Dunia Penuh Gosip - Ejen Ali Dunia Penuh Gosip: Ejen Ali - All Post
Memaparkan catatan dengan label Ejen Ali. Papar semua catatan
Mari raikan Hari Raya Aidilfitri di Resorts World Genting (RWG) bersama keluarga dan rakan-rakan anda. Pelbagai aktiviti menarik dan tawaran makanan yang lazat tersedia semasa musim perayaan ini dari 21 April hingga 8 Mei 2022. Ini termasuk penampilan istimewa oleh super ejen animasi tempatan popular – Ejen Ali.

Hiasan Hari Raya yang Meriah



Bersedia untuk menyambut kemeriahan Hari Raya di RWG dengan hiasan yang mengagumkan serta suasana sambutan Raya yang menakjubkan di seluruh Kimhua Atrium. Dengan rentetan lampu yang berkilauan dan ketupat moden sebagai hiasan gantung yang cantik, RWG menjanjikan tempat terbaik untuk bergambar kenangan yang sempurna sempena Raya kali ini.

Bertemu dan Bermesra dengan Ejen Ali dan Ejen Alicia



Peminat tegar super ejen animasi kegemaran tempatan – Ejen Ali dan Ejen Alicia akan berpeluang bertemu dan bermesra dengan mereka di Kimhua Atrium dari 29 April hingga 8 Mei 2022 dalam 5 sesi (11 pagi, 2 petang, 4 petang, 5 petang, 8 malam) setiap hari. Para tetamu juga boleh mendapatkan peluang bergambar secara eksklusif dengan Ejen Ali dan Ejen Alicia dengan pembelian minimum RM200 (dalam satu resit atau maksimum dua resit) di mana-mana kedai di SkyAvenue, Plaza First World, Awana SkyCentral dan kedai terpilih yang mengambil bahagian di RWG (tidak termasuk Genting Highlands Premium Outlets).

Tetamu perlu mengemukakan bukti pembelian mereka di Kaunter Informasi yang terletak di Aras 1, SkyAvenue untuk menyertai acara ini dan hanya resit asal bertarikh hari yang sama akan diterima.

Misi: Ejen Hunt



Ejen-ejen telah tiba di RWG dari Meta Advance Tactical Agency (MATA), tetapi di manakah mereka bersembunyi? Sertai misi untuk mencari keempat-empat ejen dari MATA – Ali, Alicia, Iman dan Zass di sekitar SkyAvenue dari 21 April hingga 8 Mei 2022. Apabila anda menjumpai mereka, pastikan anda meniru gaya mereka dan ambil gambar! Selesaikan misi dengan berkongsi keempat-empat gambar di media sosial menggunakan tanda pagar #JomRayaBersamaEjenAli dan #ResortsWorldGenting dan tunjukkan di gerai penebusan di Kimhua Atrium untuk mendapat empat lencana butang Ejen Ali edisi terhad sebagai ganjaran.

Ini adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat dan sah sementara stok masih ada. Jadi jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan kenangan yang tidak dapat dilupakan!

Sambut Raya di Market.zip



Pastikan anda melawat Market.zip, sebuah pasar kreatif unik yang menawarkan pelbagai perniagaan tempatan di Arena Way dari 30 April hingga 8 Mei 2022. Para tetamu boleh membeli-belah dan melihat-lihat pelbagai gerai yang mempamerkan barangan artisan tempatan seperti hiasan jubin buatan tangan, batu bumi semulajadi, penjagaan badan buatan sendiri dan banyak lagi.

Bazar Jom Raya



Bazar adalah suatu kemestian semasa musim perayaan ini dan tetamu boleh menikmati pilihan makanan yang lazat di Bazar Jom Raya RWG di Foyer Pavilion dari 30 April hingga 8 Mei 2022. Trak makanan dan gerai memenuhi selera yang berbeza dengan makanan dari kegemaran tempatan seperti sate, otak-otak, pastri dan makanan istimewa lain akan disediakan di bazar untuk memenuhi keinginan anda.

Lebih Banyak Pilihan Makan Lazat

Mereka yang meminati hidangan ala bufet berpeluang menikmati hidangan di Resorts World Awana yang menawarkan Bufet Jom Makan dari 21 April hingga 1 Mei 2022 (tersedia dari jam 6.30 petang hingga 9.30 malam) berharga RM118 untuk dewasa dan RM70 untuk kanak-kanak. Pasukan kulinari di Resorts World Awana telah menyusun dengan teliti hidangan kegemaran tempatan sepanjang masa dalam bufet ini seperti kambing bakar, sup anika dan rendang tok untuk makan malam yang memuaskan.



Sambutlah kemeriahan perayaan di Resorts World Awana pada 3 dan 4 Mei 2022 ini dengan bufet Hari Raya istimewa yang menyajikan pelbagai makanan tempatan seperti ketupat, lemang, rendang tok, kuih raya dan banyak lagi. Anda boleh menikmati juadah Raya kegemaran anda pada harga RM60 dewasa dan RM30 kanak-kanak (dari jam 12 tengah hari hingga 2.30 petang); dan RM80 dewasa dan RM40 kanak-kanak (dari jam 6.30 petang hingga 9.30 malam).

Jamuan Gastronomi

Untuk berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan, tetamu boleh memilih hidangan Ramadan “Setalam Selera”, yang direka khas oleh cef berbakat RWG. Dari hanya RM58 setiap set, hidangan untuk dua orang ini dilengkapi dengan nasi dan sehingga 10 hidangan lazat termasuk ayam bakar, ikan tenggiri berlada, buah-buahan, kuih-muih tradisional dan banyak lagi. Manjakan diri dengan hidangan gastronomi ini di Medan Selera di SkyAvenue dari sekarang hingga 2 Mei 2022 (tersedia dari jam 5.30 petang hingga 8.30 malam).



Jom Makan Street Food di SkyAvenue juga menawarkan set hidangan eksklusif Ramadan yang merangkumi satu hidangan utama, satu minuman dan satu pencuci mulut dengan harga hanya RM30 dari sekarang hingga 2 Mei 2022 (tersedia dari jam 12 tengah hari hingga 9 malam, pesanan terakhir pada jam 8.30 malam).

Datanglah ke Medan Selera dan pilih dari pelbagai hidangan dan juadah tempatan yang popular untuk menikmati Raya ini, sesuai untuk kumpulan yang mempunyai selera berbeza. Dengan perbelanjaan minimum RM30 dalam satu resit dari 5 hingga 15 Mei 2022 (tersedia dari jam 11 pagi hingga 9 malam), anda boleh mendapatkan satu minuman pic mangga Sjora percuma, menjadikannya tambahan yang sempurna untuk melengkapkan hidangan anda.

Dengan semua aktiviti menarik dan tawaran menarik ini tersedia, Jom Raya di Resorts World Genting! Untuk maklumat terkini di RWG, sila layari laman web kami - www.rwgenting.com dan platform media sosial rasmi untuk maklumat lanjut.