Teater Tanjong merupakan sebuah karya teater terbitan Kelab Teater ASAR Negeri Sembilan. Tiada siapa menyangka, Teater ASAR Negeri Sembilan pada mulanya hanya dari sebuah kelab teater kecil di pekan Kuala Pilah dan digerakkan oleh ibu bapa pelakon dan ahli keluarga yang terlibat, kini akan dipentaskan di pentas teater terbesar yang paling berprestij di Malaysia, iaitu di Istana Budaya.
Kelab Teater ASAR telah diberi kepercayaan untuk mementaskan teater Tanjong di Istana Budaya dan ianya akan berlansung dari 9-11 September 2022. Dianggotai seramai 150 tenaga termasuk pelakon, pemuzik, penari, pesilat petugas belakang takbir, penata cahaya dan pereka kostum, tatarias dan juga pengurus pentas. Juga disertai oleh 12 siswa dan 28 orang murid sekolah rendah dan menengah.
Tanjong adalah naskah sulong dan arahan Prof Dr. AhmadRashidi Hasan. Sebagai sutradara dan juga tulang belakang Tanjong, beliau berharap dan berbesar hati untuk melihat naskah ini diangkat untuk mendidik masyarakat mengenai budaya Adat Perpatih, selain memartabatkan seni teater yang kian pudar. Pentas teater ini juga adalah platform terbaik buat komuniti anak-anak ASAR dan remaja di luar sana untuk melakukan aktiviti yang berfaedah.
Teater Tanjong turut dibintangi oleh pelakon handalan, Dato’ Jalaluddin Hassan sebagai Dato’ Perdano Andika dan juga turut disertai oleh Kartunis Ujang dan penyanyi rakyat dan lagenda Negeri Sembilan Ulong Bakar.
Objektif dan matlamat pementasan ini adalah bertujuan untuk memberikan wadah buat anak remaja dan kanak-kanak khususnya komuniti ASAR untuk melakukan aktiviti bermanfaat, menyemai minat melakukan aktiviti keseniaan, membentuk keyakinan diri. Sebahagian keuntungan daripada teater ini juga disalurkan bagi membantu keluarga dan pendidikan anak-anak ASAR dan yang memerlukan.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, MOTAC amat berpuas hati, menyokong dan begitu teruja dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua yang terlibat di dalam pementasan Tanjong. Justeru itu, Kelab Teater Asar Negeri Sembilan telah dianugerahkan Geran Padanan Seni Dan Budaya bagi menjayakan pementasan teater Tanjong di Istana Budaya. Diharap dengan sokongan yang tidak berbelah bahagi ini akan menyuntik semangat kepada barisan pelakon dan juga semua yang terlibat secara lansung atau tidak lansung bagi menjayakan pementasan Tanjong. Pementasan teater ini juga telah mendapat kerjasama dari Dato Eddin Syazlee Bin Shith, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), UPSI, UiTM, Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan, Lembaga Muzium Negeri Sembilan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Yayasan Budi. Juga disokong oleh Mycreative, Cendana dan juga PRISMA.
Tanjong menceritakan mengenai krisis yang dilalui Luak Tanjong apabila Bugis dan Belanda menyerang Johor mengakibatkan Datok Penghulu Luak Tanjong, Tok Nagho, terpaksa berlayar ke Tanah Minangkabau untuk memohon perlindungan Pagaruyung. Sementara ketiadaannya, Tok Nagho melantik anaknya Baroq untuk menjadi penghulu dan meminta Anjang, rakan karib Baroq dan bakal menantunya, untuk menjaga kelakuan ketika bersama dengan anak perempuannya, Tanjong. Namun, dalam perjalanan ke Minangkabau, Tok Nagho meninggal dunia dan mengakibatkan kekosongan tampuk pemerintahan. Mengikut adat perpatih, tampuk pemerintahan seterusnya perlu diserahkan kepada Tok Pedano namun Baroq tidak mahu mengikut aturan adat perpatih dan ingin terus memegang kuasa.
Ketidaktentuan tampuk kepimpinan ini mengakibatkan berlakunya perselisihan faham dan pertumpahan darah di dalam luak Tanjong.
Apa konflik yang berlaku? Dan apakah kesudahannya?
…semuanya akan terjawap dalam pementasan Tanjong di Istana budaya nanti.
Kartunis Ujang Dan Prof. Dr. Ahmad Rashidi |
Diskaun harga tiket sebanyak 10% untuk pembelian awal sehingga 1/8/2022
Tiket teater juga boleh di dapati terus melalui laman sesawang:
LINK WEBSITE PEMBELIAN TIKET
Follow Us