Bakat baru dan muda tidak boleh dipandang sepi kerana mereka mampu untuk menggegarkan industri muzik tempatan. Itu yang dizahirkan apabila bekas peserta AF Syamel dan juga pasangan duonya Ernie berjaya memenangi pertandingan Duo Star yang telah berakhir semalam. Membawa pulang wang tunai RM100,000 dan trofi serta hadiah voucher dari GoShop.
Membuktikan bakat dan usaha yang gigih membawa dua anak muda yang masih mentah dalam dunia indutri menewaskan beberapa basangan lain. Peserta lain pada malam akhir program bakat berduet itu adalah Kaka & Awie, Haiza & Eepul dan juga Ayai & Firman. Semua peserta diberikan tugas menyampaikan dua buah lagu pada malam tersebut.
Tempat kedua pertandingan ini dimenangi oleh Kaka Azraf & Awie Rafael, manakala tempat ketiga milik Haiza & Aepul Drama Band dan tempat keempat milik Ayai GV & Firman AF. Juri pada malam akhir tu masih kekal juri sebelum ini iaitu Dato Achis, Adiba Noor dan Dato Hattan. Semua keputusan 100% adalah daripada pilihan juri.
Semoga kemenangan ini dapat menaikan lagi industri muzik tempatan dan juga menyerlahkan lagi banyak bakat muda yang lahir dari program realiti dan tidak dipendamkan sahaja. Yang lama juga turut membantu dalam memberi ilmu kepada yang muda agar kita sama-sama maju. Tahniah semua peserta akhir dan tahniah kepada pemenang.
Follow Us