Dunia Penuh Gosip - Online Dunia Penuh Gosip: Online - All Post
Memaparkan catatan dengan label Online. Papar semua catatan
Mulai hari Jumaat, 11 Jun 2021, laman web e-dagang BIG BAD WOLF Books [https://online.shopbigbadwolfbooks.com/] akan diambil alih oleh Si gala, seekor serigala bibliophile yang licik dan pandai memujuk. Tawaran potongan harga sebanyak 95% dari harga asal yang ditawarkan di Jualan Buku Online SERIGALA JAHAT akan memaparkan beribu-ribu buku berbahasa Malaysia yang pasti akan menyeronokkan pencinta buku bagi semua peringkat umur di negara Malaysia.



Bertujuan untuk memupuk niat membaca dan melahirkan perasaan riang ketika membaca sambil meluaskan pasaran di penduduk luar bandar, jualan Buku ini “diambil alih” untuk keseronokkan dan untuk memperkenalkan persona baharu. Dengan memberi tumpuan terhadap buku berbahasa Malaysia, Si gala telah berjaya menghimpun beberapa penerbit tempatan terkenal seperti PTS Media Group Sdn. Bhd., Penerbitan Pelangi, Penerbitan IMAN, dan Buku Fixi untuk menyertai Jualan Buku Online SERIGALA JAHAT.

Apa yang peminat buku boleh harapkan dari Si gala di Jualan Buku Online SERIGALA JAHAT? Baiklah, Si gala mempunyai tawaran promosi berikut: tawaran eksklusif buku Bahasa Malaysia terpilih yang bernilai dari RM1.00; dapatkan potongan diskaun tambahan sebanyak 10% [dibatasi pada RM20 untuk setiap transaksi] apabila membelanjakan minimum RM200 dalam satu transaksi; beli mana-mana dua (2) Buku Ajaib dengan harga RM15; dapatkan tiga (3) Buku Bergambar cerita dongeng klasik dengan harga RM20 atau beli mana-mana tiga (3) Buku Berbunyi FUNTIME dengan harga RM25 sahaja; penghantaran percuma di Semenanjung Malaysia dengan pembelian bersih RM100; dan dapatkan potongan diskaun sebanyak 50% dari penghantaran untuk Malaysia Timur tanpa perbelanjaan minimum.



Jadi, jom lah sertai Si Gala dan bersiap sedia untuk meneroka dan berbelanja di Jualan Buku Online SERIGALA JAHAT untuk buku-buku Bahasa Malaysia yang berkualiti dengan harga yang berpatutan dari keselamatan dan keselesaan rumah anda sepanjang tempoh PKP penuh ini. 

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai BIG BAD WOLF Books, sila lawati:
Laman Web: https://bigbadwolfbooks.com/
Facebook: https://www.facebook.com/bbwbooks
Instagram: https://www.instagram.com/bigbadwolfbooks/
Twitter: https://twitter.com/bigbadwolfbooks
Hashtag: #BigBadWolfBooks | #SerigalaJahat | #SiGala

“PERKARA YANG PALING PENTING DALAM KEHIDUPAN BUKANLAH KEMENANGAN TETAPI PERJUANGAN” 
~ Pierre de Courbertin ~








Sekali lagi stesen televisyen gaya hidup Islam pertama negara TV AlHijrah melakar kejayaan apabila berjaya mencatat 1.6 juta tontonan di kaca televisyen dan 3 juta tontonan di platform digital sepanjang awal Ramadan 1441H.


Menurut Encik Namanzee Harris, Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, “TV AlHijrah sentiasa menjadi saluran pilihan penonton setiap kali tibanya Ramadan. Namun peningkatan jumlah tontonan dwi platform kali ini adalah luar biasa dan ia membuktikan sokongan terus menerus penonton setia stesen ini termasuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan kami.”

“Saya percaya ini adalah antara hikmah tersembunyi di sebalik kesedihan dan kebimbangan kita semua terhadap serangan pandemik Covid-19. Umat Islam khususnya mencari makanan rohani yang menangkan jiwa. Justeru, semua rancangan-rancangan baru yang diterbitkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta rancangan sedia ada di TV AlHijrah dipastikan bersifat menyeluruh yang merangkumi aspek moral dan kerohanian.” jelasnya.

Setakat minggu pertama Ramadan, program #QuranTime menjadi pilihan utama penonton dengan capaian hampir 1 juta tontonan di platform televisyen dan 10 juta tontonan di di Facebook Live TV AlHijrah.


Secara tidak langsung ini membuktikan bahawa TV AlHijrah masih kekal releven di mata masyarakat terutamanya golongan muda yang menjadi kumpulan sasaran stesen ini. Ini kerana golongan muda ini adalah penyumbang terbesar yang melayari TV AlHijrah menerusi media digital seperti Alhijrahmedia.com, Facebook Live dan juga aplikasi Spotify yang dilancarkan baru-baru ini.

“Kami bersedia menemui penonton dalam dan luar negara menerusi adaptasi teknologi terkini di platform digital sebagai kaedah baru penyampaian dakwah. Sebagai contoh, menerusi Spotify TV AlHijrah, pelayar internet mempunyai pilihan mendengar semula bacaan Al-Quran, tazkirah, kuliah, nasyid dan rancangan-rancangan lain yang sebelum ini hanya dapat ditonton melalui televisyen. Lebih 200 kandungan audio Islamik akan dikemaskini setiap hari.” jelas Namanzee.


“Kami berbesar hati di atas sokongan padu yang diterima daripada jutaan penonton setia dan berharap agar ianya berterusan. Kami turut menyeru dan membuka peluang buat rakan-rakan strategi korporat dan persendirian untuk sebarang bentuk kerjasama yang memanfaatkan ummah.”

Dalam keterbatasan PKP, TV AlHijrah berjaya menyediakan sebanyak 92 jam kandungan istimewa ramadan yang meliputi program kerohanian, bual bicara, majalah dan travelog.


Antara program-program tersebut adalah seperti rancangan QuranTime, Ihya’ Ramadan, Tazkirah Jumaat, Tausiyah Ustazah Asma, Munajat, Kembara Sufi Jejak Anbiya, Assalamualaikum Istimewa Ramadan, Ngaji On The Go: Ustaz & Artis Lelaki, Ngaji On The Go: Ustazah & Qariah, Tadarus 30 Juzuk, E-Kaunter Netizen Bersama Syamsul Debat.

Jadi, jangan lupa untuk menjadikan TV AlHijrah sebagai ladang ilmu sepanjang zaman. Pastinya kesemua rancangan siaran stesen ini mampu menenangkan, menghilangkan rasa gusar serta mendekatkan seluruh penonton stesen ini dengan Allah SWT.







Domino's Pizza, syarikat perkhidmatan penghantaran tersohor, mengambil pendirian yang kukuh bagi para pekerja dan pelanggannya. Berkuatkuasa hari ini, semua perkhidmatan penghantarannya akan dijalankan tanpa sentuhan.


Shamsul Amree, Ketua Pegawai Eksekutif, Domino's Pizza Malaysia berkata, "Sebagai syarikat peneraju penghantaran pizza di dunia, kami sentiasa bersedia untuk berkhidmat. Hari ini, kami mendahului sekali lagi dengan mandat 100% penghantaran "Zero Contact", untuk kebaikan pelanggan dan pakar penghantaran kami. Jarak sosial adalah cara yang penting dan berkesan untuk memerangi penyebaran virus COVID-19 dan kami percaya bahawa kami dapat meningkatkan lagi perkhidmatan kami kepada komuniti dengan berbuat demikian. Ini benar-benar mencerminkan komitmen sepenuh hati kami kepada kesejahteraan pelanggan dan pekerja kami."

Sebahagian penting inisiatif ini adalah semua transaksi penghantaran Domino’s akan dijalankan melalui pembayaran tanpa tunai untuk meminimumkan sentuhan. Oleh itu, Domino’s hanya akan menerima pesanan yang dibuat menerusi aplikasi mudah alih dan laman web www.dominos.com.my.

Jadi apa yang dapat diharapkan oleh pelanggan? Semasa penghantaran, pakar penghantaran akan meletakkan pesanan pada permukaan yang selamat dan bersih yang telah ditetapkan. Dia kemudian akan langkah ke jarak sosial yang selamat iaitu sekurang-kurangnya dua meter. Pelanggan kemudiannya boleh mengambil penghantaran dan menyemak untuk memastikan pesanan diterima dalam keadaan baik. Setelah selesai, penghantar akan beransur pulang.


"Kami telah menyediakan latihan yang terperinci serta pemindahan pengetahuan kepada pasukan kami bagi melaksanakan penghantaran "Zero Contact". Kami dapat berbuat demikian kerana barisan pakar penghantaran kami adalah pekerja kami sepenuhnya dan oleh itu kami dapat melatih, mengawasi serta memastikan tahap akauntibiliti yang tinggi apabila mereka menjalankan tugas. Selain itu, kami telah melaksanakan prosedur sanitasi dan kebersihan yang lebih ketat, dan ini merangkumi sanitasi beg penghantaran kami selepas setiap penghantaran selain pembersihan  tangan yang kerap sebelum dan selepas setiap penghantaran dibuat," katanya.

"Pasukan pakar penghantaran kami dilatih untuk menurut prosedur pengendalian makanan yang ketat dan model perniagaan kami telah direka sepenuhnya untuk memenuhi keperluan perniagaan penghantaran. Dengan rekod prestasi 23 tahun yang kukuh di Malaysia, yang disokong oleh 60 tahun pengalaman penghantaran di seluruh dunia, kami komited untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada para pelanggan kami bagi tahun-tahun yang akan datang. Dalam keadaan semasa yang dihadapi negara kita, kami berbesar hati disenaraikan sebagai perkhidmatan penting kepada negara dan ia merupakan penghormatan bagi kami untuk menyediakan makanan kepada ribuan isi rumah setiap hari. Ia adalah tanggungjawab dan tugas yang kami laksanakan dengan penuh amanah. Jadi kepada semua rakyat Malaysia, kekal selamat dan izinkan kami berkhidmat dengan cara yang terbaik untuk anda, "kata Shamsul.

Perkhidmatan penghantaran dan bawa pulang "Zero Contact" Domino's Pizza boleh disediakan selaras dengan waktu operasi yang dibenarkan di negeri masing-masing. Ruang makan di restoran tidak dibuka pada masa ini.







Sempena musim Hari Raya, Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB) telah melancarkan kempen musim perayaan ‘Menyemai Impian’ untuk menarik perhatian kepada amalan menyemai impian ahli masyarakat yang kurang bernasib baik dengan cara yang lebih mampan dan bermakna. Melalui program CSR ini, HLB berikhtiar untuk memulakan perjalanan celik kewangan bagi kanak-kanak rumah kebajikan di serata negara, dengan membuka akaun simpanan pertama mereka dan menyalurkan sumbangan untuk memulakan simpanan apabila pelanggan menjalankan transaksi ASB serta mendaftar dengan DuitNow dari 20 Mei – 23 Jun 2019.


Menurut kisah yang dikongsi oleh sejumlah rumah kebajikan kanak-kanak, bilangan lawatan dan jumlah wang tunai yang didermakan meningkat dengan ketara pada bulan Ramadan dan Syawal tetapi peningkatan mendadak dalam amalan kebajikan ini hanya sementara dan kurang meninggalkan impak jangka masa panjang. Wang yang didermakan serta duit raya yang diberi kepada kanak-kanak ini selalunya dibelanjakan serta-merta, dan tidak disimpan untuk memupuk amalan menyimpan bagi menyemai impian dan aspirasi masa depan mereka.

Seiring dengan pemahaman dan komitmen kami terhadap pengurusan kewangan pelanggan dan peluang-peluang pembinaan kekayaan, kami melihat suatu peluang yang baik untuk bergabung tenaga bersama para pelanggan kami. Dengan membuka akaun-akaun simpanan untuk membantu kanak-kanak rumah kebajikan, kami dapat menyemai masa depan dan membantu mencapai impian mereka. Kami berharap dengan memiliki akaun simpanan mereka sendiri, ianya dapat menjadi pengenalan awal kepada konsep celik kewangan yang memberikan mereka semangat berdikari, serta menjadi permulaan yang baik ke arah memupuk amalan menyimpan bagi masa depan kewangan yang lebih kukuh,” kata Domenic Fuda, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB.

Amalan kebajikan terutama untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik adalah kelaziman pada musim perayaan ini dan kami berterima kasih atas sokongan berterusan daripada pelanggan kami, khususnya untuk Unit Amanah Saham ASB dan ASNB yang membolehkan kami sedikit sebanyak menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukannya. Bagi mencapai hasrat ini, HLB telah mengenalpasti 200 penerima dari rumah-rumah kebajikan yang telah memenuhi syarat-syarat pemilihan dan akan membantu dalam membuka akaun simpanan mereka yang pertama selepas tamatnya tempoh kempen ini,” kata Jasani Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong Islamic Bank.


Melalui video musim perayaan HLB, ‘Kasih Tak Berwajah,’ pesanan agar menyemai impian jangkamasa panjang golongan ini dihidupkan dalam kisah manis dari perspektif seorang kanak-kanak lelaki yang berkongsi dengan bangga kisah dan aspirasi kakak-kakaknya. Rupa-rupanya ‘kakak-kakak’ tersebut ialah anak-anak tajaan ibu bapanya dari sebuah rumah kebajikan, yang menerima bantuan pasangan itu sepanjang tahun dalam bentuk deposit simpanan.

Menyemai impian orang tersayang memanglah penting, namun lebih bermakna jika kita juga dapat membantu secara mampan orang lain yang mungkin tidak mendapat peluang-peluang yang sama. Bantuan kecil seperti membuka akaun untuk kanak-kanak rumah-rumah kebajikan ini diharapkan akan memberi inspirasi kepada mereka untuk menyimpan demi masa depan, dan merupakan hadiah yang dapat meninggalkan impak yang berterusan ke atas mereka. Ini tidak berbeza daripada apa yang kami hasratkan untuk pelanggan kami – agar mereka dilengkapi dengan peralatan kewangan yang betul untuk menyokong aspirasi mereka,” kata Zalman Zainal, Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi HLB.


Selain daripada program CSR ini, HLB turut menawarkan berbagai promosi penggunasepanjang musim Hari Raya, termasuk peluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM35,000 apabila pelanggan memberi duit raya secara digital melalui e-Duit Raya dan DuitNow dengan menggunakan aplikasi Hong Leong Connect, seiring dengan perkembangan pesat ke arah menjadi masyarakat nirtunai.







Bila masuk bulan Mei ramai org dan standby untuk persiapan sambutan hari ibu. Walupun ia bukanlah hari sambutan kebangsaan tapi seluruh dunia meraikan hari ibu setiap tahun. Saya pun tidak ketinggalan untuk bersama memeriahkan hari ibu dengan persiapan dan juga hadiah2 istimewa. Tapi kali in lagi istimewa apabila saya dapat tahu ada promosi khas sempena hari ibu di Rakuten.


Korang mesti ramai tanya apa itu Rakuten. Oklah saya cite sebab saya pun baru tahu bahawa ada satu lagi laman khas untuk shopping secara online dengan harga berpatutan. Tapi lagi specialnya Rakuten ini adalah ia bukan sahaja menawarkan barangan yang terbaik dan harga berpatutan ia juga memberi peluang untuk kita mengumpul point setiap kali membeli belah. Nanti bila poin dan banyak korang boleh guna semula untuk membeli belah di Rakuten lagi jimat tau.


Tu serba sedikit pasal laman online membeli-bela Rakuten. Saya nak cite ni pula barang2 yang saya nak hadiahkan khas kepada ibu saya yang tercinta sempena dengan hari ibu ini. Kerana tawaran yang istimewa dan hebat maka saya akan membeli banyak barang yang best2 dan murah. So saya nak beli semua yang ibu saya perlukan supaya beliau gembira dan senyum selalu.

Kek Pink Romance

Kalau hari ibu tak sah kalau tak ada kek kan. Jangan risau kat Rakuten ni pun ada menyediakan tempahan kek dan hantaran untuk majlis2 special. Kek ini pula adalah kek aiskrim daripada syarikat iScreammmm di Petaling Jaya. Jangan risau mereka menyediakan penghantaran 3 hari selepas tempahan dan ada jamin wang kembali 100% sekiranya barang yang di hantar tidak dalam kondisi yang baik. 

http://tr.styles.my/?type=deeplink&id=11612&media=14&subid=MahaMahu
*Klik pada gambar untuk maklumat lanjut

Pulak tu ada macam2 pilihan kek yang special untuk anda raikan insan tersayang. Saya nak tempah kek Pink Romance ini kerana mak saya suka warna pink. Harga kek ini pula sangat2 berpatutan dan ia memudahkan saya untuk buat tempahan. Tak sabarnya nak dapat kek dan nak meraikan hari ibu bulan ni. Mesti ibu saya orang paling bahagian dan paling gembira menerima hadiah kek ini.

Casablanca Lilies Flower

Kerana ibu saya seorang yang penyayang dan seorang wanita tabah dalam kehidupan dan menjaga anak2 tapi hati beliau tetap lembut. Sebab itu sempena dengan hari ibu ini saya nak hadiahkan ibu saya sejambak bunga yang melambangkan kasih sayang. Wow memang special sangat bunga dari Rakuten ini telah di sediakan hanya tempah dan penghantaran di buat terus kerumah korang.

http://tr.styles.my/?type=deeplink&id=11612&media=14&subid=MahaMahu
*Klik pada gambar untuk maklumat lanjut

Saya akan pilih warna biru kerana mak saya seorang yang hatinya penyayang dan lembut sangat2 sesuai dengan karektor beliau. Harga bunga ini pun tak mahal mana memang berpatutan dan siap tak perlu nak fikir apa2. Kat sini pun ada banyak pilihan jambangan bunga dari bunga Rose, bunga Lily, bunga Matahari, bunga Kekwa dan macam2 lagi korang boleh pilih, mudah bukan.

Anting-anting dari SO SEOUL - Swarovski Twisted Earrings

Special sangat kerana ibu saya seorang yang suka bergaya bila keluar rumah jadi saya akan hadiahkan beliau anting2 special datang dari SEOUL Korea. Mana ada tempat lain jual anting2 ni harga juga sangat2 murah dan ada macam2 bentuk dan rupa. Saya tahu ibu saya pasti akan sangat suka dan gembira bila dapat anting2 ini kerana beliau suka bergaya.

http://tr.styles.my/?type=deeplink&id=11612&media=14&subid=MahaMahu
*Klik pada gambar untuk maklumat lanjut

Ni adalah hadiah paling special untuk ibu saya kerana beliau memang ada banyak koleksi barang kemas yang suka di simpan dan di jadikan barang berharga beliau. Moga ibu akan gembira dan bahagian selalu bila mendapatkan hadiah ini hanya dari Rakuten

Kerusi urut khas dari GINTELL

Maklumlah ibu saya sudah berusia dan kadang2 sakit belakang dan lenguh pasti akan terjadi jadi untuk mengurangkan rasa sakit ini saya hadiahkan ibu saya kerusi urut GINTELL ini. Sapa tak kenal jenama yang memang di percayai dalam bidang kerusi urut ini. Sangat sangat gembira bila ibu saya dapat hadiah ini kerana beliau memang memerlukan kerusi urut ini.

http://tr.styles.my/?type=deeplink&id=11612&media=14&subid=MahaMahu
*Klik pada gambar untuk maklumat lanjut

Kalau beli kat Rakuten ini jangan bimbang kerana waranty adalah khas daripada GINTELL sendiri dan penghantaran adalah percuma terus kerumah ibu saya. Memang ia sangat2 berguna buat ibu dan saya harap ibu lebih sihat dan lebih kuat untuk buat kerja2 rumah kerana saya tahu ibu saya ini seorang yang rajin walaupun berada di rumah.

Barangan dapur Multi Purpose Food Processor

Ibu saya adalah seorang chef di dapur yang memang pakar memasak untuk keluarga dan anak2 beliau. Saya pasti kalau balik rumah ibu mesti akan makan puas2 masakan ibu kerana ia adalah masakan terbaik di dunia. Jadi kerana ibu saya rajin memasak saya hadiahkan beliau Salad Maker ini. Ia akan memudahkan kerja2 memasak ibu di dapur. Tak perlu luka tangan untuk memotong sayur-sayuran dan cepat.

http://tr.styles.my/?type=deeplink&id=11612&media=14&subid=MahaMahu
*Klik pada gambar untuk maklumat lanjut

Saya tahun ibu akan sentiasa menyediakan makanan yang sedap2 untuk anaknya. Jadi hadiah special dari Rakuten ini adalah sangat sesuai untuk ibu. Murah dan mudah bagi seorang suri rumah menyediakan makanan di dapur dengan produk ini. Penghantara terus ke rumah bila anda beli di Rakuten tak perlu bersesak-sesak di pasar raya memberli barangan dapur ini.

Banyakkan hadiah yang saya boleh belikan untuk ibu sempena hari ibu nanti. Korang pun boleh hadiahkan buat ibu dengan membeli barang di Rakuten sempena dengan promosi hari ibu. Memang banyak pilihan dan juga harga berpatutan dan mudah dengan beberapa langkah sahaja korang boleh dapat hadiah2 yang di mahukan. Jangan risau kerana semua barang ini adalah dari barang yang berjenama luar negara di jamin terbaik.


Lepas ni kalau ada kawan2 nak kahwin saya akan beli barang dekat Rakuten ini memang harga berpatutan dan juga dapat point dan boleh beli lagi barang. Korang boleh beli barang dengan bayaran secara card kredit atau juga boleh guna bank online. Semua bank local boleh pakai Maybank, CIMB, Bank RHB, Bank Islam, AMBank dan banyak lagi. Mudah bukan tak perlu kuar duit hanya semua dalam satu laman web sahaja.


Pada ibu bapa pun boleh beli hadiah untuk anak2 sempena dengan hari jadi mereka kerana kat sini semua barang ada. Ada barang dapur, barang perabot rumah, produk kecantikan, makanan, mainan kanak2, haiwan peliharaan, majalah & alat muzik, pekakasan kereta dan motor, fesyen lelaki dan perempuan serta macam2 lagi nak sebut banyak sangat. Korang boleh terus pergi laman web www.rakuten.com.my daftar di sana dan semua dah ada kat situ dengan diskaun sekali. Tiada lagi alasan untuk tidak membeli hadiah buat yang tersayang. Segala mudah dengan Rakuten. Selamat membeli-belah.


Anda boleh menyemak produk di Rakuten Malaysia Post ini adalah entri untuk X Rakuten Blogger pertandingan . Dihoskan oleh ShopCoupons . Rakuten baucar ditaja oleh Rakuten Malaysia.