Dunia Penuh Gosip - J&S Group Dunia Penuh Gosip: J&S Group - All Post
Memaparkan catatan dengan label J&S Group. Papar semua catatan
J&S Group, peruncit pelancongan terkemuka di Lapangan Terbang Subang, menjalin kerjasama eksklusif dengan China UnionPay (CUP) dengan menawarkan faedah yang tiada tandingan untuk pemegang kad CUP. 



Bermula daripada 27 September hingga 15 Oktober, pemegang kad CUP berpeluang meraih pulangan tunai sebanyak 25% bagi pembelian RM7,500 atau lebih dalam satu resit. 

Pengarah Urusan J&S, Suraj Menon berkata pihaknya gembira kerana dapat bekerjasama dengan China UnionPay bagi menawarkan promosi tersebut. "Melalui tawaran kami, pemegang kad CUP berpeluang mendapat manfaat daripada penjimatan pulangan tunai yang luar biasa. Selain itu, penjimatan nilai tambah ini membolehkan mereka membeli produk runcit perjalanan terkini yang baru dilancarkan di seluruh dunia. Dengan memanfaatkan tawaran ini, pemegang kad boleh menjimatkan sehingga 50-55% berbanding dengan membeli produk yang sama di pusat bandar China," katanya dalam kenyataan.

Sebagai bonus tambahan, pemegang kad berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah dan memenangi hadiah seperti wangian mewah, jam tangan Longines dan Tissot, beg Samsonite dan banyak lagi.



Terletak di Subang, Terminal Skypark Subang merupakan hab pengangkutan penting dan lokasinya berhampiran dengan Pusat Bandar Kuala Lumpur menjadikannya pilihan yang mudah bagi pelancong antarabangsa. Sebagai pengedaran terbesar di Terminal Skypark Subang, Kumpulan J&S menawarkan pelbagai produk termasuk beg, minyak wangi, jam tangan, coklat, penjagaan kulit, dan lain-lain.

Antara pelbagai kedai peruncitan pelancongan yang terdapat adalah Chocolate Box, yang menawarkan pelbagai coklat import dan gula; Jet.Set.Go, yang menampilkan beg perjalanan berjenama antarabangsa; Flamenco, sebuah butik minyak wangi; dan SwissCeutics, sebuah kedai penjagaan kulit dan kosmetik pelbagai jenama.



Untuk menggalakkan pelancong dari China memanfaatkan peluang yang menakjubkan ini, J&S bekerjasama dengan operator dan konduktor pelancongan untuk menyelaraskan lawatan ke lapangan terbang tersebut sepanjang tempoh promosi ini. Operator dan konduktor pelancongan ini akan mengenal pastikan Lapangan Terbang Subang sebagai perhentian berbaloi dalam jadual perjalanan mereka, memastikan peserta dapat menikmati tawaran membeli-belah yang khusus untuk mereka.

Kerjasama strategik J&S dengan CUP adalah sejajar dengan rancangan pembangunan semulakerajaan untuk terminal tersebut sebagai sebahagian daripada Pelan Penjanaan Semula Lapangan Terbang Subang (SARP). Inisiatif pembangunan semula itu mempunyai potensi untuk menampung sehingga lapan juta penumpang setiap tahun dan memenuhi pasaran penumpang perniagaan khusus, yang akhirnya memberikan hasil faedah yang signifikan kepada peruncit di terminal tersebut.