin Emylia Rosnaida, Pengarah SUKE TV; Desmond Ng, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif GOKINGKONG; dan ramai lagi, di samping kehadiran pelbagai ahli media dan portal berita tempatan.

SUKE SHOP kini menawarkan perkhidmatan penghantaran percuma pada hari bekerja seterusnya dan ke bandar-bandar utama di seluruh negara untuk lebih 20,000 produk yang dijual di platform tersebut melalui SUKE GO. Dengan kerjasama ini, pengguna SUKE SHOP akan dapat menikmati perkhidmatan penghantaran yang efisien, cepat dan senang terus ke halaman rumah mereka.



Majlis tersebut juga menyaksikan penambahan lebih 20,000 produk baharu di platform SUKE SHOP yang akan layak untuk perkhidmatan penghantaran melalui SUKE GO. Produk-produk ini terdiri daripada barangan elektronik dan isi rumah, barangan keperluan haiwan peliharaan, barangan runcit, barangan jenama sukan terkemuka seperti Puma, aksesori telefon bimbit dan banyak lagi.

Baucar bernilai sehingga RM10 juta juga akan tersedia untuk ahli-ahli yang baru berdaftar di sukeshop.com. Selain itu, pembeli SUKE SHOP juga berpeluang untuk memenangi sebuah kereta Ferrari atau hadiah wang sejumlah RM1 juta dengan setiap pembelian minimum RM100 dalam satu resit melalui peraduan SUKE MENANG.



GOKINGKONG ialah sebuah platform agregator yang menghubungkan pengguna secara terus kepada pengilang dan penyedia perkhidmatan. Platform ini menyediakan produk di bawah pelbagai kategori yang secara amnya beroperasi di bawah empat teras utama: lebih baik, lebih pantas, lebih selamat dan lebih berpatutan. GOKINGKONG bertindak sebagai pengurus penyumberan peribadi yang menyalurkan tawaran terbaik dalam pasaran kepada pengguna mereka.

“SUKE GO akan meningkatkan kefahaman pasukan kami mengenai pengguna, dan ini akan membantu menyesuaikan perkhidmatan kami mengikut keperluan dan minat mereka. Dengan SUKE GO, kedua-dua pihak SUKE SHOP dan GOKINGKONG akan dapat memanfaatkan kekuatan, pengetahuan, sumber dan kepakaran masing-masing untuk memperkasakan lagi perkhidmatan kami. SUKE SHOP berharap kerjasama dengan GOKINGKONG ini dapat meluaskan lagi kehadiran kami dalam industri e-dagang tempatan,” kata Dato' AC Mizal, Pengasas dan Pengerusi SUKE TV.



“Sektor e-dagang Malaysia telah menyaksikan pertumbuhan yang mendadak sejak wabak COVID-19 melanda negara beberapa tahun lepas. Selaras dengan itu, GOKINGKONG kini berada dalam fasa pembangunan yang menarik; dan kami sangat teruja untuk menerokai peluang kerjasama bersama SUKE SHOP ini,” kata Desmond Ng, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif GOKINGKONG.

SUKE SHOP berhasrat untuk menjadi peneraju pasaran dalam segmen e-dagang Malaysia dengan terus menjalin perkongsian seperti ini untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah pelanggan mereka.




Ideal Systems hari ini mengumumkan ia telah mereka bentuk dan membina studio TV baharu di Kuala Lumpur untuk SUKE TV. Dilancarkan pada April 2022 SUKE TV ialah saluran beli-belah di rumah Free-To-Air dan saluran entrainment am di Kuala Lumpur, Malaysia. Saluran baharu itu disiarkan 24 jam, 7 hari seminggu di MYTV, platform Televisyen Terestrial Digital (DTT) nasional Malaysia serta penstriman ke peranti mudah alih di seluruh Malaysia.



Ikon hiburan Malaysia dan pengasas dan pengerusi SUKE TV Dato AC Mizal, berkata; “Sudah menjadi impian saya sebagai seorang artis untuk memiliki stesen TV sendiri, saya telah mengusahakan projek ini selama hampir 7 tahun, akhirnya dengan bantuan Ideal Systems, SUKE TV telah menjadi kenyataan kepada saya.

Studio SUKE TV terkini dan kemudahan penerbitan media direka untuk mencipta dan menghasilkan kandungan pengaturcaraan dan hiburan tempatan di studio Kuala Lumpur baharunya dan memberikan peluang unik untuk selebriti tempatan, tokoh masyarakat, pengaruh sosial, usahawan serta mikro penjual untuk mempamerkan produk mereka di SUKE TV dalam pelbagai rancangan baharu. Penonton akan dapat menonton pengaturcaraan melalui digital, dan platform dalam talian dan membuat pembelian segera melalui kod QR.



SUKE TV menganugerahkan projek itu kepada Sistem Ideal kerana Ideal boleh menyediakan kedai sehenti untuk reka bentuk dan binaan studio TV termasuk semua sistem penyiaran dan penghantaran Rangkaian TV sebagai projek kunci tunggal. Studio TV SUKE menggunakan infrastruktur NDI terkini dan kamera NDI yang disuap kembali kepada Tricaster TC1 daripada NewTek untuk menukar, merakam dan menjalankan studio maya dan dinding video LED Kslim terkini daripada Unilumin iaitu 4mX2.5m. Ideal telah menggunakan Xplayout untuk main, Xingest untuk Ingest dan YouPlay untuk main studio semuanya daripada Axel Technology dan juga menggunakan studio maya Aximmetry dan grafik 3D yang mempunyai pilihan untuk menjalankan enjin tidak sebenar yang juga didayakan NDI. Untuk penghantaran, pengekodan dan penyahkodan untuk sumbangan dan penstriman sistem akan menggunakan sistem pengekodan Kiloview SRT.

Sofiyant Neo, Pengarah Media & Kandungan Kreatif untuk Sistem Ideal berkata, “Saya telah bekerja rapat dengan Pengarah Teknologi kami Updesh Singh dan pasukannya untuk memanfaatkan teknologi terkini untuk membantu Dato AC Mizal merealisasikan impian mereka mencipta kandungan yang hebat dan memastikan pasaran impak dan kejayaan SUKE TV”.







Rangkaian siaran tempatan, SUKE TV, telah menjalinkan kerjasama bersama iQIYI, sebuah penyedia khidmat penstriman hiburan inovatif dalam talian, untuk menyiarkan kandungan SUKE TV secara eksklusif di platform iQIYI.



Sidang media dan majlis menandatangani perjanjian hari ini telah disempurnakan oleh Dato' AC Mizal, pengerusi SUKE TV; Dinesh Ratnam, Pengurus Besar iQIYI Malaysia, Singapura dan Brunei; Datin Emylia Rosnaida, Pengarah SUKE TV; selebriti-selebriti tempatan; dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran ahli-ahli media.

Majlis tersebut telah menyaksikan kedua-dua pihak berkolaborasi untuk menyiarkan program-program SUKE TV di platform iQIYI untuk penonton di Malaysia dan Singapura. Melalui kerjasama ini, SUKE TV akan menjadi satu-satunya saluran TV di Malaysia dengan tab khusus di platform iQIYI. Penstriman tersebut akan tersedia secara percuma dan eksklusif untuk pengguna iQIYI. Antara kandungan terbitan SUKE TV yang boleh distrim di platform iQIYI termasuk rancangan drama bersiri Polkadot, Berita Latah, Tanya Je, Tomey Tomey, DAC PM YOU, DurianKimchi, Makan Tepi Lori, Pin Pin Sapa Tu?, Listen Up, dan Odah Billionaire. 



Perjanjian ini akan bakal membantu SUKE TV untuk terus mengukuhkan kedudukannya di Singapura, dengan menjangkau  capaian penonton yang lebih luas dan ini sekaligus akan memperkembangkan popularitinya merentasi sempadan.

“SUKE TV sangat berbangga dengan perkongsian ini dan juga dengan prospek perkembangan di luar Malaysia melalui perjanjian ini. Kerjasama ini telah terjalin pada masa yang tepat, dengan pertumbuhan perkhidmatan penyiaran selepas pandemik yang menghasilkan kepelbagaian kandungan merentas pelbagai genre. Saya yakin melalui kerjasama ini, kedua-dua pihak akan menggunakan teknologi dan kepakaran mereka untuk menghasilkan kandungan yang relevan dan lebih menarik untuk penonton. Ini adalah permulaan era baharu untuk SUKE TV, dan kami berharap untuk terus membangun dan mempelbagaikan tawaran kandungan kami dengan iQIYI,” kata Dato' AC Mizal, pengerusi SUKE TV. 

“Perkongsian eksklusif dengan SUKE TV ini mengukuhkan lagi matlamat bersama kedua-dua pihak untuk menyediakan kandungan tempatan yang berkualiti tinggi serta mempamerkan hiburan Malaysia terbaik kepada penontonnya. iQIYI sangat teruja untuk bekerjasama dengan SUKE TV, dan kami nantikan kandungan terkini dan menarik yang akan dibawa melalui jalinan ini ke platform iQIYI,” kata Dinesh Ratnam, Pengurus Besar iQIYI Malaysia, Singapura dan Brunei. 



SUKE TV telah menarik perhatian dunia hiburan tempatan sejak bersiaran secara rasminya pada April awal tahun ini. Dengan pelbagai kandungan inovatif merentas pelbagai genre, rangkaian itu terus menarik penonton dari seluruh negara dengan barisan kandungan mesra keluarga yang terdiri daripada komedi, drama dan banyak lagi. 

iQIYI ialah aplikasi penstriman video #1 paling banyak dimuat turun di Malaysia pada tahun 2021 dengan lebih 10 juta muat turun. Ia juga merupakan perkhidmatan penstriman yang paling pesat berkembang di negara ini dengan pertumbuhan asas pengguna sebanyak 15 kali ganda dalam tempoh dua tahun. Platform ini menyediakan pelbagai siri drama premium, filem, rancangan variasi dan anime dengan bahasa tempatan dan juga sari kata kepada penonton merentasi 191 negara.









Bila tiba bulan Ramadhan semua orang berebut-rebut untuk berniaga tidak kurang golongan artis di Malaysia. Bulan ini adalah peluang selain menambah amal kebajaikan juga bulan utuk tambah pendapatan lebih buat rakyat Malaysia tidak kurang artis. Kali ini OMGFest Ventures (SA0307601-W) akan menganjurkan acara paling meriah buat tahun kedua. 


Kali ini program yang di beri nama OMGFest All Star Ramadhan Mega Raya Sale 2015 lebih besar dan juga melibatkan lebih ramai artis dan juga vendor2 untuk menjual pelbagai barangan. Program yang akan berlangsung selama 3 hari iaitu bermula 8 Julai 2015 hingga 10 Julai 2015 yang bertampat di Dewan Kristal TM Convention Centre, Menara TM Bangsar Kuala Lumpur dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang.



Acara yang mengumpulkan 70 vendors yang menjual pelbagai barangan seperti pakaian wanita dan lelaki, persiapan sambutan Hari Raya, makanan dan juga pelbagai lagi barang perhiasan. Dua nama Dato yang cukup popular di Malaysia sapa lagi kalau bukan Dato' AC Mizal dan juga Dato' Aliff Shukri juga turut sama berniaga pada hari tersebut. Kalau sapa2 yang nak beli barang boleh datang sini dan juga beramah mesra dengan artis2 popular ini.



Selain itu juga ada Mila Jirin, ratu dangdut Iffa Raziah, Zarina Zainuddin, artis yang rajin berniaga Enot, Catriona Ross dan juga Zureda. Kepada peminat dan juga kepada mereka yang nak cari barang jualan artis ini boleh datang beramai2 di sini. Paling hebat korang boleh dapat potongan 80% diskaun untuk kebayakan barang2 yang di jual di sini.


Pada acara pelancaran dan juga sidang akhbar yang berlansung 17 Jun 2015 lepas turut hadir dua Dato hebat ini dan juga beberapa vendors yang menjayakan program ini. Menurut Penaung OMGFest ini Puan Liza Baharum mereka rasa bebesar hati untuk terus menganjurkan program sebegini dan juga turut sama gembira dapat bekerjasama dengan barisan artis dan mereka yang cukup berpengaruh di dunia seni. 

 



Buat petama kalinya juga tahun ini program OMGFest ini dapat liputan secara langsung dalam Official Online TV Radio yang baru tak lain tak bukan PeaceyallFM.com selaku Rakan Media rasmi program ini. Saluran online milik Dato AC Mizal ini juga begitu teruja untuk menyiarkan prorgram ini meluas dalam laman online mereka yang boleh di ikuti di luar negara. Anda boleh jumpa semua penyampai saluran ini pada hari program ini berlangsung nanti.




Jadi datang beramai-ramai untuk dapatkan barangan istimewa yang di jual oleh barisan artis popular dan juga barang Dato Terlajak Laris, Dherbs yang juga membuat promosi hebat dan juga tawaran makup secara percuma pada hari tersebut. Kalau korang nak dapat maklumat lanjut boleh hubungi penganjur di laman facebook dan juga tel yang tertera. Jumpa anda di sana nanti ok. Selamat membeli belah..

Tel : 011 2626 1656 / 019 279 6275
Email : booking@omgfest.my
Instagarm : @OMGFEST2014