Ramai tidak dapat menyangka akan keputusan akhir program paling popular abad ini iaitu Gegar Vaganza, apabila dalam sejarah buat pertama kali nya dua orang dipilih sebagai juara. Tahniah kepada Naqiu Boboy dan juga Hady Mirza kerana menjuarai program ini bersama setelah diumumkan semalam. Ramai juga masih tidak boleh move on lagi dengan keputusan itu kerana ramai yang mahukan seorang sahaja juara.
Namun pada sesi bersamawa wartawan selepas sahaja tamat acara tersebut selaku ketua juri Tok Ram menyatakan pendirian untuk memilih dua pemenang ini adalah hasil perbincangan dan juga markah yang sama iaitu 87% untuk kedua-dua peserta tersebut. Pihak Astro juga telah membuat perbincangan tentang keputusan ini dan menerima pendapat juri profesional bahawa ada dua juara buat kali ini.
Di malam konsert akhir GV6, Naqiu atau nama sebenarnya Wan Naqiuddin Wan Najib mendendangkan lagu Srikandi Cintaku nyanyian asal Bloodshed memulakan persembahan dengan bermain gitar dan kemudian menunjukkan kemampuan vokalnya yang mantap. Penghayatan tinggi diberikan dalam persembahan dilakukan Naqiu turut memukau penonton di dalam Auditorium MBSA dan di rumah. Sewaktu segmen ‘battle’ dia bersaing bersama Hady Mirza.
Persembahan yang dilakukan Hady Mirza secara solo mendendangkan lagu Ku Bersuara nyanyian asal Ernie Zakri, juga mendapat pujian ketiga-tiga juri. Sementara itu seperti dijangka, bekas penyanyi utama Black Dog Bone, Jatt Ali memenangi tempat ketiga. Turut layak ke peringkat akhir GV6, kumpulan hip hop, One Nation Emcees, Nurfatima dan bekas penyanyi utama kumpulan Visa, Sham.
Juara GV6 masing-masing menerima hadiah wang tunai RM100,000 berserta pakej percutian sementara tiada peserta diumumkan untuk naib juara. Pemenang tempat ketiga milik Jat menerima hadiah wang tunai RM30,000 dan pakej percutian.
Follow Us