Dunia Penuh Gosip - Dato Ramli MS Dunia Penuh Gosip: Dato Ramli MS - All Post
Memaparkan catatan dengan label Dato Ramli MS. Papar semua catatan
Bukan mencari salah atau membuka keaiban org tapi untuk membetulkan keadaan. Jika terus menyalahkan org lain adalah tidak baik tapi harus kita membetulkan diri sendiri lagi bagus. Gesaan ini di tujukan kepada pasangan sah Ramli MS dan Alyah atas isu berhubung perkahwinan mereka. Mungkin sebelum ini ada artis muda yg juga merahsiakan perkahwinan mereka sehinggakan akhirnya terbongkar secara tidak sihat akan memalukan.


Itu yg harus di elakan tapi perkara dah jadi. Datuk Ramli MS harus ambil masa yang sesuai untuk mereka bertemu dengan pihak media dan menceritakan sebenar tentang perkahwinan mereka. Jika tidak mahu buat majli besar-besaran cukup sekadar bertemu dengan media yg beliau berdua selesa. Ini akan meredakan masalah yg mereka hadapi sekarang.

Datuk Ramli MS dan Alyah telah matang dan dewasa dalam menentukan arah hidup mereka, tapi sebagai selebriti dan juga public figure kepada masyarakat mereka harus tampil dalam menjelaskan perkara yg telah menjadi isu sekarang ini. Jgn biarkan ia menjadi lebih besar hadapi kenyataan dan teruskan kehidupan. Kami rakyat Malaysia suka artis yg berkahwin dan mendoakan kebahagiaan pasang Ramli MS dan Alyah sehingga ke Jannah.

Sebelum ini kecoh tentang isu kediaman Datuk Ramli MS di serbu JAIS kononnya atas aduan bersekedudukan dengan seorang artis wanita. Setelah itu Datuk Ramli MS membuat kenyataan kepada JAIS bahawa mereka telah berkahwin secara sah di Batam Indonesia setahun. Kini kes masih dalam siasatan lanjut oleh pihak berwajib.