Kadang2 kita tidak sedar yang kita telah lupa diri bila kita berada di atas. Tapi betul kata org dulu2 hidup kita bagaikan roda sekarnag kita di atas tapi bila2 masa sahaja kita boleh jauh kebawah. Tapi bila jatuh itu sgt perit dan sangat pedih. Cuma ketabahan dan kesabaran untuk bangkit semula dari kejatuhan adalah satu kekuatan yang tak ada pada semua diri. Begitu juga yang terlihat dan dapat di baca dalam dada akhbar, media lektronik mahupun blog tentang kontroversi demi kontroversi yang menimpa artis ini. Dulu beliau di kenali kerana lawak dan juga gaya spontan beliau di pentas tapi sejak kebelakangan ini banyak pula gosip liar terhadap beliau.
Sapa lagi kalau bukan Zizan Razak yang selalu menjadi siulan di bibir2 peminat. Zizan pernah berada di atas dengan penuh gah dan cemerlang memenangi banyak anugerah. Tapi tahun 2015 ini ia sgt kurang dan sangat ketara apabila isu demi isu menjadi duri dalam kehidupan beliau. Marai kita lihat kronologi kisah kejatuhan Zizan Razak sejak kebelakangan ini.
1) Segala bermula dari program Maharaja Lawak Mega apabila Zizan Razak di katakan belagak dan tidak boleh menerima kritikan juri. Ini lebih ketara apabila salah seorang juri MLM 2014, Fazura memuat naik status di Twitter menyatakan ketidak puasan hati pelawak tersebut yang suka mencelah ketika juri memberi komen. Namun Zizan menafikan isu itu dan memuat naik gambar mereka mempunyai hubungan yang baik selepas program MLM 2014 tersebut.
2) Selepas itu kritikan demi kritikan di terima sehinggakan gabungan
Zizan Razak dan juga kumpulan
Jambu dalam program
Maharaja Llawak Mega tidak di senangi. Mereka di lihat tidak begitu serasi dan sehinggakan peminat juga tidak suka akan gabungan
kumpulan Virus ini. Akhirnya mereka tewas di peringkat separuh akhir dan tidak layak untuk bertanding di peringkat akhir.
Juara Maharaja Lawak Mega 2014 adalah kumpulan
Zero.
3) Di tambah lagi kisah cinta Zizan Razak yang bagaikan seperti merpati dua sejoli begitu mendapat perhatian media2 tempatan. Zizan yang kelihatan mesra dan bahagian bersama Emma Maembong pada mula perhubungan bagaikan tidak di sukai banyak pihak. Sehinggakan hubungan itu mula renggang dan akhirnya di katakan putus oleh pasangan ini juga. Tapi sesetengah pihak menyatakan mereka terlalu expose tentang kisah cinta mengatasi populariti mereka. Kini status kedua2 mereka telah kembali single dan masih berkawan seperti biasa.
4) Kisah putusnya cinta Zizan Razak bersama Emma Maembong di katakan adalah berpunca daripada org ketiga. Gosip ini bertiup kencang apabila Zizan di katakan bercinta dengan Pegawai di Stesen Astro dan sering bersama. Tapi Zizan dan pihak tersebut tampil menafikan kisah cinta mereka dan segala adalah hanya atas urusan kerja semata-mata.
5) Gosip kencang kejatuhan Zizan makin ketara apabila beliau tidak langsung merangkul apa2 anugerah untuk majlis Anugerah Meletop ERA baru-baru ini. Walaupun Zizan adalah pendahulu pencalonan terbanyak pada malam itu tapi rezeki bukan kepada beliau apabila tidak berjaya membawa pulang satu pun anugerah pada malam itu. Paling sedih Zizan selaku pengacara pada malam itu hanya dapat menyaksikan rakan baiknya Johan membawa pulang anugerah utama dan 3 lagi anugerah lain.
6) Kemudian pula kisah dan juga luka Zizan makin dalam apabila beliau dikatakan besar kepala kerana tidak menghadirkan diri untuk satu majlis promosi dan pratonton filem lakonan beliau. Lagi merumitkan keadaan apabila kelibat Zizan selaku pelakon utama dan juga bekas kekasinya Emma Maembong tidak ada semasa sesi pratonton tersebut. Pengarah filem Mamat Khalid kecewa dengan tindakan kedua2 artis tersebut dan tidak menyalahkan mereka kerana tidak dapat hadir pada hari tersebut.
7) Kini tiba pula giliran pengarah untuk filem baru lakonan Zizan juga iaitu Norman KRU menyatakan kerisauan beliau apabila ada gerakan untuk menjatuhkan Zizan. Ditambah pula ia berlaku sewaktu filem lakonan Zizan tengah kencang untuk promosi di pawagam sekarang ini. Norman bagaikan menyalahkan pihak lain yang cuba untuk menyebabkan lakonan Zizan Razak dalam filem itu tidak mendapat perhatian melainkan hanya2 kisah gosip dan percintaan beliau sahaja.
Apa pun yang berlaku kronologi ini adalah sekadar renungan dan juga rangkuman kisah dan cerita yang di dengar dan di baca dari dada-dada akhbar dan juga media. Namun Zizan perlu buat sesuatu untuk terus kekal dan mendapat perhatian dalam industri dan tidak boleh hanya mendabik dada. Adakah nasib ini akan berterusan dalam ABPBH 2014 yang bakal muncul tak lama lagi. Kita doa kan yang terbaik buat Zizan Razak.
Follow Us