Dunia Penuh Gosip - IPC Dunia Penuh Gosip: IPC - All Post
Memaparkan catatan dengan label IPC. Papar semua catatan
Pusat Membeli-belah IPC meraikan asal usul Swedennya dengan menganjurkan pesta pertengahan musim panas yang terkenal dengan pelbagai aktiviti untuk membolehkan pelanggan menemukan kembali keajaiban bermain dan bersuka-ria bersama orang tersayang. Mulai sekarang hingga 31 Julai 2022, pelanggan boleh mengunjungi pusat membeli-belah berorientasikan keluarga itu untuk merasai sendiri pesta penuh keseronokan Sweden ini dan memenangi barangan eksklusif melalui pembelian terkumpul.



Sepanjang pesta itu, pelanggan boleh menyaksikan hiasan pertengahan musim panas Sweden yang “Instagrammable” termasuk paparan maypole 10 kaki yang ikonik serta taman permainan berinspirasikan Sweden untuk dinikmati oleh kanak-kanak dan ibu bapa mereka. Pada hujung minggu pula, kanak-kanak boleh mengambil bahagian dalam bengkel Seni & Kraf Kanak-kanak secara percuma dan berinteraksi dengan maskot SmÃ¥ Club Buddy yang menghiburkan sambil ditemani oleh Gadis Sweden yang akan menyerahkan cenderahati.

Membawa kegembiraan dan mencipta kenangan sentiasa menjadi impian IPC. Kami mahu memanfaatkan asal-usul Sweden kami dan memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menikmati pesta pertengahan musim panas ala Sweden, seterusnya mempamerkan pengalaman silang budaya Sweden tanpa perlu mengembara” kata Mark Tan, Pengurus Pemasaran Pusat Membeli-belah IPC. “Konsep PLÃ…YSOMMAR diambil daripada perkataan ‘Main’ dan ‘Musim Panas’ yang juga boleh diterjemahkan ke dalam bahasa tempatan iaitu ‘Main Sama-Sama’ dengan orang yang anda sayangi.



Barangan eksklusif untuk pelanggan semasa kempen PLÃ…YSOMMAR termasuk:
Tebus satu (1) Payung Golf 30-inci bersama Lampu suluh dengan perbelanjaan minimum RM600 dalam tiga (3) resit (RM500 dibelanjakan untuk ahli Tack Club) 
Tebus e-baucar PLÃ…YSOMMAR bernilai RM10 dengan perbelanjaan minimum RM200 dalam dua (2) resit 

Kempen Hijau IPC 2022 – Smarter, Greener, Together

Sempena sambutan Pertengahan Musim Panasnya, Pusat Membeli-Belah IPC juga mengadakan satu kempen kitar semula yang menawarkan ganjaran berganda untuk sisa kertas, plastik dan aluminium dalam Kempen Hijau tahunan mereka – ‘Smarter, Greener, Together’. Mulai 1 Julai hingga 4 September 2022, dengan kerjasama Nestle dan Tumboh, pelanggan yang menghantar barang kitar semula mengikut berat berikut akan layak menerima ganjaran daripada i-Counter yang terletak di Aras G:

*Ganjaran hanya terpakai untuk pengumpulan setiap kategori: plastik, aluminium dan kertas

Sebagai sebahagian daripada usaha IPC untuk memupuk generasi muda menjaga kelestarian, mereka akan mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada ahli Små Club (keahlian program junior kesetiaan Pusat Membeli-belah IPC) dengan kit seni dan pelekat DIY eksklusif untuk usaha hijau mereka di rumah. Untuk mengambil bahagian, ibu bapa perlu menyiarkan foto di akaun Facebook atau Instagram mereka menggunakan hashtag #IPCSmarterGreen yang memaparkan aksi ahli alam sekitar kecil mereka untuk penebusan ganjaran di i-Counter di Aras G.



Pusat Membeli-belah IPC lebih daripada destinasi membeli-belah; kami mahu menggalakkan komuniti untuk mengitar semula dan menjadi hab untuk pelupusan sisa yang mampan. RBBC kami diiktiraf secara meluas dan tidak lama lagi kami akan memperkenalkan RBBC kami yang baharu dan dinaiktaraf sebagai sebahgian dalam usaha kami untuk memperjuangkan kelestarian. Kami berharap dapat menggalakkan pelanggan dan komuniti berdekatan kami untuk menggunakan RBBC dan memainkan peranan mereka dalam kitar semula dan membuat pilihan yang mampan untuk menyelamatkan alam sekitar” tambah Tan.

Untuk mengukuhkan lagi perkongsian hijaunya, IPC juga bekerjasama dengan Nestle CAREton di mana karton minuman terpakai kitar semula akan digunakan untuk menghasilkan bahan mampan untuk membina jubin bumbung dan papan panel ‘hijau’ untuk disumbangkan kepada mereka yang memerlukan. Maklumat lanjut mengenai program dan cara pelanggan boleh menyumbang kepada inisiatif ini akan disiarkan di media sosial IPC tidak lama lagi.



Untuk maklumat lanjut, layari www.ipc.com.my/playsommar pada kempen ‘PLÃ…YSOMMAR’ Pusat Membeli-belah IPC dan www.ipc.com.my/smartergreen pada kempen ‘Smarter, Greener, Together’.










Menjelang sambutan Raya yang bakal tiba tidak lama lagi, IPC Shopping Centre (IPC) meraikan Ramadan dan Hari Raya dengan kempen “Jumpaverse” yang bermula dari sekarang hingga 15 Mei, di mana pembeli-belah boleh menikmati pelbagai promosi istimewa dan ganjaran hebat apabila mereka berkunjung dan berbelanja di IPC Shopping Centre.




Pandemik telah menyebabkan ramai orang menjalani kehidupan seharian mereka secara dalam talian, di dalam dunia meta atau metaverse digital di mana mereka bekerja, berhubung, dan berinteraksi dengan rakan-rakan serta keluarga. Sempena sambutan Raya yang sudah tidak lama lagi, IPC mahu menggalakkan orang ramai untuk meninggalkan metaverse dan melangkah masuk ke dalam dunia nyata menerusi kempen “Jumpaverse” anjurannya yang kaya dengan interaksi dunia sebenar, di mana mereka boleh berjumpa dan beramah mesra dalam persekitaran yang serba mudah, selesa dan selamat, di IPC Shopping Centre.




Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, IPC telah mengubahsuai tempat makan terbuka luar bangunan mereka di mana pengunjung Muslim boleh berbuka puasa secara al-fresco bersama-sama rakan dan keluarga mereka sambil menikmati potongan 20% untuk tempahan makanan melalui Foodpanda, manakala ahli Pandapro boleh menikmati 5% potongan tambahan. Mereka yang berbuka puasa di situ juga boleh memainkan peranan mereka dalam menjaga alam sekitar dengan mengasingkan sisa makanan dan bungkusan ke dalam tong sampah yang disediakan. Tempat makan terbuka ini dibuka setiap hari dari 10:00 pagi hingga 10:00 malam.




Pembeli-belah yang berbelanja minimum RM600 dalam tiga resit akan menerima set bekas kutleri, manakala mereka yang berbelanja minimum RM200 dalam dua resit akan menerima e-Baucar Jumpaverse bernilai RM10. Terdapat juga Paket Raya untuk ditebus oleh pembeli-belah yang berbelanja minimum RM150 dalam dua resit. Dalam pada itu, terdapat manfaat tambahan untuk ahli IPC Tack Club yang boleh menikmati tawaran promosi sama pada nilai perbelanjaan yang lebih rendah.




Hari Raya sebelum ini telah disambut dengan cara yang berbeza akibat pandemik. Namun, memandangkan kita telah kembali kepada normal, IPC mahu menyediakan sebuah platform atau tempat untuk pembeli-belah Muslim kami untuk berkumpul pada Ramadan dan Hari Raya ini, dan meraikan kebersamaan sambil menikmati makanan, bersantai atau membeli-belah untuk persiapan Raya. IPC mahu terus menjadi tempat di mana para pengunjung boleh berasa selesa dan tenang seperti di rumah mereka sendiri untuk menyambut Raya sambil menikmati pelbagai ganjaran yang disediakan,” kata Mark Tan, Pengurus Pemasaran IPC Shopping Centre. 




Semasa kempen Jumpaverse ini, pembeli-belah akan dihiburkan dengan pelbagai aktiviti menarik dan menyeronokkan seperti bengkel seni dan kraf hujung minggu percuma untuk kanak-kanak, pertunjukan muzik dan tarian kebudayaan serta penampilan oleh maskot kesukaan kanak-kanak, Små Club Buddies. Pembeli-belah juga boleh mengambil bahagian dalam penebusan media sosial dengan menangkap swafoto di mana-mana perhiasan bertemakan Raya di sekitar IPC Shopping Centre dan memuat naik ke dalam Instagram Story mereka. Para peserta hanya perlu tag @IPCShoppingCentre dan memasukkan tanda pagar #Jumpaverse untuk menebus beg tote kitar semula IPC percuma di i-Counter yang terletak di Aras G.



Bagi memasti para pengunjung boleh membeli-belah dengan tenang, IPC telah meningkatkan kerja-kerja sanitasi dan komited terhadap standard kebersihan yang tinggi, protokol pengesanan kontak dan penjarakan sosial mengikut arahan kerajaan yang terkini bagi mengekang penularan virus demi memastikan keselamatan semua pembeli-belah, penyewa, dan komuniti. IPC Shopping Centre juga telah memperkenalkan penambahbaikan terkini ke atas kemudahannya bagi memudahkan dan menyenangkan pembeli-belah.



Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen “Jumpaverse” IPC Shopping Centre, sila kunjungi www.ipc.com.my/jumpaverse dan ikuti IPC di dalam Facebook dan Instagram untuk promosi, acara dan maklumat terkini.







Pusat Beli-belah IPC meraikan kedatangan Tahun Baru Cina dengan pengalaman beli-belah yang “berani” dan “garang” untuk memberikan ganjaran lima hadiah istimewa kepada para pengunjung bersempena dengan tahun Harimau. Mulai hari ini hingga 13 Februari 2022, para pengunjung bakal menikmati promosi istimewa dan ganjaran hebat menjelang Tahun Baru Cina apabila mereka membeli-belah di Pusat Beli-belah IPC.



Menurut horoskop Cina, tanda zodiak Harimau merupakan simbol kekuatan dan keberanian. Bagi menyambut kedatangan tahun Harimau, IPC akan membawakan tema ‘The Year of the Woohoo: Five Blessings at Your Doorstep’. Mengambil inspirasi daripada ‘Wu Hu Jiang’ atau lebih dikenali sebagai jeneral Lima Harimau, setiap Harimau mewakili penawaran teras yang terdapat di Pusat Beli-belah IPC - Kekayaan (Pasar raya), Kemakmuran (Fesyen), Kegembiraan (Makan minum), Kesihatan (Optik, Kesihatan, Kesejahteraan) dan Panjang umur (Rumah).
  
Pengunjung yang berbelanja sekurang-kurangnya RM188 dalam dua resit akan menerima amulet impian berwarna merah untuk menulis impian mereka dan kemudiannya menggantung amulet impian itu pada Tree of Blessings di Tiger Garden. Apabila impian di pokok semakin bercambah, lima pemenang bertuah akan dipilih secara rawak setiap minggu untuk menerima e-baucar dan ganjaran lain. Selain itu, pembeli-belah yang berbelanja RM200 dalam dua resit layak menerima E-Baucar Woohoo bernilai RM10, manakala mereka yang berbelanja sebanyak RM688 dalam tiga resit akan menerima set Fortune Bowl.  Selain itu, ahli IPC Tack Club juga akan menikmati tawaran promosi yang sama pada nilai beli-belah yang lebih rendah.
   
“Pada Tahun Baru Cina ini, IPC berharap dapat menggalakkan dan berkongsi aura positif setelah kita berdepan dengan pelbagai cabaran akibat pandemik COVID-19. Ramai orang teruja untuk memulakan kehidupan baharu pada tahun 2022, dan kami ingin mencetuskan inspirasi dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk meraikan kedatangan tahun baharu ini dengan rasa gembira dan perpaduan bersempena dengan tahun Harimau. Kami berharap pada musim perayaan ini, IPC akan terus menjadi destinasi pilihan orang ramai untuk berkumpul dengan saudara mara, rakan dan insan tersayang bagi meraikan kemakmuran dan menerima ganjaran kebaikan tahun baharu,” jelas Mark Tan, Pengurus Pemasaran Pusat Beli-belah IPC.



Sebagai sebahagian daripada usaha pendigitalan jenama, pembeli-belah digalakkan untuk mengunjungi Tiger Garden dan mengimbas kod QR agar mereka dapat mengetahui promosi dan tawaran semasa yang disediakan oleh para penjual di Pusat Beli-belah IPC. Terdapat juga bengkel realiti terimbuh interaktif Kung “Hu” yang membolehkan orang dewasa dan kanak-kanak berseronok dan kekal aktif melalui beberapa pergerakan seni mempertahankan diri seperti “Crane Stance” dan “Tiger Fist” yang popular.
 
Pengunjung turut dihiburkan dengan aktiviti yang menyeronokkan lagi menarik seperti persembahan tarian singa yang mengasyikkan, penampilan “God of Prosperity”, persembahan budaya, bengkel kraf untuk kanak-kanak, kaligrafi dan banyak lagi. 



Bagi memastikan ketenangan fikiran para pembeli-belah, IPC telah mempertingkatkan usaha sanitasi selain komited kepada standard kebersihan yang tinggi, penjejakan kontak serta protokol penjarakan fizikal mengikut arahan yang terkini daripada kerajaan untuk mengekang penularan virus demi memastikan keselamatan semua pembeli-belah, penjual dan komuniti.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kempen ‘Woohoo Chinese New Year’ di Pusat Beli-belah IPC, layari www.ipc.com.my/woohoo2022 dan ikuti halaman Facebook serta Instagram kami untuk promosi terkini, acara dan kemas kini.