Dunia Penuh Gosip - Festival Dunia Penuh Gosip: Festival - All Post
Memaparkan catatan dengan label Festival. Papar semua catatan
Bandar raya Shah Alam meriah bergema dengan simfoni muzik, kegembiraan dan sajian yang menyelerakan apabila KEPCI Music Fest yang dinanti-nantikan telah mempamerkan kejayaannya di Stadium Melawati pada hari Sabtu, 26 Ogos 2023. Sempena sambutan 50 tahun KFC yang gemilang, festival ini telah pun mempersembahkan pengalaman istimewa yang menyatukan rakyat Malaysia melalui kemeriahan muzik, budaya dan sudah tentunya, citarasa KFC yang ‘lazat sehingga menjilat jari!’.



Wawasan KFC Music Fest diilhamikan menerusi dedikasi yang sungguh-sungguh KFC dalam memupuk semangat kemasyarakatan dan memperkasakan warisan kaya Malaysia. Pesta ini dengan jayanya telah menyatukan artis dan bakat tempatan menerusi karya agung mereka yang menyentuh hati orang ramai. 



Pentas festival menjadi saksi kepada kehadiran lagenda-lagenda seperti Dato' Sri Siti Nurhaliza, Amy Search, Misha Omar, dan Budak Nakal Hujung Simpang yang menghiburkan ribuan penonton pada malam tersebut. Petang itu lebih diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, yang amat terharu dengan barisan artis tempatan yang.



Dato' Sri Siti Nurhaliza merenung acara itu dan berkongsi, "KEPCI Music Fest adalah malam yang penuh bermakna di mana potensi muzik untuk menyatukan orang terserlah melangkaui jangkaan, bahkan juga dapat  mencipta memori yang tidak dapat dilupakan."



KEPCI Music Fest telah melebarkan sayapnya bagi menjadi satu sambutan yang dinamik dalam mempamerkan mozek budaya Malaysia dan mengeratkan persahabatan sesama masyarakat. Para hadirin berseronok dengan pelbagai aktiviti yang mengasyikkan, pameran kebudayaan yang menawan hati dan, sajian yang lazat daripada KFC. 



Kepci Music Fest 2023 ini yang menggabungkan kegembiraan, nostalgia dan sajian menyelerakan - merangkumi kenangan indah bersama KFC yang terus dihargai sepanjang setengah abad. Tiket pesta habis dijual, dengan Stadium Tertutup Melawati bergema seiring dengan semangat penggemar muzik. Para hadirin dan media sama-sama memuji gabungan muzik, budaya dan daya tarikan KFC yang tidak dapat ditandingi.



Penghibur legenda Datuk Amy Search meluahkan rasa teruja, "KEPCI Music Fest bukan sahaja tempat dendangan muzik; ia adalah bukti kolektif perpaduan dan kasih sayang tanah air, dengan sentuhan KFC yang menggiurkan menjadikannya lebih istimewa."



Nehchal Khanna, Ketua Pegawai Eksekutif QSR Brands, menekankan kepentingan festival itu dengan menyatakan, "Ketika kami menyambut ulang tahun KFC ke-50 menghidangkan citarasa tercinta Malaysia, kami diingatkan bahawa kejayaan KFC bukan sekadar resepi kami sahaja; bahkan ia sebuah kisah kasih sayang yang berkekalan dan kesetiaan keluarga Malaysia yang luar biasa kami. KEPCI Music Fest adalah penghargaan yang tulus ikhlas kami, dan kami tidak sabar untuk memikat selera anda dan berkongsi detik-detik istimewa anda untuk tahun-tahun yang akan datang.



Dengan redanya gema muzik di udara berlarutan, KEPCI Music Fest meninggalkan harapan besar untuk siri acara lebih menarik di masa akan datang. Nantikan siri-siri yang seterusnya di KDCA, Sabah pada 6 Oktober dan Arena Larkin, Johor pada 21 Oktober 2023.








Dalam usaha untuk menyemarakkan sambutan Merdeka, PNB Merdeka Ventures Sdn. Berhad (PMVSB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), mengalu-alukan kedatangan rakyat Malaysia sekali lagi untuk merasai kemeriahan PESZTA, yang merupakan Perayaan Muzik, Seni & Warisan. Dengan kerjasama Think City, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Yayasan Lim Yee Hoh, festival satu hari ini akan diadakan pada 26 Ogos 2023 di Kampung Attap yang terletak berhampiran dengan presint Merdeka 118, bagi menghidupkan semangat Merdeka.



PESZTA ialah akronim yang terdiri daripada lokasi di mana aktiviti akan diadakan di pusat seni dan budaya di Kampung Attap iaitu Pentago House, Sam Mansion dan The Zhongshan Building. Dengan matlamat untuk meraikan warisan budaya dalam kalangan rakyat Malaysia, PESZTA akan menampilkan pelbagai program, termasuklah pasar komuniti, bengkel, persembahan dan lain-lain. Lokasi yang terlibat dalam festival tersebut adalah berhampiran dengan Kampung Attap dan berada dalam jarak berjalan kaki dari Petaling Street termasuklah The Zhongshan Building, Sam Mansion, Triptyk, Pentago House, Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor, The HEART dan Pusat Kesenian DBKL yang baru dibuka.

Ketua Pegawai Eksekutif PNB Merdeka Ventures, Tengku Dato' Ab. Aziz Tengku Mahmud berkata, "PESZTA merupakan platform yang terbaik untuk meraikan Hari Merdeka ke-66 yang akan datang. Bertempat di kawasan bersejarah yang dipenuhi dengan pelbagai budaya, seni, dan warisan, festival ini benar-benar menggambarkan identiti Malaysia sebagai sebuah negara. Dalam kita bersiap sedia untuk pembukaan Merdeka 118, adalah lebih penting untuk kita menyokong dan memperkasakan komuniti di sekitar ini bagi mempamerkan dan mempertahankan warisan tempatan. Berdasarkan kejayaan PESZTA pada tahun lalu, kami bertekad untuk mengadakan perayaan Kemerdekaan yang lebih bermakna lagi tahun ini."


Tengku Dato’ Ab. Aziz Tengku Mahmud, CEO of PNB Merdeka Ventures Sdn. Berhad

Pengunjung akan berpeluang untuk mempelajari sejarah dan budaya negara dengan lebih mendalam. PESZTA menawarkan pengalaman yang menakjubkan di presint Merdeka 118 dan kawasan sekitarnya. Merdeka 118 Stories Room bakal memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai semangat Merdeka menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI). Terletak di atas bumbung The Zhongshan Buidling, pengunjung juga dapat menghayati Merdeka 118 Memories dengan berlatarbelakangkan menara tersebut. Pengunjung juga boleh menyertai pelbagai bengkel kebudayaan yang menawarkan pengalaman langsung dalam membuat Hiasan Kepala Mak Yong atau turut serta dalam bengkel Penapaian Makanan. Pengunjung juga boleh merasai sentuhan moden dan tradisional di bengkel Masakan Kampung Vegan, di mana pengunjung akan mempelajari cara-cara menggantikan bahan-bahan mesra vegan dalam hidangan tradisional.

Penggemar makanan turut berpeluang untuk merasai pelbagai juadah istimewa yang akan tersedia di festival ini. Vendor makanan dari seluruh Malaysia bakal menyediakan pelbagai juadah yang pastinya dapat memenuhi citarasa semua.



Festival ini bakal mengetengahkan seni sensori, pameran dan bengkel fotografi. Diketuai oleh pengarah dan penerbit Aliff Zulkifli, bengkel ini akan memperkenalkan teknik fotografi mudah alih kepada peserta dalam menyampaikan sesuatu cerita. Gambar-gambar yang terpilh akan dipamerkan dalam pameran ini. Pengunjung juga berpeluang untuk mencuba seni sensori di KLC Trash Workshop di mana pengunjung boleh menggubah sampah menjadi karya seni yang boleh dibawa pulang. Pada masa yang sama, Dewan Pehimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor akan mengadakan sebuah pameran bertajuk Legend of the Century: Loke Yew untuk memperingati ulang tahun ke-100 mereka.

Antara vendor yang akan menyertai PESZTA adalah penerima Program Geran Komuniti Merdeka 118 dari kawasan kejiranan berhampiran. Ini termasuklah penerima geran IIIUM dengan kerjasama Perumahan Awam Seri Sarawak bagi projek Pemeliharaan Lebah Tanpa Sengat Pintar, yang akan mempamerkan dan menjual produk berasaskan madu lebah kelulut seperti sabun dan madu.



Bagi memeriahkan lagi suasana, persembahan muzik secara langsung seperti guzheng, muzik berasaskan alat muzik bertali dan persembahan kumpulan muzik blues akan menghiburkan para pengunjung sepanjang festival ini. Sambutan PESZTA tahun ini akan diakhiri dengan persembahan oleh artis popular di arena muzik Malaysia iaitu Zee Avi dan Alena Murang, seorang penyanyi, komposer lagu dan pemain sape yang boleh menyanyikan lagu dalam bahasa yang diancam kepupusan seperti Kelabit dan Kenya, disamping  persembahan oleh kumpulan muzik tempatan Carburetor Dung and Manis Manis.

Idea untuk menganjurkan PESZTA telah dicetuskan oleh Program Geran Komuniti Merdeka 118 yang diadakan sejak tahun 2021. Festival ini terbuka untuk semua dan dianjurkan dengan kerjasama oleh pelbagai pihak berkepentingan seperti DBKL, swasta dan juga artis tempatan dan komuniti. Selain itu, pengunjung berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah dan menjadi antara yang terawal untuk naik ke menara Merdeka 118 (tertakluk pada terma dan syarat).



Kemudahan tempat letak kereta turut disediakan di kawasan berhampiran, namun pengunjung digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam. Kampung Attap mudah diakses melalui stesen monorel Maharajalela atau stesen LRT/MRT/bas Pasar Seni dan jarak berjalan kaki hanyalah 10 minit.

Untuk maklumat lanjut tentang PESZTA, sila layari platform media sosial rasmi Merdeka 118 dan akaun rasmi Instagram PESZTA





Buat julung kalinya,  dengan suasana endemik di Malaysia, Kuala Lumpur Garden of Eid festival 2022 mempersembahkan sebuah festival yang bersifat Islamik namun santai dan menghiburkan. Diberi nama Garden of Eid Festival, ia diilhamkan bersempena terjemahan aksara Garden yang membawa maksud taman yang digambarkan dalam Al Quran sebagai Jannah atau syurga. Garden of Eid Festival juga menjadi acara yang meraikan dua perayaan terbesar umat Islam iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.



Festival ini menepati konsep festival yang melestarikan kerohanian dan agama namun disampaikan dalam perayaan yang lebih santai dan mesra. Justeru, ia menampilkan pendekatan termasuk hiburan yang sesuai syariah sekaligus mengusung pendidikan bermanfaat buat semua lapisan masyarakat.

Menggabungkan barisan selebriti popular diketuai oleh kumpulan yang banyak mengharumkan nama negara lewat alunan muzik kerohanian, Raihan, Garden of Eid Festival juga disemarakkan dengan nama nama yang sentiasa membesarkan mesej positif dalam setiap karya yang dihasilkan. Mereka adalah Datuk Jamal Abdillah, Faizal Tahir dan Naim Daniel serta Altimet (selaku hos) yang akan muncul dalam persembahan kerohanian pada 28 Mei 2022, 8.30 malam di Panggung Anniversari, Kuala Lumpur



Manakala sebagai malam penutup Garden Of Eid, buat julung kalinya, Ahmad Dhani diterbangkan khas dari negara jiran untuk muncul dalam sebuah persembahan ‘Malam Munajat Cinta’ pada 29 Mei 2022, 8.30  malam di Panggung Anniversari. Pastinya para pecinta muzik dan elemen kerohanian merindui kemunculan pemuzik handalan ini dan tidak mahu ketinggalan menyaksikan persembahan yang akan mempamerkan kelainan dan keistimewaan tersendiri.



Tidak semata mata mengangkat hiburan, festival ini turut menonjolkan gaya hidup masyarakat masa kini tanpa membelakangkan agama dan kekal dengan nilai nilai murni lewat pelbagai aktiviti untuk generasi muda seperti pertandingan papan seluncur (skateboarding). Malah, pendekatan pendidikan kanak kanak juga disuntik secara santai dengan kemunculan karakter animasi Islamik yang sudah mendunia iaitu Omar & Hana, Didi & Friends serta Ejen Ali.



Dengan tema The Great Reunion (metafora kepada kegembiraan selepas berjaya mengharungi pelbagai rintangan dunia termasuk kepayahan melewati fasa pandemik), festival ini dijadualkan berlangung selama tiga hari bermula 27 sehingga 29 Mei 2022.



Turut mengisi jadual selama tiga hari bermula 10 pagi sehingga 10 malam festival berlangsung adalah sesi perkongsian motivasi & bual bicara santai tentang kemanusian & pendidikan islam secara general. DI segment ini kolaborasi bersama Qalby, islamik aplikasi oleh Mizz Nina & Ahlan Academy.



Jika sudah namanya festival, tidak lengkap ia tanpa ‘makan makan’. Makan beragam jenis juadah yang berkonsepkan ‘Flavors of Malaysia’ dijual dari food truck akan memenuhi cita rasa pengunjung. Dan menjadi bonus, budaya sambutan perayaan dari beberapa negara Nusantara dan jiran termasuk Brunei, Indonesia dan Thailand siap menyapa pengunjung.

Garden of Eid berharap karnival ini dapat dijadikan acara tahunan bagi merancakkan ekonomi, menaikkan industri seni dan menjadi produk pelancongan (halal tourism) bagi Kuala Lumpur Malaysia. Garden of Eid sudi membuka peluang kepada Kementerian Wilayah Persekutuan bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk mendukung acara ini buat masa hadapan. Sekaligus kepada Kementerian Pelancongan Malaysia untuk bekersama di masa akan datang bagi menyajikan program – program yang dianggap dapat menarik pelancong – pelancong luar untuk mempelajari cara – cara sambutan Aidilfitri juga budaya – budaya di Malaysia.



Meski negara sudah memasuki fasa endemik, festival yang menjangkakan kehadiran masyakarat dari pelbagai latar belakang dan negara ini dipastikan mematuhi segala peraturan dan SOP yang ditetapkan kerajaan sebagai langkah mengekang sekaligus menghapuskan rantaian COVID 19.








Dalam usaha untuk memperkenalkan seni dan budaya Malaysia melalui aspek makanan, aktiviti kesenian dan kebudayaan, dengan bangganya Pelajar Fakulti Pengurusan Seni dan Budaya, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) akan menganjurkan My Southern Food And Culture Festival 2017. Maklumat festival adalah seperti ketetapan berikut :

MY SOUTHERN FOOD AND CULTURE FESTIVAL 2017
Tarikh : 20 & 21 Mei 2017
Tempat : Perkarangan Dewan Orkestra, Akademi Seni Budaya Dan
Warisan Kebangsaan (ASWARA), Jalan Tun Ismail,
Kuala Lumpur

Masa : 9.00 pagi – 10.00 malam

My Southern Food and Culture Festival” merupakan sebuah Program festival yang mengetengahkan 3 elemen utama iaitu makanan tradisional, permainan tradisional dan persembahan kebudayaan yang terdiri daripada negeri-negeri yang terletak di zon selatan Semenanjung Malaysia iaitu Negeri Sembilan, Melaka & Johor. Justeru itu juga festival ini merupakan inisiatif oleh para Pelajar Tahun 1 & 2 Ijazah Sarjana Muda Fakulti Pengurusan Seni Dan Budaya (ASWARA) dalam mempertengahkan Makanan Tradisional , Permainan Tradisional dan Persembahan Kebudayaan bagi Zon Selatan (Negeri Sembilan, Melaka & Johor) yang menjadi sebahagian Warisan negara. 

Festival ini adalah sebahagian daripada keperluan subjek yang dinilai yang terdiri daripada Pelancongan Budaya, Projek Seni Masyarakat, Pengurusan Muzik, Pemasaran & Publisiti dan Dana Penajaan. Dalam penganjuran festival ini, pelbagai aktiviti yang disediakan antaranya pameran dan penjualan makanan tradisional, permainan rakyat serta persembahan kebudayaan yang mewakili negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Sejajar dengan misi program iaitu menyajikan pelbagai jenis makanan tradisional, permainan rakyat dan persembahan kebudayaan yang terdiri dari 3 buah negeri iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, festival ini berkonsepkan “Warung” dengan tema "Citarasa Tiga Negeri". Terdapat 1 buah warung utama dengan diikuti oleh 3 buah warung kecil yang akan mewakili setiap negeri. Warung utama akan menjual menu utama yang menjadi hidangan simbolik setiap negeri seperti laksa johor bagi negeri johor, asam pedas bagi negeri melaka dan tempoyak daun bagi Negeri Sembilan. Manakala, 3 warung kecil setiap negeri itu akan menjual kuih-muih tradisional dan juga minuman.

Menerusi penganjuran festival ini juga akan turut menampilkan selebriti terkemuka iaitu Dato' Khadijah Ismail yang juga akan menjadi 'vendor' dengan mengendalikan Warung Negeri Sembilan yang akan turut terlibat dalam aktiviti demonstrasi makanan. Dalam pada masa yang sama juga, turut serta dibawakan seorang Juara Pertandingan Memasak Babas iaitu Chef Amir Ghani, yang akan juga terlibat didalam demonstrasi makanan.

Sehubungan dengan itu, kami berharap agar mendapat bantuan dari pihak tuan/puan untuk menghebahkan serta mempromosikan festival kami ini. Pihak media massa juga turut diundang untuk membuat liputan semasa hari festival ini nanti. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya Iffah, Pengurus Bahagian Pemasaran dan Publisiti My Southern Food and Culture Festival, di talian 011-39880353 atau menerusi email effahmoh@gmail.com.