Tiada siapa sangka dan juga menduga nama otai dan juga mereka yang masih gah dalam dunia industri muzik tempatan bakal bersaing dalam program paling popular abad ini Gegar Vaganza 7. Program ini bakal beraksi bermula 11 Oktober ini dengan menampilkan 14 lagi bintang lagend tanah air. Antaranya nama yang membuat ramai orang terkejut adalah penyanyi tradisional tanah air Noraniza Idris dan juga penyanyi rock Malaysia Mus May.
Selain itu juga ada nama-nama lain yang telah lama sepi dari dunia muzik tanah air seperti Rozita Izlyn, Ayu Damit, bintang AF Linda Nanuwil, Haslinda dan Ashira. Manakala peserta lelaki pula Clif Umar vokalis daripada kumpulan Projek Pistol, Yantzen, Nomad, Aju dan Oja vokalis Tunable Band. Juga ada peserta berkumpulan juga tahun ini iaitu EVA dan Indigo.
Senarai itu diumumkan oleh pihak Astro menerusi sidang media pada Selasa lepas. Tahun ini tiada lagi peserta dari luar negara kerana mengikut SOP dan juga halangan makan hanya peserta tempatan sahaja. Apa pun persaingan ini dilihat bakal memberi saingan hebat dan juga mantap serta menjadi fenomena semula kepada program ini.
Program ini bakal berlangsung di Astro RIA dan juga RIA HD setiap Ahad jam 9 Malam. GV6 ini juga masih mengekalkan pengacara yang sama iaitu Nabil Ahmad dan juga Jihan Muse serta masih mengekalkan juri tetap Dato Ramli M.S dan jua Dato Khadijah Ibrahim. Apa pula drama dalam program kali ini dan apa pula kejutan kepada penonton dengan norma baharu ini. Sama-sama kita nantikan Gegar Vaganza 7.
Follow Us