Dunia Penuh Gosip - Disember Dunia Penuh Gosip: Disember - All Post
Memaparkan catatan dengan label Disember. Papar semua catatan
Bulan cuti sekolah semua orang sibuk buat perancangan akhir untuk majlis paling berharga mereka. Maklumlah acara sekali seumur hidup jadi nak buat yang terbaik dan paling bermakna dalam hidup. Begitu juga beberapa rakan blogger yang tidak kurangnya akan menamatkan zaman bujang mereka Disember ini. Ada 3 orang rakan blogger setakat ini yang dapat jemputan semua dekat-dekat jer.

Fatin Bella dan Firdaus Feeq


Dua orang blogger yang sama padan dan cama comel ni memang bagai pinang dibelah dua. Tak sabar nak tengok mereka bakal bersanding dengan persalinan raja sehari yang pasti cantik. Majlis belah Fatin akan berlangsung pada 4 Disember ini bertampat di TIC III, Pusat Teknologi UPM-MTDC, Serdang, Selangor.


Sapa-sapa rakan-rakan yang dekat boleh lah hadir dan meraikan rakan blogger kita ini. Manakala belah pengantin lelaki pula akan diadakan di Johor. Kami nak ucapkan selamat pengantin baru dan juga semoga bahagia hingga ke Jannah.

Amira dan Shafiq


Sapa tak kenal beauty blogger ini Mira Cikcit yang begitu manja dan seorang yang blurr juga kadang-kadang. Mira bakal menamatkan zaman bujang dengan jejaka pilihan hatinya iaitu Shafiq pada tarikh 3 Disember ini yang bertempat di rumah keluarganya No 61 Jalan Rentaka, Taman Panglima, Telok Panglima Garang Banting Selangor.


Manakala belah lelaki pula pada 17 Disember seminggu selapas perkahwinan belah perempuan. Bagi menyambut pengantin ini diadakan di Astana Zemi Senawang. Kalau kawan-kawan yang dekat tu boleh datang memeriahkan majlis. Dari kami mengucapkan selamat pengantin baru dan semoga bahagia dan mendapat anak cepat.

Ayue Idris dan Qisti


Seorang lagi blogger perempuan yang akan menamatkan zaman bujangnya pada bulan ini iaitu Ayue Idris. Blogger ini seorang yang pandai memasak selalu masuk pertandingan memasak dan siap kuar TV lagi hari tu memasak bersama Chef Ismail. 


Majlis akan berlangsung pada 17 Disember bertempat di No.23, Jalan BJ 19, Taman Bertam Jaya, Cheng, 75250 Melaka. Manakala belah menyambut menantu pula akan diadakan pada 25 Disember di Sepang Selangor. Kami juga nak mengucapkan selamat pengantin baru dan semoga bahagia hingga ke Jannah.