Dunia Penuh Gosip - Habib Dunia Penuh Gosip: Habib - All Post
Memaparkan catatan dengan label Habib. Papar semua catatan
Trend memilih barang kemas yang dihiasi dengan batu permata telah kembali untuk tahun 2020 dan dijangka berterusan hingga tahun hadapan. Penggemar barangan kemas khususnya lebih tertarik dengan aksesori bertatahkan batu permata pelbagai warna untuk melengkapkan penampilan mereka. Sebagai jenama barangan kemas tempatan yang sudah bertapak di industri pembuatan barangan kemas selama 62 tahun, banyak maklum malas dan pertanyaan diterima dari pelanggan berkenaan batu permata. Rupanya, ramai peminatnya.



Permintaan terhadap barangan kemas batu permata dan perhatian untuk barangan permata mula meningkat, telah menjadi tanggungjawab HABIB untuk memberi lebih pendedahan dan informasi mengenai keistimewaan batu permata ini.

Oleh itu, HABIB mengadakan Festival Batu Permata yang sedang berlangsung di semua bilik pameran sepanjang bulan Oktober. Sempena festival ini, pelbagai koleksi batu permata dipamerkan dengan rekaan yang terbaru dengan harga yang mampu milik. Batu permata mempunyai kecantikan kilauan yang tersendiri bergantung kepada warna dan kejernihan warna permata itu.



Di HABIB, batu permata zamrud, delima, nilam pelbagai warna, tsavourite, topaz, garnet, citrine, onyx hitam, moonstone yang berwarna putih, tourmaline boleh dimiliki dengen harga yang mampu milik.
Selain dari kecantikan batu permata ini, permata ini mempunyai cerita yang menarik dan informasi yang mungkin belum diketahui ramai.

1) Batu Permata Adalah Mampu Milik

Agak jarang kita mendengar bahawa batu permata mampu dimiliki. Walau bagaimanapun seperti berlian, batu permata yang turut digelar batu berwarna dinilai berdasarkan karat, kejelasan dan potongan. Jadi, tanggapan bahawa batu permata hanya boleh dimiliki oleh golongan berada adalah tidak benar sama sekali. Koleksi batu permata yang terdapat di HABIB semestinya sesuai untuk semua lapisan umur dengan rangkaian koleksi batu berwarna yang pelbagai serta rekaan yang unik. Harga yang ditawarkan juga bermula dari harga mampu milik serendah kurang dari RM1000.



2) Batu Permata Mempunyai Nilai Seperti Berlian

Batu permata juga mempunyai nilainya tersendiri seperti batu permata seperti zamrud, delima dan nilam mempunyai nilai yang hampir sama dengan berlian. Seperti emas, batu permata bersijil boleh ditukar beli semula. Di HABIB, kami turut menerima barangan kemas permata selain emas dan berlian untuk tukar beli barangan kemas lama kepada baru dengan harga yang kompetitif.



3) Warna Nilam Adalah Biru, Warna Delima Adalah Merah

Tahukah anda, batu permata berharga seperti nilam dan delima tidak terdapat dalam satu warna sahaja? Walaupun batu nilam terkenal kerana warnanya yang biru, namun ramai yang tidak tahu bahawa batu nilam juga mempunyai beberapa warna lain seperti merah jambu, putih dan kuning. Bagi batu delima pula, selain merah gelap, ia turut hadir dengan pelbagai rona merah seperti merah coklat dan merah kejambuan. Oleh itu, anda boleh mengunjungi bilik pameran HABIB yang berdekatan untuk melihat koleksi batu nilam dan delima terkini. Anda juga boleh mereka sendiri barangan kemas menggunakan warna delima kegemaran anda.




4) Batu Berwarna Bukan Sekadar Warna

Batu permata bukan sahaja dapat menceriakan hari anda malah ia juga dipercayai boleh mempengaruhi mood seharian anda. Batu bewarna sering dikaitkan dengan kitaran kelahiran dan kelahiran semula. Ia dipercayai mempunyai kuasa metafizik yang boleh mengubah mood kita. Sebagai contoh, batu kecubung (amethyst) dapat membantu mengurangkan tekanan, kegelisahan dan perubahan mood. Namun bagi yang tidak mempercayainya, perhiasan batu permata tidak pernah gagal dalam melengkapkan penampilan anda untuk tampil lebih menawan dan bergaya.




5) Sesuai Untuk Hari Bahagia Anda

Beberapa figura terkenal seperti mendiang Puteri Diana, Blake Lively dan Mariah Carey telah memilih untuk menggayakan cincin batu permata semasa perkahwinan mereka. Berlian sentiasa menjadi pilihan utama para pengantin namun dengan tambahan batu permata berwarna dapat menambah seri kepada ratu sehari. Malaysia turut tidak ketinggalan dengan trend pemilihan batu permata bewarna dalam cincin perkahwinan semakin popular di seantero dunia. HABIB menerima banyak maklumbalas dari pelanggan berkenaan pemilihan batu permata untuk hari bahagia mereka, memandangkan warna batu permata lebih menonjol berbanding berlian. Cincin yang menjadi pilihan anda boleh direka khas mengikut kemampuan anda.



Sepanjang Festival batu permata ini, pelanggan yang membeli barangan berlian dan permata bernilai RM8000 akan memperolehi seutas jam tangan Ice Watch dari koleksi Ice Steel. HABIB juga menawarkan diskaun sehingga 70% untuk barangan kemas batu permata bewarna dan berlian dari 1 hingga 31 Oktober 2020. Untuk maklumat lanjut dan terkini, kunjungi laman sesawang HABIB di www.habibjewels.com atau media sosial kami @habibjewelsofficial.








Cantik dan antik. Gabungan dua perkataan yang diambil untuk menggambarkan rekaan dan koleksi barangan kemas yang terdapat di kedai emas jenama Chantique di bawah naungan Kumpulan Habib. Idea dari Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib, Dato’ Sri Meer Habib untuk membuka kedai emas Chantique ini tercetus apabila mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan penggemar barangan kemas lama dan antik. Maka Chantique yang berada di Ampang Point sering menjadi tumpuan dan pilihan para pengumpul koleksi barangan kemas antik dan ‘preloved’.


Selain itu, rekaan barangan kemas klasik ini bukan hanya sesuai digayakan oleh golongan wanita yang berusia tetapi juga genarasi muda. Rekaan yang dahulunya popular kini mempunyai nilai sentimental tersendiri kepada si pemakainya dan sangat sesuai dijadikan harta warisan untuk diturunkan kepada generasi seterusnya. Setiap barangan kemas Chantique dijaga rapi dan dijamin keaslian serta ketulenannya.

Istimewanya di Chantique, harga yang ditawarkan jauh lebih rendah daripada harga pasaran emas namun masih mementingkan kualitinya. Tambahan pula, proses pembuatan barangan kemas Chantique menggunakan mesin yang sudah tidak lagi digunakan dalam pemuatan barangan kemas moden. Jadi rekaan itu tidak akan boleh didapati di mana-mana kedai barangan kemas yang lain kecuali di Chantique kerana hanya satu sahaja yang dijual untuk satu rekaan.


Mengimbau kembali zaman-zaman di mana rekaan popular seperti cincin buah kana dan anting-anting penyapu pastinya membawa seribu satu kisah di sebaliknya yang menarik untuk dikongsi bersama orang ramai. Di Chantique terdapat beberapa koleksi yang pernah dimiliki dan digayakan oleh kerabat Diraja dan orang kenamaan. Jadi jika orang ramai ingin memiliki barangan yang pernah menjadi milik figura terkenal atau untuk dihadiahkan kepada yang tersayang, berkujunglah segera ke Chantique kerana pelbagai koleksi ditawarkan termasuklah koleksi barangan kemas berlian dan batu permata. Untuk maklumat lanjut sila hubungi di talian 03-42532282.