Dunia Penuh Gosip - Ikano Power Center Dunia Penuh Gosip: Ikano Power Center - All Post
Memaparkan catatan dengan label Ikano Power Center. Papar semua catatan
Menjelang sambutan Raya yang bakal tiba tidak lama lagi, IPC Shopping Centre (IPC) meraikan Ramadan dan Hari Raya dengan kempen “Jumpaverse” yang bermula dari sekarang hingga 15 Mei, di mana pembeli-belah boleh menikmati pelbagai promosi istimewa dan ganjaran hebat apabila mereka berkunjung dan berbelanja di IPC Shopping Centre.




Pandemik telah menyebabkan ramai orang menjalani kehidupan seharian mereka secara dalam talian, di dalam dunia meta atau metaverse digital di mana mereka bekerja, berhubung, dan berinteraksi dengan rakan-rakan serta keluarga. Sempena sambutan Raya yang sudah tidak lama lagi, IPC mahu menggalakkan orang ramai untuk meninggalkan metaverse dan melangkah masuk ke dalam dunia nyata menerusi kempen “Jumpaverse” anjurannya yang kaya dengan interaksi dunia sebenar, di mana mereka boleh berjumpa dan beramah mesra dalam persekitaran yang serba mudah, selesa dan selamat, di IPC Shopping Centre.




Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, IPC telah mengubahsuai tempat makan terbuka luar bangunan mereka di mana pengunjung Muslim boleh berbuka puasa secara al-fresco bersama-sama rakan dan keluarga mereka sambil menikmati potongan 20% untuk tempahan makanan melalui Foodpanda, manakala ahli Pandapro boleh menikmati 5% potongan tambahan. Mereka yang berbuka puasa di situ juga boleh memainkan peranan mereka dalam menjaga alam sekitar dengan mengasingkan sisa makanan dan bungkusan ke dalam tong sampah yang disediakan. Tempat makan terbuka ini dibuka setiap hari dari 10:00 pagi hingga 10:00 malam.




Pembeli-belah yang berbelanja minimum RM600 dalam tiga resit akan menerima set bekas kutleri, manakala mereka yang berbelanja minimum RM200 dalam dua resit akan menerima e-Baucar Jumpaverse bernilai RM10. Terdapat juga Paket Raya untuk ditebus oleh pembeli-belah yang berbelanja minimum RM150 dalam dua resit. Dalam pada itu, terdapat manfaat tambahan untuk ahli IPC Tack Club yang boleh menikmati tawaran promosi sama pada nilai perbelanjaan yang lebih rendah.




Hari Raya sebelum ini telah disambut dengan cara yang berbeza akibat pandemik. Namun, memandangkan kita telah kembali kepada normal, IPC mahu menyediakan sebuah platform atau tempat untuk pembeli-belah Muslim kami untuk berkumpul pada Ramadan dan Hari Raya ini, dan meraikan kebersamaan sambil menikmati makanan, bersantai atau membeli-belah untuk persiapan Raya. IPC mahu terus menjadi tempat di mana para pengunjung boleh berasa selesa dan tenang seperti di rumah mereka sendiri untuk menyambut Raya sambil menikmati pelbagai ganjaran yang disediakan,” kata Mark Tan, Pengurus Pemasaran IPC Shopping Centre. 




Semasa kempen Jumpaverse ini, pembeli-belah akan dihiburkan dengan pelbagai aktiviti menarik dan menyeronokkan seperti bengkel seni dan kraf hujung minggu percuma untuk kanak-kanak, pertunjukan muzik dan tarian kebudayaan serta penampilan oleh maskot kesukaan kanak-kanak, Små Club Buddies. Pembeli-belah juga boleh mengambil bahagian dalam penebusan media sosial dengan menangkap swafoto di mana-mana perhiasan bertemakan Raya di sekitar IPC Shopping Centre dan memuat naik ke dalam Instagram Story mereka. Para peserta hanya perlu tag @IPCShoppingCentre dan memasukkan tanda pagar #Jumpaverse untuk menebus beg tote kitar semula IPC percuma di i-Counter yang terletak di Aras G.



Bagi memasti para pengunjung boleh membeli-belah dengan tenang, IPC telah meningkatkan kerja-kerja sanitasi dan komited terhadap standard kebersihan yang tinggi, protokol pengesanan kontak dan penjarakan sosial mengikut arahan kerajaan yang terkini bagi mengekang penularan virus demi memastikan keselamatan semua pembeli-belah, penyewa, dan komuniti. IPC Shopping Centre juga telah memperkenalkan penambahbaikan terkini ke atas kemudahannya bagi memudahkan dan menyenangkan pembeli-belah.



Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen “Jumpaverse” IPC Shopping Centre, sila kunjungi www.ipc.com.my/jumpaverse dan ikuti IPC di dalam Facebook dan Instagram untuk promosi, acara dan maklumat terkini.







Pusat Beli-belah IPC meraikan kedatangan Tahun Baru Cina dengan pengalaman beli-belah yang “berani” dan “garang” untuk memberikan ganjaran lima hadiah istimewa kepada para pengunjung bersempena dengan tahun Harimau. Mulai hari ini hingga 13 Februari 2022, para pengunjung bakal menikmati promosi istimewa dan ganjaran hebat menjelang Tahun Baru Cina apabila mereka membeli-belah di Pusat Beli-belah IPC.



Menurut horoskop Cina, tanda zodiak Harimau merupakan simbol kekuatan dan keberanian. Bagi menyambut kedatangan tahun Harimau, IPC akan membawakan tema ‘The Year of the Woohoo: Five Blessings at Your Doorstep’. Mengambil inspirasi daripada ‘Wu Hu Jiang’ atau lebih dikenali sebagai jeneral Lima Harimau, setiap Harimau mewakili penawaran teras yang terdapat di Pusat Beli-belah IPC - Kekayaan (Pasar raya), Kemakmuran (Fesyen), Kegembiraan (Makan minum), Kesihatan (Optik, Kesihatan, Kesejahteraan) dan Panjang umur (Rumah).
  
Pengunjung yang berbelanja sekurang-kurangnya RM188 dalam dua resit akan menerima amulet impian berwarna merah untuk menulis impian mereka dan kemudiannya menggantung amulet impian itu pada Tree of Blessings di Tiger Garden. Apabila impian di pokok semakin bercambah, lima pemenang bertuah akan dipilih secara rawak setiap minggu untuk menerima e-baucar dan ganjaran lain. Selain itu, pembeli-belah yang berbelanja RM200 dalam dua resit layak menerima E-Baucar Woohoo bernilai RM10, manakala mereka yang berbelanja sebanyak RM688 dalam tiga resit akan menerima set Fortune Bowl.  Selain itu, ahli IPC Tack Club juga akan menikmati tawaran promosi yang sama pada nilai beli-belah yang lebih rendah.
   
“Pada Tahun Baru Cina ini, IPC berharap dapat menggalakkan dan berkongsi aura positif setelah kita berdepan dengan pelbagai cabaran akibat pandemik COVID-19. Ramai orang teruja untuk memulakan kehidupan baharu pada tahun 2022, dan kami ingin mencetuskan inspirasi dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk meraikan kedatangan tahun baharu ini dengan rasa gembira dan perpaduan bersempena dengan tahun Harimau. Kami berharap pada musim perayaan ini, IPC akan terus menjadi destinasi pilihan orang ramai untuk berkumpul dengan saudara mara, rakan dan insan tersayang bagi meraikan kemakmuran dan menerima ganjaran kebaikan tahun baharu,” jelas Mark Tan, Pengurus Pemasaran Pusat Beli-belah IPC.



Sebagai sebahagian daripada usaha pendigitalan jenama, pembeli-belah digalakkan untuk mengunjungi Tiger Garden dan mengimbas kod QR agar mereka dapat mengetahui promosi dan tawaran semasa yang disediakan oleh para penjual di Pusat Beli-belah IPC. Terdapat juga bengkel realiti terimbuh interaktif Kung “Hu” yang membolehkan orang dewasa dan kanak-kanak berseronok dan kekal aktif melalui beberapa pergerakan seni mempertahankan diri seperti “Crane Stance” dan “Tiger Fist” yang popular.
 
Pengunjung turut dihiburkan dengan aktiviti yang menyeronokkan lagi menarik seperti persembahan tarian singa yang mengasyikkan, penampilan “God of Prosperity”, persembahan budaya, bengkel kraf untuk kanak-kanak, kaligrafi dan banyak lagi. 



Bagi memastikan ketenangan fikiran para pembeli-belah, IPC telah mempertingkatkan usaha sanitasi selain komited kepada standard kebersihan yang tinggi, penjejakan kontak serta protokol penjarakan fizikal mengikut arahan yang terkini daripada kerajaan untuk mengekang penularan virus demi memastikan keselamatan semua pembeli-belah, penjual dan komuniti.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kempen ‘Woohoo Chinese New Year’ di Pusat Beli-belah IPC, layari www.ipc.com.my/woohoo2022 dan ikuti halaman Facebook serta Instagram kami untuk promosi terkini, acara dan kemas kini.