Dunia Penuh Gosip - Muzikal Lawak Superstar Dunia Penuh Gosip: Muzikal Lawak Superstar - All Post
Memaparkan catatan dengan label Muzikal Lawak Superstar. Papar semua catatan
Kumpulan Ubi menepati ramalan ramai apabila diumumkan juara Muzikal Lawak Superstar musim ketiga (MLS3) yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, di sini malam tadi. Ubi yang dianggotai pelawak Fad Bocey, Sharif Zero dan Namie bersyukur kerana dipilih sebagai pemenang bagi edisi kali ini.



Menerusi persembahan final, Ubi mendapat pujian hebat daripada juri tetap iaitu Najip Ali yang menyifatkan lawak mereka kreatif dan sungguh luar biasa. Kemenangan tersebut melayakkan Ubi pulang dengan hadiah wang tunai bernilai RM150,000.

Sementara itu, kumpulan Cili yang dianggotai Ali Puteh, Achey dan Shiha Zikir diumumkan sebagai naib juara dan menggondol wang tunai sebanyak RM75,000. Shiha yang juga pelakon dan penyanyi popular dan kali kedua menyertai MLS turut menerima gelaran Superstar Paling Gempak untuk edisi kali ini.



Tempat ketiga pula menjadi milik Bahroy yang dianggotai Nizam Jentik Jentik, Shashic Eiwan dan Roy Azman. Kemenangan tersebut melayakkan mereka memenangi wang tunai RM50,000.

Kumpulan OOD yang dianggotai Man Raja Lawak, Chiwan dan Zahid pula sekadar menduduki tempat keempat dengan membawa pulang RM25,000.

Finalis MLS3 diadili 75 peratus oleh juri tetap iaitu Datuk Awie, Siti Saleha dan Najip, manakala 25 peratus lagi undian daripada penonton awam.








Memang mereka layak dan rezeki berpihak kepada JBORN apabila kumpulan itu dinobatkan sebagai juara Muzikal Lawak Superstar. Kumpulan JBORN terdiri daripada 3 orang iaitu Joey, Vicha dan Khir Rahman. Gelaran tersebut sekaligus melayakkan JBORN membawa pulang wang tunai berjumlah RM150,000 beserta trofi sumbangan Astro.


Turut bermakna dalam kemenangan ini adalah buat Joey apabila menerima trofi Superstar musim ini. Pemilihan berdasarkan persembahan dari minggu pertama hingga akhir.

Tempat kedua pula menjadi milik kumpulan UNI yang memenangi wang tunai RM75,000 dan trofi. NEWBOH pula diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga dan menerima wang tunai berjumlah RM50,000 dan trofi. Manakala tempat keempat menjadi milik BOTAK yang masing-masing membawa pulang RM25,000 dan beserta trofi.

Kesemua bintang diadili 50% daripada juri tetap iaitu Altimet, Nora Danish dan Datuk Awie manakala 50% lagi adalah undian. Hadiah disampaikan oleh Ketua Saluran Melayu Astro, Azlin Reza Azmi. MLS bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil. Program dihoskan olah Nabil Ahmad dan Nabila Huda.