Satu lagi filem dari negara seberang yang bakal menemui penonton Malaysia awal September tahun ini. Filem "Kalam-Kalam Langit" yang membawa genre keagamaan pasti akan menyentuh hati semua yang menontonnya. Filem arahan Tarmizi Abka dan dimainkan oleh barisan pelakon yang cukup hebat di Indonesia seperti Dimas Seto, Ibnu Jamil, Elyzia Mulachela, Meriza Febriany dan ramai lagi.
Pratonton filem ini akan diadakan pada penghujung bulan August ini kepada semua media dan juga barisan penggiat seni tanah air. Keunikan filem ini adalah kisah disebalik kehidupan di sekolah pondok sekitar Lombok Barat. Menggunakan latar belakang yang cantik sekitar Lombok dan seni kamera yang menarik menjadikan adegan filem ini mengujakan.
Sinopsis filem Kalam-Kalam Langit
Kisah Jafar yang dari kecil mendapat didik agama yang cukup tinggi dari kedua ibubapanya. Sehingga beliau berjaya mendapat tawaran biasiswa melanjutkan pelajaran di sebuah sekolah pondok. Di situ bermula segala kisah suka duka dan juga terselit kisah cinta 3 segi antara Jafar, Azizah dan Anissa.
Dalam sekolah pondok itu selalu diadakan pertandingan Tilawah Al Quran untuk mencari mereka yang terbaik. Jafar seorang yang cukup hebat dalam tilawah juga disaingi oleh seorang lagi pelajar iaitu Syatori juga ingin memenagi pertandingan tersebut. Lagi hebat Jafar mendapat tentangan kuat daripada bapanya untuk menyertai pertandingan itu. Sehingga bapanya sakit dan meninggal dunia akhirnya Jafar membawa diri ke Lombok kg asal ibunya.
Di situ Jafar membina hidup baru tapi kerana kesedapan dan ilmu agama yang kuat dalam dirinya terhadap tilawah menjadikan orang kg memilih beliau mewakili Lombok untuk pertandingan peringkat daerah. Tapi masih ada kekangan dalam beliau meneruskan hajatnya itu. Bagi nak tahu kisah seterusnya harus menonton di pawagam.
Jalan cerita
Ada babak yang sangat menyentuh hati penonton kerana kasih sayang antara anak dan ibubapanya. Kalau nak dengar suara sebenar pelakon2 ini mengalunkan ayat2 suci Al Quran mesti kena tonton filem ini. Filem ini sesuai di tonton oleh semua peringkat usia dan juga seisi keluarga. Walaupun ia berkonsepkan keagamaan namun masih ada unsur humor dalam cerita ini yang kadang2 buat kita tertawa. Kalau nak tonton sesuatu filem yang relax tapi ada pedoman dalamnya filem Kalam-Kalam Langit adalah sangat sesuai. Nantikan tayangannya awal bulan September di seluruh pawagam di Malaysia.
Detail Filem Kalam-Kalam Langit
Sutradara : Tarmizi Abka
Produser : H.R. Dhoni Ramadhan, Hj. Dian Permata Purnamasari, Asad Amar
Penulis Skrip : Faozan Rizal
Pelakon : Dimas Seto, Ibnu Jamil,Elyzia Mulachela, Meriza Febriany, Mathias Muchus, Henidar Amroe dan Ade Firman
Genre : Drama, Keagamaan
Durasi : 1jam 15minit
Sutradara : Tarmizi Abka
Produser : H.R. Dhoni Ramadhan, Hj. Dian Permata Purnamasari, Asad Amar
Penulis Skrip : Faozan Rizal
Pelakon : Dimas Seto, Ibnu Jamil,Elyzia Mulachela, Meriza Febriany, Mathias Muchus, Henidar Amroe dan Ade Firman
Genre : Drama, Keagamaan
Durasi : 1jam 15minit
Bintang : 4/5 Bintang
Follow Us