Dunia Penuh Gosip - Filem Baru Dunia Penuh Gosip: Filem Baru - All Post
Memaparkan catatan dengan label Filem Baru. Papar semua catatan
Pepatah Melayu ada menyatakan "Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama", itulah yang akan disaksikan oleh penonton lewat buah tangan terbaharu pengarah berprolifik, Syamsul Yusof.



Karya terbaharu yang diterbitkan oleh Studio Kembara ini membentangkan sejarah penting dalam filem biografi epik, Mat Kilau. Latar perjuangan Mat Kilau disifatkan amat berharga bukan sekadar untuk mencetak rekod di dunia hiburan, tetapi juga mahu berkongsi kehebatan dan jati diri pahlawan dalam menyelamatkan negara kepada generasi masa kini.

Aktor Datuk Adi Putra diberi tanggungjawab menghidupkan darah pahlawan Mat Kilau Imam Rasu atau Mat Kilau. Beliau kemudian dibantu dengan barisan pelakon yang bukan calang calang. Ini termasuklah Wan Hanafi Su sebagai ayah Mat Kilau iaitu Tok Gajah, Beto Kusyairy (Wahid), Khir Rahman (Usup), Fattah Amin (Awang), Johan As’ari (Yassin) dan aktor aksi handalan Indonesia, Yayan Ruhian sebagai Toga.



Filem yang mengisah seorang pahlawan Melayu Mat Kilau bersama ayahandanya Tok Gajah dan sahabat-sahabatnya, bangkit menentang penjajahan British ini turut dikuatkan dengan barisan aktor dan aktres terbaik tanah air seperti Datuk Jalaluddin Hassan, (Hj. Muhammad), Datuk Rahim Razali, (Imam Bottoqh) Namron, (Hj. Sulong), Shaharuddin Thamby, (Datuk Bahaman) dan Ellie Suriaty, (Ibu Yassin).

Mat Kilau dibikin dalam suasana  tahun 1892 sewaktu pihak kolonial British telah menduduki tanah-tanah di Pahang. British mengaut hasil bumi Pahang milik orang-orang Melayu dan mencampuri urusan adat dan agama orang-orang Melayu. Tidak membiarkan kebiadaban British di bumi Pahang berleluasa, Mat Kilau, Tok Gajah dan sahabat-sahabatnya bangkit menentang British.

Kebijaksanaan Mat Kilau dan Tok Gajah merancang penentangan telah menyebabkan pihak British mengalami tekanan dan kerugian sehingga berlakunya pertempuran yang sengit. Tontonlah filem aksi tanpa henti ini, yang menyaksikan pengorbanan, keberanian, dan kesatuan pahlawan-pahlawan Melayu untuk membebaskan tanahair tercinta.

Trailer rasmi akan dipertontonkan 16 Jun ini untuk khalayak. Filem hebat ini akan menemui penonton di 90 pawagam seluruh negara bermula 23 Jun depan.


#kebangkitanpahlawan #jagabangsajagaagama







Banyak yang menyebut ia adalah adaptasi daripada kisah benar yang diviralkan melalui satu akaun twitter pada tahun 2019. Kemudian ia di novelkan kerana cerita yang begitu menjadi buah mulut serata peminat warganet seluruh Indonesia. Kini pihak MD Picture mendapat hak cipta untuk mengadaptasi novel tersebut kepada semua filem yang bertajuk KKN Di Desa Penari.



Namun ia bukanlah semudah yang disangkakan ada prasyarat dikenakal sebelum ia diterbitkan dalam sebuah filem iaitu merahasiakan lokasi asli dan identiti asal serta melibatkan seluruh kegiatan produksi maupun pemasaran. Sebab itu masa menonton filem ini pada pemulaan jalan cerita anda akan dapat melihat beberapa nama dan lokasi yang yang dipaparkan dikosongkan beberapa hurufnya. 

Film ini juga mengalami dua kali penjadualan semuala tayang di pawagam Indonesia iaitu pada 19 Mac 2020 dan 24 Februari 2022, tetapi keduanya dibatalkan kerana pandemik Covid-19. Akhirnya filem ini dapat ditayangkan pada tanggal 30 April 2022 yang lepas dan telah mula masuk ke pawagam di Malaysia juga.



Sikit sinopsis filem ini selepas menontonnya di pawagam.

Ia adalah sebuah kisah seram yang bukan mengejutkan sepertimana lumrah filem-filem seram lain. Juga tiada sangat sosok hantu yang berwajah hodoh yang menyeramkan. Mengisahkan enam orang mahasiswa dari sebuah universiti yang membuat kajian disebuah perkampungan terpencil di pulau Jawa. Namun perkampungan itu mempunyai pegangan dan ritual yang masih kuat dikalangan penduduknya serta ada beberapa pantang larang yang masih diamalkan di kampung tersebut. Kisah bermula setelah mahasiswa yang terdiri daripada Nur, Widya, Ayu, Bima, Anton, dan Wahyu melanggar beberapa larangan membuatkan penjaga kampung dan juga yang menguasai kampung itu mula marah. 



Banyak babak yang suspend juga dengan sistem bunyi yang kadang-kadang buat kita rasa bimbang tapi ia tidak sepertimana yang kita nakkan. Kalau tonton sekali boleh faham jalan cerita ini. Bagaimana penyudahan kisan mahasiswa ini kena tonton sendiri di pawagam.

Filem ini disedapkan lagi dengan bunyi kerana roh kuasa jahat itu adalah penari dan mengayakan tarian asli di sana. Juga senimatografi filem ini sangat menarik dengan mengetengahkan keindahan dan kecantikan kampung dan alam semulajadi yang masih belum tercemar dengan tiada segala kemudahan langsung. Kalau nak bagi ranking boleh bagi 8/10 untuk sebuah filem seram dari negara jiran yang pernah kita tonton sebelum ini yang lebih seram.









Lebih dua tahun kita tidak disajikan sebuah filem yang begitu menarik dan juga penuh dengan segala element ini kerana kekangan daripada pandemik. Tiba tahun ini ada sebuah filem yang bakal menemui penonton dan peminat movie komedi di Malaysia. Walaupun kalau tengok pada tajuk movie ini macam seakan berat kisah keluarga dan juga kehidupan. Tapi sebenarnya ia tidak dan jauh dari apa yang kita andaikan.



Filem 'Tiga Janda Melawan Dunia' bakal menemui peminat filem tempatan bermula 19 Mei 2022 di semua pawagam di Malaysia terutama. Garapan dari pengarah muda iaitu Hyrul Anuar dan terbitan Multimedia Entertainment, Directors Think Tank, Golden Screen Cinemas, Astro dan Six Fun Media. Pengarah ni selalu menghasilkan TVC dan sebab itu ada juga beberapa babak dalam filem ini dipengaruhi dengan iklan yang pandai digarabkan oleh pengarah ini. Kalau korang nak kenal siapa Hyrul Anuar tu beliau yang viral dalam drama sitkom Gila-Gila sebagai Aca budak yang suka tanya soalan mengarut pada orang kampung cari lah sendiri. 

Sikit sinopsis filem ini bukan spoiler tau. 

Ia mengisahkan tiga kehidupan janda yang mempunyai kisah silam yang sangat tragis dalam hidup dan kini menjadi kawan baik. Tiga janda lakonan hebat Khatijah Tan sebagai Midah, Normah Damanhuri sebagai Rohayu dan Raja Azura sebagai Ani yang mengilhamkan perisa vape jenama  mereka sendiri iaitu MRA. Ia adalah untuk mengumpul wang yang mencukupi bagi membeli tiket konsert terakhir artis kegemaran mereka Aiman Zalini lakonan Norman Hakim. Juga tidak kurang menampilkan pelakon bakat baru yang mampu menyerlah dalam dunia lakonan iaitu seperti Ellyza Azizi sebagai Ana anak kepada Midah dan Abbas Mahmood sebagai Fikri seorang pembantu makmal dan kekasih kepada Ana. 



Pelbagai halangan yang dihadapai suka duka dan sedih juga ada dalam cerita ini tapi lawak mereka bersahaja sangat menjadi. Penat gelak dalam pawagam sepanjang menonton filem ini sampai habis memang menarik tidak bosan. Boleh bagi ranking 9/10 daripada apa yang ditonton sendiri. 

Cuma ada beberapa perkara yang kurang sikit dalam filem ini adalah mereka memartabatkan unsur Vape yang kurang bagus dikalangan rakyat Malaysia. Dalam usaha kerajaan mahu mengurangkan penghisap Vape di negara kita sepertimana penghisap rokok. Mungkin boleh gantikan dengan element lain yang lebih baik dan menarik. Tapi mungkin juga penulis skrip dan pengarah ni nak menarik minat anak muda menonton jadi di julang Vape tu dalam cerita ini. 



Juga ending pada cerita ini sedikit tergantung pada last aksi. Kalau korang nak tahu macam mana pengakhirannya korang kena pergi tonton nanti bermula 19 Mei 2022 ini disemua pawagam. Support lah filem tempatan kita. 








OREO, jenama nombor satu Mondelez International, bekerjasama dengan Sony Pictures dalam filem terbaru Spider-Man ™: Far From Home , yang akan ditayangkan di negara – negara Asia-Pasifik mulai 3 Julai 2019. Meliputi lapan negara-negara di rantau ini, kerjasama unggul dengan Sony Pictures ini termasuklah ruang pengiklanan khusus di TV sebagai sebahagian daripada kempen serta media digital dan sosial termasuklah pertandingan di seluruh rantau.


"Kami sangat teruja dengan kolaborasi bersama Sony Pictures kerana ia menandakan satu pencapaian baru bagi kami untuk bekerjasama dengan syarikat media dan hiburan terkemuka di dunia. Spider-Man ™: Far From Home adalah salah satu filem yang paling dinanti-nantikan sepanjang tahun yang amat dinikmati oleh semua peringkat umur yang selari dengan hala tuju OREO sebagai biskut kegemaran dunia,". kata Simon Crowther, Pengurus Pemasaran Kanan, Biskuit Mondelez Antarabangsa (Malaysia, Thailand dan Singapura).

"Sebagai sebuah organisasi, kami berhasrat untuk memenuhi moto 'Snacking Made Right' Mondelez International, dimana kami percaya bahawa kerjasama ini akan menghasilkan detik-detik yang indah dan menyeronokkan untuk semua orang yang terlibat dengan penjenamaan dan filem ini. Oleh yang sedemikian, untuk memantapkan usaha kami dalam memberikan yang terbaik kepada orang ramai, kami menganjurkan tayangan perdana khas untuk mereka yang paling kami hargai sebagai sebuah organisasi; rakan sekerja kami, pengguna serta pelanggan yang terpilih, dan komuniti CSR kami," katanya lagi.

50 kanak-kanak dari Program CSR Joy Schools anjuran Mondelez telah diraikan di majlis tanyangan perdana ini. Mereka turut disertai oleh 120 pekerja, 180 pengguna dan 90 pelanggan Mondelez International (Malaysia) turut dijemput untuk menonton filem ini. Terdapat beberapa aktiviti yang juga dianjurkan pada hari tersebut termasuklah bertemu dengan Spiderman dan permainan interaktif Spiderman dan Oreo Cookie.


Dalam Spider-Man : Far From Home, Tom Holland kembali sebagai Super Hero kejiranan setelah Avengers: Endgame, yang menghadapi peningkatan ancaman terbaru dalam dunia yang berbeza. Filem ini lebih memperluaskan perjalanan Spider-Man, bermula dari rumah Peter Parker di Queens, New York City, dan kemudiannya ke seluruh Eropah yang sepatutnya menjadi pengembaraan cuti sekolah - tetapi bertukar menjadi pengembaraan epik yang mencabar tapi menyeronokkan.

"Ini peluang yang terbaik bagi Sony Pictures untuk bekerjasama dengan Mondelez dan membawa kedua-dua jenama ikonik & tercinta kami kepada pengguna Malaysia. Oreo adalah rakan kongsi yang sempurna untuk Peter Parker dalam pengembaraan pertamanya ke Eropah," kata Simon Foo. , Pengarah Urusan Sony Pictures Entertainment Malaysia.

Lawatan ke London dan Barangan Oreo Spiderman


Oreo akan mengedarkan barangan Spiderman yang mengagumkan, dan peluang untuk memenangi dua tiket ke London, England! Untuk menyertai peraduan, hanya perlu membeli pek edisi terhad Oreo Spiderman dan hantar gambar resit sebagai bukti pembelian kepada WhatsApp ke + 012-5740001 dengan nama penuh dan IC. Pemenang perlu menyimpan resit asal apabila menuntut hadiah mereka. Setiap resit dengan minimum pembelian sebanyak RM 5 keatas adalah sama dengan satu entri, jadi lebih banyak pek yang anda beli, semakin banyak peluang untuk menang!


Beberapa barangan Spiderman yang luar biasa seperti hoodie, t-shirt, pembesar suara bluetooth Spiderman, Kamera Drone HD, Cawan Spiderman 3D dan banyak lagi untuk dimenangi sebagai hadiah sekunder. Dua pemenang bertuah akan memenangi pakej lawatan selama seminggu untuk dua orang ke London, yang akan merangkumi lawatan di sekitar bandar, penginapan 4-hari dan 3-malam, pengangkutan darat diantara lapangan terbang dan hotel.

Pakej Oreo Spiderman edisi terhad akan berada mulai 1 Jun di pasaraya besar, pasar raya, kedai serbaneka di seluruh negara. Tempoh promo Oreo Spiderman adalah bermula dari 1 Jun hingga 31 Julai, 2019, dan semua penduduk di Malaysia layak untuk menyertai promo tersebut. Pemenang akan diumumkan dalam masa sebulan selepas tempoh promo. Untuk butiran lanjut tentang promosi, lawati www.Oreospiderman.com/my atau log masuk ke www.facebook.com/OREO.





Selalu kita tengok hero pujaan ramai sapa lagi kalau bukan Datuk Aaron Aziz memegang watak seorang lelaki romantik dan juga seorang pengganas dalam filem sebelum ini. Tapi kali ini nampaknya Aaron tampil dengan watak seorang pegawai anggota seragam yang berketrampilan dan dedikasi dalam menjalankan tugasnya.


Begitu juga dengan penampilan Datuk Awie dalam filem ini akan membuatkan anda rasa lama tidak lihat aksi serius dan ganas Awie. Kalau sebelum ini selalu tonton Awie yang sering dikaitkan dengan filem unsur komedi tapi kini penampilan Awie sebagai seorang pengganas. Tapi beliau masih mengekalkan sedikit humor yang dapat menjentik rasa kelakar dalam diri penonton.



Itu yang dibawakan dalam filem terbaru yang hangat diperkatan 2018 terbitan Dream Pictures Production. Filem yang bakal menggegarkan pawagam seluruh Malaysia iaitu filem Operasi X. Dari trailer yang telah keluar di laman Facebook atau Youtube anda boleh dapatk rasakan bagaimana jalan cerita dan aksi yang dilakukan. Juga kesan bunyi dan stunt yang menarik bersama dengan effect yang tiada dalam filem-filem sebelum ini. Korang boleh tonton trailer penuh kat bawah ni untuk dapatkan mood bagi pergi tonton kat pangung nanti.


Saya banyak kali juga play menonton trailer Operasi X Movie memang sangat gempak. Dalam trailer tu ternampak penampilan khas Datuk Yusof Haslam. Lama datuk tidak muncul berlakon dalam filem. Sedikit sinopsis tentang filem ini yang telah dikomen oleh mereka yang telah menonton filem ini.

'Kisah tentang ASP Redzuan lakonan Aaron Aziz kehilangan kepercayaan terhadap rakan-rakannya ketika dia menyaksikan kematian sahabatnya, Inspektor Aman lakonan Hairi Safwan, yang menurutnya telah dibunuh oleh polis. Beliau kemudian memutuskan perhubungan dengan semua orang dan mula hidup di pulau terpencil, menyembunyikan identiti sebenar dari penduduk di sana. Namun Dato 'Mokhtar lakonan Datuk Yusuf Haslam dari Bukit Aman berjaya mengesannya. Beliau kemudian ditugaskan mengetuai operasi yang dikenali sebagai Operasi X untuk membanteras Belut Gang yang diketuai oleh Belut lakonan Awie.'


Terdapat gandingan pelakon baru dan lama dalam filem ini seperti Hanna Aqeela, Hairul Azreen, Hefny Sahad, Shima Aris, Amerul Affendi, Nashra, Nasir Bilal Khan, Rahhim Omar, Azzahra Ahmad dan Zaidi Omar. Pastinya ia satu filem yang menarik dan penuh dengan suspend serta menggunakan teknologi CGI untuk merealisasikan suasana ganas dan mendebarkan.


Filem ini akan mula tayangan 1 November 2018 di seluruh pawagam di Malaysia dan bakal membuat anda rasa nak ke panggung menonton filem ini. Nak tahu adakah gabungan Aaron Aziz dan Awie dalam filem Operasi X satu yang menarik atau hanya retorik. Rasa tak sabar nak pergi tonton hujung minggu ini dengan kawan kerana nak tahu sangat penghujung kepada filem bukan aksi tapi mengandungi aksi didalamnya.







Pada minggu lepas kecoh tentang video berdurasi beberapa saat yang menyaksikan seorang gadis berkebaya merah berjalan seorang diri di tepi sebuah jalan. Sehingga ramai orang membuat pelbagai spekulasi tentang cerita alam mistik dan juga kisah seram. Ada juga yang menangguk di air keruh untuk dapat populari melalui video yang tular itu.


Akhirnya minggu ini jawapan kepada misteri video gadis kebaya merah itu terjawab apabila filem Dukun lakonan utama Datin Paduka Umie Aida bakal bertemu penonton di pawagan. Filem yang telah menjalankan pengembaraan pada tahun 2006 itu telah diharamkan tayangannya pada tahun tersebut kerena isu sensetif yang kuat pada waktu tersebut.


Namun setelah 12 tahun penantian akhirnya filem ini mendapat kebenaran untuk tayang di pawagan seluruh negara bermula 5 April 2018 ini. Menurut pelakon utama beliau sendiri terkejut dan tidak menyangka akhir filem ini ditayangkan dan tidak sabar menanti reaksi penonton hasil lakonan beliau.


Kalau tak silap pada masa rakam Umi waktu itu masih anak dara dan juga belum berhijab. Kisah kebocoran filem ini dilaman sosial baru-baru ini juga menguatkan lagi tentang kebenaran tayangan filem ini.

Selain Umie, filem itu turut menampilkan pelakon hebat lain seperti Adlin Aman Ramli, Namron, Faizal Hussein, Bront Palarae, Nadiya Nisaa, Mislina Mustafa, Soffi Jikan, Hasnul Rahmat, Elyana dan ramai lagi. Tak sabar nak saksikan filem penuh kontroversi ini adakah menarik seperti mana video yang viral itu dan adakah akan wujud ramai gadis kebaya mereka dipawagam nanti. Sama-sama kita saksikan.







Filem pertama Malaysia yang mengadakan majlis pelancaran trailer bersama media dan juga barisan pelakon. Itu yang diungkapkan oleh pengarah muda Syamsul Yusof merupakan salah seorang pelakon utama dalam Filem Makrifat Cinta . Beliau berkata begitu dihadapan hampir 100 orang yang hadir dalam jemputan pelancaran trailer filem baru ini yang bertempat di IRDKL Mall Shah Alam.


Filem ini bakal ditayangkan sepenuhnya pada 1 Februari 2018 nanti tapi seakrang semua media dan tetamu dapat menonton trailer filem ini. Pada sidang itu juga turut diadakan acara roadtour ke menara IRDKL Shah Alam yang baru milik penuh TSR Flims Sdn Bhd. Dalam bangunan itu bukan sahaja ada kedai tapi dilengkapi dengan pawagam sendiri TSR Cinemax dan dewan conference.


Berbalik kepada filem Makrifat Cinta ia adalah adaptasi daripada kisah benar yang diarahkan oleh pengarah muda Kamal G. Barisan pelakon lain yang juga turtu hadir pada malam gala tersebut adalah Dato Adi Putra, Puteri Balqis dan Sabrina Ali. Filem ini juga membariskan pelakon hebat seperti Nora Danish, Nabila Huda dan Datuk Aznil Haji Nawawi.

Sinopsis Filem


Ia adalah filem kisah kekeluargaan dan juga terselit aksi dan emosi menjadikan penonton lebih terjua untuk menghabiskan filem ini. Ia berkisarkan kehidupan sepasang suami isteri iaitu Mahathir lakonan Sayamsul Yusof dan Zara lakonan Nabila Huda serta mempunyai seorang anak perempuan iaitu Aisha lakonan Puteri Balqis.


Kehidupan yang miskin ditengah kota memberi tekanan kepada Mahathir ditambah dengan mengahwini seorang isteri yang hidup penuh dengan kemewahan. Akhirnya Mahatir berjaya mencipta satu applikasi yang mampu untuk merubah hidupnya menjadi jutawan sekelip mata.


Tapi kerena hutang beliau bersama Ah Long yang masih banyak juga adik iparnya Rizal lakonan Adi Putra seorang pengedar dadah membuatkan beliau terus terhimpit. Bertemu dengan Sophea lakonan Nora Danish mengubah kehidupan beliau kepada yang penuh masalah menjadi tenang. Namu banyak dugaan yang Mahathir lalui sepanjang beliau mengenali Sophea dan juga adakah mereka akan jatuh cinta. 

Kelebihan filem ini 


Filem ini paling dihadapan dari segi penggunaan kamera kerana menjadi filem melayu pertama di Malaysia yang menggunakan lensa kamera Cooke Optics yang di sewa khas dari Mumbai, India. Filem terbitan Dhananwood Films Sdn Bhd ini menelan belanja hampir 4 juta untuk merealisasikan semua itu. 


Termasuk juga menggunakan 20%-30% kesan CGI kalau korang tengok beberapa aksi lasak kemalangan, letupan dan pelbagai menjadikan ia lebih rea. Kami yang datang tengok trealer ini pun dah rasa filem ini menarik dan mampu membawa penonton jauh menghayati jalan ceritanya dan juga gaya barisan pelakon yang hebat.


Nantikan filem ini akan ditayang pada 1 Februari 2018 nanti di semua pawagam seluruh Malaysia. 

Layari laman di bawah untuk info lanjut:-