Tahniah kepada penyanyi no 1 negara dan suami kerana saat yang dinanti telah pun menjelma lagi. Setelah 11 tahun lama berusaha dan menanti saat indah ini akhirnya pengumuman telah dibuat secara rasmi malam tadi di laman sosial dan youtube rasmi Dato Siti Nurhaliza.
Dalam satu majlis santai bersama media Dato Siti kelihatan cantik dengan seri wajah ibu mengandung mengesahkan bawah kandungan beliau kini telah masuk 4 bulan. Patut dato banyak menyepi beberapa bulan ini daripada sebarang show dan rancangan tv rupanya ada isi didalam.
Harap semua orang tidak lagi membuat spekulasi dan tanda tanya tentang kandungan beliau. Hanya mahukan semua mendoakan kesihatan beliau dan baby dalam kandungannya. Dari kami peminat no 1 dato sentiasa mendoa terbaik buat dato dan anak dalam kandungan. Jom gunakan hashtag #CTJunior comelnya....
Follow Us