Dunia Penuh Gosip - Perkahwinan Dunia Penuh Gosip: Perkahwinan - All Post
Memaparkan catatan dengan label Perkahwinan. Papar semua catatan
Pelakon, pengacara dan penyanyi Zulin Aziz, 33, sah bergelar isteri kepada pasangannya, Farhan Norzaini, 35, tepat jam 9.20 pagi ini dengan sekali lafaz dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Negara, Kuala Lumpur. 



Zulin meluahkan rasa syukur dan gembiranya selepas melalui pelbagai ujian dan dugaan sebelum melangkah ke fasa berumah tangga. 

Sementara itu, Farhan juga meluahkan rasa syukurnya dan kini bersiap sedia untuk mengharungi fasa baharu dalam kehidupan. 

Zulin dan Farhan diijabkabulkan oleh Imam Masjid Negara, Ehsan Mohd Hosni dan diwalikan oleh abang Zulin, Shah Rezza Abdul Aziz. 

Farhan memberikan mas kahwin sebanyak RM80, lima dulang hantaran termasuk sebentuk cincin serta wang hantaran bernilai RM30,000, manakala pihak Zulin membalas dengan tujuh dulang. 

Terdahulu Zulin memaklumkan dia sudah mengenali suaminya sejak dua tahun lalu yang juga rakan perniagaannya. Sebelum ini Zulin pernah terpalit dengan kontroversi bakal berkahwin pada tahun 2018 tetapi ia gagal kerana putus ditengah jalan dan sempat merakamkan muzik video lagu bertajuk 'Dan Ketika Itu'.










Penyanyi kelahiran program realiti Mentor Usop 24 tahun, sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Nur Fatihah Md Hashim, 25, dalam majlis pernikahan di Pejabat Agama Daerah Butterworth, Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam, Pulau Pinang, jam 10 pagi, hari ini.


Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah Butterworth, Pulau Pinang, Ustaz Harun Idris bersaksikan bapa Nur Fatihah, Md Hashim Nordin dan bapa Usop iaitu Muhammad Noor Ismail.

Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor berkata, dia berharap peminat serta orang ramai yang mengenalinya dapat mendoakan kebahagiaannya dengan Nur Fatihah sehingga akhir hayat.

Dalam majlis itu, Usop menyerahkan mas kahwin sebanyak RM3,000 dan seutas gelang emas buat Fatihah.

Usop turut menyerahkan tujuh dulang hantaran kepada pihak perempuan dan dibalas sembilan dulang. Majlis persandingan bagi pihak perempuan akan berlangsung malam ini di Pulau Pinang manakala majlis resepsi pihak lelaki akan diadakan pada 13 Februari ini di Kulim, Kedah. Usop dan Fatihah bertunang pada 4 November tahun lalu selepas dua tahun berkenalan.









Tahniah buat pelakon dan pengacara yang banyak kontroversi tahun 2018, Elfira Loy dan pasangannya, Khairol Faris Anuar selamat diijabkabulkan di pagi hari pertama tahun baharu 2019. Pasangan merpati dua sejoli itu bergelar suami isteri selepas mengikat tali pertunangan selama empat bulan sahaja.


Tiada sebarang info lanjut mengenai majlis pernikahan itu yang dikongsi dengan peminat-peminatnya dilaman Instagram milik beliau. Majlis akad nikah berlangsung pagi tahun baru dan pasangan itu juga bakal melangsungkan lima majlis resepsi sepanjang bulan Januari.

Selain nikah, majlis resepsi pasangan itu akan dilangsungkan pada setiap hujung minggu bermula minggu ini. Elfira kelihatan menawan mengenakan persalinan rekaan pereka ternama, Rizman Ruzaini pada majlis akad nikah tersebut. 


Elfira juga memilih busana perkahwinan daripada beberapa pereka terkenal tempatan yang pernah berkerjasama dengannya sebelum ini. Selain Rizman Ruzaini, beberapa pereka fesyen lain yang dimaksudkan pernah menghasilkan gaun perkahwinan selebriti tempatan terkenal sebelum ini seperti Anzalna Nasir, Sharnaaz Ahmad dan Stacy.

Apa pun jodoh pertemuan itu semua ketentuan tuhan dan kita hanya mengikut takdir dan segalanya telah ditentukan oleh-Nya. Tahniah buat Elfira Loy dan suami tidak pula dinyatakan dimana mereka akan berbulan madu selepas majlis resepsi tersebut. 







Pada hujung minggu lepas dengan sekali lafaz, penyanyi Shila Amzah sah bergelar isteri. Majlis pernikahan bertemakan ‘pure forest garden featuring bohemian wood’ itu berlangsung di kediaman Shila di Cheras sekitar jam 6 petang.


Shila, atau nama sebenarnya, Nurshahila Amzah selamat diijabkabulkan dengan Haris  Idraki Elias berwalikan bapa Shila sendiri, Amir Amzah Salleh. Akad nikah disaksikan Ustaz Helmi Saadon dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Shila menerima mas kahwin RM888 daripada pihak lelaki namun jumlah hantaran yang dipersetujui keluarga tidak didedahkan. Shila tampil bergaya dengan busana yang diilhamnya sendiri. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran 400 tetamu termasuk keluarga dan rakan-rakan terdekat dua mempelai ini.


Pihak pengurusan ANH Events dalam satu kenyataan berkata majlis resepsi Shila dan Haris akan diadakan pada 22 April ini di sebuah hotel terkemuka di Putrajaya. Terdahulu, Shila dan Haris mengikat tali pertunangan pada 3 November lalu.







Hari yang paling penting dalam kehidupan berpasangan adalah perkahwinan. Ia sepatutnya menjadi satu pengalaman yang sukar dilupakan, lancar dan menyeronokkan. Perkahwinan di Resorts World Genting adalah pilihannya, dengan pakej pengantin yang memberikan suasana yang sempurna dan majlis yang akan membolehkan pasangan yang baru berkahwin menumpukan pada perkara yang paling penting. Hotel ini membuktikan memilih destinasi perkahwinan yang sempurna untuk pasangan yang mencari majlis yang tidak dapat dilupakan di puncak awan dengan pelbagai pilihan pakej perkahwinan yang memenuhi setiap keperluan.


Sebagai destinasi perkahwinan yang unik dan ideal, hotel ini lebih daripada sekadar tempat, tetapi satu penyelesaian untuk semua majlis perkahwinan. Dari lokasi fotografi yang sempurna ke menu yang teliti dikawal yang ditetapkan untuk menggembirakan semua tetamu. Diselubungi oleh cuaca sejuk sepanjang tahun dan landskap puncak gunung yang indah kepada pasukan perancangan majlis, tidak ada apa-apa yang diragui di sini.

Lokasi pilihan ialah Grand Ballroom of Genting International Convention Centre iaitu dewan ruang yang besar boleh memuatkan sehingga 1,800 tetamu. Beragam serta boleh diubah menjadi dewan Cina yang megah, tradisi Melayu yang berwarna-warni atau urusan hitam formal, dewan itu akan dihiasi dengan permaidani merah, pengaturan bunga untuk VIP dan meja tetamu, serta projektor LCD dan PA sistem untuk ucapan serta video dan persembahan. Ruang penyambut tetamu dihidangkan dengan jus sejuk akan disediakan, serta hadiah kotak kek mini untuk semua tetamu. Sebiji kek perkahwinan akan disediakan bagi memeriahkan majlis ini lagi.


Pakej perkahwinan di sini menawarkan harga mengikut kategori yang berbeza iaitu Pakej Perkahwinan Cina, Pakej Perkahwinan Melayu, Pakej Perkahwinan India dan Pakej Perkahwinan Barat. Pakej perkahwinan Cina dibahagikan kepada Perak, Emas dan Berlian dan harga bergantung pada pakej dan menu yang dipilih. Pakej perkahwinan Melayu dan India datang dalam Kubah Set atau Buffet dengan Jain Vegetarian Set yang disesuaikan khusus untuk pakej perkahwinan India.

Sebagai alternatif, pasangan boleh memilih pakej perkahwinan Barat yang menawarkan pilihan hidangan gaya bufet dengan stesen ukiran. Semua pakej termasuk penggunaan tempat, set perkahwinan, kemudahan, menu makanan & minuman dan penginapan untuk pasangan gembira, dengan beberapa variasi bergantung kepada pakej dan keperluan minimum 20 jadual setiap tempahan.


Makanan pakej perkahwinan di sini mempamerkan pelbagai menu tradisional yang dijamin untuk menarik perhatian para tetamu dan direka untuk meraikan kepelbagaian penduduk berbilang kaum di Malaysia. Di dalam perkahwinan Cina, Platters Kombinasi Four Seasons bermula dari jamuan 9-kursus, dengan set Silver, Gold dan Diamond termasuk variasi pada sup, ikan, makanan laut dan kursus mie / padi yang diperlukan - masing-masing mewakili aspek perkahwinan yang berjaya, termasuk kesetiaan, kelimpahan, kesuburan dan umur panjang.

Menu untuk perkahwinan Melayu adalah koleksi hidangan tradisional dari seluruh Malaysia, dengan hidangan seperti Ayam Masak Madu, Daging Masak Hitam, Udang Sambal Petai dan Sup Kambing, berkhidmat dengan Nasi Hujan Panas atau Nasi Minyak seperti mana kenduri kahwin Melayu.


Manakala menu perkahwinan India memanfaatkan sejarah dan pelbagai warisan masakan India - dengan kari, panggang, salad segar dan roti yang disajikan sama ada bufet atau gaya keluarga, mencontohi perayaan India yang penuh kasih sayang dan sosial. Menu perkahwinan Barat adalah pelbagai pilihan antarabangsa, dari Salad Kentang Jepun ke Panzanella Tomato dan stesen panggang Roasted Fillet of Tenderloin ke Macarons Perancis.

Selepas majlis meriah berjalan lancar, pasangan yang bahagia boleh menikmati masa bersama untuk malam pertama mereka sebagai pasangan suami isteri. Mengalu-alukan mereka di World Club Bridal Suite di First World Hotel bersama praline coklat serta sejambak bunga sebagai token tahniah dari pihak hotel kepada suami dan isteri baru.


Resorts World Genting akan mempamerkan kepakarannya dan pakej luar biasa pada Pameran Perkahwinan KLPJ ke-18 yang akan diadakan pada 20 hingga 22 April 2018 di Pusat Pameran Mid Valley, Kuala Lumpur. Bersempena pesta perkahwinan, pihak hotel menawarkan promosi Early Bird eksklusif, di mana pasangan boleh menempah dan mengesahkan perkahwinan untuk tahun 2019 pada kadar 2018, tawaran sah sehingga 30 April 2018.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :-
Tel : +603 23016686 
E-mail : mesyuarat-events@rwgenting.com






Sangat mengejutkan apabila majlis resepsi #Fattzura yang berlangsung hari ini diluar jangkaan. Ini kerana kehadiran peminat adalah diluar sangkaan dan lebih daripada sepertimana yang digembar gemburkan. Ini kerana peminat dari seluruh negara turut hadir seperti Singapura dan Indonesia.


Sebelum ini mereka menjangkakan 5000 peminat akan hadir pada majlis tersebut. Kelihatan juga Fattah Amin dan Fazura sangat secocok dengan pakaian songket bewarna ungu lembut bersama pelamin hiasan Reka Timur menyerlahkan lagi majlis resepsi kali ini. Turut hadir rakan artis yang tidak berkesempatan sebelum ini.



Pada majlis itu juga Fattah dan Fatzura membuat kejutan kepada semua hadiri apabila menyampaikan lagu buat semua peminat. Majlis yang diadakan di Royale Palace Shah Alam ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu pagi untuk sesi bersama rakan terdekat dan petang bersama peminat.


Semoga pasangan dua mempelai yang sangat sepadan sama cantik ini terus kekal hingga Jannah dan mendapat cahaya mata yang comel-comel. Nampak mereka makin bahagian dan makin manja berdua moga terus menjadi inspirasi kepada pasangan diluar sana. 





Penyanyi Yunalis Mat Zara’ai atau lebih dikenali sebagai Yuna, 32, selamat bernikah dengan jejaka pilihan hatinya, Adam Yuosof Mohamed Sinclair, 34, tepat 7 petang tadi di Puncak Rimba, Bentong, Pahang.



Yuna yang manis dalam persalinan rekaan Hatta Dolmat menerima sembilan dulang hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas 11 dulang. Manakala mas kahwin dan wang hantaran dirahsiakan. Majlis yang diadakan secara tertutup dihadiri 300 tetamu membabitkan keluarga dan rakan terdekat dari Malaysia dan Amerika Syarikat.


Keesokkan harinya pula telah diadakan majlis bersama media di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya bagi berkongsi lanjut mengenai pernikahan mereka.



Majlis resepsi pula diadakan pada Ahad ini di hotel ternama di Kuala Lumpur. Terdahulu Yuna dan Adam bertunang pada 5 Ogos lalu.






Selamat pengantin baru kepada pasangan yang telah lama menjalin hubungan dan kisah percintaan mereka yang telah diketahui umum Izara Aishah dan juga Adib Khalid. Mereka jenis tak kisah pada orang pun nak kata apa bercinta lama dan pergi mana-mana bersama akhirnya ke jinjang pelamin juga mereka. 


Jumaat lepas telah selamat majlis akad nikah pengantin kaya tahun ini. Majlis yang diadakan di Damansara itu dihadiri lebih 500 tetamu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan artis dan sahabat handai.

Walaupun kahwin dengan pakaian yang mewah dan cantik masih ada orang tetap tidak puas hati. Netizen ni ada sahaja idea nak memperlekehkan hasil karya orang. Baru-baru ini kecoh pula veil yang diperkenakan Izara bagaikan 'Roti Tisu'. Busana Izara dan Adib adalah hasil sentuhan Datuk Rizalman.

Tak kisahlah dek non orang nak cakap apa paling penting kau lain daripada lain dan juga kau kahwin orang kaya mereka ada. Moga mereka bahagia dan terus kekal hingga Jannah sebab ramai orang nak tengok pasangan ini menamatkan zaman bujang mereka setelah bercinta begitu lama.


Semua orang kenal siapa tu Adib anak kepada usahawan Datuk Sri Khalid Jiwa dan juga anak tiri penyanyi no 1 negara Datuk Sri Siti Nurhaliza. Tak lama lagi Tok Ti bakal timang anak sendiri pula bestnya tak sabar nak tunggu kelahiran baby baru.






Adik kepada Datuk Fazley Yaakob, Raf Yaakob atau nama penuhnya, Raden Ahmad Faizal Yaakob, 32, menamatkan zaman bujang Khamis dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan yang diadakan di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada jam 3.20 petang dihadiri oleh keluarga dan kenalan rapat mereka.


Pasangan ini dinikahkan Imam Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq Bangsar, Ustaz Mohamad Azri Ahmad Kamil dengan mas kahwin RM900.


Mawar atau nama sebenarnya, Wan Mawar Shaputri Abdul Rashid, 22, turut menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan, manakala wang hantaran dirahsiakan. Mengambil konsep perkahwinan tradisional Jawa dengan busana rekaan Cosry, tampak sepadan dengan pilihan hatinya itu.


Majlis resepsi pasangan mempelai itu akan diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby, di sini pada 1 Disember depan. Tahniah diucapkan kepada kedua mempelai moga bahagia hingga Jannah. 





Hujung bulan lepas 3 orang artis popular tanah air telah mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujang mereka. Tapi dalam 3 orang artis ini paling mengejutkan adalah keputusan Nora Danish untuk mengahwini kekasih hati yang telah dikenali lebih dari 5 tahun. Majlis akah nikah dan juga persandingan Nora bersama Nedim sangat mengejutkan dah tidak ramai media tahu.


Majlis pernikahan yang diadakan pada 30 Mac di Glasshouse at Seputeh, Kuala Lumpur. Majlis tertutup dihadiri 200 orang sahaja ahli keluarga terdekat dan juga rakan-rakan rapat pasangan pengantin. Tapi apa pun tahniah kepada Nora dan Nedim setelah berteka-teki apa bila titanya tentang status perkahwinan mereka hari tersebut telah terlaksana.

Moga pasangan ini terus bahagia hingga Jannah dan mendapat cahaya mata yang comel dan terus popular. Murah rezeki Nora lepas ni makan banyak berlakon dan mana tahu jadi penyanyi. Satu lagi pasangan yang juga hangat dalam dunia seni dengan kisah cinta asyik putus jer telah selamat berlangsung perkahwinan.


Sapa lagi kalau bukan Sharnaaz Ahmad bersama tunangnya iaitu Noor Nabila yang telah belangsung pada 31 Mac bertempat di Hotel The Royale Chulan, Damansara. Pada malam tersebut Sharnaaz menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang hantaran daripada pihak pengantin perempuan. Manakala mas kahwin pula sebanyak RM 1000 dan wang hantaran dirahsiakan.

Sebelum pasangan ini hangat dengan isu bergaduh dan juga isu kad kahwin bertatah Batu Swarozski. Wow memang hangat lah beliau dan akhirnya tamat juga segala isu ini selepas mereka selamat berlangsung dengan tenang dan aman. Doa kami moga beliau terus bahagia hingga Jannah dan dapat cahaya mata yang ramai itu impian Sharnaaz hehehe.


Juga artis yang tamat zaman bujang bulan lepas iaitu Ammar dari kumpulan Titan. Amar memilih Amalina Jamil sebagai pasangan hati mengadakan majlis pernikahan yang berlangsung di Farar Place, Kampung Sungai Buah, Dengkil, Selangor. 

Tahniah buat Ammar dan pasangan moga juga terus bahagian dan kekal hingga Jannah dan mempunyai cahaya mata yang comel. Bila pula turn Mahagosip untuk menglangsungkan perkahwinan adakah orang nak sponser meriah sikit hehehe.





Selamat pengantin baru diucapkan kepada Kareef Daniel Abdullah atau lebih dikenali sebagai Mat Dan dikalangan penonton program travelog Mat Dan Kaki Jalan di Astro. Semalam tarikh 12 Mac 2017 adalah majlis berlansungnya hari bersejarah dalam hidup pemuda warga Bristol, England ini.


Mat Dan memilih gasid Melayu Terengganu seorang peramugari sebagai teman hidupnya setelah lebih 7 tahun duduk di Terengganu. Kelihatan keluarga Mat Dan turut sama pada majlis kenduri pertangan dan juga perkahwinan beliau yang berlangsung pada hari sama.

Menjadi tular di laman sosial gambar pertunangan belia dengan baju sepasang biru dan kemudian pula pada belah petang melangsungkan majlis perkahwinan di kampung pasangan beliau di Bukit Chendering.


Pasangan ini memilih berkahwin cara tradisional Melayu yang sederhana dengan diharidi oleh saudara terdekat sahaja. Tahniah kami ucapkan kepada Mat Dan dan pasangan moga terus bahagia hingga ke Jannah. Moga lebih ramai lagi orang luar berminat dengan budaya dan cara hidup Malaysia yang ramah dan mesra. 





Tahniah diucapkan kepada pasangan penyanyi popular dan juga pemuzik terkenal iaitu Hazama dan Genervie akhirnya telah disatukan pada majlis perkahwinan yang berlangsung 15 Jan 2017. Bertempat di Orchard Villa @ Gombak majlis akad nikad dan juga persandingan diadakan pasa hari yang sama.


Hanya dengan sekali lafaz Genervie sah menjadi isteri kepada plantun lagu 'Di Amaran Mama' ini. Mereka telah menjalinkan cinta selama lebih kurang 3 tahun dan berhasrat lama untuk berkahwin. 


Kini semua telah menjadi nyata pada malam majlis resepsi tersebut turut memeriahkan majlis adalah rakan artis yang rapat. Antara artis yang hadir adalah Mawi, Zahid, Johan and Ozlyn, Farhan, Hafiz Suip dan ramai lagi.




Hazama yang masih sedang sibuk dengan persiapan untuk majlis Anugerah Juara Lagu yang akan berlangsung pada 22 Jan 2017 tak lama lagi. Juga akan mula sibuk dengan program Mentor Milenia yang telah mula sesi ujibakat sebelum ini. Moga Hazama terus bahagia dan kekal hingga akhir hayat dan juga mendapat cahaya mata dengan cepat. 








Perkahwinan adalah satu yang sangat indah dalam hidup kita kerana kita akan melaluinya sekali seumur hidup ini. Jadi kita akan rancang yang terbaik untuk pastikan segalanya berjalan dengan lancar dan yang paling meriah. Kadang-kadang kita terbatas dengan bajet dan juga masa yang tidak mencukupi.


Sebenarnya kalau kita tahu nak cari kat mana yang terbaik dan juga pilihan tepat untuk semua keperluan persiapan sebelum, semasa dan selepas majlis perkahwinan akan memudahkan segalanya. Maka untuk bantu pasangan diluar sana membuat pilihan pameran MEFA atau Malaysia Wedding Festival yang mengumpulkan lebih daripada 100 vendor persiapan perkahwinan terbaik di Malaysia bakal berlangsung.

MEFA ini akan berlangsung seperti berikut :-
Tarikh : 23 - 25 Disember 2016 
Lokasi : Shah Alam Convention Centre (SACC)
Masa : 10.00 pagi - 9.00 malam
MASUK PERCUMA!

Ia adalah peluang keemasan kepada pasangan yang merancang persiapan hari bahagia dengan pakej-pakej menarik yang disediakan. Jadi kat sini menyatakan 5 sebab kenapa pasangan yang bakal berkahwin perlu hadir ke MEFA pada bulan Disember ini

1) Lokasi dan katering faktor paling penting 


Buat pasangan yang masih mencari lokasi perkahwinan yang terbaik dan sesuai mengikut tema kat MEFA 2016 ini ada. Mengumpulkan vendor lokasi perkahwinan terbaik seperti Laman Kayangan dan Tepak Estate Venues & Events. Mereka pasti menjanjikan pakej yang memenuhi kemahuan perkahwinan anda tak kisahlah tema taman ker, tema kayangan ker atau macam-macam lagi.

 
Follow IG @LamanKayanganShahAlam

 
Follow IG @Tepak.Estate

Juga penting dalam satu-satu majlis perkahwinan adalah makanan. Mana nak dapat makanan yang sedap-sedap mesti dari vendo ketering yang terbaik. Dalam pameran MEFA ini juga mereka bawakan penyedia katering pilihan ramai seperti De Gemilang Catering dan Shahmie Catering & Event.

Follow IG @DegemilangCateringBridal

 
 Follow IG @ShahmieCatering

2) Kecantikan terselah melalui sepasang baju pengantin dan mackup yang sesuai


Paling menjadi sesuatu yang penting buat pasangan semasa hari bahagia mereka adalah sepasang baju pengantin. Maklumlah penganti kena nampak seperti pasangan raja jadi baju pengantin adalah faktor utama dalam perkahwinan. Dalam pameran pengantin MEFA ini pun ada juga vendor baju pengantin terhebat seperti Yann Rifft, Kashfi Zulkufli dan Nana Bridal Boutique & Beauty.

Follow IG @Yann_Rifft

 
Follow IG @NanaBridal_Official

Kalau baju cantik tapi mackup tak menyerlah tak guna jugakan. Nak cari makcup pengantin yang sesuai dengan kulit wajah pengantin pun susah. Jadi kena cari yang betul-betul pakar ia akan menjadi cakap-cakap orang nanti.

3) Hantaran dan pelamin mewarisi adat yang tidak lengkang dik zaman


Hantaran dah pelamin adalah adat yang kita bawa dari turun temurun. Sebagai warisan adat Melayu semua ini penting dalam satu-satu majlis perkahwinan. Kata orang perkahwinan tanpa pelamin dan hantara tak lengkap satu majlis tu. Di pamera ini juga membawakan pembekal pelamin dan hantaran yang telah lama dalam industri ini seperti Mega Bridal Creations.

Follow IG @MegaBridalCreation


4) Merakam memorie bahagia dengan photographer terbaik


Bila baju dah cantik mackup dah lawa pelamin dah indah tak diabadikan memori ini dalam kenangan akan hilang selamanya. Jadi penting sangat photographer dalam satu-satu majlis agar setiap detik dapat dirakamkan untuk anak cucu akan datang.

 
Follow IG @EDMEventsPhotography

 
Follow IG @KRULMATRICPhotoVideo

Kat pameran MEFA ini menyediakan service mereka yang profesional dalam memastikan tiada detik yang tertinggal dalam satu-satu majlis bermakna tu. Contoh beberapa vendor yang terbaik adalah EDM Events & Photography, KRULMATRIC Photography & Videography dan Elenore Studio. Pilih je mana yang anda suka dan anda nak ok jer.

5) Kad kahwin dan goodie bag keperluan majlis bahagia


Tapi sebelum semua ini kad kahwin dan goodie bag adalah terbaik yang perlu anda pilih. Untuk melambangkan tema dan juga konsep majlis perkahwinan anda kad kena sama ikut tema. Juga nak hargai tetamu yang datang goodie bag juga perlu ada.

Follow IG @KAYGiftsKL

Follow IG @BotolKacangEasy

Nak dapatkan semua ini ada di pameran MEFA 2016 nanti. Anda boleh pilih diantara Botol Kacang Easy dan KAY Gifts. Pasti anda tak rasa menyesal datang ke sini untuk pilih semua ini.


Jadi tak ada masalah untuk anda nak pilih dengan adanya pameran ini. Kat sini pun ada lagi beberapa senarai penaja yang menaja pameran ini. Mana tahu salah satu penaja ini yang anda minat nak dapatkan khidmat meraka boleh contact. 

Wedding.com.my (Rakan Media) | Majalah Pengantin (Majalah Rasmi) | Bercinta Selepas Nikah (Kerjasama) | Wedding Ministry Kuala Lumpur (Pentas Utama) | Ainuddin Hata (Fotografi Rasmi) | Foto Santai (Photobooth Rasmi) | Honey Vacation | Mega Bridal Creations | Botol Kacang Easy | Yann Rifft | Laman Kayangan | Sweet Pictures | EDM Events & Photography | De Gemilang Catering | KAY Gifts | Shahmie Catering & Event | Kashfi Zulkufli | KRULMATRIC Photography & Videography | Wens | Nana Bridal Boutique & Beauty | Coffee Corner Faizal Azzuri | Maldives4u | Istana Putih By Gee Cantik | Elenore Studio | Tepak Estate Venues & Events

Anda juga boleh dapatkan maklumat lanjut dan juga senarai vendor-vendor yang turut sama menyertai pameran pengantin ini seperti di bawah. Pastinya anda akan datang pada hari tersebut kerana banyak tawaran hebat dan hadiah-hadiah menarik menanti.

Website: www.mefa.my
Instagram: Mefa Pengantin
Pertanyaan: +6012 – 387 1775