Dunia Penuh Gosip - Ice Skating Dunia Penuh Gosip: Ice Skating - All Post
Memaparkan catatan dengan label Ice Skating. Papar semua catatan
Paradigm Mall Johor Bahru (PMJB), pusat beli-belah terbesar di Johor, buat julung kalinya menganjurkan pertandingan luncur ais, Johor Ice Skating Challege 2019 (JISC) yang telah berlangsung pada 12 hingga 13 Julai lalu.


Pertandingan tersebut mendapat penyertaan hebat 85 peluncur dari seluruh Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand, memberi mereka pengalaman pertandingan di peringkat antarabangsa. Pertandingan ini dianjurkan oleh Blue Ice Skating Rink, gelanggang luncur ais pertama dan terbesar di negeri Johor yang berkeluasan 45 meter x 25 meter (1,125 meter persegi) dan telah mendapat kelulusan daripada Ice Skating Institute of Asia.

Lebih 20 kategori bakal dipertandingkan yang dibahagikan kepada peringkat profesional dan amatur. Cabaran ini menyaksikan peserta mahir dan baru berumur lima hingga 30 tahun bertanding di gelanggang yang sama.


Diadili oleh barisan pengadil yang terdiri daripada jurulatih berpengalaman luas dan arif dalam sukan hoki ais dan luncur ais berirama dan penilaian akan dijalankan selaras dengan Sistem Pengadilan Ice Sport Industry (ISI) dari Amerika Syarikat. Para peserta akan dinilai berdasarkan teknik, keaslian, kesempurnaan dan persembahan.

Menerusi pertandingan ini, PMJB berharap dapat menaikkan semangat kesukanan sesama atlet dan menyediakan platform buat mereka memperkemas kemahiran dan bakat yang mereka ada. Jadi, jangan ketinggalan dan ayuh meluncur beramai-ramai ke Paradigm Mall Johor Bahru untuk menyaksikan para atlet berentap!.

Maklumat lanjut mengenai aktiviti dan promosi layari:
Laman Web: www.paradigmall.com.my/jb
Facebook: https://www.facebook.com/ParadigmJB
Instagram: https://www.instagram.com/paradigm.jb