Dulu di kenali sebagai majalah yang pertama berani muncul dengan konsep cara hidup dan gaya lelaki sejati kini Majalah Maskulin telah lebih di kenali dengan mantapnya. Menggunakan tagline 'Tarif Terkini Lelaki Muda' mensasarkan golongan lelaki yang bekerjaya dan juga mahu menampilkan image yang lebih berani.
Sapa sangka majalah yang menjadi rujukan utama lelaki di Malaysia kini lebih matang dalam menjangkau usia 15 tahun. Bagi meraikan 15 tahun ketrampilan Maskulin di persada penerbitan majalah di Malaysia maka bulan ini di keluarkan edisi bumper khas buat pembaca yang setia.
Dalam edisi ini majalah ini banyak bermain dengan unsur 15 yang merujuk kepada 15 perkara yang menjadi pilihan lelaki dan juga gaya style lelaki. Selain itu juga mereka telah tampil dengan 15 ikon lelaki yang mempunyai pengaruh tersendiri dan boleh dijadikan sumber inspirasi kepada pembaca di luar sana. Anda boleh dapatkan edisi khas ini yang telah berada di pasaran sekarang juga.
|
Dato AC Mizal dan Sherson Lian Ikon Lelaki Maskulin |
|
Wak Doyok Ikon Lelaki Maskulin |
|
Mejar Dr Faiz Ikon Lelaki Maskulin |
Bagi memeriahkan lagi sambutan 15 tahun Majalah Maskulin ini, telah di adakan 'Maskulin Cocktail Party' yang bertempat di Starbucks Desa Hartamas pada 18 Sept 2015. Acara sederhana tapi meriah ini di raikan dengan ramainya kehadiran artis yang juga turut pernah menajadi cover majalah dan juga barisan ikon2 pilihan Maskulin. Party yang bertemakan konsep Hitam Putih semua artis datang dengan gaya dan fesyen tersendiri.
|
Pengacara Ayie Ali |
Antara mereka yang kelihatan pada malam tersebut adalah seperti penyanyi yang popular dengan lagu 'Marry Me' sapa lagi kalau bukan Mark Adam. Juga pelakon yang kian mencipta nama melalu siri drama Syurga Nur iaitu Azrel Ismail. Pelakon yang semakin sado dan juga kini mempunyai GYM sendiri iaitu Norman Hakim juga turut sama meraikan majlis malam itu. Juga turut di jemput antara ikon lelaki Majalah Maskulin sempena dengan 15 tahun iaitu Wak Doyok dan juga Mejar Dr Faiz.
|
Mark Adam |
|
Azuan Mazlan, Azrel Ismail dan Safwan Yahya |
|
Hizami Li, Norman Hakim dan Mawardi Yunus |
Pada malam tersebut juga buat pertama kalinya pengenalan kepada barisan orang kuat yang baru bagi menghidupkan majalan ini untuk masa2 akan datang. Turut di pekenalkan editor baru majalah ini iaitu En Shahir Abdul Rahim. Beliau selaku peneraju baru begitu excited bagi melihat majalah ini lebih terus maju di masa akan datang dan tampil dengan isu2 lebih segar dan trending.
|
Editor baru Majalah Maskulin En Shahir |
|
Barisan editorial dan juga ikon lelaki Maskulin |
Bagi tetamu yang datang malam itu semua di raikan dengan acara ucapan dan tayangan video khas 15 tahun Majalah Maskulin mecipta nama. Mereka juga di hiburkan dengan dua barisan artis yang satu ini sudah ada nama dalam dunia seni sapa tak kenal kumpulan Sakura Band manakala sorang lagi artis solo ini baru ada satu single yang bertajuk 'Bersumpah Demi Cinta' juga bekas peserta Pencarian Lelaki Maskulin iaitu Sazrin Aizul.
|
Zoey Rahman dan Wak Doyok |
|
Sakura Band |
|
Sazrin Aizul |
Semua tetamu di hidangkan dengan makanan enak2 daripada
Starbuck Desa Hartamas selaku penaja lokasi bagi majli koktail ini. Tahniah buat
Majalah Maskulin yang terus kukuh menjadi majalah no 1 pilihan lelaki Malaysia. Agar terus mencipta fenomena ke atasa industri penerbitan negara dan terus maju jaya selamanya. Selamat ulang tahun ke 15 '
Maskulin Towards 15th Anniversary'.
|
Barisan blogger, editor dan bekas editor Majalah Maskulin |
Jangan lupa untuk
#Maskulin15 #MaskulinMag #Celebratewithstyle
Follow Us