Dunia Penuh Gosip - Karnival Dunia Penuh Gosip: Karnival - All Post
Memaparkan catatan dengan label Karnival. Papar semua catatan
Bayangkan langit gelap dihiasi hiasan bintang-bintang, bergemerlapan seperti berlian bertentangan latar belakang satin. Mendengar irama dan melodi berkumandang seiring dengan aroma makanan berlegar-legar di udara. Di sebelah kiri terdengar jeritan keseronokkan di tapak pesta apabila ada yang memenangi hadiah; di sebelah kanan, kaki wayang bersedia untuk menonton filem-filem blockbuster. Jika ia kelihatan seperti malam yang sempurna untuk keluar, maka Karnival Starlight Resorts World Genting yang dianjurkan buat kali pertama adalah tempat yang perlu anda berada sekarang ini.


Dilancarkan hari ini, Karnival Starlight adalah sebuah festival di kawasan terbuka dengan suasana unik yang akan mengambil tempat pada setiap hari Khamis, Jumaat dan Sabtu sebelum melabuhkan tirai pada 2 November 2019. Menampilkan empat elemen utama iaitu filem, muzik, makanan dan permainan, karnival ini adalah ramuan yang menggambarkan masa paling sempurna berlatar belakang suasana Taman Tasik Century . 

 “Karnival Starlight adalah terjemahan kami dalam mewujudkan suasana paling indah untuk malam penuh dengan kenangan,” kata Dato’ Edward Holloway, Naib Presiden Eksekutif Leisure & Hospitaliti. “Kita berada di kawasan tropika. Oleh itu cuaca panas dalam negara ini jarang mengizinkan acara secara terbuka dilakukan. Namun, di Resort World Genting, cuacanya sentiasa sejuk sepanjang tahun dan ia menjadikan kami tempat paling sempurna untuk menganjurkan acara karnival terbuka ala-Eropah ini. Kami bekerja keras untuk menyediakan senarai filem terbaik, makanan dan pelbagai aktiviti untuk semua lapisan pengunjung baik pasangan kekasih mahupun seisi keluarga. Oleh itu saya berharap para tetamu akan menikmati pengalaman istimewa yang telah kami sediakan dan teruja dengan penganjuran Karnival Starlight ini.

Karnival Starlight yang pertama di Resorts World Genting

Karnival Starlight memiliki tarikan berbeza-beza serta menghiburkan. Di Pawagam Karnival, filem blokbuster karpet merah yang ditayangkan termasuk, A Star is Born, Chicago, Jersey Boys, Mamma Mia & Hairspray. Kesemuanya akan ditayangkan pada skrin layar besar untuk dinikmati para pengunjung sambil duduk di atas beg kekacang dan kusyen. Tayangan filem di kawasan terbuka ini akan memberikan satu suasana baharu ketika menonton terutamanya apabila angin bertiup lembut dan ditambah kedengaran bunyi haiwan malam untuk memberikan faktor lebih ‘wow’ ketika tayangan.


Jika perut terasa lapar, terdapat pelbagai pilihan tempat makan dan makanan yang dijual dari trak makanan di sekitar kawasan karnival. Biarpun trak makanan menyediakan pelbagai pilihan hidangan snek hebat termasuk sosej hingga ke coklat, Resorts World Genting turut akan mempamerkan beberapa hidangan terbaharu suite F&Bnya. FUHU by Zouk, yang merupakan sebahagian daripada kompleks Zouk Genting akan menyediakan beberapa sampel masakan gabungan unik, termasuk tacos pedas FUHU dan bubur pati itik FUHU. Harry Ramsden pula bawakan hidangan kegemaran London ikan dan kentang goreng ke Malaysia, serta masakan Itali seperti piza, pasta dan pelbagai lagi yang di kios II Lago. Cosmic Café akan menawarkan hidangan pilihaan tempatan seperti nasi ayam dan mi bakso, manakala aiskrim serta minuman berasaskan manga boleh didapati di khemah La Cremeria dan trak Sjora. 

Dari matahari terbenam sehinggalah malam menjelang, ruang Karnival Starlight turut akan dipenuhi dengan melodi-melodi. Barisan pemuzik berbakat termasuk Aidan Soloist, VIBES, McBE Duo dan Double Aze akan membuat persembahan di atas pentas Gazebo untuk merancakkan lagi mood malam. Nikmati minuman sambil dibuai alunan bunyi akustik yang menginspirasikan di pentas Karnival Starlight.


Dan tidak lengkap sekira sebuah karnival tanpa permainan yang mencabar dan menyeronokkan. Baik lelaki dan perempuan, cuba nasib dan kemahiran masing-masing di kios permainan seperti menjaringkan bola keranjang di Shooting Star, memutar roda mencuba tuah di Milky Way Spin, Asteroid Toss, Topple Galaxies dan memancing itik di Pick A Star. Berjam-jam masa penuh keseronokkan dan cabaran menanti di Zon Permainan Karnival termasuk peluang untuk membawa pulang hadiah-hadiah menarik.

Ketika bulan Oktober sampai ke penghujung, ia adalah masa untuk menjadi takut. Untuk minggu terakhir Karnival Starlight akan diberi sentuhan menakutkan sempena Minggu Halloween. Tanglung labu, zombie, sarang labah-labah akan menambahkan lagi suasana seram termasuk beberapa elemen yang menghidupkan sambutan pada malam Halloween.

Makan, Minum dan Bersuka Ria di Karnival Starlight 

Tarikan utama Karnival Starlight menjanjikan suasana yang mesra untuk keluarga, buat mereka yang ingin berparti ada tempat yang boleh dituju. Oleh kerana Oktober dan bulan ini adalah untuk Oktoberfest, iaitu acara tahunan di German untuk meraikan asal usul bir di Munich. Resorts World Genting akan meraikan festival itu dengan cara tersendiri di Dewan Oktoberfest yang dianjurkan di sebuah kawasan lain di Karnival dengan menyediakan makanan, minuman, dan hiburan.


Sudah semestinya bir akan menjadi tarikan utama. Terdapat sehingga 19 jenis bir premium disediakan daripada Carlsberg Special Brew ke Brooklyn OPA, Franzikaner Hefe ke Connor’s Stout Porter yang akan dihidangkan dalam gelas sejuk. 

Bir biasanya akan digandingkan dengan makanan. Oleh itu Dewan Oktoberfest akan mempunyai kios makanannya sendiri. Menyajikan gandingan terbaik untuk segelas bir sejuk, para tetamu Oktoberfest boleh pergi ke kios Banger Hanger & Burgers untuk memilih hidangan sosej trufle, sosej kimchi, burger daging berkeju dan burger daging kambing pedas. Kepak ayam dengan pelbagai jenis sos terdapat di kios Extreme Wings manakala  nanchos berkeju pula di Loaded Nachos.

Dewan Oktoberfest turut dilengkapi hiburan muziknya sendiri. Mendendangkan lagu daripada pelbagai genre termasuk klasik hingga ke modern dance, beberapa kumpulan pemuzik akan mengambil giliran di pentas Dewan Oktoberfest untuk menghiburkan para tetamu. Antara penghibur yang mengesahkan kehadiran termasuk Part III, Society of Souls, The Beatles and Queen. Pada malam 2 November 2019, Zouk Genting akan mengambil alih pentas Dewan Oktoberfest untuk mempersembahkan Resorts World Genting Zouk Live! buat kali pertama.

Butiran Karnival Starlight

Karnival Starlight akan berlangsung pada setiap hari Khamis, Jumaat dan Sabtu bermula dari 10 Oktober hingga 2 November 2019. Acara Halloween Hujung Minggu pula akan bermula dari 31 Oktober hingga 2 November 2019. Karnival Starlight turut akan menampilkan satu acara khas Zouk Live pada 2 November 2019. Tiket-tiket sudah boleh dibeli pada harga RM20 dengan caj pemprosesan sebanyak RM4, manakala kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah masuk secara percuma. Pakej penginapan 2H1M di Hotel First World bersama dua tiket masuk ke Karnival Starlight turut disediakan  pada harga RM246 bersih ataupun di Hotel Theme Park (RM628 bersih, sehingga 4 orang). Untuk maklumat lanjut, layari www.rwgenting.com atau hubungi +603 2718 1118.







Karnival Rahmah anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan agensi-agensi agama di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) buat julung kalinya akan menemui pengunjung bermula 27 September 2019 hingga 29 September 2019 ini.


Tidak mahu ketinggalan, TV AlHijrah akan turut turun padang berkongsi kemeriahan, beramah mesra bersama pengunjung-pengunjung yang hadir terutamanya di kalangan penonton setia stesen televisyen ini.

Pengurus Unit Penjenaaman dan Kajian Penonton TV AlHijrah, Zulkarnaen Mokhtar berkata, “Karnival Rahmah adalah platform terbaik untuk stesen TV AlHijrah mendekati masyarakat. Oleh yang demikian, pelbagai kelainan dan kepelbagaian aktiviti telah dirancang rapi untuk dilaksanakan samada di reruai TV AlHijrah mahupun di pentas utama.” katanya.

Pengurus Unit Penjenaaman dan Kajian Penonton TV AlHijrah, Zulkarnaen Mokhtar

Reruai TV AlHijrah yang dihias indah akan ditunjangi tiga jenama utama iaitu wanita, dewasa dan kanak-kanak melalui program-program dan aktiviti-aktiviti yang pasti menjadi tarikan utama bermula jam 8 pagi hingga 7 malam. Antara yang pasti meriah adalah siaran langsung rancangan bual bicara Assalamualaikum yang dibawakan khas dari tapak karnival setiap hari dari jam 8 pagi hingga 10 pagi.” tambah beliau.

Selain berpeluang untuk membeli cenderamata eksklusif TV AlHijrah seperti baju, kopiah, cawan, magnet peti sejuk dan pelbagai produk lain pada harga yang istimewa, pengunjung juga berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik yang telah disusun selama tiga hari.

Antara yang tidak harus dilepaskan adalah demo masakan menu Malaysia oleh barisan chef terkenal dari Putrajaya International Convention Centre (PICC), Pencarian Bilal, Wlimatul Urus-Masakan Melayu, Slot Soal Jawab Agama Ana Musyhkil Ustaz Jawab, Pengurusan Jenazah, Perubatan Alternatif, Uji Bakat Pengacara, Kuiz Eja Jawi, Diskuasi Duta Rahmah dan banyak lagi.


Sesi beramah mesra di tapak program turut diadakan dan pengunjung berpeluang untuk bergambar kenangan dengan barisan personaliti TV AlHijrah yang hadir seperti, Ardi Herman Mohd Mardzi, Finaz Yunus, Amie Sofea, Adi Akmal Sehrom, Farah diana, Luqman Hakim Malik, Amirah Lee, Harry Zainal, Zaiton Khalid, Talib, Fadzli Aziz, dan ramai lagi.

Sebagai tambahan, TV AlHijrah yang bertindak sebagai rakan kerjasama Karnival Rahmah turut diamanahkan untuk membawa secara langsung dari Pentas Utama Dataran Putrajaya rancangan Maidatul Quran pada Jumaat 27 September 2019 jam 9 malam dan Konsert Rahmah yang membariskan artis terkemuka seperti Aisyah, David Arumugam, Datuk Ramli Sarip, Prof Madya Dr Lim Swee Tin, Caliph Buskers dan ramai lagi. Konsert ini dijadualkan pada 28 September 2019 jam 9 malam.


Apa yang penting, aktiviti yang disediakan oleh TV AlHijrah bukan sahaja memberi peluang kepada pengunjung-pengunjung untuk merasai sebahagian pengalaman berada di dalam dunia penyiaran, pada masa yang sama ia dapat merapatkan ukhuwah dan silaturrahim sesama insan.

Jadi, jangan ketinggalan untuk mengunjungi reruai TV AlHijrah di Karnival Rahmah, Dataran Putrajaya dari 27 September 2019 hingga 29 September 2019.