Dunia Penuh Gosip - Haram Dunia Penuh Gosip: Haram - All Post
Memaparkan catatan dengan label Haram. Papar semua catatan
Lagu popular dari Sepanyol iaitu Despacito nyanyian Luis Fonsi dan Daddy Yankee menjadi lagu kegemaran ramai anak muda seluruh dunia sehingga mendapat jumlah lebih 2 billion tontonan di YouTube. Populariti lagu ini juga tidak kurang hebatnya di Malaysia meskipun rata-rata pendengar tidak memahami lirik lagu tersebut.


Itu tidak cukup hebat tapi yang hebatnya kini lagu ini telah diharamkan untuk dipasang disemua saluran radio dan tv milik RTM. Pelik dan menjadi pertanyaan apabila lagu ini dah mula popular dan menjadi siulan ramai baru nak haram kenapa masa sebelum lagu ni masuk tidak disekat. Sapa yang tak buat kerja kat sini ??

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata lagu itu dinilai semula oleh panel penilai RTM susulan aduan awam dan telah mengambil keputusan untuk menarik balik kelulusan. Muzik memang memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia sekarang kerana ia mampu mengubah mood seseorang dan sebagainya.


Kami bersetuju lagu Despacito dihentikan agar masalah sosial seperti seks bebas dan pornografi tidak berleluasa. Iyalah, setiap apa yang didengari mungkin juga boleh mempengaruhi seseorang. Tapi kalau filem yang ditonton ada unsur LGBT tak sekat pulak, boleh pula kata tanggungjawab ibu bapa untuk menasihatkan anak. Apa beza lagu dan filem tak faham ok nasib dah haram saya sokong jer.






Filem live action romantik klasik, Beauty and the Beast terbitan Walt Disney yang akan ditayangkan pada 16 Mac ini menerima tamparan besar apabila kerajaan telah mengeluarkan arahan penarikan balik tayangan di semua panggung wayang di Malaysia bermula semalam.


Berita ini membuatkan kebanyakan peminat filem ini diarahkan memulangkan semula tiket seperti mana kenyataan yang telah dikeluarkan oleh TGV pada laman facebook rasminya. Juga pada laman rasmi Facebook GSC.

Filem ini telah mencetuskan kontroversi selepas pengarahnya Bill Condon mengesahkan salah satu karakter filemnya merupakan karakter homoseksual. Karakter yang dimaksudkan ialah LeFou dan karakter tersebut merupakan karakter gay pertama yang dihasilkan oleh Walt Disney.


Rayuan untuk menayangkan filem itu dipercayai sudah dihantar kepada pihak berkaitan. Tapi diharapkan filem ini tidak diteruskan ditayang di Malaysia kerana ia langsung tidak membawa apa-apa kebaikkan kepada penonton terutama peminat kanak-kanak. Kalau kita haramkan tayangan filem ini Malaysia bukan negara pertama berbuat demikian.

Beberapa pawagam persendirian di Amerika seperti di Albama telah pun mengharamkan tayangan filem ini. Juga di Rusia telah mengarahkan penarikan tayangan filem ini di sana. Harap Malaysia tegas dengan penderian dan tidak akan bertolak ansur dalam penularan unsur-unsur tidak sihat seperti ini. 





Berikutan dengan berita dan pengesahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia tentang penarikan produk keluaran Vida Beuty Sdn Bhd. berkuat kuasa serta merta. Produk yang di uji mengandungi merkuri yang berlebihan dan tidak sesuai untuk kesihatan dan keselamatan penggunanya telah diarah di tarik balik. Produk tersebut adalah Qu Puteh Whitening Pro 9 yang juga antara produk milik Datuk Seri Vida ini.


Ia adalah lanjutan daripada pengharaman jualan produk ini dipasaran Brunei selepas hasil ujian menunjukan 3 produk miliknya mengandungi bahan terlarang. Produk yang diharamkan jualan di Brunei adalah kosmetik krim Whitening Pro 9 Qu Puteh dan produk kosmetik Whitening UV Block Qu Puteh, dan produk ketiga yang dinamakan Chantique Beauty Slimming Herbal. Kenapa Malaysia tidak mengharamkan 2 lagi produk ini?


Namun riaksi pantas Datuk Seri Vida dalam satu sidang media disiarkan Astro Awani di laman sesawangnya seperti menyalahkan orang lain. Dalam kenyataan Datuk pada sidang media itu menyatakan ada pihak yang iri hati atas kejayaan yang telah beliau kecapi sehingga saat ini. Ia seperti tidak boleh menerima kenyataan tentang pengharam produknya.

Jangan macam tu Datuk sebagai seorang yang profesional dan juga seorang yang dah banyak pengalaman dalam dunia perniagaan kosmetik ini sepatutnya melihat perkara ini pada diri sendiri dulu. Jangan cepat menyalahkan orang lain atas kegagalan sendiri. Mungkin betul apa yang pernah di katakan orang bahawa kita kalau terlalu menunjuk kekayaan tuhan boleh tarik dalam sekelip mata sahaja. 

Apa pun kita harap Datuk Seri Vida terus tabah dalam semua dugaan ini dan terus maju dalam perniagaannya. Tapi yang agak pelik sebelum produk ini dipasarkan tiada ujian dilakukan ker sehinggakan negara jiran dah haramkan baru pihak berwajib tempatan nak buat ujian dan baru nak haramkan. Kalau nak tunggu orang luar haram baru nak check ia menunjukan seperti kerajaan kita tak proaktif dalam membuat ujian kesihatan produk sebelum ia diluluskan atau ada unsur2 lain dalam pengujian ini. Malas cakap tapi korang tahukan unsur apa itu fikir2 lah sendiri.