Dunia Penuh Gosip - Mania Dunia Penuh Gosip: Mania - All Post
Memaparkan catatan dengan label Mania. Papar semua catatan
Tahniah kepada nama yg penuh keramat untuk tahun ini setalah kemenagan demi kemenagan di rangkul artis dari sebuah program realiti ini. Hafiz Superstar Mania itulah gelaran paling sesuai untuk beliau setelah menjadi juara bagi program terbitan Astro itu. Tahniah sekali lagi untuk beliau kerana membuktikan bahawa beliau mampu untuk terus berada di atas. Di harap dengan kejayaan ini akan membawa beliau dan muzik Malaysia ke negara jiran Indonesia kerana khidmat Ahmad Dani sangat berguna. 


Tahniah juga kepada juara tempat kedua Stacy seperti diramal beliau pasti tidak akan pulang dengan tangan kosong pada mlm akhir itu. Menjadi naib juara juga membuatkan Dato M. Nasir lega kerana anak didik beliau masih mampu untuk menunjukkan kehebatan walaupun bukan sebagai juara.

Namun yg pasti sedih adalah Aubry Suwito kerana kegagalan Jaclyn Victor untuk mengekalkan kedudukan tempat pertama seperti mana dalam carta yg di tunjukkan. Mungkin kerana kelemahan yg ketara di tunjukkan Jac apabila lupa lirik ketika menyanyikan lagu 'Kenangan Terindah' memakan diri beliau sendiri. Berpuas hati dengan tangga ke 3 Jac tidak pernah menghampakan peminat beliau yg mengundi namun rezeki tidak menyebelahi beliau. 



Telah berlangsung separuh akhir Mania pada Jumaat lepas dengan menyaksikan penyingkiran 3 peserta sekaligus membuatkan pentas Mania terus menjadi medan hangat. Persembahan mantap dan bertenaga sahaja mampu membawa peserta ke peringkat akhir. Tahniah di ucapkan kepada 5 peserta yg berjaya terus malayakkan diri ke peringkat akhir Mania pada 19 Mei ini.

Hafiz dan Aril dari empayer Hijau milik Ahmad Dani berjaya menyapu bersih 2 tempat ke peringkat akhir mengalahkan 6 peserta lain. Manakala dari empayer Dato M. Nasir juga hebat melatakan Stacy dan Hazama dua wakil daripada 4 peserta yang tinggal. Bagi empayer Biru milik Aubrey Suito pula kejayaan Jac mengubat kedukaan apabila Adira tidak mampu menempatkan diri ke peringkat akhir Mania.

Siapa bakal Superstar yang di janjikan oleh Mania? Siapa pula bakal memenangi hadiah paling besar dalam pertandingan nyanyi seperti ini? Hanya anda penonton dan peminat setia artis kesayangan anda mampu untuk mengubah segalanya. Jang lupa saksikan peringkat akhir Mania di Astro Ria pada hari Sabtu jam 9.00 mlm. 
Seolah-olah mahukan Mania cepat menutup tirainya begitu lah nasib dua lagi perserta Mania yg tersingkir minggu ini. Nasib kedua2 artis berkumpulan ini tidak tahan lama di Mania dan menjadi mangsa seterusnya untuk tidak begelar juara. Seperti ada permainan yg di rancang dalam Mania ini. Adakah memang kebetulan atau sebaliknya. Mungkin menurut kata pengacara no 2 negara dalam program tersebut peminat yg tidak undi so terima lah penyingkiran mereka. Tapi persembahan mereka pun tak sekuat mana pada mlm itu.

Namun byk masih perlu dibaiki semua persembahan artis2 di mania. Bukan sekadar membuat persembahan atau drama atas pentas tapi penyampaian biar terus kepada peminat untuk mengundi. Tabik persembahan Alyah dan juga Nora antara terbaik pada mlm itu. Agak memalukan sebagai artis profesional Azlan & Typewriter tidak mampu menghafal lirik lagu yg di nyanyikan bersama Hazama. Jelas ketara dengan kertas di tangan membuat persembahan itu terus out. Walaupun ia adalah antara persembahan vokal paling hebat juga.
Begitulah lumrah sebuah program realiti pasti akan ada yg tersingkir dan juga pasti ada yg terbaik. Begitulah juga untuk program Mania di Astro RIA yg berlangsung pada sabtu lepas. Nasib tidak menyebelahi Akim dan Atilia kerana mereka mejadi mangsa sms dari penonton. Tapi kalau di lihat pada persembahan meraka memang ada kekurangan dan juga byk yg perlu di perbaiki.

Dari persembahan Atilia adalah seperti biasa sahaja dan tidak byk perubahan. Seolah-olah beliau hanya mampu di tahap itu sahaja. Bagi Akim persembahan lagu ckup unik munkin sebab drama di saat2 akhir yg di lakukan mengakibatkan beliau tersingkir kerana bagi penonton ia adalah seperti persembahan zaman2 AF dulu boleh lah. Namun peminat sekrang sudah bijak dan pandai menilai tanggung jawab anda pula bagaimana.

Bagi persembahan Jaclyn Victor memang sungguh memukau setiap minggu. Dengan gaya dan juga persembahan bersahaja menunjukkan Jac sudah matang dan mampu untuk berdiri lebih utuh di Mania. Namun masih ada lagi persembahan artis yg tidak sampai ketahap yg di kehendaki dalam Mania. Ada lagi yg terkucil dalam persembahan itu sungguh memalukan kena ambil tindakan agar Mania bukan satu pertandingan karaoke biasa sahaja.
Pencetus Revolusi Superstar itu lah yg dilaung-laungkan oleh pengacara Aznil Hj Nawawi setiap kali habis persembahan peserta Mania. Namun adakah sampai tahap persembahan peserta Mania pada konsert yg pertama. Jng sebutlah 'ni konsert pertama biasalah byk kekurangan' ayat tu hanya boleh di ucapkan pada konsert AF dahulu atau konsert Mentor masa mereka mula nak mencipta nama. Kini Mania memperntadingkan bukan lagi penyanyi amatur tetapi penyanyi peringkat antarabangsa. Ye lah ada sesetengah peserta Mania yg pernah menang peringkat antarabangsa malah pernah menjadi juara dalam pertandingan Anugerah Juara Lagu. Sepatutnya kita tidak di sajikan lagi dengan persembahan yg ada kesilapan kecil yg tidak boleh dimaaf sebagai seorang yg telah begelar artis. Sungguh rugilah mereka jika tidak menggunakan ruang galaksi Mania ini untuk terus mengukuhkan nama mereka. Bukan sekadar buat persembahan melepas batuk ditangga, nyanyi tak sampai piching nyanyi tiada perasaan sungguh malulah. 

Chaq peserta pertama Mania tersignkir

Knp ada peserta Mania tak rasa malu kerana sepatut nya dia disingkirkan pada konsert pertama ini dengan persembahan setaraf menyanyi di karaoke malah lebih teruk dari itu. Jgn kata penonton tiada hak untuk bersuara kerana penonton adalah penentu kepada masa depan semua peserta Mania. Harap sedar peserta Mania yg tidak membuat persembahan mebanggakan langsung malah rasa malu dengan produser Ahmad Dani bahawa di Malaysia ada artis yg masih lemah dan tak tahu mcm mana nak nyanyi. Mungkin konsep Mania ini perlu di tingkatkan lagi di masa2 akan dtg kerana jng ia hanya jadi hangat2 tahi ayam seperti yg belaku kepada AF dulu. Jgn kerana nak kutip untung sahaja sanggup menggunakan org lain tapi hasil tiada. Bgitulah yg belaku kepada peserta AF dahulu. Harap Mania adalah satu platform yg betul dan kukuh untuk menjadikan meraka superstar, tahu tak taraf superstar mcm mana? Jng nak buat rancangan sahaja tapi hasil tiada. Harap itu di ambil kira ok. Moga Mania akan terus sukses dan berjaya dengan matlamatnya nanti. Tahniah Mania.