Dunia Penuh Gosip - Dato Seri Siti Nurhaliza Dunia Penuh Gosip: Dato Seri Siti Nurhaliza - All Post
Memaparkan catatan dengan label Dato Seri Siti Nurhaliza. Papar semua catatan
Penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nuhaliza sekali lagi mencatat sejarah apabila tiket Konsert Fenomena Datuk Sri Siti Nurhaliza Live In Singapore yang bakal diadakan pada 29 Jun depan habis terjual dalam tempoh kurang dua jam.



Ketua Pegawai Eksekutif SAH Entertainment yang juga penganjur konsert penyanyi Sufi Rashid berkata, pihaknya tidak menjangka tiket konsert habis dalam waktu yang singkat.

Konsert yang bakal diadakan di The Star Theatre Singapore itu boleh menampung kapasiti sehingga 5000 orang. Sebelum ini Siti Nurhaliza buat kejutan apabila tiket konsert beliau yang bakal di adakan di Axiata Arena Bukit Jalil pun habis terjual kurang dari 2 jam.

Itulah orang kata kehebatan atau aura seoarang yang begelar penyanyi no 1 negara. Tiada diminta tapi semua bagaikan diatur yang Maha Esa.

Namun ada ura-ura menyatakan yang konsert di Singapura ini bakal ada hari kedua. Namun masih belum ketahui tarikhnya adakah sebelum konsert ini atau bagaiamana. Nantikan pengumuman dari SAH Entertaiment dan Dato Seri Siti Nurhaliza sendiri.







Penyanyi no. 1 negara yang selalu dinantikan persembahan dan juga bakal mengadakan konsert pada bulan Mac tahun ini membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua peminat beliau. 



Melalui laman sosial media penyanyi yang senang disapa TokTi ni membuat permohonan maaf secara terbuka kepada peminat yang tidak dapat membeli tiket konsertnya yang bakal di adakan pada bulan Mac tahun ini.

Dalam masa sama juga Dato Seri Siti Nurhaliza memanjatkan syukur dan gembira kerana tiket konsert yang bakal diadakan di Axiata Arena Bukit Jalil habis terjual. 

Siti juga mencipta rekod tersendiri apabila tiket konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza yang bakal berlangsung pada 9 Mac tahun ini habis terjual dalam tempoh dua jam sahaja.



Difahamkan sebaik kaunter maya untuk konsert terbabit dibuka, pembeli berpusu-pusu membuat tempahan sehingga ada yang mengeluh tidak dapat masuk ke laman web terbabit.

Malah, luahan kekecewaan tidak berpeluang menjadi sebahagian daripada penonton di venue acara berkapasiti 15,000 orang itu diluahkan dalam ruangan komen.

Tidak kurang yang meminta Siti menambah penampilan ditunggu-tunggu ramai itu untuk satu malam lagi. Tiket bagi mengikuti konsert berkenaan dijual pada harga serendah RM129 hingga RM799 di laman web klticket.

Kali terakhir itu mengadakan konsert solo adalah pada 2019 yang berkonsepkan siri jelajah di Kuala Lumpur, Indonesia dan Singapura.