RATU - sebuah gelaran yang diimpikan hampir setiap wanita kini bakal menjadi rebutan buat pertama kali dalam pertandingan ratu cantik Miss Virtual Malaysia!
Dengan hasrat membuktikan kekuatan dan kepelbagaian negara-negara ASEAN melalui bakat individu yang berkualiti serta kebolehan dalam kemahiran pengucapan awam, komitmen terhadap khidmat awam, pencapaian dalam bidang peragaan serta usaha yang utuh untuk berjaya, Regal Global Nine Sdn Bhd dengan bangganya menganjurkan satu platform baharu bagi memupuk
perpaduan dan pemahaman dalam kalangan ahli negara ASEAN dengan menghubung jalin bakat dan potensi.
Menurut Chairman Dez, jurucakap bagi pihak Regal Global Nine Sdn Bhd dan Miss Virtual Malaysia (MVM), “Pertandingan ratu cantik ini bakal melakar sejarah tersendiri dengan melahirkan para wanita yang berpersonaliti, berintegriti dan bermotivasi tinggi serta menjadi inspirasi kepada wanita muda yang lain untuk membina keyakinan dan percaya bahawa segala-galanya adalah mustahil dan
mampu dicapai”.
“Aspirasi MVM adalah berdasarkan 3 prinsip utama, Gaya (Vogue)– Rupa (Beauty) - Pengetahuan (Knowledge) yang akan berfungsi sebagai medium mempromosikan budaya , kesungguhan dan keyakinan. Wanita-wanita penuh kredibiliti dan integriti ini akan menjadi suara masyarakat dalam melaungkan hak dan isu-isu tertindas. Melalui pertandingan ini, MVM akan menjadi batu loncatan
bagi semua wanita di seluruh dunia untuk terus bersinar dan menyerlah kerana kami percaya kecantikan itu bermula dari dalam” Tambah Dez.
Menariknya pertandingan ratu cantik Miss Virtual Malaysia 2019 ini, platfom digital akan dijadikan medium utama proses permohonan di mana permohon hanya perlu mengisi borang atas talian bersama foto dan video profil. Cara ini akan memberi peluang lebih besar kepada semua wanita termasuk mereka yang menetap di kawasan pendalaman. Jika calon disenarai pendek, kos penerbangan ke Kuala Lumpur termasuk dari Sabah dan Sarawak akan ditanggung penuh oleh
pihak MVM.
Perjalanan kejelitaan pertandingan ratu cantik Miss Virtual Malaysia 2019 adalah seperti berikut:
1) Permohon hendaklah melengkapkan dan menghantar permohonan atas talian dengan menyertakan gambar terkini beserta video pengenalan yang menonjolkan kemahiran dan bakat.
2) 40 calon yang disenarai pendek akan dijemput menghadiri ujibakat pusingan akhir pada 4 July 2019;
a. Pemilihan adalah berdasarkan 10 undian paling popular dan 30 undian oleh juri profesional.
3) 16 finalis akan berentap dalam Pusingan Akhir (Grand Final) yang akan berlansung pada 31 Julai 2019.
Antara kriteria pencarian
1) Peserta mestilah dilahirkan sebagai wanita dan merupakan warganegara Malaysia;
2) Tidak pernah berkahwin;
3) Mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 168cm dan keatas;
4) Fasih berkomunikasi dalam bahasa Inggeris;
5) Berumur dalam lingkungan 17 – 27 tahun;
6) Mempunyai tahap kesihatan yang baik dan boleh menyertai sepenuhnya dalam setiap aktiviti program tanpa sebarang halangan;
7) Tidak pernah melakukan apa-apa perbuatan atau terlibat dalam apa-apa aktiviti atau pekerjaan yang tidak munasabah yang boleh dicirikan sebagai tidak jujur, tidak bermoral, atau tidak senonoh.
Seperti yang diimpikan setiap wanita, pemegang gelaran Miss Virtual Malaysi bakal menerima pengalaman menakjubkan seumur hidup sebaik sahaja dimahkotakan. Sebagai Miss Virtual Malaysia 2019, beliau akan membawa gelaran dan personaliti seorang ratu kemana sahaja, serta berpeluang menggunakan kebolehan dan bakat yang ada untuk mewakili wanita menyuarakan hak mereka.
Hadiah Utama
❖ Wang tunai berjumlah RM70,000
❖ Tiket penerbangan berserta penginapan untu melancong ke negara ASEAN
❖ Mahkota & selempang Miss Virtual Malaysia
❖ Produk tajaan
Regal Global Nine Sdn Bhd amat berbesar hati mengumumkan Nuc Car, sebuah aplikasi perkhidmatan perniagaan pengantaran (e-hailing) sebagai Penaja Utama bagi pertandingan ini. Menurut Pengarah Urusan Nuccar, En. Fazli Haris Bin Ibrahim “Nuc Car amat teruja untuk bersama Miss Virtual Malaysia 2019 memacu impian wanita muda agar terus menyinar, selaras dengan tagline kami “Redefining Ride”.
Apa sahaja matlamat dan impian anda, kami akan membawa anda sampai ke destinasi”. Antara rakan strategik yang turut menjayakan pertandingan ini adalah:
1. Hotel Pilihan: Four Seasons Kuala Lumpur
2. Penaja Emas: Nuccar
3. Stylist Rambut Rasmi: Style Makers
4. Makeup Rasmi: Sense & Style
5. Dekorasi Rasmi: Float Balloon
6. Prop Rasmi: Party Fairy
7. Gaun Rasmi: Charis Ching
8. Pakaian Kasual Rasmi: Cloud9
9. Minuman Rasmi: Boozeat
10. Seni & Reka Bentuk Rasmi: Aid Plus Creative
11. Jurugambar Rasmi: Sk Leon Productions
12. Klinik Kecantikan Rasmi: RX Clinic
13. Klinik Kesihatan Rasmi: Poise MD
14. Reka Bentuk Web Rasmi: Zahid Aramai
15. LED & Bunyi Rasmi: Creative Event Solutions
16. Pakaian Dalaman Rasmi: Made of Lace
17. Gubahan Bunga Rasmi: Kelopak
Wanita muda berkelayakan yang ingin menyahut cabaran dan merangkul gelaran Miss Virtual Malaysia 2019 dijemput untuk menghantar permohonan ke laman sesawang rasmi mereka. Sebarang pertanyaan mengenai garis panduan pertandingan sila hantarkan e-mel kepada info@missvirtualmalaysia.com.
Maklumat terkini mengenai Miss Virtual Malaysia, ikuti pautan di:
Follow Us