Dunia Penuh Gosip - Kritikan Dunia Penuh Gosip: Kritikan - All Post
Memaparkan catatan dengan label Kritikan. Papar semua catatan
Bila sebut nama penyanyi dari seberang ni tidak asing lagi bagi kita rakyat Malaysia, dengan cepat sahaja nama Tegar cukup sinonim dengan lagunya yg bersahaja. Berasal dari keluarga susah dan latar belakang org kg nasib anak muda ini terus berubah setelah bakatnya di siarkan dalam laman Youtube oleh seorang. Kini nasib Tegar lebih jauh berbeza tembahan pula dia mula memasuki negara ini walaupun dengan hanya satu single sahaja.


Nasib itu tidak seindah yg di impikan oleh anak tempatan sendiri. Mereka bukan sahaja di lahirkan daripada program realiti tempatan malah bakat mereka jauh lebih hebat. Tapi rezeki mereka tidak selebat Tegar. Boleh lihat kepada nasib kanak-kanak tempatan yg sertai program nyanyian realiti tempatan masih tidak setanding bakat Tegar. Kanak-kanal kelahiran Idola Kecil, Ceria PopStar, Ceria SuperStar dan byk lagi program realiti tempatan masih tidak mampu mengatasi bakat Tegar.

Malah mereka ini sesetengah sudah ada album dan byk lagu yg di hasilkan tetapi susah untuk di mainkan di radio tempatan. Kalau ada pun time segment rancangan kanak-kanak tetapi berbeza dengan penyanyi dari seberang ini di mana lagu sentiasa di mainkan malah menjadi igauan dan ingatan kanak-kanak tempatan. Adakah ini kerana kesilapan kita sendiri kerana telalu mengagungkan artis luar walaupun mereka hanya ada satu lagu belum ada album lagi.

Benarlah bak kata pepatan "Beruk di hutan di susukan anak di rumah mati kelaparan" malah bakat anak-anak tempatan terus lelap dan mati di makan usia. Bila ia akan berubah kalau nak di ikutkan nyanyian Tegar jauh perlu kepada byk latihan dan kadang2 nyanyian agak kosong. Teknik byk perlu di baiki oleh anak muda ini dan lain bagi juara program realiti kanak-kanak di Malaysia semua di latih oleh seorang yg profesional dan berbakat. Jgn sia-siakan meraka kerana bakat luar yg di nampak tapi bakat anak sendiri di abaikan. Ubahlah......





Dari minggu ke minggu makin hangat gelanggang lawak tempatan apabila makin panas dengan kritikan daripada juri. Tapi apabila terlalu pedas ramai pulak yg tidak puas hati dan ramai yg sentiasa rasa ada tak kena. Ini lah berlaku kepada Maharaja Lawak Mega apabila juri terlalu str8 makin ramai yg bersuara. Tapi bagi peringkar Maharaja Lawak Mega ini memang sepatutnya juri bertindak sedemikian.

 

Kritikan yg terus terang daripada Dato Chef Wan kepada semua persembahan perserta membuatkan ramai pihak tidak senang. Kerana daripada tindakan itulah juga ramai peserta yg byk melakukan perubahan makin baik kepada lebih baik. Dan memang sepatutnya pun pada level ini kritikan harus lebih telus dan jujur agar semua peserta otai2 ini tidak shok sendiri.

Kritikan daripada Zainal Abidni Hassan adalah sederhana dan seperti juri2 lain sebelum ini. Kadang-kadang kritikan beliau lebih selamat kepada semua peserta. Manakala Dato Siti Nurhaliza pula terlalu berjaga-jaga ketika memberi komen. Mungkin kerana nak menjaga hati semua peserta atau nak menjaga kredebeliti beliau sebagai seorang artis yg dikenali dengan kata2 yg cukup berhati-hati.

Namun peserta perlu lebih terbuka dalam menerima semua kritikan juri kerana ia adalah bertujuan membantu mereka bukan untuk menjatuhkan mereka. Pada penonton pulak jgn nak terlalu emo atas semua komen2 juri kerana itu semua kepada peserta. Ini semua nak drama jer kadang2 jng nak terlalu emo sgt ok..