Dunia Penuh Gosip - Dato Vida Dunia Penuh Gosip: Dato Vida - All Post
Memaparkan catatan dengan label Dato Vida. Papar semua catatan
Wow ingat budak-budak baru nak up jer ker yang boleh dapat video juta-juta kat Youtube. Sekarang bagaikan tak mustahil untuk dapat tontonan jutaan di Youtube paling penting menghiburkan dan viral. Itu yang terjadi kepada lagu nyanyian jutawan kosmetik Dato' Seri Vida.


Lagu ciptaan Edry dan terbitan KRUmusic ini telah mendapat setakat hari ini tontonan sebanyak 2 juta lebih setelah lebih dari 10 hari di upload dalam youtube. Gila tak gila lah penangan lagu yang telah banyak mendapat perhatian netizen dalam laman sosial.

Ramai yang mengkritik dan menghina lagu ini dan juga tindakan DSV untuk menyanyi lagu ini. Tapi tidak kurang juga ramai yang suka dan memuji lagu ini. Bagi pendapat peribadi lantak lah beliau nak buat apa dengan duit dia nak buat lagu ker atau nak menyanyi ker. Yang penting dia tak buat perkara salah iaitu tak bayar cukai ehhhh.


Tidak sekurangnya niat Dato' untuk buat lagu ini dapat membantu penggian muzik tempatan yang dah kurang sekarang ni artis nak buat lagu baru. Almaklumlah dah dikuasai oleh budak-budak baru nak up. Tapi sekarang orang dah telebih kertu juga mampu buat lagu yang mencuri perhatian orang muda.

Saya sokong Dato' nak buat lagu kalau lagi bagus boleh buat album pastu nanti hasil duit jualan atau royalti tu banyak-banyak lah sedekah pada yang memerlukan. Tak sabar lak nak dengar lagu duet Dato' Aliff Syukri dengan pondan Nursajat menyanyi. Adakah nanti RTM bakal haramkan lagu ini kerana LGBT ada dalam tu ehhh alamak tercarut. Chowwww...







Berikutan dengan berita dan pengesahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia tentang penarikan produk keluaran Vida Beuty Sdn Bhd. berkuat kuasa serta merta. Produk yang di uji mengandungi merkuri yang berlebihan dan tidak sesuai untuk kesihatan dan keselamatan penggunanya telah diarah di tarik balik. Produk tersebut adalah Qu Puteh Whitening Pro 9 yang juga antara produk milik Datuk Seri Vida ini.


Ia adalah lanjutan daripada pengharaman jualan produk ini dipasaran Brunei selepas hasil ujian menunjukan 3 produk miliknya mengandungi bahan terlarang. Produk yang diharamkan jualan di Brunei adalah kosmetik krim Whitening Pro 9 Qu Puteh dan produk kosmetik Whitening UV Block Qu Puteh, dan produk ketiga yang dinamakan Chantique Beauty Slimming Herbal. Kenapa Malaysia tidak mengharamkan 2 lagi produk ini?


Namun riaksi pantas Datuk Seri Vida dalam satu sidang media disiarkan Astro Awani di laman sesawangnya seperti menyalahkan orang lain. Dalam kenyataan Datuk pada sidang media itu menyatakan ada pihak yang iri hati atas kejayaan yang telah beliau kecapi sehingga saat ini. Ia seperti tidak boleh menerima kenyataan tentang pengharam produknya.

Jangan macam tu Datuk sebagai seorang yang profesional dan juga seorang yang dah banyak pengalaman dalam dunia perniagaan kosmetik ini sepatutnya melihat perkara ini pada diri sendiri dulu. Jangan cepat menyalahkan orang lain atas kegagalan sendiri. Mungkin betul apa yang pernah di katakan orang bahawa kita kalau terlalu menunjuk kekayaan tuhan boleh tarik dalam sekelip mata sahaja. 

Apa pun kita harap Datuk Seri Vida terus tabah dalam semua dugaan ini dan terus maju dalam perniagaannya. Tapi yang agak pelik sebelum produk ini dipasarkan tiada ujian dilakukan ker sehinggakan negara jiran dah haramkan baru pihak berwajib tempatan nak buat ujian dan baru nak haramkan. Kalau nak tunggu orang luar haram baru nak check ia menunjukan seperti kerajaan kita tak proaktif dalam membuat ujian kesihatan produk sebelum ia diluluskan atau ada unsur2 lain dalam pengujian ini. Malas cakap tapi korang tahukan unsur apa itu fikir2 lah sendiri.








Masih kencang lagi di telinga dan juga di media tentang majlis Anugerah Juara Lagu ke 29 yg telah berlangsung baru2 ini. Tapi lagi kencang tentang kisah dua ikon yg cukup popular di Malaysia ini. Sapa lagi kalau bukan Datuk Chef Wan dengan Dato Vida. Semua ini bermula apabila celebriti chef ini telah memuat turun status di Instagram yg memberi tahu beliau jelak dengan ulangan yg terlalu kerap daripada penaja.

Penaja pula sapa lagi kalau bukan pemilik wanita putih ini Dato Vida yg menjadi penaja utama dalam AJL 29. Kalau sapa2 tonton majlis tu pasti akan tgk setiap 15 minit adakan ada iklan, malah siap ada sesi promosi di belakang pentas produk Qu Puteh ini. Pengacara juga seringkali mengulangi kata2 hikmah ini "Qu Puteh Qu Puteh... Barulah Putih...".  Kerana isu ini juga Chef Wan tidak menonton anugerah itu sehingga habis dan menutup tv kerana bosan dengan promosi itu.


Kisah ini belarutan sehingga pengasas produk kecantikan itu membidas segala tomahan dan juga kritikan daripad penonton AJL 29, termasuk membidas kenyataan Chef Wan. Apa pun harap kes ini selesai dengan baik antara dua pihak. Tapi belum sempat isu ini damai Chef Wan kini telah di masukan ke wad kerana jangkitan kuman di paru-paru.

Menurut akaun Instagram anak beliau Serina Redzuawan menyatakan ayahnya di masukan ke wad hari ini akbitan kesihatan semakin menurun. Namun ramai pula yg menyatakan dan meluahkan perasaan atas gambar yg di muat turunkan itu. Ada sesetengah menytakan bahawa ini adalah balasan untuk seorang yg mulut celupah dan juga mungkin ini tanda untuk beliau dan kena minta maaf dengan org yg di kutuknya.

Apa pun kita doakan kesihatan yang baik kepada Datuk Chef Wan dan juga moga hubungan beliau dengan pengasas Qu Puteh Dato Vida semakin baik. Lagi baik kalau Dato Vida perli melawat Chef Wan di hospital sebagai tanda mereka tidak bergaduh dan saling berkawan. Apa pun sakit ni menghapuskan dosa2 kecil tapi kalau dosa2 terhadap manusia ni tak boleh terampun melainkan kita minta maaf dengan org yang kita katakan itu.