Dunia Penuh Gosip - Hari Kemerdekaan Dunia Penuh Gosip: Hari Kemerdekaan - All Post
Memaparkan catatan dengan label Hari Kemerdekaan. Papar semua catatan
Peristiwa bersejarah yang tercatat pada 31 Ogos 1957 mengajar kita untuk menghargai jasa perajurit negara yang telah bertungkus lumus mempertahankan negara sehingga ke titisan darah mereka yang terakhir. Hari kemerdekaan Malaysia juga menjadi agenda besar rakyat Malaysia saban tahun kerana peranannya sebagai asas pembinaan jati diri Malaysia dan semangat kebangsaan.



Mengambil kira peri pentingnya sambutan bulan kemerdekaan ini, TV AlHijrah mengorak langkah dengan menyediakan pelbagai rancangan ilmiah terbaik bermula 14 Ogos 2023 sehingga 3 September 2023 bagi mentahqiqkan erti kemerdekaan yang sebenar melalui konsep yang diajar oleh Islam.

Sebanyak lapan rancangan terbaik ditayangkan khusus bagi meraikan bulan istimewa ini. Rancangan-rancangan tersebut adalah rancangan Assalamualaikum Istimewa Merdeka, Kapsul Inspirasi, Dakwah Live, Ulama Kemerdekaan, Quran@114, Hijrah Berselawat Merdeka, Waalaikumussalam, dan Filem Ketika Cinta Bertasbih. Kesemua barisan rancangan ini memberi penumpuan terhadap aspek spiritual yang membantu penonton menghayati serta mendalami ilmu agama Islam yang syumul dengan suntikan semangat patriotisme.



Sebagai permulaan, rancangan bual bicara pagi Assalamualaikum akan menemui penonton setiap hari, jam 7 pagi hingga 10 pagi. Saksikan perbincangan topik-topik malar segar yang dikupas bersama para asatizah yang komited dalam membangun dan memperkukuh institusi Islam.

Seterusnya, Kapsul Inspirasi akan menemui penonton pada setiap hari, jam 7.25 malam.  Program yang berkonsepkan tazkirah ringkas ini membicarakan tentang hala tuju Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dan sejahtera. 

Bagi penggemar rancangan bual bicara, Dakwah Live akan menemui penonton pada 30 Ogos, Rabu, jam 9 malam. Kali ini, Ustaz Faiz Fateh Bersama Dua’t Al-Falah akan mengupas topik-topik penyatuan umah seperti Prinsip dan Penghayatan Madani Dalam Kehidupan, Kepentingan Tabayyun Dan Elak Sentimen Politik Memecahbelahkan Perpaduan, Bahaya Takfiri, Hormati Pemerintah Dan Pilihan Rakyat dan Kepentingan Jadi Masyarakat Berilmu Bukan Ketaksuban.



Sejurus tamat Dakwah Live, Rancangan berjudul Ulama Kemerdekaan pula akan disiarkan pada jam 10 malam. Rancangan ini membawa penonton mengenang kembali kejerihan para ulama dalam menyebarluas pendidikan secara menyeluruh, antaranya dalam bidang agama, sains, matematik dan lain-lain supaya masyarakat tidak ketinggalan dan terus maju kehadapan.

Bulan kemerdekaan di TV AlHijrah tambah istimewa dengan episod khas Quran@114 yang disiarkan pada Khamis, 31 Ogos, jam 11 pagi. Quran@114 sebuah rancangan yang menjadi panduan sekaligus membantu memupuk rasa cinta terhadap al-Quran. Rancangan ini dikendalikan oleh mualim yang hebat di dalam bidang al-Quran iaitu ustaz Husaini Mahmur, Ustaz Fahmi Ashraff, Imam Muda Hasan dan ramai lagi ahli al-Quran lain.



Hijrah Berselawat Merdeka yang bertemakan Wahdatul Ummah akan menemui penonton pada 31 Ogos, jam 9 malam. Rancangan ini menghimpunkan selebriti tanah air seperti Mawi, Inteam, Unic, Lah Ahmad dan ramai lagi dalam berselawat serta berqasidah. Turut dimuatkan adalah tausiah yang akan disampaikan Ustaz Ahmad Shahdan Al-Hadrami dalam memahami istilah kemerdekaan dari kaca mata Islam.

Sebagai tambahan, rancangan baru dengan judul Waalaikumussalam akan menemui penonton bermula 1 September, Jumaat, jam 11.30 malam. Program ini bertujuan untuk mendidik masyrakat Islam Malaysia agar sentiasa mengakhiri malam mereka dengan sesuatu yang mahmudah dan mengelak melakukan perkara yang mazmumah.



Filem Ketika Cinta Bertasbih pula akan disiarkan pada pada 3 September, Ahad, jam 9 malam. Ketika Cinta Bertasbih mengisahkan tentang kerja keras Khairul Azzam yang menuntut ilmu sekaligus berjuang menyara hidup ibu dan adik-adiknya di kampung. Khairul Azzam akhirnya bertemu dengan jodohnya dan tetap selalu teguh pendirian kepada ajaran Islam.

Kesemua program istimewa ini juga boleh ditonton menerusi aplikasi digital TV AlHijrah iaitu AlHijrah Plus. Jadi, ayuh bersama memupuk semangat patriotisme di dalam diri kita semua dengan menonton TV AlHijrah sepanjang bulan kemerdekaan ini.






Seiring dengan persiapan negara untuk menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-66 dan Hari Malaysia, semangat perpaduan dan kemerdekaan kian terasa. Bagi Projek57, sebuah perusahaan sosial di mana projek komunitinya adalah berinspirasikan wawasan keterangkuman Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman, matlamatnya untuk menggalakkan harapan di kalangan rakyat Malaysia sambil meningkatkan kehidupan anak-anak muda yang kurang bernasib baik telah mencapai tahap baru tahun ini.



Projek57 bersama penyokongnya telah mengumpul dana dan membina sebuah prasekolah baru untuk manfaat kanak-kanak Orang Asli di Gua Musang, Kelantan. Pendaftaran pertama akan melibatkan 25 kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun pada Januari 2024.

Dengan sebahagian besar inisiatif Projek57 tertumpu kepada kanak-kanak Orang Asli yang kurang bernasib baik sejak ditubuhkan pada tahun 2015, Projek57 percaya bahawa penerapan nilai pendidikan dari usia muda merupakan faktor utama dalam mencapai kehidupan yang bermatlamat.

Pengasas bersama Projek57, Syed Sadiq Albar berkata, "Pendidikan boleh menjadi kesaksamaan yang luar biasa. Ia dapat memberi peluang kepada rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat untuk maju tanpa mengira latar belakang, bangsa, atau budaya. Sebab utama kami memulakan projek prasekolah ini adalah untuk mempersiapkan kanak-kanak Orang Asli dengan lebih baik untuk ke sekolah rendah yang lebih mencabar untuk kumpulan yang kurang bernasib baik. Dengan membantu mereka memulakan perjalanan pendidikan mereka dari usia muda dengan peralatan yang sesuai dan makanan berkhasiat, mereka akan dapat permulaan yang lebih baik dan semoga ini dapat membantu mereka untuk terus belajar dan berkembang maju.


Menurut Projek57, sekitar RM100,000 diperlukan setiap tahun untuk mengekalkan operasi prasekolah dan infrastrukturnya. Ini termasuk menyediakan makanan harian yang sihat untuk semua kanak-kanak semasa tempoh persekolahan.

Tambah Syed Sadiq, “Projek prasekolah ini direka secara modular dan boleh direplikakan dengan mudah di lokasi dan komuniti lain yang memerlukan kemudahan pendidikan sedemikian. Kami percaya bahawa prasekolah awal ini dapat menjadi pemangkin untuk membina lebih banyak prasekolah dibina, dengan lebih banyak rakan kongsi yang mempunyai nilai teras yang sama.”

Sumbangan Prudential Ampri Cleanroom Services (PACS) iaitu penyokong tegar Projek57 telah memainkan peranan penting dalam usaha kolaboratif untuk membina prasekolah dari awal.

Ketua Pegawai Eksekutif PACS, Phng Wee Kiat, mengongsi nilai-nilai patriotik Projek57 dan kasih sayang terhadap negara. Beliau berkata, "Kami memilih untuk bekerjasama dengan Projek57 kerana matlamat mulia mereka untuk menyediakan sokongan pendidikan dan peluang lain bagi perkembangan berterusan Orang Asli. Sebagai rakyat Malaysia, Orang Asli juga memerlukan pertolongan kami untuk membantu kemajuan masyarakat mereka. PACS amat berbesar hati kerana menjadi sebahagian daripada projek prasekolah ini untuk memperkasa melalui kesaksamaan pendidikan.


Perkongsian ini akan diteruskan dengan Projek57 sebagai platform tanggungjawab sosial korporat utama PACS. Selain daripada program prasekolah perintis dan rancangan untuk mereplika program tersebut untuk membina prasekolah di bahagian lain negara ini, ia juga termasuk penglibatan kakitangan PACS dan jualan barangan Projek57 untuk mengumpulkan lebih banyak dana bagi projek-projek masa depan.

Collin Swee, pengasas bersama Projek57, berkata “Perpaduan tetap menjadi matlamat Malaysia yang diperjuangkan untuk semua rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama atau budaya. Kami telah dapat meningkatkan kesedaran dan sokongan yang lebih besar bagi komuniti kurang bernasib baik di Malaysia menerusi usaha kami ini. Dengan ‘Unity Ribbon’, inisiatif lain, dan penjualan barangan, kami berharap untuk menyentuh lebih banyak kehidupan dan terus membakar harapan seluruh rakyat Malaysia seiring dengan pembangunan negara."

Simbol akrab yang berhubung kait secara rapat dengan tujuan Projek57 iaitu Unity Ribbon, telah diilhamkan oleh Jalur Gemilang.


Pertama kali diperkenalkan pada 2018, ‘Unity Ribbon’ kini telah direka semula menjadi pewter. Dibuat oleh Royal Selangor, versi baru ‘Unity Ribbon’ yang menarik ini akan dijual setiap satu pada harga RM63, dan 100% daripada keuntungan yang dijana daripada jualan akan digunakan untuk membiayai program-program Projek57. Pewter ‘Unity Ribbon’ ini boleh dibeli di semua kedai dan bilik pameran Royal Selangor. Selain itu, kain ‘Unity Ribbon’ masih boleh dibeli secara dalam talian dari Projek57 dan di semua cawangan Pos Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.projek57.com/ atau lawati laman Facebook Projek57 di https://www.facebook.com/projek57, laman Twitter di https://twitter.com/projek_57 atau laman Instagram di https://www.instagram.com/projek57/.