Bersempena dengan Penilaian Tahun Akhir (PeTA) Diploma Teater ASWARA, dengan bangganya Fakulti Teater berkolaborasi bersama Fakulti Rekaan Seni Visual ASWARA mempersembahkan 3 Karya yang bakal dipentaskan pada bulan Mei 2017.
PeTA DIPLOMA TEATER 2017
Tarikh : 23-25 Mei 2017
Tempat : Black Box, Aswara
Masa : 3.00 Petang & 8.00 malam
Tarikh : 23-25 Mei 2017
Tempat : Black Box, Aswara
Masa : 3.00 Petang & 8.00 malam
Penilaian Tahun Akhir atau (PeTA) adalah kursus berbentuk latihan amali dan praktikal yang wajib diambil oleh pelajar tahun akhir Fakulti Teater,Akademi Seni Budaya ASWARA. Justeru itu, objektif PeTA itu sendiri adalah untuk mengukur kualiti,kreativiti dan aplikasi teori dan latihan pelajar dengan mengetengahkan hasil kreativiti seseorang pelajar tahun akhir sama ada dalam bentuk persembahan, produksi, pameran, demonstrasi ataupun seminar.
Sedikit kelainan pada kali ini dimana pementasan yang menggabungkan naskhah yang berbeza dan bakal dipersembahkan oleh para pelajar tahun akhir Diploma Tahun 3 Fakulti Teater Aswara. Untuk pemilihan tajuk dan cerita yang dipentaskan pastinya harus melalui proses perbentangan dan mendapatkan persetujuan oleh barisan panel penilaian dalaman yang terdiri daripada pensyarah. Antara karya yang dipilih untuk dipentaskan pada PeTA kali ini terdiri daripada Mayat karya Hatta Azad Khan, Tawfiq Al-Hakim dan Bilik karya & Noor Effendy Ibrahim. Ketiga-tiga karya ini telah dipilih untuk dipentaskan dengan olahan dan pengarahan yang baharu dan segar bagi setiap naskhah.
LIPAS
Sultan dalam kerajaan Lipas menghadapi masalah dengan serangan Semut. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, Sultan telah memanggil semua menteri besar Lipas untuk membincangkan permasalahan ini. Namun, tiada membuahkan apa-apa hasil dari perbincangan mereka, tetapi Lipas Bestari mencadangkan Sultan untuk ke sebuah tasik. Sultan bersetuju pergi ke tasik dan berlaku kemalangan, Sultan tergelincir jatuh ke dalam tasik. Menteri-menteri besar Lipas tidak dapat membantu Sultan, mereka hanya mampu berdoa sahaja.
BILIK
Pertama kali dipentaskan di bilik darjah substation, kini merupakan Projek Akhir Pelajar Diploma Tahun 3 Fakulti Teater ASWARA. Mengenai lima orang dewasa yang merupakan penganut kepercayaan asing yang menetap di sebuah bilik yang terdiri daripada Hasni, Fared. Faridah, Hamed dan Helmy. Selepas balik dari kerja, mereka berjumpa di Bilik dan berbual mengenai hasil pembunuhan mereka bersama dengan hidangan kopi yang menjadi satu-satunya hidangan yang ada di dalam bilik tersebut. Sedang mereka berbual, Hamed membuat satu keputusan yang memeranjatkan, iaitu membawa pulang seorang wanita bernama Noraisah.
Hal ini telah menimbulkan kekecohan antara mereka. Noraisah yang dibawa masuk kedalam bilik diletakkan di dalam sangkar merasakan dirinya bakal dibunuh oleh sekawan orang dewasa tersebut membuatkan. Noraisah meronta–ronta di dalam sangkar sekaligus menyebabkan lima orang dewasa tersebut bergaduh antara satu sama lain. Pergaduhan antara satu sama lain yang berterusan menyebabkan kematian Hasni, Fared, Helmy dan Faridah meninggalkan Hamed dan Aisah sahaja di dalam bilik. Hamed dan Noraisah merasakan hubungan mereka berjaya untuk menyelamatkan nyawa mereka namun kopi yang ditinggalkan di atas meja menjadi hidangan terakhir Hamed.
MAYAT
Mengisahkan empat orang buruh kasar yang dalam kesedihan disebabkan kematian seorang dari sahabat mereka kerana dijangkiti wabak. Secara rahsia, salah seorang daripada mereka juga telah dijangkiti wabak. Dengan keadaan kehidupan yang serba kekurangan dan ketiadaan ruang tanah perkuburan untuk pengkebumian disebabkan pesatnya pembangunan, empat orang sahabat itu menghadapi masalah untuk menguruskan mayat teman mereka.
Maka terjadilah konflik dan pertentangan pendapat diantara mereka berempat. Ketika konflik itu bertambah tegang, tiba-tiba datang seorang peniaga yang berurusan dalam perniagaan jual beli mayat. Adakah mereka menjual mayat itu? Dan apakah akan terjadi pada salah seorang sahabat yang dijangkiti wabak itu.
Sehubungan dengan itu, pihak media massa adalah diundang untuk membuat liputan media dalam mempromosikan pementasan teater seperti butiran di atas. Untuk makluman lanjut boleh hubungi Bahagian Promosi & Publisiti di talian 0147153414 (En. Faizal) atau menerusi email faizalashraf96@gmail.com.
Follow Us