Dunia Penuh Gosip - Mira Filzah Dunia Penuh Gosip: Mira Filzah - All Post
Memaparkan catatan dengan label Mira Filzah. Papar semua catatan
Cetaphil, jenama penjagaan kulit dermatologi No.1 di Malaysia, dengan bangganya mengumumkan kerjasama penting dalam menyambut bulan Ramadan yang mulia. Jenama ini berasa teruja untuk memperkenalkan wajah terbaharu Cetaphil tahun 2024, iaitu pelakon dan usahawan Malaysia serba boleh, Mira Filzah, dilantik sebagai Duta Jenama yang dihormati.



Bukan sekadar pelakon terkenal, Mira Filzah melambangkan semangat seorang ibu moden di bandar yang bekerja, sekali gus mewakili wanita yang pelbagai dan dinamik pada hari ini. Peranan beliau sebagai seorang profesional dengan pelbagai bakat dan ibu yang berdedikasi menggambarkan inti pati wanita kontemporari yang tetap mengutamakan kesihatan kulit di sebalik gaya hidup mereka yang sibuk. Cetaphil® dengan bangganya mengiktiraf Mira sebagai mercu tanda inspirasi, mempamerkan bagaimana seseorang dapat mengimbangi jadual yang mencabar sambil tetap mementingkan kesihatan kulit. Perwakilan beliau terhadap inti pati jenama Cetaphil mencerminkan sikap yang mudah didekati, sederhana dan pendekatan yang bijak terhadap penjagaan kulit. Keserasian Mira dengan etos jenama "We Do Skin, You Do You" menyerlahkan ciri yang mentakrifkan Cetaphil.

Keserasian Mira dengan Cetaphil melampaui permukaan, selaras dengan misi jenama untuk menggalakkan penjagaan kulit secara holistik sebagai komponen penting gaya hidup sihat. Sebagai Duta Jenama, beliau tidak hanya akan mewakili jenama tetapi juga berperanan sebagai figura yang memberikan inspirasi, mendorong wanita daripada pelbagai peringkat umur untuk menerima rutin penjagaan kulit yang mencerminkan komitmen Cetaphil dalam menangani masalah kulit dan mencapai kulit yang sihat.

Mira Filzah, Duta Jenama Cetaphil Malaysia, meluahkan keterujaannya dengan berkata, "Bergabung dengan Cetaphil bukan sekadar kerjasama, sebaliknya ia melambangkan tindakan kasih kepada diri sendiri. Sebagai seorang ibu yang bekerja, saya memahami betapa mencabarnya menjalani kehidupan yang sibuk, tetapi penjagaan kulit ialah rutin harian penting untuk mengekalkan kesihatan kulit. Saya berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada Cetaphil, sekali gus memberikan inspirasi kepada insan lain untuk melakukan perkara yang sama."

Jenama Cetaphil menjangkakan satu siri inisiatif yang menarik, acara eksklusif, kempen media sosial dan promosi, semuanya menjurus ke arah meningkatkan pengalaman penjagaan kulit untuk rakyat Malaysia.

Cindy Tiu, Pengurus Negara Galderma Malaysia berkata, "Kami sangat gembira untuk menyambut Mira Filzah ke dalam keluarga Cetaphil sebagai Duta Jenama kami untuk tahun ini. Dengan sejarah Cetaphil yang kaya berteraskan kepakaran dermatologi, kami melihat Mira sebagai kewujudan yang ideal bagi tujuan jenama kami."


Kerjasama ini dijadualkan bermula dengan kedatangan musim Ramadan, ditandai dengan kempen "30 Hari Kulit Sihat Raya Berseri" oleh Cetaphil. Inisiatif ini bertujuan mendekati sebanyak mungkin rakyat Malaysia untuk memperjuangkan kesihatan kulit sepanjang tempoh 30 hari Ramadan. Selain bekerjasama dengan Mira Filzah, kempen ini meluaskan jangkauannya dari sfera digital ke aktiviti di tapak, termasuk sebuah van kombi direka khas yang akan mengembara ke pelbagai lokasi.

"Matlamat kami adalah untuk menyusun naratif yang bermakna sepanjang kempen ini, menjadikannya sebagai perjalanan yang bermatlamat bagi semua orang semasa Ramadan. Melalui aktiviti dan kerjasama strategik dengan individu berpengaruh seperti Mira Filzah, kami menetapkan sasaran untuk menyentuh kehidupan rakyat Malaysia dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan kulit. Walaupun fokus utama Ramadan adalah pada perkembangan rohani, disiplin diri, dan pembinaan empati, kami mengakui bahawa konsep penjagaan diri adalah sama penting pada bulan yang mulia ini," tambahnya.

Inti pati kempen ini terletak pada dorongan kepada rakyat Malaysia untuk mengamalkan rutin tiga langkah yang mudah tetapi berkesan dengan menggunakan rangkaian Cetaphil CORE - Bersihkan dengan Cetaphil Gentle Skin Cleanser atau Cetaphil Hydrating Foaming Cream Cleanser, Lembapkan dengan Cetaphil Moisturising Cream atau Cetaphil Moisturising Lotion, dan Lindungi dengan Cetaphil Sun SPF 50+ Light Gel. Rutin penjagaan kulit ini bertujuan memperkasakan individu untuk mencapai kulit yang berseri-seri menjelang Hari Raya Aidilfitri, menekankan betapa pentingnya amalan penjagaan kulit yang konsisten namun mudah pada bulan yang mulia ini.

Menambahkan kemeriahan perayaan, Cetaphil memperkenalkan kempen Beli & Menang di seluruh negara, menawarkan peluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM48,000 kepada pembeli. Hadiah termasuk pengubahsuaian IKEA, penginapan 2H1N di hotel pilihan mereka, dan baucar minyak petrol.

Selain itu, mulai 1 Mac – 30 April 2024, pembeli berpeluang memenangi tudung eksklusif Mira Filzah apabila membelanjakan minimum RM100 untuk produk Cetaphil Bright Healthy Radiance dalam satu resit.

Untuk meraikan perayaan Aidilfitri, Cetaphil juga bekerjasama dengan jenama tempatan Malaysia dalam kempen POWA Kampung Pink mereka, yang memberikan tumpuan pada rangkaian Cetaphil Bright Healthy Radiance mereka untuk mencapai kulit yang cerah, sihat dan berseri sepantas 14 hari. Menampilkan jenama tempatan seperti Mira Filzah Shawls, Petit Moi, So.lek dan banyak lagi, pembeli boleh menebus kod promosi eksklusif di laman web Cetaphil atau berpeluang memenangi sampel produk Cetaphil Bright Healthy Radiance, seterusnya menyediakan mereka untuk perayaan yang akan datang daripada penjagaan kulit,  kecantikan dan keperluan fesyen.

Untuk butiran lanjut mengenai 30 Hari Kulit Sihat Raya Berseri dan Kampung Pink Powa, sila layari www.cetaphil.com.my atau cari kami di Instagram dan Facebook.









Siapa sangka akhirnya setelah sekian lama bermain teka-teki bila majlis pelakon dan pengacara popular ini akan berlangsung telah pun terjawab. Malam tadi 3 September 2020 bertempat di Sime Darby Convention Centre detik sejarah dalam hidup pelakon tersebut apabila diijab kabul dalam majlis ringkat tapi mewah. 



Mira mengenakan busana baju kurung Pahang dan majlis bertemakan Mihrab Cinta penuh keputihan dan suci melambangkan sucinya cinta mereka. Pasangan Mira Filzah dan suami Wan Emir Astar selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dan sah menjadi suami isteri disaksikan lebih kurang 250 tetamu. Pertukaran dulang antara kedua-dua belah pihak ialah 11 dulang bagi pihak perempuan dan 9 dulang bagi pihak lelaki.




Majlis pernikahan ini dibawa khas secara langsung di TV3 sebentar tadi dan majlis persandingan akan diadakan 3 kali untuk semua peminat nanti secara langsung juga. Pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu memilih Wan Emir Astar, seorang arkitek yang juga anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid. Sama-sama kita doakan semoga kedua mempelai ini terus bahagia dan kekal hingga akhir hayat dan mendapat zuriat comel-comel belaka.






Pelakon dan pengacara Mira Filzah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 (ABPBH) yang berlangsung malam tadi. Selain itu juga Mira turut memenangi tiga lagi kategori lain iaitu Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa, Pelakon Filem Wanita Popular serta kategori online iaitu Gandingan Serasi Drama Popular melalui gandingan beliau dengan Remy Ishak dalam drama Pujaan Hati Kanda.


Majlis anugerah yang bersiaran di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan Elly Mazlein. ABPBH 32 diserikan lagi dengan persembahan bertenaga daripada Ismail Izzani, Sufian Suhaimi, Idayu, Liza Hanim, Ernie Zakrie dan ramai lagi. Berikut merupakan senarai pemenang bagi 15 kategori utama ABPBH 32, satu Anugerah Khas dan lima kategori online:

Kategori Utama:

Bintang Paling Popular ABPBH : Mira Filzah
Artis Baharu Wanita Popular : Haneesya Hanee
Artis Baharu Lelaki Popular : Adam Lee
Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular : Hael Husaini & Dayang Nurfaizah
Artis Versatil Popular : Janna Nick
Artis Komedi Popular : Zizan Razak
Artis Indonesia Popular : Laudya Cynthia Bella
Artis Korea Popular : BTS
Penyampai Radio Popular : DJ Lin
Pengacara TV Popular : Siti Nordiana
Penyanyi Wanita Popular DuitNow : Siti Nordiana
Penyanyi Lelaki Popular DuitNow : Khai Bahar
Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa : Mira Filzah
Pelakon TV Lelaki Popular Alha Alfa : Syafiq Kyle
Pelakon Filem Wanita Popular : Mira Filzah
Pelakon Filem Lelaki Popular : Fattah Amin

Kategori Online

Pelakon Watak Antagonis Popular : Shukri Yahaya
Artis Sensasi Popular : Haqiem Rosli
Lagu Paling Boom : Selamat Tinggal Sayang- Haqiem Rusli
Gandingan Serasi Drama Popular : Mira Filzah & Remy Ishak (Pujaan Hati Kanda)
Gandingan Serasi Filem Popular : Syafiq Kyle & Hanna Dalisha (Langsuir)

Anugerah Khas

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat : Raihan