Dunia Penuh Gosip - Dato Sri Siti Nurhaliza Dunia Penuh Gosip: Dato Sri Siti Nurhaliza - All Post
Memaparkan catatan dengan label Dato Sri Siti Nurhaliza. Papar semua catatan
Bandar raya Shah Alam meriah bergema dengan simfoni muzik, kegembiraan dan sajian yang menyelerakan apabila KEPCI Music Fest yang dinanti-nantikan telah mempamerkan kejayaannya di Stadium Melawati pada hari Sabtu, 26 Ogos 2023. Sempena sambutan 50 tahun KFC yang gemilang, festival ini telah pun mempersembahkan pengalaman istimewa yang menyatukan rakyat Malaysia melalui kemeriahan muzik, budaya dan sudah tentunya, citarasa KFC yang ‘lazat sehingga menjilat jari!’.



Wawasan KFC Music Fest diilhamikan menerusi dedikasi yang sungguh-sungguh KFC dalam memupuk semangat kemasyarakatan dan memperkasakan warisan kaya Malaysia. Pesta ini dengan jayanya telah menyatukan artis dan bakat tempatan menerusi karya agung mereka yang menyentuh hati orang ramai. 



Pentas festival menjadi saksi kepada kehadiran lagenda-lagenda seperti Dato' Sri Siti Nurhaliza, Amy Search, Misha Omar, dan Budak Nakal Hujung Simpang yang menghiburkan ribuan penonton pada malam tersebut. Petang itu lebih diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, yang amat terharu dengan barisan artis tempatan yang.



Dato' Sri Siti Nurhaliza merenung acara itu dan berkongsi, "KEPCI Music Fest adalah malam yang penuh bermakna di mana potensi muzik untuk menyatukan orang terserlah melangkaui jangkaan, bahkan juga dapat  mencipta memori yang tidak dapat dilupakan."



KEPCI Music Fest telah melebarkan sayapnya bagi menjadi satu sambutan yang dinamik dalam mempamerkan mozek budaya Malaysia dan mengeratkan persahabatan sesama masyarakat. Para hadirin berseronok dengan pelbagai aktiviti yang mengasyikkan, pameran kebudayaan yang menawan hati dan, sajian yang lazat daripada KFC. 



Kepci Music Fest 2023 ini yang menggabungkan kegembiraan, nostalgia dan sajian menyelerakan - merangkumi kenangan indah bersama KFC yang terus dihargai sepanjang setengah abad. Tiket pesta habis dijual, dengan Stadium Tertutup Melawati bergema seiring dengan semangat penggemar muzik. Para hadirin dan media sama-sama memuji gabungan muzik, budaya dan daya tarikan KFC yang tidak dapat ditandingi.



Penghibur legenda Datuk Amy Search meluahkan rasa teruja, "KEPCI Music Fest bukan sahaja tempat dendangan muzik; ia adalah bukti kolektif perpaduan dan kasih sayang tanah air, dengan sentuhan KFC yang menggiurkan menjadikannya lebih istimewa."



Nehchal Khanna, Ketua Pegawai Eksekutif QSR Brands, menekankan kepentingan festival itu dengan menyatakan, "Ketika kami menyambut ulang tahun KFC ke-50 menghidangkan citarasa tercinta Malaysia, kami diingatkan bahawa kejayaan KFC bukan sekadar resepi kami sahaja; bahkan ia sebuah kisah kasih sayang yang berkekalan dan kesetiaan keluarga Malaysia yang luar biasa kami. KEPCI Music Fest adalah penghargaan yang tulus ikhlas kami, dan kami tidak sabar untuk memikat selera anda dan berkongsi detik-detik istimewa anda untuk tahun-tahun yang akan datang.



Dengan redanya gema muzik di udara berlarutan, KEPCI Music Fest meninggalkan harapan besar untuk siri acara lebih menarik di masa akan datang. Nantikan siri-siri yang seterusnya di KDCA, Sabah pada 6 Oktober dan Arena Larkin, Johor pada 21 Oktober 2023.








Ini namanya penghibur sentiasa ada idea dan juga konsep baharu setiap kali nak hasilkan album tambah dalam dunia digital yang makin ramai orang dengar online sahaja. Namun ia tidak memutuskan semangat penyanyi no 1 negara ini untuk tampil dengan album beliau yang ke 20.



Sitism itulah nama album terbaharu dari penyanyi wanita kesayangan rakyat Malaysia, Dato' Sri Siti Nurhaliza. Album ini telah mula dikeluarkan pada 30 Jun 2023 secara muat turun dan penstriman digital menerusi Siti Nurhaliza Productions dan Universal Music Malaysia di semua platform digital.

Menurut Siti album yang diberi nama Sitism ini melambangkan kualiti, keadaan serta ideologi. Ia menggambarkan ciri khas dan kualiti yang terdapat dalam suara, karya, persembahan dan penampilan Dato' Sri Siti Nurhaliza.



Album ini mengandungi 8 buah lagu dilancarkan secara digital terlebih dahulu sebelum kemunculan album penuh atau ‘deluxe album’ sebanyak 12 lagu di dalam format digital dan fizikal buat peminat yang mahu buat koleksi. Lapan lagu terbut adalah Romansa Kita, Menyapa Dunia, Tanpa Diri-Mu, Sehebat Matahari, Ganti, Teratas, Menjaga Cintamu dan Magis. Gabungan pelbagai komposer baru dan yang lama dari dalam dan luar negara.

Namun dalam kegairahan melancarkan rupa dan imej dalam album ini di laman sosial natizen terus membuat kerja dengan mengutuk akan penampilan kulit album ini. Siti tidak berdiam diri dan memberi tindak balas langsung untuk mengajar mereka yang mulut lancang ini. 



Apa pun bukan semua orang akan suka apa yang kita buat maka sebagai anak seni yang telah bertapak 27 tahun dalam dunia seni tanah air ini asam garam bagi beliau. Kalau tidak maka akan dapat title penyanyi no 1 negara korang yang kutuk tu apa dapat, dosa sahaja. Terus perjuangkan bakat mu wahai sang pencinta muzik kami dibelakang mu terus menyokong karya yang agung seperti ini. 










Setelah hampir enam tahun penyanyi no 1 negara ini tidak merakamkan lagu Raya kali ini beliau muncul dengan single terbaru Lip Lap Raya. Lagu ini adalah hasil sentuhan Ajay Amai, Glow Rush, Karim Karam dan Mike Chan yang menggabungkan rentak inang, canggung serta turut diselitkan elemen dikir barat.



Manakala lirik lagu tersebut berkisarkan kemeriahan sambutan hari raya setelah dua tahun berada dalam fasa pandemik. Kalau kita dengarkan betul-betul lirik sangat simple tapi penuh makna kerana tahun ini kita dapat juga menyambut raya seperti mana dulu walaupun masih ada SOP lagi. 

Lirik penuh lagu Lip Lap Raya

Verse 1:
Malam takbir bergema Semua insan gembira Meraikan hari yang mulia
Ayah dan juga bonda Berlinang air mata
Menyambut pulang anak tercinta

Chorus:
Rai Hari Raya
Bermaaf-maafan semua Ampun salah silap
Lip lap lip lap Hari Raya

Rai Hari Raya
Pakai baju raya sama Cahaya gemerlap
Lip lap lip lap Selamat Hari Raya

Verse 2:
Indah dapat balik beraya semula hoi Bagai dejavu saling memaafkan Setiap tahun tetap raikan bersama Mari kita Raya Raya

Chorus Bridge:
Lip lap lip lap x2
Selamat hari raya
Lip lap lip lap x2
Selamat hari raya

Penerbit lagu, Glow Rush, mengatakan bahawa keistimewaan pada lagu Lip Lap Raya adalah daripada gabungan elemen tradisional dan mode seperti penggunaan dram elektronik, synth serta vokal Siti yang menjadi kekuatan lagu tersebut.


Namun biasalah kata-kata netizen tidak dapat ditangkis kerana ada yang mengatakan bahawa video muzik lagu ini sama seperti mana penyanyi international Adele. Juga ada yang menyatakan MV ini tidak semeriah tajuk lagu iaitu Lip Lap Raya serta juga ada menyatakan bahawa lagu ini terlalu pendek dan banyak berulang-ulang.



Siti menerima pujian peminat yang menggemari melodi Lip Lap Raya yang kena dengan peredaran masa serta catchy. Menurut Siti, beliau menyifatkan Lip Lap Raya sebagai lagu yang dapat menarik minat peminat selepas mendengarnya buat kali pertama. Juga lagu ini bakal bermain terus dibibir peminat yang cintakan lagu betemakan Hari Raya. 







Apa sahaja yang tidak mampu dilakukan oleh seorang legenda bernama Dato' Sri Siti Nurhaliza? Diselang-seli dengan kesibukan dalam persiapan melakukan konsert berskala besar di tiga buah negara, bersulam dengan kesibukan memikul tugasan sebagai isteri dan ibu, Siti mampu melengkapkan filem dokumentari yang bakal menjadi santapan jiwa buat peminat Siti khususnya.

DOKUMENTARI FILEM - SITI : ARE YOU READY?



"Siti: Are You Ready?"  merupakan sebuah filem dokumentari berdurasi 80 minit yang menampilkan detik di atas dan di belakang pentas, persembahan langsung serta "Untold Story" sepanjang jelajah Konsert "Dato' Sri Siti Nurhaliza on Tour" di tiga buah negara iaitu Indonesia (Jakarta), Singapura dan Malaysia (  Kuala Lumpur).  

Filem dokumentari ini mengangkat sudut pandang seorang isteri, ibu dan penyanyi dalam kehidupan seharian serta memaparkan perjuangan beliau 'berlawan' dengan diri sendiri serta kebimbangan yang dibawanya menuju ke hari konsert.  Beliau kembali bangkit meneruskan rutin sebagai penyanyi selepas cuti bersalin lalu muncul di pentas berskala besar.  Dan pastinya konsert tersebut meninggalkan kenangan dan kesan sentimental yang bukan sedikit buah Siti dan para pencinta penyanyi kesayangan ramai ini.

Segala pengalaman bersama para peminat dan konsert rombongan jelajah ini dikongsi dalam filem dokumentari ini.  Dari sekecil-kecil persediaan hinggalah sebesar apresiasi peminat dan pecinta seni, semua dipaparkan dalam filem yang diterbitkan oleh Shiraz Projects dan Siti Nurhaliza Productions ini.  

Menampilkan dua anak muda dengan jiwa besar sebagai pengarah, Siti: Are You Ready?  mempamirkan kebolehan luar biasa M.Azhar Rot dan Anz Izwan memikul tanggungjawab sebagai pengarah filem ini.  Kebolehan dua pengarah muda ini bukan sahaja boleh dilihat dengan mata kasar melalui sinematografi serta visual yang diambil namun lebih bermakna lagi apabila mereka bijak mengambil jiwa dan rasa sepanjang pembikinan konsert ini berlangsung.  Ini semua akan dirasai melalui filem ini.  Penuh jiwa dan rasa!  

Aspek dokumentari yang paling menarik apabila Siti Nurhaliza menonjolkan kecintaan yang tulen dan tidak berbelah bahagi terhadap muzik dan kehidupannya.  Buat pertama kalinya, beliau mendedahkan segala-galanya di hadapan kamera.  Dan anda perlu menjadi sebahagian daripada penonton hari - hari bersejarah beliau.  

DATO' SRI SITI NURHALIZA ON TOUR - LIVE IN CONCERT 



"Dato' Sri Siti Nurhaliza on Tour - Live In Concert" ialah gabungan rakaman tiga destinasi yang difilemkan di hadapan sekitar 20,000 untuk peminat sepanjang konsert jelajah berlangsung di Jakarta, Singapura dan Kuala Lumpur pada 2019.  Konsert tersebut berlangsung dengan jayanya pada 21 Februari 2019 (Istora Senayan, Jakarta), 2 Mac 2019 (Singapore Expo, Singapura) dan 16 Mac 2019 (Axiata Arena, Kuala Lumpur).

Konsert yang dilaksanakan selama 23 tahun penglibatan beliau di dalam industri ini memamerkan kekuatan  mental dan stamina sewaktu beraksi di atas pentas selepas melahirkan cahayamata sulungnya, Siti Aafiyah. Konsert ini mendapat sambutan hebat daripada peminat dan pencinta muzik serta ulasan positif daripada pihak media setiap negara. Ini ekoran, semua aspek melibatkan penghasilan konsert baik sebelum, semasa dan selepas konsert  menjadi keutamaan bagi menghasilkan sebuah konsert yang berprestij, bertenaga dan meninggalkan kesan tersendiri buat para peminat. Rata-rata peminat dan pengamal media memuji sistem bunyi, penatacahayaan, repoirtaire dan pastinya vokal bertenaga dalam bersahaja Dato' Sri Siti Nurhaliza, ikon seni negara ini.  

Tulus turut diundang untuk menghangatkan lagi suasana konsert dengan dendangan lagunya dan juga duet bersama konsert 'tuan rumah'.  Jangan lupa saksikan filem dokumentari, "Siti Are You Ready?"  dan Konsert Dato' Sri Sit Nurhaliza On Tour - Live In Concert yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 30 Disember 2021.

Untuk melanggan sila ke saluran ASTRO 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM19.90 anda boleh menonton kedua-dua filem dokumentari dan konsert selama 48 Jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro First.

Bagai mereka yang berada di luar Malaysia dan Brunei anda boleh melanggan di platform Vimeo on Demand bermula 30 Disember 2021 dengan harga USD4.99 dan boleh menonton selama juga 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.